X
TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Mencukur Bulu Kemaluan Bila Tiba Waktu Nak Bersalin, Ini Yang Bakal Ibu WAJIB Tahu

4 min bacaan
Mencukur Bulu Kemaluan Bila Tiba Waktu Nak Bersalin, Ini Yang Bakal Ibu WAJIB Tahu

Cukur bulu kemaluan bila tarikh EDD makin hampir, adakah ia perlu atau tidak? Ramai doktor menyarankannya agar bayi nanti tidak mendapat jangkitan kuman!

Antara kebimbangan ibu-ibu hamil bila tiba saatnya untuk bersalin adalah perlukah cukur bulu kemaluan?

Kalau berimbun nanti malu pula, tapi waktu perut membesar begini bagaimana nak cukur?

Bagi ibu-ibu yang pertama kali akan melahirkan bayi, jangan risau, di sini ada jawapannya. Malah sekiranya selama ini anda memang peka dengan kebersihan di bawah itu, tentunya ini menjadi kebimbangan anda.

Cukur bulu kemaluan ketika hamil dan bakal bersalin, apa yang diperlukan?

cukur bulu kemaluan

Menurut Dayna Freedman, seorang doktor kehamilan di Toronto menyatakan, kebanyakan hospital memang menyarankan ibu hamil untuk mencukur bulu kemaluan, supaya proses kelahiran bayi nanti bebas daripada jangkitan. 

Bakteria yang melekat pada bulu ari-ari ada kemungkinan besar menjangkiti bayi semasa bayi keluar daripada vagina ibu. 

Kalau di Malaysia, sekiranya ibu hamil tidak bercukur, jururawat atau pegawai kesihatan akan menolong ibu hamil bercukur sebagai persedian sebelum proses bersalin. 

Walau bagaimanapun, satu kajian yang diterbitkan oleh Journal of Hospital Infection menyatakan risiko jangkitan semasa mahirkan bayi secara normal tidak akan berkurang meskipun ibu mencukur bulu kemaluan. 

Selain itu, Dr. Cate Bell, seorang doktor di Sussex juga menyatakan, mencukur bulu kemaluan ketika hamil atau sebelum melahirkan bayi sebenarnya tidak perlu dilakukan. Begitu juga untuk ibu yang melakukan pembedahan Czer. 

Malah dikatakan, risiko jangkitan lebih tinggi jika si ibu mencukur bulu kemaluan ketika hamil. 

Disebutkan dalam WHO Surgical Site infection Prevention Guidelines, mencukur bulu kemaluan sebelum pembedahan caesar berisiko tinggi terkena jangkitan. Terutama bila cara mencukurnya salah, atau alat yang digunakan tidak disteril dengan betul. 

Tapi apakah pendapat ibu-ibu semua? Adakah kelebihan mencukur bulu kemaluan ketika hamil?

Kelebihan dan kekurangan cukur bulu kemaluan ketika hamil

cukur bulu kemaluan

Mencukur bulu kemaluan ketika hamil, apa kelebihan dan kekurangannya?

Kelebihan 

  • Bulu kemaluan adalah tempat mikroba membiak dengan subur. Mencukurnya bisa membantu mencegah jangkitan dari terkena pada bayi sewaktu proses kelahiran. 
  • Vagina yang bersih dari bulu akan memudahkan doktor yang menyambut kelahiran melihat sejauh mana pembukaan terjadi, dan apakah harus ada pertambahan kaedah yang dilakukan, seperti forceps atau vakum.
  • Menggunting atau mencukur rambut kemaluan dapat mengurangkan peluh dan ketidakselesaan pada bahagian itu.
  • Bulu kemaluan jika dibersih rapi, akan menjadikan proses pembersihan dan jahitan lebih mudah dan bebas dari terkena darah. 

Risiko mencukur bulu kemaluan sebelum bersalin

  • Bila tidak menjaga kebersihan saat mencukur, proses ini boleh mengakibatkan jangkitan pada kulit vagina. Lagi-lagi jika menggunakan alat pencukur yang kotor dan berkarat. 
  • Bulu kemaluan yang bakal tumbuh nanti akan membuatkan bahagian itu terasa gatal dan tidak selesa.  
  • Berpotensi terjadinya liang pori bulu tersumbat (ingrown hair).

Selain beberapa risiko di atas, mencukur bulu kemaluan ketika hamil adalah mustahil untuk dilakukan sendiri memandangkan perut yang membesar menghalang anda dari melihat vagina. 

Ia seharusnya dibantu oleh suami atau jururawat yang menjaga anda nanti. Tapi lebih elok jika anda ke salun waxing untuk wax saja bahagian tersebut. Lebih mudah dan cepat, malah lebih bersih.

Tips mencukur bulu kemaluan dengan selamat

cukur bulu kemaluan

#1. Gunakan alat pencukur yang direka khas untuk wanita

Selalunya alat pencukur untuk wanita hadir dengan gel yang lebih untuk keselesaan kulit yang sensitif di bawah itu. Dan sebelum digunakan rendamkan sebentar dengan air panas. 

#2. Oleskan minyak atau perapi

Jangan gunakan sabun berbuih yang kesat! Anda perasan bukan bila setiap kali lepas mandi badan yang disabun akan meninggalkan rasa kesat seakan kulit bersih dicuci. Anda tak mahu ia berlaku pada bahagian bawah itu. 

Jadi gunakan minyak esensi yang digunakan untuk badan atau perapi rambut yang mana akan meninggalkan kesan lembab pada kulit. Barulah selepas cukur tak rasa rengsa dan gatal!

#3. Oles losen selepas bercukur

Losen atau pelembab atau pun minyak esensi. Lumurkan saja, jangan kedekut. Lepas bercukur bahagian kulit itu akan lebih sensitif dan mudah kering. Jika selalu tidak dilembabkan bahagian itu mudah gatal dan bila tumbuh bulu nanti lagilah miang!

Sebenarnya bulu di bawah itu seeloknya tidak dicukur sehingga bersih, cukup sekadar trim sahaja. Ada sebabnya mengapa kita dilahirkan dengan bulu kemaluan bukan?

Walau bagaimanapun untuk keputusan terbaik bincanglah dulu dengan doktor yang bakal menyambut kelahiran anak anda. 

Moga bermanfaat!

Stories Rakan Kongsi
Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil
Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin

Sumber: theAsianparent Indonesia, Alodokter

Foto: Yesdok.com

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Pelik, Vagina Wanita Hamil Berbau Walaupun Bersih, Ini Puncanya

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Izzati Saadin

  • halaman rumah
  • /
  • Kehamilan
  • /
  • Mencukur Bulu Kemaluan Bila Tiba Waktu Nak Bersalin, Ini Yang Bakal Ibu WAJIB Tahu
Kongsikan:
  • Biji Teratai (Lotus Seeds) Untuk Ibu Hamil: Kandungan Nutrisi, Manfaat & Cara Pengambilan

    Biji Teratai (Lotus Seeds) Untuk Ibu Hamil: Kandungan Nutrisi, Manfaat & Cara Pengambilan

  • Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

    Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

  • 21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

    21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

  • Biji Teratai (Lotus Seeds) Untuk Ibu Hamil: Kandungan Nutrisi, Manfaat & Cara Pengambilan

    Biji Teratai (Lotus Seeds) Untuk Ibu Hamil: Kandungan Nutrisi, Manfaat & Cara Pengambilan

  • Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

    Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

  • 21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

    21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham