X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Naluri Ibu Ini Kuat Mengatakan Dia Hamil, Walaupun Kiraan Haidnya Tidak Teratur!

3 min bacaan
Naluri Ibu Ini Kuat Mengatakan Dia Hamil, Walaupun Kiraan Haidnya Tidak Teratur!

Detik hati si ibu ini kuat mengatakan dia hamil walaupun diuji dengan kedatangan haid yang tidak teratur menyebabkan dia sukar untuk mengira waktu kesuburan.

Kedatangan haid yang tidak teratur menyebabkan saya sukar untuk mengira waktu kesuburan saya. Namun, ada cara lain untuk saya mengetahui bila waktu saya subur.

Melalui pembacaan artikel majalah wanita, cairan faraj juga adalah salah satu cara untuk menentukan tahap kesuburan wanita selepas datang bulan.

Saya berkahwin dua minggu selepas kedatangan haid, jika kitaran normal seharusnya waktu kesuburan saya telah pun berakhir.

Sebaliknya, kitaran saya yang tidak stabil melarikan sedikit waktu subur saya. Hal ini kerana, saya dapati cairan jernih keluar selepas seminggu saya berkahwin memberi petunjuk bahawa saya di fasa kesuburan yang tinggi, peratusan untuk saya hamil juga sangatlah tidak mustahil jika persenyawaan telah berlaku.

Suami saya juga bukanlah seorang perokok serta memiliki berat badan ideal. Walaupun saya dalam kategori berat berlebihan, akan tetapi saya bersenam selama beberapa bulan serta mengamalkan pemakanan yang sihat sebelum ke jinjang pelamin.

Selepas sebulan, saya dapati ada perubahan pada diri saya seperti berasa mual secara tiba-tiba, sensitif terhadap bau serta perubahan yang agak ketara pada saiz payudara. Terdetik di hati ini, adakah saya mengandung? Atau perubahan hormon setelah berumah tangga?

Oleh kerana saya banyak membaca tentang tanda- tanda kehamilan di video Youtube serta artikel di internet saya berasa yakin diri telah hamil. Saya membeli ujian kehamilan di farmasi, tetapi hasilnya negatif.

waktu kesuburan

Alahan tetap ada dan saya terfikir adakah ini dinamakan phantom pregnancy? Dek kerana naluri yang kuat saya yakin bahawa saya benar-benar hamil.

Jadi saya membeli ujian kehamilan digital Clearblue yg lebih mahal harganya untuk memuaskan hati saya. Hasilnya positif! Saya dan suami amat gembira.

Tidak menunggu lama, kami terus melakukan ultrasound namun hampa dengan hasilnya. Doktor mengatakan saya tidak hamil secara rasmi kerana ia hanyalah ketulan darah yang boleh gugur menjadi haid.

Saya agak terkilan dengan kata-kata doktor bayaran ultrasound yang agak mahal sedikit menyebalkan perasaan saya.

Naluri keibuan saya kuat mengatakan saya memang hamil. Dan saya rasakan saya sedang hamil anak lelaki. Entah dari mana keyakinan itu saya tidak pasti.

waktu kesuburan

Alahan yang berterusan menguatkan tekad saya untuk membuat pemeriksaan di klinik lain. Ultrasound kedua benar-benar membahagiakan saya.

Saya nampak kantung kecil di rahim saya dan mendengar degupan jantung penghuni rahim pertama saya.

Sungguh indah perasaan itu, saya bakal ibu.

Sekarang saya di trimester akhir kehamilan, dan ya bayi lelaki sedang membesar aktif dengan gerakan ninjanya.

Naluri Ibu Ini Kuat Mengatakan Dia Hamil, Walaupun Kiraan Haidnya Tidak Teratur!

Artikel ini ditulis oleh VIP Parents Nor Suziana Binti Zainol untuk theAsianparent Malaysia

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Cara Menghitung Waktu Subur Wanita Secara Semula Jadi, Mudah Saja!

Baca juga: 7 Cara Cepat Hamil Yang Terbukti – Bukan Mitos Semata-Mata Ya!

Baca juga: Masalah Payudara Yang Anda Akan Alami Ketika Hamil, Ini Antaranya

Stories Rakan Kongsi
Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil
Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Pencemaran Udara Di Dalam Rumah Lebih Berisiko Menyebabkan Kelahiran Bayi Pramatang, Ini Apa Yang Anda Patut Lakukan!
Pencemaran Udara Di Dalam Rumah Lebih Berisiko Menyebabkan Kelahiran Bayi Pramatang, Ini Apa Yang Anda Patut Lakukan!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

theAsianparent

  • halaman rumah
  • /
  • Kehamilan
  • /
  • Naluri Ibu Ini Kuat Mengatakan Dia Hamil, Walaupun Kiraan Haidnya Tidak Teratur!
Kongsikan:
  • Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

    Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

  • 21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

    21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

  • Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
    Stories Rakan Kongsi

    Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).

  • Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

    Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

  • 21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

    21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

  • Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
    Stories Rakan Kongsi

    Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham