TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Kenapa Bila Satu Anak Saja, Orang Luar 'BusyBody' Tanya Bila Nak Tambah Anak?

3 min bacaan
Kenapa Bila Satu Anak Saja, Orang Luar 'BusyBody' Tanya Bila Nak Tambah Anak?

Urusan penambahan bilangan anak itu seharusnya mendapat kesepakatan antara suami isteri. Kalau isteri mahu tapi suami tidak. Maka tak jadi juga...

“La.. Anak satu saja? Tak nak tambah ke?  “Eh, tak syoklah anak satu je, nanti bila tua tak ada siapa nak jaga kita?” 

Ya Tuhan, lemasnya bila orang tanya soalan macam ini, kan? Padahal kita ini yang nak mengandung dan bersalin. Tapi orang lain pula sibuk tanya bila nak tambah. Ingat senang-senang ke nak tambah anak?

Sebenarnya, jumlah saiz keluarga atau penambahan anak mendapat kesepakatan antara suami dan isteri. Selain itu, ibu bapa juga perlu bersedia untuk miliki anak kecil lagi.

Tapi akibat orang sekeliling yang tak faham dan mendesak, boleh bikin hati sengsara! 

anak satu, anak seorang,satu anak, seorang anak, bila nak tambah anak, bilangan anak, bila umur sepatutnya tambah anak, tambah anak, tips tambah anak, cara tambah anak, persediaan tambah anak, satu, anak satu sahaja, tips untuk tambah anak, waktu terbaik tambah anak

Kredit : Pesona

Namun, keputusan untuk memiliki satu anak atau lebih haruslah melihat pada tahap kesihatan, kewangan dan persediaan mental serta fizikal kerana untuk menjaga anak ramai tidak mudah seperti ABC!

Semuanya memerlukan pengorbanan dan kerjasama antara suami isteri. 

Anak satu – Bila nak tambah anak lagi? 

Menurut Dr. Harlina Hj Siraj, Pakar Sakit Puan PPUKM, Islam sangat mementingkan perancangan dan stretegi dalam soal melahirkan nyawa baru di dunia ini.

Beliau menambah, setiap kehamilan itu sebaik-baiknya dirancang, dikehendaki dan ditunggu-tunggu. 

Maksudnya di sini, bila dapat tahu diri hamil lagi, rasa gembira dan sujud syukur. Bukannya mengeluh, risau tak tentu arah atau tak ada perasaan langsung! 

Bila waktu terbaik untuk hamil lagi selepas anak satu? 

Waktu sebaiknya untuk hamil adalah usia 20 ke 35 tahun kerana masa ini, badan masih kuat dan sebarang risiko bahaya lebih rendah.

Tapi lepas usia tersebut, badan akan jadi cepat penat. Namun ia bergantung kepada keadaan dan lihat tahap kesihatan wanita itu juga untuk kembali hamil semula. 

Mengikut Al-Quran malah juga kajian sains, jarak untuk kembali hamil adalah dua tahun. Kenapa?

anak satu, anak seorang,satu anak, seorang anak, bila nak tambah anak, bilangan anak, bila umur sepatutnya tambah anak, tambah anak, tips tambah anak, cara tambah anak, persediaan tambah anak, satu, anak satu sahaja, tips untuk tambah anak, waktu terbaik tambah anak

Kredit : Vemale.com

Sebab dalam tempoh dua tahun itu, ibu bapa sempat bagi perhatian secukupnya kepada anak sulung dan ibu juga sempat sembuh. 

Bagi Dr. Harlina, lebih elok kiranya selepas anak bercerai susu dan umur abang atau kakak dalam lingkungan dua tahun lebih. 

Selain itu, lihat juga kemampuan kewangan, kesihatan isteri dan kepandaian menguruskan keluarga. Jika anak seperti terabai, adalah lebih baik untuk tidak menambah anak buat sementara waktu.

Kesan jika belum bersedia hamil

  • Bagi yang baru berkahwin, mungkin belum sempat untuk mengenali pasangan dengan lebih dekat. Sebaiknya, dalam tempoh enam bulan adalah masa bulan madu.
  • Kehamilan tak dirancang boleh beri kesan buruk terhadap fizikal dan emosi wanita.
  • Ada kes isteri mula membenci suami selepas disahkan hamil. 
  • Apabila tidak dirancang untuk hamil, anda boleh cenderung ambil keputusan seperti menggugurkan kandungan dengan sendiri seperti makan pil gugur atau ambil makanan tajam dan sebagainya.

Kita sebagai orang luar tak seharusnya tanya bila seseorang itu ingin tambah anak atau mengkritik mereka yang belum bersedia untuk ada keluarga besar. Hanya tuan empunya badan saja yang lebih tahu dan layak membuat keputusan ke atasnya.

Walaupun anak satu saja, asalkan hidup aman dan gembira! 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber : Parents.com, Mariafirdz

Baca juga: 

https://my.theasianparent.comsoalan-bila-nak-ada-anak/

Stories Rakan Kongsi
Tips Penjagaan Kulit Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Ibu Kali Pertama Wajib Tahu 5 Perkara Ini
Tips Penjagaan Kulit Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Ibu Kali Pertama Wajib Tahu 5 Perkara Ini
Zaman Kanak-Kanak Yang Seimbang Dalam Era Digital - Pasti Boleh!
Zaman Kanak-Kanak Yang Seimbang Dalam Era Digital - Pasti Boleh!
Ini Rupanya Cara Untuk Ajar & Latih Anak-Anak Makan Secara Sihat, Mudah Sahaja!
Ini Rupanya Cara Untuk Ajar & Latih Anak-Anak Makan Secara Sihat, Mudah Sahaja!
Vaksin Rotavirus, Langkah Berkesan Untuk Halang Kanak-kanak Maut Akibat Cirit-birit
Vaksin Rotavirus, Langkah Berkesan Untuk Halang Kanak-kanak Maut Akibat Cirit-birit

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nurul Halifah

  • halaman rumah
  • /
  • Nasihat keibubapaan
  • /
  • Kenapa Bila Satu Anak Saja, Orang Luar 'BusyBody' Tanya Bila Nak Tambah Anak?
Kongsikan:
  • Punca Penyakit Ain Pada Bayi & Kanak-Kanak, Tanda, & Cara Menyembuhkannya

    Punca Penyakit Ain Pada Bayi & Kanak-Kanak, Tanda, & Cara Menyembuhkannya

  • Anak Anda Mudah Mengeluarkan Kata-kata Carut Ketika Marah? Ini Yang Ibu Ayah Boleh Lakukan Sebelum Terlambat

    Anak Anda Mudah Mengeluarkan Kata-kata Carut Ketika Marah? Ini Yang Ibu Ayah Boleh Lakukan Sebelum Terlambat

  • Ibu Sibuk Buat Persiapan Majlis Aqiqah Anak, Ada Pula Individu Lain Yang Berani Breastfeed Anaknya Sesuka Hati

    Ibu Sibuk Buat Persiapan Majlis Aqiqah Anak, Ada Pula Individu Lain Yang Berani Breastfeed Anaknya Sesuka Hati

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami

  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham