Ibu Menyusu Berat Badan Naik, Apa Sebabnya?
Setelah bersalin dan menyusukan 2 orang anak, tidak pernah terlintas di fikiran saya bahawa berat badan saya akan naik dengan banyak. Orang selalu cakap ibu menyusu pasti boleh kurus, tetapi dengan usia yang hampir mencecah 40, saya tidak yakin. Kenapa dalam kes saya, ibu menyusu berat badan naik?
Selepas bayi pertama, saya telah mengambil masa hampir setahun sebelum kurus balik. Trust me the struggle is real. Sehingga ke hari ini, saya masih belum hilang berat tambahan dari kehamilan kedua.
Ini antara sebab kenapa ibu menyusu berat badan naik, rupanya!
Hormon
Ia bukan rahsia bahawa semasa hamil dan apabila menyusukan anak, hormon anda sangat aktif.
Prolaktin, hormon yang bertanggungjawab untuk pengeluaran susu, juga boleh menyumbang kepada peningkatkan selera makan anda.
Hormon Prolaktin paling tinggi dalam tempoh 6 bulan pertama ibu menyusu. Kajian menunjukkan hormon ini boleh menghalang penurunan berat badan dan juga menyebabkan penambahan berat badan.
Di samping itu, prolaktin boleh melambatkan metabolisma lemak, jadi sebenarnya ia adalah sangat susah untuk sesetengah ibu untuk menurunkan berat badan.
Tidak cukup makan
Sumber gambar : Eat This, Not That!
Pelik bukan? Sebenarnya, memberi susu badan membakar banyak kalori. Berapa banyak? Ini bergantung kepada umur bayi dan jika ibu itu menyusu secara eksklusif, tetapi ia dianggarkan 300-800 kalori.
Namun, jika anda tidak makan dengan secukupnya, ini boleh menjejaskan penghasilan susu ibu dan juga melambatkan metabolisma anda.
Apabila makanan yang di makan kurang daripada keperluan badan anda, sistem pembakar kalori dalaman (metabolisme anda) akan mula menjimatkan tenaga.
Ini akan menyekat pembakaran lemak badan untuk mengekalkan berat badan. Ini juga mengapa diet kalori rendah tidak berkesan untuk jangka panjang.
Terlalu mengehadkan jenis makanan
Sumber gambar: Daily Post
Selain daripada tidak makan kalori yang cukup, satu lagi sebab wanita gagal untuk menurunkan berat badan semasa menyusu adalah kerana mereka terlalu menjaga makan.
Ada yang langsung tak nak makan makanan berkarbohidrat, kek-kek manis, dan memaksa diri untuk makan makanan yang bosan untuk menurunkan berat badan.
Apabila anda terlalu menjaga makan, risiko untuk makan mengikut nafsu (binge eat) sangatlah tinggi.
Ia adalah lebih baik untuk rileks sahaja dan makan makanan kegemaran anda dalam kuantiti yang kecil dari tak makan langsung. Makanlah dengan sederhana. Ok je, makan coklat sekali-sekala.
Tekanan dan kurang tidur
Tekanan dan kurang tidur(first world problem untuk semua ibu) adalah dua punca mengapa kelenjar adrenal anda lemah.
Tanggungjawab kelenjar adrenal adalah untuk menguruskan tekanan yang dihadapi dan metabolisme badan seperti tahap gula dalam darah.
Jadi tak hairanlah kalau berat badan tak turun-turun, badan dah letih tak cukup tidur, metabolisme pun lembap. Belum fikir lagi nak bersenam semua.
Saya perlu bersenam dengan lama dan kuat
Sumber gambar: Shape Magazine
Sebenarnya tanggapan ini salah. Lupakan senaman yang panjang. Anda baru saja ada anak, untuk tahun pertama jangan harap sempat buat senaman yang lama-lama.
Senaman pendek dan intensif selama 20-30 minit sudah cukup untuk memastikan badan anda kekal dalam mod pembakaran lemak siang dan malam.
Senaman pendek lebih mudah untuk disesuaikan ke dalam kehidupan seorang ibu baru.
Jangan bersenam dengan mentaliti yang anda perlu bersenam dengan kuat untuk membakar semua berat tambahan itu. Anda hanya akan kehilangan kesabaran sebelum melihat apa-apa keputusan.
Menurunkan berat badan dengan berkesan mengambil masa yang lebih lama. Jadi bersenamlah untuk keseronokan, untuk menambahkan hormon gembira(endorfin), dan untuk menambahkan tenaga.
Amalkan disiplin untuk mengurangkan berat badan serta fikiran yang positif dan bersabar.
Mudah-mudahan satu hari nanti jeans yang sudah lama bergantung dalam almari dapat dipakai semula.
Sumber: Fit to be Pregnant, Grass Fed Mama
Baca juga:
5 Tips Diet Untuk Menyusu Agar Boleh Kurangkan Berat Badan Semasa Menyusu
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!