Kehamilan adalah pengalaman yang luar biasa dan walaupun sesetengah ibu mengalami pelbagai kesulitan semasa hamil, tetapi menjadi seorang ibu menjadikan semuanya berbaloi.
Walau bagaimanapun, berserta dengan kegembiraan dan kepuasan menjadi seorang ibu adalah perubahan badan yang dialami.
Untuk sesetengah wanita, perubahan yang tidak diingini ini mungkin kekal selamanya meskipun telah bersalin, dan ini boleh menjejaskan keyakinan ibu baru.
Jangan risau. Terdapat pelbagai cara untuk mengembalikan kecantikan dan keyakinan itu walaupun anda baru sahaja melahirkan anak.
Dalam artikel ini, anda akan mengetahui cara-cara penyelesaian untuk beberapa masalah kecantikan selepas hamil yang selalu dihadapi oleh para ibu.
Jerawat semasa hamil
Wanita hamil lebih terdedah kepada jerawat akibat peningkatan tahap progesteron dan estrogen di dalam badan.
Perubahan hormon ini akan menyebabkan pengeluaran minyak yang berlebihan dan apabila ditambah dengan sisa kotoran serta bekas solek, ini boleh menyebabkan liang-liang pada muka tersumbat.
Akibatnya adalah masalah jerawat yang berlarutan walaupun selepas bersalin.
Cara penyelesaian:
Memang susah untuk mengawal masalah jerawat terutamanya apabila anda sedang menyusu.
Tapi antara cara yang boleh anda cuba adalah dengan mengikut regimen pembersihan muka dengan rajin untuk menghapuskan minyak berlebihan serta segala kotoran pada muka.
Pilihan yang terbaik adalah pembersih muka yang tidak terlalu kuat, kemudian diikuti oleh toner untuk menghapuskan sisa minyak.
Peringatan penting: Ibu menyusu perlu mengelak dari menggunakan produk khas untuk akne kerana ia mungkin mengandungi ubat yang tidak selamat untuk bayi anda.
Sebaliknya, gunakan produk yang mengandungi benzoyl peroksida untuk membersihkan muka kerana ia adalah pilihan yang paling selamat untuk mengawal jerawat apabila anda menyusu.
Melasma
Kemunculan tompok-tompok gelap pada kulit adalah akibat progesteron dan estrogen yang tinggi semasa kehamilan.
Peningkatan hormon ini boleh mencetuskan pengeluaran melanosit yang berlebihan.
Ini menghasilkan kulit gelap, yang dikenali sebagai melasma atau “topeng kehamilan”.
Melasma biasanya dilihat di bahagian muka, bibir, hidung dan dahi.
Kegelapan tompok-tompok ini akan semakin teruk apabila terdedah kepada cahaya matahari yang terlalu banyak.
Biasanya ia akan hilang dengan sendiri selepas persalinan tetapi ia boleh mengambil masa yang lama dan berlanjutan selama berberapa bulan.
Cara penyelesaian:
Untuk mengurangkan risiko melasma, gunakan krim pelindung matahari dengan sekurang-kurangnya SPF 30.
Walaupun tompok-tompok gelap ini akan hilang selepas kira-kira satu tahun selepas melahirkan, anda juga boleh berunding dengan pakar dermatologi untuk rawatan tidak invasif yang boleh menghilangkan kesan melasma dengan segera.
Lingkaran gelap di bawah mata
Kurang tidur dan perubahan hormon yang mengawal pigmentasi adalah gabungan tidak baik yang boleh menyebabkan perkembangan lingkaran gelap dan kantung di bawah mata (eyebag).
Berlainan pula dengan peredaran darah yang kurang lancar, dehidrasi atau kekurangan zat besi, Vitamin C dan asid folik yang boleh menyebabkan mata kelihatan letih.
Cara penyelesaian:
Penyelesaian cepat untuk dehidrasi ialah untuk kekal terhidrat.
Menurut pakar kesihatan, anda harus mengikuti peraturan 8 × 8 dan minum sebanyak lapan gelas 8 auns air sehari untuk penghidratan yang betul.
Jika anda kekurangan zat, ikuti cara pemakanan yang sihat dan mengambil vitamin tambahan yang ditetapkan.
Untuk merawat lingkaran hitam di bawah mata, anda boleh cuba gunakan serum atau krim mata yang mengandungi SPF.
Tetapi yang paling penting adalah untuk mendapatkan rehat yang secukupnya.
Apabila anda cukup tidur, ini akan mengembalikan wajah yang berseri, serta tenaga yang anda perlukan.
Urat labah-labah (Red Spider Veins)
Peningkatan peredaran darah perubahan hormon juga boleh mengakibatkan pengembangan saluran darah dan menjadikannya kelihatan lebih menonjol dan ketara.
Urat labah-labah kelihatan seperti benang merah yang bercabang di sekitar muka, leher, dada dan kaki.
Keadaan ini boleh berterusan sehingga tiga bulan selepas bersalin.
Tetapi, terdapat beberapa cara rawatan yang boleh dicuba jika anda ingin ia hilang dengan serta-merta.
Cara penyelesaian:
Anda boleh memilih rawatan laser yang menghilangkan urat labah-labah yang degil.
Ia adalah rawatan tidak invasif yang selamat dan boleh disesuaikan mengikut keperluan.
Rawatan lain adalah skleroterapi yang melibatkan suntikan larutan khas untuk menyebabkan urat terjejas kurang kelihatan.
Rambut gugur selepas bersalin
Salah satu masalah kecantikan selepas bersalin yang paling membimbangkan adalah masalah keguguran rambut.
Semasa mengandung, hormon anda menghalang keguguran rambut yang normal.
Tetapi beberapa bulan selepas melahirkan anak, anda mungkin perasan rambut anda gugur dengan banyak.
Masalah rambut gugur hanya sementara sahaja dan biasanya tidak terlalu kronik.
Cara penyelesaian:
Selepas bersalin, elak dari pewarna rambut atau rawatan kimia pada rambut kerana ini hanya akan merosakkan rambut anda dan menyebabkan rambut anda gugur dengan lebih banyak.
Sebaliknya, gunakan syampu dan perapi khas untuk masalah rambut gugur.
Makanan yang mengandungi antioksidan yang tinggi juga penting untuk mengekalkan rambut dan kulit kepala yang sihat.
Elak juga dari mengikat rambut anda dengan terlalu ketat.
Stria kehamilan atau tanda regangan (Stretch Marks)
Stria kehamilan atau stretch marks biasanya mula muncul menjelang akhir kehamilan.
Ia berlaku apabila kulit yang diregangkan semasa hamil tiba-tiba kecut selepas bersalin.
Ini menyebabkan kulit membentuk lipatan seperti kesan koyak yang mula-mulanya warna ungu atau merah yang mungkin boleh pudar dengan masa.
Tanda regangan ini biasanya terdapat di bahagian perut, payudara, punggung, di belakang lutut dan paha.
Cara penyelesaian:
Semasa anda hamil, rajinlah menggunakan krim pelembab.
Apabila anda kerap mengurut dan menggunakan krim pelembab atau minyak, keanjalan kulit akan bertambah baik.
Jika anda ingin mengurangkan kesan regangan, satu rawatan selamat dan tidak invasif adalah rawatan laser dan cahaya.
Walaupun ia tidak dapat dipadamkan dengan sepenuhnya, ia boleh menjadi lebih pudar dan kelihatan kurang ketara.
Lemak pada perut dan berat badan yang berlebihan
Peningkatan berat badan tidak dapat dielakkan semasa kehamilan. Seorang wanita boleh menambah berat sebanyak 25-40 pound.
Ditambah pula dengan lemak di bahagian perut dan lengan menggeleber yang masih kekal selepas bersalin.
Sepanjang masa anda hamil, kehilangan berat badan bukan tanda yang baik.
Ibu hamil perlu mengekalkan berat badan mereka dalam lingkungan yang sihat untuk mengelakkan komplikasi.
Cara penyelesaian:
Langkah pertama untuk kembali ke bentuk badan sebelum anda hamil, adalah tidur yang cukup dan diet yang sihat.
Anda tidak digalakkan untuk mengurangkan pengambilan kalori anda untuk 6 minggu pertama selepas bersalin terutamanya jika anda menyusu.
Ini Sebabnya Kenapa Ibu Menyusu Berat Badan Naik, Dan Tak Turun-Turun Pun!
Setelah tubuh anda pulih dari persalinan, anda boleh mencuba melakukan senaman ringan seperti berjalan kaki setiap hari, senaman otot pelvik, dan senaman abdomen.
Penyusuan susu ibu juga akan membantu dalam penurunan berat badan disebabkan kalori yang digunakan untuk menghasilkan susu ibu.
Ini adalah cara semula jadi dan selamat untuk menurunkan berat badan selepas melahirkan anak!
Jadi, jom cuba semua langkah di atas dan lihat kesannya selepas itu. Tidak perlu risau jika ianya berubah dengan perlahan.
Ia lebih baik sebenarnya, dan lebih mudah untuk anda kekalkan rutin di atas menjadi habit. Maka, kecantikan anda juga akan kekal lama selepas itu!
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!