Doktor Kata Boleh Minum Kopi Ketika Hamil, Tapi Berpadalah Kalau Sayang Anak Dalam Kandungan

Doktor Kata Boleh Minum Kopi Ketika Hamil, Tapi Berpadalah Kalau Sayang Anak Dalam Kandungan

Ramai ibu mengandung yang suka minum kopi tetapi terpaksa fikir dua tiga kali untuk minum kopi ketika hamil. Bimbang memudaratkan kandungan katanya.

Ramai ibu mengandung yang suka minum kopi tetapi terpaksa fikir dua tiga kali untuk minum kopi ketika hamil. Bimbang memudaratkan kandungan katanya.

Adakah benar kopi ini membahayakan kandungan? Adakah ibu hamil yang memang suka minum kopi ketika sebelum hamil terpaksa tunggu 9 bulan baru boleh minum kopi semula?

Kadang kala perasaan teringin untuk minum kopi tidak dapat dibendung. Ada yang hingga teringa-ingat tentang kopi dan jadi terliur jadinya kerana terpaksa simpan niat minum kopi ketika mengandung disebabkan risau mengenai keselamatan bayi.

Minum kopi ketika hamil tak salah pun, kena pandai lihat label kafein

Minum kopi ketika hamil Kredit foto: Dr Imelda Balchin

 

Menurut Dr Imelda Balchin, memang boleh minum kopi ketika kehamilan. Cuma yang menjadi masalah adalah kandungan kafein di dalamnya. 

Apa yang lebih penting ialah berapa banyak caffeine yang anda ambil dalam sehari. Caffeine itu ada di dalam kopi, teh, koko atau cola dan kita mesti belajar lihat label berapa banyak caffeine di dalam kopi apa yang kita minum. 

Kalau hat (jenis) decaff memang boleh minum tanpa had. Tetapi jika bukan decaff, hadkan kepada 150 mg caffeine sehari.

Tetapi ada doctor yang kata boleh minum sampai 200mg caffeine sehari? Kenapa doc Imelda kata kurangkan lagi ke 150mg caffeine saja?

Ibu hamil lebih kafein punca masalah tumbesaran janin

Minum kopi ketika hamil

Jawapannya ialah kajian perubatan telah tunjuk ibu hamil yang minum lebih dari 200 mg caffeine boleh ada masalah pembesaran janin dalam kandungan, tetapi kajian perubatan yang lebih baru lagi telah pula menunjukkan ibu hamil yang minum lebih dari 15 0mg caffeine ada lebih keguguran.

Tiada perbezaan yang di lihat dari segi kesihatan janin dalam kandungan, keguguran atau pembesaran jika ibu hamil minum kopi/teh selagi di hadkan tidak melebihi 150 mg caffeine sehari.

Jadi boleh minum. Jangan berlebihan. Kalau ikut panduan ini, kita tak perlu bimbang.

Jadi memang boleh minum, tapi janganlah melebih daripada apa yang disarankan. Minum sekadar untuk melepas gian dan teringin sudahlah. 

Jangan pula kerana terlalu ikutkan hati, merana nanti. Menyesal tak sudah ya.

Tak salah minum tapi berpadalah

Semua nasihat yang saya sampaikan ialah bukan pendapat saya sendiri tetapi berdasarkan keputusan beberapa gabungan kajian perubatan ke atas beribu-ribu ibu yang hamil yang telah diterbitkan dalam journal perubatan antarabangsa. Maklumat macam ini anda tak boleh dapat dengan menggugel.

Bukan hanya satu kajian, dan bukan mengikut pengalaman testimoni atau kata-kata orang naaaaa. Kita mesti lihat fakta dan keputusan kesihatan dari beribu-ribu ibu hamil, bukan pendapat orang naaaaa.

Semoga hilang keraguan anda dan boleh minum sedikit kopi atau teh bagi mereka yang teringin. Jangan lupa kurangkan gula naaaaa!!!!

Justeru menurut Dr Imelda, ibu hamil perlu bertanya sendiri kepada doktor dan tidak hanya bergantung kepada 'google' atau testimoni orang lain untuk mencari penyelesaian.

Adalah sangat bahaya jika anda hanya bergantung kepada medium itu saja sebagai rujukan. Tidak salah untuk membaca atau menambah pengetahuan tetapi merujuklah kepada mereka yang benar-benar pakar supaya anda tidak tersilap langkah dan membahayakan diri sendiri dan anak yang dikandung.

Makanan, minuman yang mengandungi kafein

#1. Minuman bersoda

Cola dan minuman bersoda memang mengandungi kafein. Minuman yang bersoda memiliki kandungan kafein kira-kira 41 mg.

#2. Coklat

Minum kopi ketika hamil

Kafein ditemuis secara semulajadi dalam biji koko. Apa saja jenis coklat memang mengandungi kafein. Walaupun tidak banyak hanya kira-kira 10 mg dalam coklat, tetapi semakin gelap warna coklat dikatakan semakin tinggi kandungan kafeinnya. 

#3. Aiskrim

Disebabkan aiskrim boleh datang dalam pelbagai perisa seperti coklat dan kopi, jadi secara tidak langsung ais krim dalam kumpulan ini juga mengandungi kafein. 

#4. Minuman penambah tenaga

Minuman penambah tenaga juga mengandungi kafein yang sama banyak dengan secara kopi.

#5. Kuaci

Jangan tak tahu ya. Dalam kuaci ada 140 mg kafein dalam satu hidangan. Kuaci juga mengandungi asid folik, vitamin B6 dan Vitamin E.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: panduanmalaysia, Dr Imelda Balchin

Baca juga: 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

Artikel(Cerita)
app info
get app banner