X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Drypers
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beli-Belah

AWAS! Gusi Bengkak Ibu Hamil Yang Tidak Dirawat Boleh Beri Kesan Buruk Pada Janin

3 min bacaan
AWAS! Gusi Bengkak Ibu Hamil Yang Tidak Dirawat Boleh Beri Kesan Buruk Pada JaninAWAS! Gusi Bengkak Ibu Hamil Yang Tidak Dirawat Boleh Beri Kesan Buruk Pada Janin

Selain tubuh dan emosi ibu hamil, penjagaan gigi juga perlu diambil berat kerana ia boleh menyebabkan pelbagai risiko yang memberi kesan buruk terhadap kesihatan ibu dan janin dalam kandungan!

Gusi bengkak ibu hamil merupakan salah satu perubahan pada badan anda, selain mengalami gejala lain seperti payudara membesar, penambahan berat badan, sakit pinggang dan lain-lain. 

Gusi bengkak ibu hamil dikenali sebagai gingivitis. Ia sering dialami antara dua hingga lapan minggu kehamilan. Atas sebab itu, ia mungkin menjejaskan rutin seharian 40% ibu hamil. 

Sakit gusi atau gusi bengkak ibu hamil boleh dilihat apabila anda mengeluarkan sejumlah darah apabila meludah. Dari situ, anda dapat kenalpasti sama ada anda mengalami gingitivis atau sebaliknya. 

Apa punca gusi bengkak ibu hamil?

gusi bengkak ibu hamil

Kredit: Gables Sedation Dentistry

Apabila mengandung, tahap hormon progesteron adalah tinggi. Secara tak langsung, ia menambahkan pertumbuhan bakteria yang menyebabkan gusi bengkak atau berdarah. Apatah lagi, tisu gusi juga akan menjadi lebih sensitif berbanding sebelumnya. 

Perubahan hormon ini juga boleh mengganggu tindak balas badan terhadap bakteria dan mungkin membawa kepada jangkitan atau penyakit gusi. 

Sekiranya anda mengalami gingivitis pada dua bulan hamil, ia biasanya semakin meningkat pada usia kehamilan lapan bulan. 

Tanda-tanda gusi bengkak ibu hamil 

AWAS! Gusi Bengkak Ibu Hamil Yang Tidak Dirawat Boleh Beri Kesan Buruk Pada Janin

Kredit: Shutterstock

Berikut beberapa tanda biasa mengenai keadaan ini: 

  • Gusi berdarah
  • Gusi bengkak 
  • Nafas berbau busuk 
  • Sakit gusi 

Apakah risiko yang mungkin dialami ibu hamil berkenaan? 

Dalam satu kajian yang diterbitkan The Journal of the American Dental Association, wanita hamil dengan penyakit gusi berkemungkinan tinggi mempunyai kelahiran pramatang (sebelum minggu ke-37) berbanding ibu yang memiliki gusi sihat. 

Manakala, mereka yang mempunyai gingivitis yang lebih teruk (periodontitis) mungkin mengalami kontraksi persalinan seawal minggu 32.

Cara mengatasi sakit gusi ketika hamil 

gusi bengkak ibu hamil, gusi berdarah, sakit gusi ketika mengandung, sakit gusi ketika hamil, penyakit gusi, penyakit gusi bengkak, penyakit gusi berdarah, gusi, gusi sakit, kesakitan pada gusi, penyebab sakit gusi, jangkitan gusi, jangkitan gusi ibu hamil

Kredit: Suara.com

  • Mengamalkan kebersihan gigi seperti berus gigi dua kali sehari dengan ubat gigi yang mengandungi florida. 
  • Sekiranya gusi mengalami iritasi, beralih pada berus gigi dengan bulu lembut. 
  • Tidak mengabaikan bahagian atas gigi di mana ia menyambung ke gusi anda.
  • Menyikat gigi dengan baik supaya dapat membersihkan sisi makanan yang terlekat atau terperangkap di celah gigi yang mungkin sukar dicapai berus gigi. 
  • Garam laut biasanya dapat bantu meringankan rasa sakit. Caranya ambil satu sudu teh garam laut ke dalam satu cawan air suam. Kemudian kumur dan ludah. 
  • Rujuk doktor pergigian bagi mencegah gingivitis kehamilan. 

Sekiranya anda tidak dapat atasi penyakit gusi ini, sila berjumpa doktor gigi tanpa terus berlengah.

Dia mungkin memberi antibiotik supaya dapat singkirkan bakteria yang menyebabkan jangkitan pada gusi. 

Namun, gejala sakit gusi ini akan hilang selepas bayi selamat dilahirkan tapi sebaiknya maklumkan masalah anda ini pada doktor supaya dapat mencegahnya sekaligus bagi memastikan bayi dan anda selamat serta sihat. 

Untuk mendapatkan maklumat lain anda boleh terus ke Facebook page kami di theAsianparent Malaysia. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Artikel asal ditulis oleh Nalika dan mendapat keizinan dari theAsianparent Singapore untuk diterjemah. 

Baca juga: Malu Nak Senyum Bila Gigi Kuning! Apakah Penyebab Gigi Kuning Sebenarnya?

Stories Rakan Kongsi
Vaksin Rotavirus, Langkah Berkesan Untuk Halang Kanak-kanak Maut Akibat Cirit-birit
Vaksin Rotavirus, Langkah Berkesan Untuk Halang Kanak-kanak Maut Akibat Cirit-birit
Seorang Doktor Yang Juga Seorang Ibu Menyarankan Ibu Bapa Semua Untuk Ambil Tahu Tentang Vaksin
Seorang Doktor Yang Juga Seorang Ibu Menyarankan Ibu Bapa Semua Untuk Ambil Tahu Tentang Vaksin
Rawatan Cirit Birit Di Rumah Mengikut Usia Anak, Ini Yang Ibu Bapa Perlu Tahu
Rawatan Cirit Birit Di Rumah Mengikut Usia Anak, Ini Yang Ibu Bapa Perlu Tahu
5 Cara Keluarkan Kahak Bayi, Ibu Kena Cuba!
5 Cara Keluarkan Kahak Bayi, Ibu Kena Cuba!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nurul Halifah

  • halaman rumah
  • /
  • Kesihatan
  • /
  • AWAS! Gusi Bengkak Ibu Hamil Yang Tidak Dirawat Boleh Beri Kesan Buruk Pada Janin
Kongsikan:
  • Sakit Perut Ketika Hamil Itu Normal, Tapi Hati-Hati Ia Boleh Sebabkan 8 BAHAYA Ini!

    Sakit Perut Ketika Hamil Itu Normal, Tapi Hati-Hati Ia Boleh Sebabkan 8 BAHAYA Ini!

  • Sakit Bawah Perut Semasa Hamil, Patutkah Saya Bimbang? Ini Cara Mengatasinya

    Sakit Bawah Perut Semasa Hamil, Patutkah Saya Bimbang? Ini Cara Mengatasinya

  • Remaja Ini Langsung Tak Gentar Sambut Kelahiran Bayi Dari Rahim Ibunya Sendiri!

    Remaja Ini Langsung Tak Gentar Sambut Kelahiran Bayi Dari Rahim Ibunya Sendiri!

  • Sampainya Hati! Gara-Gara Lahir Berkulit Hitam, Ibu Bapa Bayi Ini Sanggup Membuangnya!

    Sampainya Hati! Gara-Gara Lahir Berkulit Hitam, Ibu Bapa Bayi Ini Sanggup Membuangnya!

app info
get app banner
  • Sakit Perut Ketika Hamil Itu Normal, Tapi Hati-Hati Ia Boleh Sebabkan 8 BAHAYA Ini!

    Sakit Perut Ketika Hamil Itu Normal, Tapi Hati-Hati Ia Boleh Sebabkan 8 BAHAYA Ini!

  • Sakit Bawah Perut Semasa Hamil, Patutkah Saya Bimbang? Ini Cara Mengatasinya

    Sakit Bawah Perut Semasa Hamil, Patutkah Saya Bimbang? Ini Cara Mengatasinya

  • Remaja Ini Langsung Tak Gentar Sambut Kelahiran Bayi Dari Rahim Ibunya Sendiri!

    Remaja Ini Langsung Tak Gentar Sambut Kelahiran Bayi Dari Rahim Ibunya Sendiri!

  • Sampainya Hati! Gara-Gara Lahir Berkulit Hitam, Ibu Bapa Bayi Ini Sanggup Membuangnya!

    Sampainya Hati! Gara-Gara Lahir Berkulit Hitam, Ibu Bapa Bayi Ini Sanggup Membuangnya!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2022. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.