X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Masalah Payudara Yang Anda Akan Alami Ketika Hamil, Ini Antaranya

4 min bacaan
Masalah Payudara Yang Anda Akan Alami Ketika Hamil, Ini Antaranya

Masalah payudara yang anda akan alami bila hamil seperti payudara sakit sebelah kanan atau kiri, keluar susu, areola gelap dan macam-macam lagi. 

Memang tidak dinafikan, akan banyak perubahan pada badan yang dialami semasa mengandung. Dan masalah payudara adalah antaranya. Anda akan berasa seperti payudara sakit sebelah kanan atau kiri, keluar susu, areola gelap dan macam-macam lagi. 

Sebab utama berlaku perubahan pada badan adalah kerana tahap hormon estrogen dan progesteron yang semakin meningkat. Perubahan tersebut seringkali menyebabkan masalah payudara yang sering dialami ibu hamil. 

Kalau dibiarkan, masalah-masalah yang dialami ini akan menyebabkan ibu hamil berasa tidak selesa dan tidak dapat mengalami perjalanan kehamilan yang sihat dan menyenangkan. 

Masalah payudara ketika hamil

#1. Payudara penuh dan besar

Masalah Payudara Yang Anda Akan Alami Ketika Hamil, Ini Antaranya

Kalau sebelum ini payudara anda berasa lebih lembut namun ketika hamil anda akan rasa payudara lebih padat dan besar seperti membengkak. Perubahan ini disebabkan oleh peningkatan hormon dan untuk mempersiapkan payudara untuk penghasilan susu badan. 

Pembesaran payudara akan terjadi biasanya pada sekitar enam minggu kehamilan. Anda juga akan merasai gatal-gatal di bahagian payudara akibat kulit yang meregang.

Seeloknya waktu ini sentiasalah memakai losen pelembap pada seluruh badan. 

Peningkatan hormon ketika hamil juga boleh menyebabkan payudara menjadi lebih sensitif ketika disentuh, menjadi bengkak dan nyeri. 

#2. Payudara sakit sebelah kanan

payudara sakit sebelah kanan

Sama seperti ketika datang bulan, payudara ibu hamil akan mulai terasa sakit dan ngilu di trimester pertama kehamilan. Rasa sakit itu dan bengkak itu mungkin akan berlarutan sehingga anda melahirkan anak.

Kebanyakan ibu akan berasa tidak selesa untuk memakai coli waktu ini. Dan apa yang anda boleh lakukan adalah beli coli yang diperbuat dari kapas dan yang direka tanpa dawai.

Ketika duduk di rumah anda boleh biarkan payudara anda bernafas dengan memakai baju longgar bebas coli. 

American Pregnancy Association menyatakan hormon dalam badan ibu hamil sedang menyiapkan  payudara untuk penghasilan susu badan maka itu adalah antara efek dan kesan yang dialami ibu hamil.

#3. Areola menjadi gelap 

Areola atau kebanyakan bahagian badan lain memang akan menjadi gelap, situasi ini dipanggil pregnancy melasma. Situasi ini cukup normal dan boleh kata semua wanita hamil akan mengalaminya.

Ada ibu yang setiap hari menyental bahagian hitam itu dengan lemon agar ia pudar, tapi sebenarnya ia akan pudar dengan sendirinya selepas anda bersalin nanti. Jadi janganlah risau ya.

Masalah payudara merupakan salah satu gejala awal kehamilan. Puting mungkin terasa sensitif atau menyakitkan untuk disentuh.

#4. Muncul pembuluh darah payudara ibu hamil

Semakin membesar payudara ibu hamil, maka semakin jelas pula pembuluh darah yang tampak di bahagian payudara. Tak perlu risau jika hal ini terjadi.

Pembuluh darah yang muncul itu akan hilang dengan sendirinya setelah melahirkan.

Hal ini terjadi kerana darah perempuan meningkat 20 hingga 40 peratus ketika hamil. Oleh kerana kuantiti yang semakin banyak inilah menjadikan pembuluh darah tampak jelas di bawah permukaan kulit. 

Pembuluh darah juga akan kembali ke ukuran normal setelah melahirkan.

payudara sakit sebelah kanan

#5. Susu akan merembes 

Bayi masih dalam kandungan namun susu sudah mula keluar? Ya, akan ada cairan yang keluar melalui puting payudara dan ia dipanggil kolostrum. Ia sangat penting untuk bayi sebaik dia keluar nanti. 

Di usia kehamilan 16 minggu lagi, payudara sudah mula menghasilkan susu badan. Dalam tahap ini cecair kolostrum yang keluar adalah dalam warna kekuningan. Kolostrum mengandungi antibodi yang cukup penting untuk bayi baru lahir. 

Masalah payudara merembeskan susu ini akan terjadi saat-saat hujung kehamilan hinggalah anda melahirkan bayi nanti. Saat bayi tidak menyusu nanti, dan payudara penuh dengan susu maka anda akan mengalami rembesan susu yang tidak dapat dikawal.

Jadi penting untuk ibu-ibu menyediakan ‘breastpad’ macam tuala wanita tapi untuk payudara. 

Semoga bermanfaat!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The Asianparent Malaysia

Baca juga: Ibu Menyusu Risau Payudara Kendur? Ini Cara Urut Buah Dada Wanita Kembali Tegang, Suami Pun Boleh Tolong

Baca juga: Kenali Bentuk & Jenis Puting Payudara Normal, Anda Punya Kategori Yang Mana?

Baca juga: 10 Tips Untuk Ibu Dengan Saluran Susu Badan Yang Tersumbat

Stories Rakan Kongsi
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Why all pregnant mums need to know about gestational diabetes
Why all pregnant mums need to know about gestational diabetes
Mengapakah ibu-ibu mengandung dan menyusu memerlukan suplementasi DHA?
Mengapakah ibu-ibu mengandung dan menyusu memerlukan suplementasi DHA?

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Izzati Saadin

  • halaman rumah
  • /
  • Kehamilan
  • /
  • Masalah Payudara Yang Anda Akan Alami Ketika Hamil, Ini Antaranya
Kongsikan:
  • Payudara Ibu Menyusu Bengkak Tak Semestinya Sebab Susu Banyak, Ia Mungkin Kanser Payudara!

    Payudara Ibu Menyusu Bengkak Tak Semestinya Sebab Susu Banyak, Ia Mungkin Kanser Payudara!

  • 6 sebab mengapa payudara anda sakit jika menyusu terlalu lama

    6 sebab mengapa payudara anda sakit jika menyusu terlalu lama

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

    Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

  • Payudara Ibu Menyusu Bengkak Tak Semestinya Sebab Susu Banyak, Ia Mungkin Kanser Payudara!

    Payudara Ibu Menyusu Bengkak Tak Semestinya Sebab Susu Banyak, Ia Mungkin Kanser Payudara!

  • 6 sebab mengapa payudara anda sakit jika menyusu terlalu lama

    6 sebab mengapa payudara anda sakit jika menyusu terlalu lama

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

    Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai kehamilan.