X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

6 Produk Wax Terbaik Boleh Dicuba Ibu Hamil Sebagai Persediaan Sebelum Bersalin, Selamat Dan Tak Sakit!

Ibu boleh membeli kit waxing dan aplikasi sendiri dengan mudah di rumah sebagai persediaan sebelum bersalin.

Ketika hamil, bulu pada tubuh tumbuh lebih cepat dan mudah menjadi lebat kerana perubahan hormon. Ibu hamil yang mengalami situasi ini pastinya tidak selesa dan mahu mengatasinya dengan melakukan waxing, jadi disebabkan itu ibu hamil patut dapatkan wax terbaik ini.

Waxing adalah kaedah penyingkiran bulu sementara, yang mana satu proses membuang bulu pada sekitar tubuh dari akar. Dengan melakukan proses waxing, pertumbuhan rerambut atau bulu pada bahagian badan akan mengambil masa lebih lama berbanding jika anda bercukur, sekaligus menjadikan bulu baru yang akan tumbuh lebih halus dan lembut. 

Hampir semua bahagian badan boleh menjalani rawatan kecantikan ini termasuklah kening, muka, kawasan alat sulit, kaki, lengan, belakang, perut dan kaki.

Isi Kandungan

  • Wax Ketika Hamil
  • Tip Waxing Ketika Hamil
  • 6 Produk Wax Terbaik
  • Norah
  • Wawawax Hair Removal 
  • Strange Sugar
  • Nad’s Hair Removal Natural Sugar Wax 
  • Mirae
  • Dollywax 
  • Perbandingan Harga

Adakah Selamat Waxing Ketika Hamil?

6 Produk Wax Terbaik Boleh Dicuba Ibu Hamil Sebagai Persediaan Sebelum Bersalin, Selamat Dan Tak Sakit!

Kredit gambar: FirstCry Parenting

Waxing ketika hamil selamat untuk dilakukan, namun melakukan waxing ketika hamil mungkin akan dirasakan lebih sakit daripada kebiasaan kerana perubahan hormon yang terjadi menyebabkan kulit ibu menjadi lebih sensitif dan mudah gatal.

Waxing perlu dilakukan berhati-hati dan sebaiknya ibu tidak melakukan waxing pada kulit yang berjerawat, mengalami luka, ruam, dan varices kerana dikhuatiri boleh mengakibatkan bengkak, iritasi, dan berjerawat.

Ibu juga perlu memilih produk waxing yang hanya menggunakan bahan-bahan semula jadi dan bebas bahan kimia. Biasanya bahan utama dalam wax adalah gula, lemon, dan madu.

Tip Melakukan Waxing Ketika Hamil

6 Produk Wax Terbaik Boleh Dicuba Ibu Hamil Sebagai Persediaan Sebelum Bersalin, Selamat Dan Tak Sakit!

Kredit gambar – Healthline

Waxing boleh dilakukan di rumah atau di pusat waxing. Di rumah, ibu boleh membeli kit waxing dan mengaplikasikannya ke atas kulit yang berbulu.

Waxing yang dijual di pasaran sebenarnya mudah digunakan. Anda hanya perlu mengoles rata wax yang dicairkan ke atas kulit yang berbulu. Oleskan wax tersebut searah dengan pertumbuhan bulu rambut.

Setelah disapu rata, tampalkan strip kertas atau kain di atas kulit yang telah dioleskan dengan wax. Diamkan selama beberapa saat lalu tarik dengan pantas ke arah yang berlawanan dengan arah pertumbuhan bulu rambut.

Jika ibu tidak mahu melakukan sendiri, ibu boleh pergi ke pusat waxing untuk lebih mudah dengan kepakaran profesional di situ.

Pastikan juga pusat waxing tersebut tidak menggunakan kembali waxing yang telah digunakan pada pelanggan lain bagi mengelakkan risiko ibu mengalami jangkitan kuman.

Selain itu, ada beberapa perkara yang perlu ibu lakukan sebelum dan selepas melakukan waxing, baik di di pusat waxing atau pun di rumah:

  1. Memotong bulu lebih pendek – Jika bulu tubuh yang bakal melalui proses waxing memiliki kepanjangan lebih dari 1.5 cm, anda digalakkan untuk memotongnya terlebih dahulu menggunakan gunting. Hal ini kerana semakin panjang bulu yang akan di-waxing, proses waxing pun akan terasa lebih menyakitkan.
  2. Melakukan ujian alergi terlebih dahulu – Sebelum melakukan waxing, disarankan untuk mencuba lilin waxing sedikit terlebih dahulu ke atas kulit. Hal ini untuk mengelakkan reaksi kulit terhadap wax yang akan digunakan. Bila timbul reaksi alergi kulit, seperti kulit ruam, gatal, dan iritasi, ibu tidak digalakkn untuk melakukan waxing.
  3. Memastikan kulit sudah dalam keadaan bersih – Sebelum melakukan waxing, pastikan bahawa kawasan kulit yang akan di-waxing sudah dalam keadaan bersih dan kering. Tujuannya agar lilin wax dapat melekat dengan sempurna, sehingga proses waxing dapat dilakukan dengan mudah dan bebas dari risiko iritasi.
  4. Digalakkan menggunakan wax panas – Jika melakukan waxing di rumah, ibu disarankan untuk menggunakan wax panas, agar lilin tersebut dapat melekat dengan lebih mudah pada kulit. Namun, pastikan bahawa lilin yang diaplikasikan ke kulit dalam keadaan hangat, bukan terlalu panas. Ada juga cold wax yang kini dijual di pasaran yang memudahkan proses waxing jadi ibu juga mempunyai pilihan untuk mencuba jenis ini.
  5. Menyapu losyen pada kulit – Setelah waxing selesai dilakukan, ibu boleh meletakkan kain tuaman sejuk bagi mengurangkan rasa sakit. Kemudian keringkan dan sapu losyen antiseptik untuk mencegah infeksi, iritasi, atau kulit kemerahan yang disebabkan oleh waxing.
  6. Menggunakan pakaian longgar – Setelah waxing dilakukan, anda juga disarankan untuk menggunakan pakaian longgar untuk mengelakkan geseran berlaku. Hindari juga mandi menggunakan air panas setelah waxing.

6 Produk Wax Terbaik, Selamat Untuk Ibu Hamil

Produk Wax Terbaik
product image
Norah Wax 100% Organic Wax
Wax Terbaik Dengan Variasi Wax Panas & Sejuk 
more info icon
View Details
Beli di Shopee
product image
Wawawax Hair Removal 
Wax Terbaik Dengan Saiz Travel Friendly
more info icon
View Details
Beli di Shopee
product image
Strange Sugar Wax
Wax Terbaik Dengan Pek Menarik
more info icon
View Details
Beli di Shopee
product image
Nad's Hair Removal Natural Sugar Wax 
Wax Terbaik Untuk Beginner
more info icon
View Details
Beli di sini
product image
Mirael Sugar Wax Kit
Wax Terbaik Jenama Terkenal Dari Indonesia
more info icon
View Details
Beli di Shopee
product image
Dollywax
Wax Terbaik Untuk Penjimatan
more info icon
View Details
Beli di Shopee

Norah Wax 100% Organic Wax

Wax Terbaik Dengan Variasi Wax Panas & Sejuk 

6 Produk Wax Terbaik Boleh Dicuba Ibu Hamil Sebagai Persediaan Sebelum Bersalin, Selamat Dan Tak Sakit!

Sudah hampir 10 tahun jenama ini bertapak di Malaysia, Norah adalah antara pelopor awal yang memperkenalkan kaedah penyingkiran bulu secara organik yang boleh dilakukan sendiri di rumah.

Menggunakan bahan organik iaitu madu, minyak tea tree, dan ekstrak lemon, ia bebas 100% daripada bahan kimia.

Wax diletakkan di dalam jar, ibu boleh memilih sama ada mahu menggunakan cold wax atau hot wax. Cold wax sesuai untuk pengguna yang baru mahu mencuba waxing, tidak perlu dipanaskan, mudah untuk digunakan dan hasil yang memuaskan dan jangka masa untuk bulu tumbuh lebih lama dari biasa.

Manakala hot wax sesuai untuk pengguna yang pernah mencuba cold wax tetapi inginkan hasil yang lebih optimum dan juga kepada pengguna yang biasa mendapatkan servis waxing diluar (berpengalaman). Namun wax perlu dipanaskan bagi mencairkan wax tadi sebelum disapu ke permukaan yang hendak di-waxing.

Hasil yang optimum dan jangka masa untuk bulu tumbuh lebih lama dari biasa. Ibu mengandung digalakkan memilih wax jenis ini kerana kurang sakit berbanding penggunaan cold wax.

Kit waxing ini juga didatangkan bersama strip cotton yang boleh dicuci bersama kayu sapuan.

Kandungan :

  • Madu
  • Minyak tea tree
  • Ekstrak lemon

Manfaat :  

  • Pertumbuhan bulu baru yang sangat lambat, 3 hingga 4 minggu.
  • Bulu baru yang tumbuh tidak lebat kerana folikel ini berhenti seketika dan ukurannya akan jauh lebih kecil dengan batang yang lembut, halus dan tidak lebat. 

Norah Wax 100% Organic Wax

product imageBeli di Shopee

Wawawax Hair Removal 

Wax Terbaik Dengan Saiz Travel Friendly

6 Produk Wax Terbaik Boleh Dicuba Ibu Hamil Sebagai Persediaan Sebelum Bersalin, Selamat Dan Tak Sakit!

Wawawax  jenama tempatan yang dipercayai untuk waxing sejak tahun 2016, menawarkan produk cold wax yang ternyata memudahkan pengguna.

Hanya menggunakan tiga bahan sahaja dan semestinya selamat, ibu hanya perlu memicit terus sahaja kandungan wax dan terus melakukan waxing menggunakan kit waxing yang disertakan sekali.

Jika ibu tidak selesa dengan wax jenis sejuk dikhuatiri lebih menyakitkan, ibu boleh juga merendam tiub wax ke dalam air panas dan terus menggunakannya seperti biasa.

Mempunyai dua pilihan saiz, 50 ml dan 120 ml, jenama ini juga menawarkan produk skrub badan sebagai pelengkap waxing yang boleh digunakan sebelum dan selepas waxing untuk melembutkan lagi permukaan kulit.

Kandungan :

  • Lemon
  • Gula
  • Madu

Manfaat :

  • Melembutkan dan menghaluskan kulit
  • Melambatkan penumbuhan bulu
  • Menanggalkan sel kulit mati
  • Bulu tumbuh lebih halus dan tanpa rasa gatal
  • Mengurangkan permukaan yang gelap akibat mencukur
  • Dalam bentuk tiub dan bersaiz kecil, mudah untuk dibawa ke mana-mana 

Wawawax Hair Removal 

product imageBeli di Shopee

Strange Sugar Wax

Wax Terbaik Dengan Pek Menarik

wax terbaik

Strange Sugar Wax, jenama wax lokal yang kian meningkat naik sentiasa tampil dengan packaging menarik malah turut ditampilkan mengikut edisi berbeza mengikut kolaborasi membuat jenama ini mempunyai peminatnya yang tersendiri.

Bukan sekadarkan mementingkan faktor luaran untuk menarik minat pengguna, wax yang ditawarkan juga sangat berkesan malah mereka telah 3 kali memperbaharui formulasi setelah mendapat maklum balas daripada pelanggan menandakan mereka cakna dengan setiap respons pengguna.

Mempunyai dua pilihan wax iaitu Pigmented Sugar Dough (PSD) dan Translucent Dry Sugar (TSD) kedua-duanya mempunyai manfaat yang tersendiri. Bagi ibu hamil atau first time user, anda boleh memilih jenis PSD yang perlu dipanaskan terlebih dahulu. Panas yang dimaksudkan hanyalah dengan melakukan rendaman tiub ke dalam air panas sahaja.

PSD mampu menarik bulu degil yang bermaksud akar bulu yang tidak pernah ditarik sebelum ini kerana tekstur wax yang lebih tebal dan mampu menarik bulu dengan lebih baik tanpa menyebabkan rasa sakit.

Buat anda yang pernah menggunakan wax sebelum ini, TSD adalah pilihan terbaik. Tidak perlu dipanaskan dan boleh dipakai terus di mana-mana bahagian bulu di seluruh badan.

Kandungan :

  • air
  • ekstrak madu
  • citric acid
  • gula

Manfaat :

  • Tidak menyakitkan dan mudah digunakan.
  • Tahan lama kerana bulu baru lambat tumbuh.
  • Kulit di kawasan waxing lebih lembut dan licin.

Strange Sugar Wax

product imageBeli di Shopee

Nad’s Hair Removal Natural Sugar Wax 

Wax Terbaik Untuk Beginner

wax terbaik

Tidak perlu dipanaskan, wax daripada jenama ini ‘dihangatkan’ mengikut haba badan apabila disapu terus pada kulit. Bulu yang tertanggal selepas waxing memberi kebebasan pada kulit selama berminggu-minggu.

Formula mistake proof di mana jika anda tersilap melakukan waxing, anda boleh membilasnya dengan mudah hanya menggunakan air sahaja memberikan anda keyakinan untuk mencapai hasil salun di rumah.

Kit waxing ini termasuklah strip kapas yang boleh dicuci, aplikator kayu, dan turut disertakan sabun pembersih pre-wax dengan manfaat minyak argan yang membantu proses waxing yang lebih baik.

Kandungan :

  • Gula
  • Kurma
  • Cuka
  • Lemon

Manfaat :

  • Kulit bebas bulu sehingga 5 minggu.
  • Mudah digunakan buat ibu yang pertama kali mencuba.
  • Tak sakit
  • Sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif

Nad's Hair Removal Natural Sugar Wax 

product imageBeli di sini

Mirael Sugar Wax Kit

Wax Terbaik Jenama Terkenal Dari Indonesia

wax yang bagus

Mendapat rekomendasi produk waxing terbaik dari negara jiran, Mirael Sugar Wax Kit menawarkan solusi untuk menghilangkan bulu ketiak, kaki, tangan, dan sehinggalah di bahagian alat sulit.

Tidak perlu dipanaskan, produk waxing ini cukup tebal, padat, dan cukup kental untuk menarik bulu-bulu kasar.

Bukan sahaja menanggalkan bulu, ia juga dapat mencerahkan kawasan sekitar waxing, memperbaiki tekstur kulit, menjaga kelembapan, dan menghaluskan lagi kulit. Tidak hairanlah mengapa jenama ini sering menjadi buah mulut orang di sana!

Selain wax, ia juga disertakan sekali spatula dan kertas wax yang boleh dipakai kembali.

Lebih menarik lagi, terdaoat pelbagai varian boleh dicuba ibu seperti green tea, strawberry, epal, madu, dan passion fruit di mana setiap satunya mempunyai kelebihan tersendiri.

Kandungan :

  • citric acid
  • madu
  • air

Manfaat :

  • Mengurangkan pertumbuhan bulu baru.
  • Membuang sel kulit mati.
  • Penghasilan bulu yang lebih halus.

Mirael Sugar Wax Kit

product imageBeli di Shopee

Dollywax 

Wax Terbaik Untuk Penjimatan

wax terbaik

Satu-satunya jenama produk wax tempatan yang menawarkan solusi waxing tanpa menggunakan strip penanggal bulu, Dollywax adalah hard wax dengan gred premium yang dicipta untuk profesional dan pengguna di rumah.

Ia mempunyai takat lebur yang rendah dan tidak memerlukan strip penanggal bulu, memberikan penjimatan dalam jangka masa panjang kerana tidak perlu membeli kain strip berkali-kali.

Cara penggunaannya, sapu wax dan kering dalam beberapa saat dan terus tarik dengan tangan. Ada yang mengatakan wax tanpa menggunakan kain strip tidak menyakitkan berbanding wax yang menggunakan kain strip!

Boleh digunakan pada semua kawasan, seperti bikini, muka, ketiak dan kaki, ianya adalah dalam bentuk wax bean dan perlu dicairkan menggunakan pemanas wax mengikut kuantiti yang ingin digunakan, jadi tidak ada pembaziran berlaku.

Kandungan :

  • minyak kelapa
  • rasin dari pokok pain
  • paraffin

Manfaat :

  • 3 hingga 6 minggu kulit bebas bulu.
  • Menanggalkan sel kulit mati.
  • Bulu baru yang akan tumbuh lebih halus dan semakin berkurang.

Dollywax

product imageBeli di Shopee

Perbandingan Harga Produk Wax Terbaik, Selamat Untuk Ibu Hamil

Jenama Berat kandungan Harga
Norah Wax 100% Organic Wax 380 gram RM22.80
Wawawax Hair Removal 50 ml RM25.00
Strange Sugar Wax 120 ml RM40.00
Nad’s Hair Removal Natural Sugar Wax 170 gram RM51.46
Mirael Sugar Wax Kit 210 ml RM35.00
Dollywax 250 gram + pemanas wax RM144.00

Semoga bermanfaat!

Nota Editor: Setiap item dan harganya adalah terkini pada masa artikel ini dikeluarkan. Walau bagaimanapun, mana-mana item boleh jadi ketiadaan stok atau harganya berbeza pada masa akan datang.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The Asianparent Malaysia

Baca juga: Mencukur Bulu Kemaluan Bila Tiba Waktu Nak Bersalin, Ini Yang Bakal Ibu WAJIB Tahu

Baca juga: Wajib Cukur Bulu Kemaluan Sebelum 40 Hari, Ini Perkara PENTING Suami Isteri Kena Tahu!

Baca juga: Rupanya Ada Sebab Doktor Suruh Cukur Bulu Sebelum Bersalin! Bukan Suka-Suka Ya

Nota Editor: Pautan produk yang disediakan di sini bertujuan untuk membantu memudahkan carian produk untuk pembaca kami. Beli barang adalah mengikut budi bicara anda sendiri. Kami tidak bertanggungjawab atas sebarang pertikaian dan masalah transaksi. Sekiranya anda membeli item dari post ini, theAsianparent mungkin menerima potongan kecil. Setiap item dan harga adalah terkini pada masa pengeluaran; namun, item mungkin habis terjual atau harganya sedikit berbeza pada hari berikutnya.
img

Penulis

Nursyamimi

Kongsi artikel ini

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community diiOS danAndroid sekarang!

  • Si Manja Tolak Botol Susu? Ini 8 Jenama Yang Terbaik & Bagus, Pasti Anak Terima!

    Si Manja Tolak Botol Susu? Ini 8 Jenama Yang Terbaik & Bagus, Pasti Anak Terima!

  • Tekak Rasa Tak Selesa Dan Perit? Atasinya Dengan 6 Ubat Sakit Tekak Ini Yang Cukup Efektif!

    Tekak Rasa Tak Selesa Dan Perit? Atasinya Dengan 6 Ubat Sakit Tekak Ini Yang Cukup Efektif!

  • Anda Mencari Senarai Bufet Ramadan Terbaik Tahun Ini? 8 Lokasi Ini Sediakan Bufet Iftar Best Sekitar Lembah Klang!

    Anda Mencari Senarai Bufet Ramadan Terbaik Tahun Ini? 8 Lokasi Ini Sediakan Bufet Iftar Best Sekitar Lembah Klang!

  • Si Manja Tolak Botol Susu? Ini 8 Jenama Yang Terbaik & Bagus, Pasti Anak Terima!

    Si Manja Tolak Botol Susu? Ini 8 Jenama Yang Terbaik & Bagus, Pasti Anak Terima!

  • Tekak Rasa Tak Selesa Dan Perit? Atasinya Dengan 6 Ubat Sakit Tekak Ini Yang Cukup Efektif!

    Tekak Rasa Tak Selesa Dan Perit? Atasinya Dengan 6 Ubat Sakit Tekak Ini Yang Cukup Efektif!

  • Anda Mencari Senarai Bufet Ramadan Terbaik Tahun Ini? 8 Lokasi Ini Sediakan Bufet Iftar Best Sekitar Lembah Klang!

    Anda Mencari Senarai Bufet Ramadan Terbaik Tahun Ini? 8 Lokasi Ini Sediakan Bufet Iftar Best Sekitar Lembah Klang!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.