Tanda-Tanda Untuk Mengesan Jantina Bayi Dalam Kandungan

Tanda-Tanda Untuk Mengesan Jantina Bayi Dalam Kandungan

Jantina bayi dalam kandungan boleh dikesan melalui beberapa tanda, contohnya seperti tanda-tanda dari petua orang-orang tua ini. Jom tengok apa tandanya!

Bagaimana ingin kesan jantina bayi dalam kandungan??

Menjadi ibu bapa merupakan perkara yang paling manis bagi pasangan yang berkahwin.

Justeru, ada pasangan yang mengambil inisiatif untuk mengetahui jantina bayi berdasarkan petua orang tua-tua di samping melakukan scan 3D atau 4D di hospital atau klinik.

Berikut menyenaraikan tips-tips untuk bakal ibu dan bapa mengesan jantina bayi dalam kandungan, dan ia 90% tepat!

Jom tengok bagaimana anda boleh mengesan jantina bayi dalam kandungan ini!

#1 Tanda-tanda anda mengandung bayi lelaki

Tanda-Tanda Untuk Mengesan Jantina Bayi Dalam Kandungan

 

  • Perut anda akan memboyot ke hadapan dan rendah.
  • Anda kelihatan berseri-seri ketika hamil.
  • Anda tidak mengalami mabuk hamil dalam trimester pertama kehamilan.
  • Payudara kanan lebih besar daripada kiri.
  • Anda teringin untuk makan makanan yang lebih protein seperti keju atau daging.
  • Kaki cepat sejuk dan kulit kering.
  • Rambut jadi lebih cepat berkilat semasa hamil.
  • Tidur selalu menghadap ke sebelah kiri.
  • Anda lebih agresif semasa melakukan hubungan seks berbanding suami anda.
  • Anak sulung anda (jika ada dan perempuan) kelihatan seperti budak lelaki semasa bayinya.
  • Hidung kelihatan besar dan kembang.

Tanda-tanda anda mengandung bayi perempuan

Tanda-Tanda Untuk Mengesan Jantina Bayi Dalam Kandungan

 

  • Degupan bayi anda lebih cepat daripada 140 kali seminit.
  • Perut berbentuk bulat dan tinggi.
  • Muka hilang seri dan anda sangat “moody”.
  • Mabuk hamil semasa 12 minggu kehamilan.
  • Payudara kiri kelihatan lebih besar daripada kanan.
  • Anak mata tidak mengembang jika lihat cermin dalam masa seminit.
  • Teringin untuk memakan benda manis.
  • Kulit kelihatan lembut.
  • Suami lebih agresif semasa hubungan seks, sehingga persenyawaan itu berlaku.
  • Rambut nipis dan tidak bermaya semasa hamil.
  • Tidur mengiring ke kanan semasa hamil.
  • Air kencing berwarna kuning samar.
  • Jika memegang bayi perempuan semasa hamil, dia menangis.
  • Punggung melebar ketika hamil.

Ini adalah mitos dan petua orang tua untuk mengetahui jantina bayi semasa dalam kandungan. Walaupun anda melakukan "scan", ia bukanlah 100% tepat.

Jadi, apa tanda-tanda anda? Anak lelaki atau perempuan? Selamat menguji untuk melihat tanda-tanda ini!

Rujukan: Baby Center

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

app info
get app banner