Puting Berubah Warna Gelap Ketika Hamil, Adakah Ia Simptom Biasa @ Tak Normal?

Puting Berubah Warna Gelap Ketika Hamil, Adakah Ia Simptom Biasa @ Tak Normal?

Pelik bila lihat puting berubah gelap semasa hamil, adakah ia normal atau saya patut risau?

Kehamilan merupakan perjalanan ajaib yang cukup indah bagi seseorang wanita kerana tubuh akan melalui pelbagai transformasi menarik dalam tempoh sembilan bulan yang cukup membuatkan ibu rasa teruja dan gembira.

Namun, antara yang ibu akan rasai perubahannya dalah warna puting yang berubah sedikit gelap. Mengapa ia boleh berubah warna? Kami akan beritahu anda lebih lanjut dalam artikel ini.

Perubahan warna puting

warna payudara

Bukan perubahan pada warna puting sahaja, tapi payudara anda juga akan menjadi lebih kenyal, besar, sensitif dan selera makan juga meningkat setiap hari serta banyak lagi.

Semua perubahan ini adalah normal sebagai petunjuk tubuh badan anda bersiap sedia untuk menyambut bayi tidak lama lagi. Meskipun ramai wanita sudah bersedia dengan perubahan yang bakal dialami, namun mungkin ada segelintir daripada anda yang terkejut dengan kegelapan di sekitar puting. 

Apabila badan ibu sedang mempersiapkan diri untuk menyusu, terdapat beberapa perubahan yang dialami oleh payudara. Sebahagiannya termasuklah:

  • Pembesaran dan pertumbuhan payudara
  • Kelembutan dan kerap berasa sakit 
  • Gelap urat di sepanjang kawasan itu kerana bekalan darah bertambah
  • Menghasilkan kolostrum
  • Puting menjadi lebih besar
  • Kelenjar kecil yang terdapat pada permukaan isola membentuk benjolan

Seseorang ibu hamil akan mengalami kegelapan pada areola sekitar trimester kedua selepas dia mengalami morning sickness pada awal trimester pertama seperti keletihan, cepat mengantuk, mual, muntah, sakit kepala dan sebagainya.

Bahkan, pigmentasi juga dapat dilihat di kawasan lain di mana warna kulit berubah sedikit gelap di mana sekitar 45% ke 75% ibu mengandung mengalami melasma di kawasan sekitar leher, garis tengah abdomen dan bahagian belakang badan.

Wanita hamil cenderung mengalami fasa kegelapan kulit yang dipanggil hiperpigmentasi. Ia dikatakan berlaku akibat perubahan hormon wanita yang melaluinya semasa kehamilan.

Peningkatan hormon yang menghasilkan melanin, stimulasi melanosit (MSH) dan estrogen boleh membawa kepada peningkatan keadaan ini.

Apa itu Melanin?

payudara wanita

Melanin adalah pigmen yang mempengaruhi kulit wajah seseorang yang juga merupakan pigmen yang sama melindungi kulit dari sinar ultraviolet yang berbahaya.

MSH cenderung untuk terkena melanosit yang merupakan sel yang mengandungi pigmen. Sekaligus ia membawa kepada peningkatan kepekatan melanin dengan mengubah taburan sel.

Seseorang itu akan menyedari keadaan ini apabila melangkah keluar di bawah sinaran matahari sepanjang hari.

Semasa mengandung kadar hormon seperti progesteron dan estrogen akan menyebabkan melanin oleh melanosit akan turut meningkat.

Adakah kegelapan sekitar puting normal?

Kegelapan kulit secara mendadak di bahagian warna puting mungkin sedikit membimbangkan anda tetapi perkara ini tidak perlu dikhuatiri sangat kerana ia adalah satu keadaan yang normal.

Malah kawasan yang terjejas juga akan berkurangan selepas melahirkan bayi tapi warnanya mungkin sukar untuk kembali kepada warna yang asal seperti anak dara dahulu.

Jangan guna sebarang krim

payudara gelap ketika hamil

Walau bagaimanapun, ibu hamil dinasihatkan untuk tidak menggunakan sebarang krim pencerah semasa hamil untuk menutup ruang gelap yang muncul semasa dalam tempoh sembilan bulan itu.

Sekiranya mengalami masalah ini, anda boleh mengawalnya dengan cara jauhi tempat-tempat yang terdedah dengan sinaran UV.

Meskipun perkara ini mungkin membuatkan anda tertekan, namun jangan terlalu risau kerana keadaan ini hanyalah sementara dan ia akan pulih selepas anda melahirkan nanti. Semoga artikel ini cukup untuk bantu memulihkan kembali kebimbangan anda tentang warna gelap pada puting payudara.

Tip penjagaan payudara ketika hamil

Ya semasa hamil payudara anda akan mengalami sedikit perubahan seperti semakin membesar, sensitif, warna yang sedikit gelap dan sebagainya namun diharap tips yang dikongsikan ini dapat membantu.

- Semasa dalam fasa ini pemilihan coli atau bra adalah sangat penting supaya dapat menjaga payudara anda. Jadi anda perlu dapatkan coli khas untuk materniti supaya ia lebih selesa sekaligus menyokong pembesaran payudara ketika ini.

- Selain daripada itu, pilihan coli daripada material kain kapas, bertali lebar, tidak mempunyai dawai dan cup tidak berkelim adalah jauh lebih selesa semasa hamil.

- Seterusnya dapatkan bra materniti ini ketika anda sudah menjangkau masuk usia kandungan empat bulan. Namun ia bergantung kepada setiap individu untuk menggunakan pada kandungan di usia berapa sekalipun.

- Tips yang seterusnya pastikan anda menggunakan peralatan mandian yang mempunyai ciri-ciri hypoallergenic supaya dapat mengurangkan rasa sakit pada kulit. Biasalah bila tengah mengandung kulit akan jadi lebih sensitif.

- Langkah seterusnya elakkan mandi air panas kerana ia boleh menyebabkan kulit kering dan sekaligus menyakitkan payudara anda semasa hamil.

- Selepas itu keringkan payudara dengan lembut menggunakan tuala bersih selepas selesai anda mandi.

- Ini paling penting di mana anda perlu mengamalkan pemakanan yang sihat dan mendapatkan tidur yang mencukupi sepanjang tempoh kehamilan ini.

- Semasa anda mandi, pastikan guna air sejuk dan urut payudara ke aras atas secara perlahan dalam tempoh masa 35 saat di setiap belah payudara. Ia dapat mengelak payudara dari kendur.

- Selain itu, elakkan duduk membongkok kerana ia boleh membuatkan payudara jatuh dan mengendur. Pastikan anda duduk dalam posisi menegak.

- Sentiasa mandi dengan kerap kerana cuaca yang panas boleh menimbulkan kesan ruam pada bahagian bawah payudara.

Puting Berubah Warna Gelap Ketika Hamil, Adakah Ia Simptom Biasa @ Tak Normal?

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Sumber: Mom Junction, Bumbumcak

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

Artikel(Cerita)
app info
get app banner