Baik lelaki mahupun wanita, kita amat digalakkan untuk cukur bulu kemaluan bagi mengelakkan sebarang penyakit disebabkan oleh kuman dan menjaga keselesaan diri apabila bersama orang tersayang. Namun adakah percuam mencukurnya setiap kali sebelum seks?
Kenapa Ramai Gemar Mencukur Bulu Kemaluan?
Faktor paling utama adalah kebersihan. Ia juga meningkatkan kebersihan dan mengurangkan bau tidak diinginkan di kawasan tersebut. Beberapa pasangan mungkin menikmati atau menghargai penampilan dan sensasi dari kawasan kemaluan yang dicukur. Ini dapat meningkatkan keintiman atau kepuasan seksual bagi sesetengah orang.
Jangan Cukur Bulu Setiap Kali Sebelum Seks!
Ada beberapa perkara perlu diingat jika mencukur bulu kemaluan sebelum persetubuhan atau seks kerana ia boleh menyebabkan beberapa perkara seperti:
- Radang kulit : Jika dilakukan dalam keadaan terburu-buru ia boleh menyebabkan iritasi, gatal, atau luka kecil, yang mungkin membuatkan seks tidak selesa.
- Jangkitan : Ketika cukur bulu kemaluan kulit boleh terluka yang memudahkan berlakunya jangkitan kuman.
- Reaksi alahan: Sesetengah orang mungkin memiliki reaksi alergi terhadap produk pencukur atau bahan tertentu yang digunakan ketika mencukur bulu kemaluan, yang dapat menyebabkan keradangan atau ruam.
- Kepuasan pasangan: Sesetengah pasangan mungkin lebih selesa dengan bulu kemaluan, atau menikmati sensasi dari bulu tersebut ketika melakukan seks.
Risiko STD Akan Jadi Lebih Tinggi Jika Cukur!
Walaupun tiada bukti kukuh mencukur bulu kemaluan boleh meningkatkan risiko penyakit menular seksual (STD) ada beberapa perkara mengaitkannya:
- Mikrotrauma Kulit: Luka kecil kerana proses mencukur mungkin menjadi pintu masuk bagi jangkitan termasuk yang disebabkan oleh patogen STD.
- Keadaan kulit : Setelah bercukur, kulit kemaluan mungkin menjadi lebih sensitif. Kulit yang mengalami keradangan lebih sensitif terhadap jangkitan
- Berkongsi alat pencukur : Jika alat cukur digunakan bersama dengan orang lain, ada potensi penularan jangkitan kulit seperti kutil kelamin (HPV) atau herpes genital.
Cara Mencukur Bulu Kemaluan Yang Betul
Dalam bab penjagaan kebersihan, Islam tidak membenarkan kita menyimpan atau membiarkan bulu kemaluan terus tumbuh hingga panjang tanpa dibuang atau dicukur setelah lebih 40 hari. Justeru adalah wajib untuk kita mencukurnya sebelum 40 hari.
Diriwayatkan oleh Anas bin Malik r.a bahawa:
”Rasulullah S.A.W menjadualkan bagi kami paling lama empat puluh hari supaya tidak lupa menggunting kumis, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan mencukur bulu-bulu kemaluan.” (HR. Muslim, Ibnu Majjah, Ahmad, Tirmidzi, Al-Nasai dan Abu Daud).
Malah, cukur bulu kemaluan atau merapikan bulu pada kemaluan lelaki juga amat digalakkan dalam Islam. Hukum mencukur bulu dianggap sebagai sunnah.
1.Pilih Pisau Cukur Yang Tajam Dan Bagus
Mungkin ramai yang suka memilih pisau cukur yang murah berbanding yang agak mahal namun berkualiti. Pisau cukur memainkan peranan yang amat penting.
Anda akan mencukur bahagian yang sensitif, jadi jangan pilih pisau cukur yang tiada kualiti. Jika anda risau, apa kata guna gunting kecil yang tajam saja.
2.Guna Air Panas Dan Sabun
Sebelum mencukur, pastikan anda telah membasuh kemaluan dengan air panas dan sabun. Ia untuk membuka pori-pori kulit agar bulu lebih mudah dicukur.
3.Mula Cukur Dari Pangkal Hingga Ke Kepala
Cukur ikut arah bulu mula tumbuh. Jangan melawan arus. Dan jangan lupa bulu-bulu di buah zakar juga okay!
4.Pakai Antiseptik Selepas Bercukur
Carilah antiseptik dalam bentuk cecair, krim atau serum. Ia digunakan untuk menenangkan kulit selepas bercukur. Malah, anda juga digalakkan untuk melembabkan kulit selepas bercukur. Anda boleh menyapu bedak bayi atau gel lidah budaya untuk mengelak kegatalan. Jangan sapu losyen!
Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Kemaluan Anak Lelaki Pun Ada Cara Tertentu Untuk Jaga, Ini Panduan Untuk Ibu
Baca juga: Tiap Kali Buka Lampin, Anak Suka Main & Pegang Kemaluan? Pakar Jelaskan Ini Sebabnya
Baca juga: Mengajar Anak Cara Betul Untuk Jaga Kebersihan Kemaluan Mereka
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!