Ketika hamil, badan kita akan mengalami banyak perubahan baru dan salah satunya adalah air liur basi yang banyak atau hipersalivasi. Hal ini sebenarnya tidak berbahaya, namun mungkin sedikit sebanyak menganggu keselesaan ibu hamil.
Dalam keadaan normal, kelenjar air liur menghasilkan dalam 1.5 liter air liur setiap hari namun ramai yang tidak sedari kerana ia terus ditelan.
Namun ketika hamil hormon kehamilan mempengaruhi penghasilan air liur lantas menghasilkan lebih banyak air liur basi dan meleleh ketika anda tidur.
Punca Air Liur Basi Banyak Ketika Hamil
Penghasilan air liur banyak ketika hamil boleh terjadi. Semasa mengandung, akan berlakunya perubahan hormon yang membuat rasa mual pada ibu hamil.
Rasa mual inilah yang akan merangsang produksi air liur dan juga membuat ibu hamil tidak ingin menelan air liur lantas air liur pun dikeluarkan.
Air liur basi in english juga dipanggil sebagai hypersalivation atau lebih dikenali sebagai hipersalivasi. Akibatnya ibu hamil akan rasa kurang selesa apabila bangun saja dari tidur, alas bantal biasanya basah.
Ada beberapa faktor yang menjadi penyebab hipersalivasi atau air liur berlebihan ketika hamil. Antaranya adalah:
#1. Perubahan hormon
Semua ibu hamil mengalami perubahan hormon yang sangat ketara. Ia terjadi kerana pembentukan dan pertumbuhan janin dalam kandungan. Perubahan hormon inilah yang akan menyebabkan ibu hamil berasa mual, sakit kepala dan tidak selesa.
Lantas keadaan ini dapat membuat air liur yang dihasilkan oleh kelenjar di dalam mulut menjadi lebih banyak. Masalah ini juga menjadi salah satu dari penyebab mual saat hamil.
#2. Mulut terasa masam (asid)
Peningkatan asid yang sangat tinggi dalam mulut juga menyebabkan air liur menjadi lebih banyak. Ia terjadi kerana ibu hamil memiliki asid yang tinggi di dalam perut.
Ini bisa menyebabkan asid naik sampai ke kerongkongan dan membuat air liur menjadi lebih banyak. Ini juga sistem yang semula jadi dalam tubuh.
Namun jika anda mengalami gejala sakit ulu hati (heartburn), dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan segera. Dengan bayi yang menendang dicampur dengan pedih ulu hati memang boleh buat ibu hamil tidak selesa.
#3. Masalah gigi
Masalah kesihatan gigi dan mulut memang sangat penting untuk ibu hamil. Disebabkan itu pada lawatan pemeriksaan kehamilan ada terselit pemeriksaan gigi.
Ibu yang memiliki masalah gigi seperti gigi berlubang atau jangkitan pada gusi boleh menyebabkan penghasilan air liur menjadi sangat banyak. Ia akan menyebabkan ibu hamil merasa ingin menelan air liur sekaligus membuatkan penghasilan air liur yang lebih banyak.
#4. Reaksi yang normal
Penghasilan air liur yang berlebihan memang sesuatu yang normal. Ia tetap akan berlaku walau pun ibu hamil tidak mengalami sebarang masalah seperti di atas.
Air liur sangat penting untuk memastikan bahagian mulut tidak kering dan mengelakkan mulut dari berbau. Keadaan ini juga penting untuk mencegah jangkitan pada bagian mulut akibat virus atau bakteria.
#5. Akibat penyakit
Air liur yang berlebihan juga boleh menjadi petanda bahawa ibu hamil mengalami penyakit tertentu. Kesan daripada asap rokok (second hand smoker), keracunan makanan, sakit tekak dan sebagainya.
Sekiranya anda mengalami kesakitan pada masak yang sama, segeralah berjumpa dengan doktor.
Cara Menghentikan Air Liur Berlebihan
Keadaan tidak selesa ini pasti menyebabkan ibu hamil memikirkan cara untuk menghentikan air liur berlebihan ini. Ada beberapa cara dapat mengatasi masalah air liur basi berlebihan ini. Ibu hamil boleh cuba di rumah saja.
#1. Minum banyak air masak
Pastikan anda minum air dengan secukupnya, sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Ia dapat memastikan kuman di dalam mulut anda disingkirkan dan menggalakkan penghidratan sempurna.
#2. Memberus gigi dan flos
Sekiranya masalah ini menganggu ketika anda tidur, jadikan rutin penjagaan gigi sebelum tidur lebih teliti. Mulakan dengan memberus gigi, flos dan kumur dengan pembersih mulut.
Memelihara kesihatan gigi adalah wajib untuk ibu hamil. Anda boleh memberus hihi dua kali sehari atau selepas makan.
#3. Amalkan diet yang sihat
Kurangkan makanan yang bergula, lebih garam dan berasid! Ini juga bagus untuk perkembangan kehamilan anda. Jadi pastikan makanan ringan juga dikurangkan.
Banyakkan makanan seperti buah-buahan segar, sayuran dan kekacang. Jika anda amalkan cara mengurangkan air liur basi seperti di atas sedikit sebanyak dapat bantu mengurangkan masalah ini.
Jika ia masih berlarutan dan membuatkan tidur ibu-ibu hamil terganggu, segera dapatkan nasihat doktor.
Kaitan Air Liur Basi dan Kehamilan
Pengeluaran air liur yang berlebihan, juga dipanggil hipersalivasi atau air liur adalah fenomena yang sering ditemui pada awal kehamilan. Ia berlaku kepada 2.4 peratus wanita hamil. Penyebab hipersalivasi tidak diketahui, tetapi ia dikaitkan dengan perubahan hormon.
Jika anda mengalami air liur yang berlebihan semasa hamil, bertenanglah kerana adalah normal untuk mempunyai lebih banyak air liur semasa anda hamil dan keadaan itu tidak akan menjejaskan bayi anda.
Anda mungkin mengalami pertambahan air liur disebabkan:
#1. Loya
Keadaan yang loya menyebabkan kelejar air liur anda bekerja dengan lebih aktif sekaligus menghasilkan banyak air liur. Seperti yang diketahui ketika awal kehamilan terutamanya, ibu hamil akan mengalami morning sickness yang menyebabkan mereka loya.
Jadi pertambahan air liur pada awal kehamilan adalah situasi biasa yang berlaku akibat loya yang dialami ibu mengandung.
Selain itu, rasa loya boleh menyebabkan sesetengah wanita cuba menelan lebih sedikit, dan ini boleh menyebabkan air liur terkumpul di dalam mulut.
Hipersalivasi yang juga dikenali sebagai ptyalisme lebih biasa di kalangan wanita yang mengalami hiperemesis gravidarum iaitu keadaan mual pagi yang sangat teruk.
#2. Perubahan hormon
Walaupun belum dapat dipastikan kesahihan kenapa air liur basi lebih banyak ketika hamil, perubahan hormon mungkin menjadi satu punca.
Keadaan hormon yang berubah semasa hamil menyebabkan ibu hamil berasa loya sekaligus membuatkan mereka lebih kerap menelan dan menghasilkan lebih banyak air liur.
#3. Pedih ulu hati
Menghasilkan lebih banyak air liur juga boleh dikaitkan dengan pedih ulu hati, yang biasa berlaku semasa kehamilan.
Pedih ulu hati menyebabkan kerengsaan akibat daripada asid perut) ke esofagus, yang kemudiannya merangsang kelenjar air liur anda untuk meneutralkan asid perut dengan menghasilkan lebih banyak air liur.
Ini juga mungkin menjelaskan mengapa wanita yang muntah cenderung untuk mengeluarkan air liur lebih banyak.
#4. Iritasi
Iritasi juga boleh menyebabkan ibu hamil alami pertambahan air liur. Bahan yang menyebabkan iritasi tertentu juga boleh menyebabkan peningkatan air liur seperti kerosakan gigi dan jangkitan mulut yang lain.
Sesetengah ubat, pendedahan kepada toksin seperti merkuri dan racun perosak dan beberapa keadaan perubatan juga boleh menyebabkan iritasi.
Bila Patut Risau
Tiada bukti bahawa air liur yang berlebihan semasa kehamilan akan membawa kepada sebarang komplikasi kepada anda dan bayi dalam kandungan. Jadi tiada apa yang perlu dibimbangkan.
Tetapi keadaan ini sudah pasti boleh menjejaskan kualiti hidup anda bergantung kepada jumlah air liur yang anda ada.
Selain meludah lebih banyak, anda mungkin mempunyai kelenjar air liur yang membengkak, dan ini boleh menjejaskan tidur anda.
Jika anda mengalami kelejar air liur yang membengkak ada baiknya berjumpa doktor sekiranya ia mendatangkan kesakitan dan sebagainya.
Anda mungkin berasa malu untuk meludah dan terpaksa menelan lebih kerap, jadi itu mungkin mengehadkan perasaan anda untuk bersosial.
Jika anda merasakan air liur berlebihan semasa mengandung mengganggu kualiti hidup anda, sudah tiba masa anda berbincang dengan doktor anda.
Membuat perubahan kecil seperti minum lebih banyak air dan mengelakkan makanan berkanji boleh membantu selain menghisap gula-gula keras dan menggunakan ubat kumur beberapa kali setiap hari.
Adakah Air Liur Basi Najis?
Persoalan sama ada air liur basi adalah najis telah menjadi topik perdebatan sejak sekian lama. Walaupun tiada jawapan yang pasti untuk soalan ini, adalah penting untuk memahami proses pengeluaran air liur itu sendiri.
Air liur terdiri daripada air, elektrolit, protein, enzim dan sebatian lain. Air liur basi berlaku apabila sebatian ini telah bersentuhan dengan udara untuk tempoh yang lebih lama dan telah teroksida.
Ini berlaku apabila seseorang tidur dalam tempoh yang lama tanpa menggosok gigi atau selepas memakan makanan yang ditinggalkan untuk tempoh yang lama.
Ia juga boleh berlaku jika seseorang mengeluarkan banyak air liur semasa tidur atau kerana mereka mengalami sindrom mulut kering.
Menurut Mufti Wilayah Persekutuan, air liur basi yang keluar dari mulut ketika tidur bukanlah najis. Manakala air liur yang keluar dari dalam perut ketika tidur adalah najis.
Bagaimana untuk membezakannya? Sekiranya ia keluar dalam kuantiti yang sedikit-sedikit dan bukan keluar terus menerus, ia adalah dari mulut. Sekiranya keluar terus menerus dalam kuantiti yang banyak dan ketika tidur yang lama ia adalah dari perut.
Walau bagaimanapun air liur basi ini adalah najis yang dimaafkan. Anda tidak perlu membasuh baju yang terkena air liur basi untuk bersolat.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Tiada Kaitan Anak Main Air Liur, Rambut Ibu Gugur, Ketahui Fakta!
Baca juga:Bersihkan Puting Bayi Dengan Air Liur Anda Boleh Cegah Alergi! – Kajian
Baca juga: Ini Perkara Penting Tentang Perkembangan Ibu & Janin Di Setiap Trimester Kehamilan
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!