X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Wanita Yang Stress Ketika Hamil Cenderung Dapat Bayi Perempuan - Kajian

3 min bacaan
Wanita Yang Stress Ketika Hamil Cenderung Dapat Bayi Perempuan - Kajian

Kajian mengatakan wanita yang sering stress dan tertekan adalah pembawa bayi perempuan. Benarkah?

Anda tahu tak, sebenarnya mudah untuk kita tahu sama ada seseorang itu bawaan hamil bayi perempuan atau lelaki?

Biasanya, kita sering dengar mitos kalau bayi perempuan, perut ibu lebih melebar. Ada juga yang mengatakan jantina bayi ada kaitan dengan apa yang anda mahu atau perubahan emosi dalam menguruskan sesuatu perkara.

Baru-baru ini, ada kajian yang mendedahkan tekanan emosi semasa hamil meningkatkan tanda itu bawaan hamil bayi perempuan pula!

Bawaan hamil bayi perempuan – Ibu yang mengalami tekanan dikatakan akan hamil bayi perempuan 

bawaan hamil bayi perempuan, pembawaan hamil bayi perempuan, bayi perempuan, tanda hamil bayi perempuan, jantina bayi perempuan, jantina bayi, tanda mengandung anak perempuan, tanda hamil bayi perempuan, tanda-tanda hamil bayi perempuan, pembawa anak perempuan

Kredit : Penn Live.com

Satu kajian dari Jabatan Kesihatan Awam di Universiti Oxford mengatakan wanita yang mengalami tekanan jangka panjang akan mengandung anak perempuan. 

Kajian itu juga mendapati, wanita yang mengalami masalah “anxiety” jangka pendek lebih cenderung mengalami masalah kehamilan.

Ini bermaksud, tekanan emosi semasa hamil mempengaruhi keputusan jantina bayi yang bakal lahir!

Bawaan hamil bayi perempuan, tekanan emosi semasa hamil mempengaruhi jantina bayi anda 

Kajian itu dijalankan pada 338 wanita dari Britain yang cuba untuk hamil. Kemudian, para penyelidik mencatat aktiviti harian seperti gaya hidup dan kehidupan seks mereka.

Penyelidikan  mencatatkan tahap dua hormon iaitu kortisol dan alfa-amilase pada wanita terbabit.

Kartisol berkaitan dengan tekanan jangka panjang seperti kerja, masalah kesihatan dan kewangan. Manakala, alfa-amilase pula meningkat apabila berlakunya peningkatan adrenalin iaitu hormon yang memicu tekanan pada manusia. 

Dalam 130 wanita tersebut, 58 orang melahirkan bayi lelaki dan 72 orang bersalin bayi perempuan. 

Hasilnya, wanita yang mempunyai tahap kortisol tinggi mempunyai peluang 75% lebih rendah untuk melahirkan bayi lelaki. Manakala 69% lebih rendah pada mereka yang mempunyai tahap kedua tertinggi. 

Kajian ini juga membuktikan wanita yang mengalami tekanan jangka pendek dan adrenalin lebih sukar untuk hamil. 

Teori “tekanan emosi semasa kehamilan” perlu diuji dalam kajian yang lebih besar 

bawaan hamil bayi perempuan, pembawaan hamil bayi perempuan, bayi perempuan, tanda hamil bayi perempuan, jantina bayi perempuan, jantina bayi, tanda mengandung anak perempuan, tanda hamil bayi perempuan, tanda-tanda hamil bayi perempuan, pembawa anak perempuan

Kredit : The Independent

Dr. Cecilia Pyper dari Jabatan Kesihatan Awam di Universiti Oxford menyedari kajian yang dijalankan itu dalam skala kecil dan hipotesis perlu diuji dalam kajian yang lebih besar bagi memastikan hubungan antara tekanan dan kehamilan.

Beliau berkata kajian itu penting bagi mengenal pasti kehamilan dan bayi dalam keadaan sihat.

Dr. Allan Pacey, Pakar Kesuburan dan Pensyarah Kanan Universiti Sheffield merasakan hasil kajian itu tidak mengesahkan sepenuhnya tekanan penyebab kelahiran bayi perempuan.

Malah, terdapat banyak faktor yang membabitkan jantina bayi dan ibu bapa harus gembira apabila bayi dilahirkan walau jantina apa sekalipun.

8 cara kawal tekanan emosi semasa hamil dan selepas bersalin 

  • Rancang penjagaan anak secara teratur bersama suami 
  • Ibu bapa perlu menyesuaikan diri semasa di tahun pertama bayi supaya ia dapat mengubah kehidupan anda dengan cara yang lebih baik. 
  • Jika anda minta pengasuh jaga anak, buat sedikit nota tentang cara jagaan anak seperti bila waktu tidur, waktu menyusu, mandi, bermain dan sebagainya. Ia penting supaya mood si kecil boleh dikawal dengan baik. 
  • Pada tahun pertama selepas bayi lahir, tidak ada salahnya untuk anda ambil pembantu rumah supaya dapat bantu urusan kerja rumah seperti memasak, membersih, membasuh pakaian, mengasuh anak dan sebagainya.
  • Tetapkan tarikh setiap minggu untuk berdandan dan berseronok bersama teman baik anda. 
  • Satu peraturan asas yang baik adalah bercakap mengenai bayi selama 10 minit dalam sehari dengan suami. 
  • Jangan ambil semua tanggungjawab kerana anda akan mudah letih. Sebab anda bukan  superwoman! 
  • Sepanjang hamil lakukan senaman ringan supaya tubuh tetap aktif walaupun sedang berbadan dua. 

Semoga bermanfaat. 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Sumber gambar : Mother and Baby Indonesia

Sumber : Penulis asal Nicholasyong. Artikel ini mendapat keizinan daripada theAsianparent Singapore untuk diterjemahkan. 

Baca juga:

Stories Rakan Kongsi
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Why all pregnant mums need to know about gestational diabetes
Why all pregnant mums need to know about gestational diabetes
Mengapakah ibu-ibu mengandung dan menyusu memerlukan suplementasi DHA?
Mengapakah ibu-ibu mengandung dan menyusu memerlukan suplementasi DHA?

Apa Yang Anda Patut Makan Untuk Melahirkan Anak Perempuan

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Nurul Halifah

  • halaman rumah
  • /
  • Kehamilan
  • /
  • Wanita Yang Stress Ketika Hamil Cenderung Dapat Bayi Perempuan - Kajian
Kongsikan:
  • 7 Tanda Hamil Ketika Masih Menyusu Anak, Anda Pernah Alami Salah Satunya Tak?

    7 Tanda Hamil Ketika Masih Menyusu Anak, Anda Pernah Alami Salah Satunya Tak?

  • Jantina Bayi Dalam Kandungan Takkan Berubah, Tapi Ini 2 Sebab Kenapa Scan Tunjuk Salah Jantina

    Jantina Bayi Dalam Kandungan Takkan Berubah, Tapi Ini 2 Sebab Kenapa Scan Tunjuk Salah Jantina

  • 5 Perkara Ibu Bapa Baru Perlu Tahu Tentang Rotavirus Pada Bayi dan Anak-Anak Kecil
    Stories Rakan Kongsi

    5 Perkara Ibu Bapa Baru Perlu Tahu Tentang Rotavirus Pada Bayi dan Anak-Anak Kecil

  • Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

    Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

  • 7 Tanda Hamil Ketika Masih Menyusu Anak, Anda Pernah Alami Salah Satunya Tak?

    7 Tanda Hamil Ketika Masih Menyusu Anak, Anda Pernah Alami Salah Satunya Tak?

  • Jantina Bayi Dalam Kandungan Takkan Berubah, Tapi Ini 2 Sebab Kenapa Scan Tunjuk Salah Jantina

    Jantina Bayi Dalam Kandungan Takkan Berubah, Tapi Ini 2 Sebab Kenapa Scan Tunjuk Salah Jantina

  • 5 Perkara Ibu Bapa Baru Perlu Tahu Tentang Rotavirus Pada Bayi dan Anak-Anak Kecil
    Stories Rakan Kongsi

    5 Perkara Ibu Bapa Baru Perlu Tahu Tentang Rotavirus Pada Bayi dan Anak-Anak Kecil

  • Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

    Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai kehamilan.