Si Manja Mengalami Kulit Sensitif? Ibu, Sila Semak Pilihan Bedak Tabur Yang Selamat!

Antara keperluan si manja adalah bedak untuk bayi. Namun, sekiranya mereka mengalami alergik atau kulit sensitif, ibu perlu memilih jenama yang selamat!

Keluar peluh dan gatal merupakan masalah yang sering terjadi kepada si manja. Tidak hanya memberikan rasa kurang selesa, ia turut menyebabkan ruam dan pastinya menganggu aktiviti anak sepanjang hari.

Antara salah satu cara mudah mengatasinya adalah dengan memberikan bedak bayi anti alergik dan sensitif pada mereka. Ibu ayah boleh menarik nafas lega kerana kini terdapat pelbagai produk perawatan bayi yang efektif mengurangkan rasa gatal pada kulit si manja.

Sebelum memilih dan membeli produk tertentu, adalah lebih baik anda mengetahui jenis kulit anak agar ia sesuai dan tidak memberikan kesan sampingan.

Justeru, apa kata anda semak di sini. Kami telah menyenaraikan beberapa pilihan terbaik untuk memudahkan kerja ibu ayah. 

Lamoon - Organic Baby Powder 50g
  • Sentuhan lembut bak sutera membantu mengurangkan ruam panas dan mengekalkan kelembapan kulit untuk jangka masa panjang.
  • Mengelakkan kulit bayi kering dan menjamin si manja selesa serta sihat.
  • Menggunakan tepung beras dari ladang organik, bebas daripada racun perosak.
  • Selamat untuk bayi sekiranya tersedut secara tidak sengaja.
  • Mengurangkan pengumpulan bakteria yang merangsang ruam lampin.
  • Melegakan keradangan kulit
PUREEN CORNSTARCH POWDER 125G
  • Bedak bayi Pureen Pure Cornstarch diperbuat dari tepung jagung yang sangat mudah menyerap.

  • Menjadikan kulit bayi lembut tanpa rasa kering, licin dan selesa.

  • Aroma yang menenangkan untuk bayi berasa segar dan gembira.

  • Cara penggunaan: taburkan ke atas telapak tangan anda sebelum meletakkanya pada kulit bayi selepas mandi atau menukar lampin.

Himalaya Baby Powder 200g
  • Membantu mengawal peluh dan bau badan yang berlebihan
  • Bedak yang mengandungi bahan aktif herba dan selamat digunakan.
  • Bebas dari paraben, phthalates, dan warna sintetik
  • Bahan utama: minyak zaitun, diperkaya dengan vitamin E, memberi khasiat perlindungan dan mencegah kegatalan.
  • Ia mempunyai sifat menenangkan
  • Minyak kacang badam berfungsi sebagai pelembut kulit yang sangat baik dan kesan kelembapan.
  • Khus Grass mempunyai sifat anti peluh dan astringen, yang menjadikan bayi kering sepanjang hari.
  • Sebagai agen penyembuhan luka.
[Tollyjoy] Twin Pack Talcum Powder (250gm x 2)
  • Diperbuat daripada serbuk terbaik yang menjadikan bayi bersih dan kering.
  • Membuatkan si manja berbau wangi sepanjang hari.
  • Talkum Allantoin 
  • Diuji secara mikrobiologi dan dermologi.
  • Tidak menyebabkan liang kulit tersumbat.
Gaia Natural Baby Powder 200g
  • Bedak tabur bayi bebas TALC menggunakan tepung jagung yang digabungkan dengan lavender organik, oren manis dan chamomile.

  • Membantu menyerap kelembapan berlebihan dan menjaga tubuh bayi serta lipatan kulit segar dan kering. 

  • Mengatasi masalah ruam dan kerengsaan kulit bayi kerana bahan yang digunakan adalah semula jadi dan selamat.

Johnson's Baby Powder 200g
  • Terbukti secara klinikal ringan
  • Hypoallergenic
  • Dicadangkan oleh ahli dermatologi dan melalui ujian alergi
  • Menyerap kelembapan berlebihan dan menjadikan kulit kering dengan selesa.
  • Membantu mengurangkan kerengsaan yang disebabkan oleh geseran.
Wakodo Corn Starch SICCAROL Natural Baby Powder (120g)
  • Menggunakan serbuk tepung jagung yang berasal dari tumbuhan.
  • Mengekalkan kesegaran mengikut kelembapan persekitaran.
  • Mengandungi bahan pelembap (pati daun teh hijau, 'Benifuki' dan sayur squalene).
  • Termasuk puff kapas semula jadi.
  • Bahan aktif: zink oksida.
  • Diperbuat di Jepun

Nota Editor: Pautan produk yang disediakan di sini bertujuan untuk membantu memudahkan carian produk untuk pembaca kami. Beli barang adalah mengikut budi bicara anda sendiri. Kami tidak bertanggungjawab atas sebarang pertikaian dan masalah transaksi. Sekiranya anda membeli item dari post ini, theAsianparent mungkin menerima potongan kecil. Setiap item dan harga adalah terkini pada masa pengeluaran; namun, item mungkin habis terjual atau harganya sedikit berbeza pada hari berikutnya.

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community diiOS danAndroid sekarang!