TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Suka Duka Dalam Cubaan Untuk Hamil Anak Sulung, Ibu Penghidap PCOS Kongsi Pengalamannya!

4 min bacaan
Suka Duka Dalam Cubaan Untuk Hamil Anak Sulung, Ibu Penghidap PCOS Kongsi Pengalamannya!

Dia terlalu inginkan anak tapi masalah haid tidak teratur menjadi penghalang. Lagi sedih, apabila dia disahkan PCOS. Inilah suka duka kehamilannya.

Assalamualaikum, salam mesra. Aku berkahwin pada usia yang agak muda, 23 tahun. Suamiku pula 25 tahun pada ketika itu tahun 2012. Pada awal perkahwinan aku belum terfikir untuk memiliki cahaya mata. Keadaan mula berubah pada usia perkahwinanku menganjak ke angka 1 tahun. Ini suka duka aku.

Aku mula memandang keadaan yang mana ramai kawanku yang berkahwin selepas aku telah banyak menimang cahaya mata mereka yang pertama. Daripada itu, timbul keinginan untuk aku memiliki anak.

Perkara pertama yang aku buat adalah memantau tarikh aku datang haid. Baru aku sedar, rupanya haid yang datang tidak konsisten. Aku selalu sakit dan merasa kejang perut bila tiba waktu datang haid.

Daripada itu aku menyatakan hasrat pada doktor klinik kesihatan. Keinginanku untuk mendapat cahaya mata sangat tinggi tapi masalah haid tidak teratur menghalang aku untuk merancang waktu yang sesuai.

Doktor menulis surat rujukan untukku ke pakar sakit puan. Selepas aku dapat tarikh janji temu maka aku pun menjalani beberapa ujian seperti TVS, ujian darah untuk memastikan tahap kesihatan sebenarku.

Selepas itu, doktor mengesahkan bahawa aku menghidap PCOS ataupun Policyst Ovarian Syndrome.

Pada ketika itu, aku telah bersedia kerana aku tahu pasti ada yang tidak kena apabila haidku mula tidak konsisten seawal 19 tahun.

Aku mengikuti nasihat doktor untuk mengubah tabiat pemakanan. Penghidap PCOS tidak boleh ambil terlalu banyak karbohidrat, makanan berlemak, bergula, daging merah dan kolegen. Jadi aku menurunkan berat badanku sedikit demi sedikit.

Sebenarnya, banyak info yang aku pelajari dari rakan group Facebook. Kami berkongsi idea, pengalaman dan suka duka untuk TTC anak pertama.

Emosiku sangat terganggu dengan bunyi suara bayi dan aku jadi seorang yang cepat terasa hati. Aku pernah menyuarakan pada suami untuk mengambil anak angkat. Namun, suamiku banyak memberikan semangat bahawa suatu hari nanti kami pasti akan memiliki cahaya mata sendiri.

Suatu hari aku diberikan janji temu untuk membuat rawatan IUI di Hospital Pulau Pinang sekitar bulan 10 tahun 2013.

Aku melalukan xray HSG. Alhamdulillah kedua tiubku tidak ada yang tersumbat. Aku dibekalkan ubat kesuburan untuk mematangkan telur pada waktu subur.

Hari pemeriksaan telur dilakukan, semuanya tidak mencapai apa yang doktor inginkan. Hampa dan kecewa sangat ketika itu. Hampir berputus asa tapi aku yakin Allah Maha Kuasa.

Bulan 1 tahun 2014, aku berasa kurang sihat. Terasa ingin makan makanan yang masam dan aku berasa loya tekak.

Aku membeli test kit pregnancy, rupanya aku mengandung. Allahuakbar, macam nak menangis masa tu. Syukur sangat.

suka duka

9 bulan aku membawa zuriat pertamaku. Tarikh 28 Oktober 2014, lahirkan putera pertamaku yang diberikan nama Muhamad Dareez Muqri Bin Muhamat. Kini berusia 7 tahun. Dareez dibesarkan dengan penuh kasih dan sayang.

Dareez mempunyai dua orang adik yang diberi nama Delissya Raudhah 5 tahun dan Delayra Marsya 3 tahun.

suka duka

Buat semua sahabat, jangan berputus asa. Kuatkan semangat dan selalu berfikiran positif. Selalu berbincang dengan pasangan dan selalu memaafkan pasangan.

Semoga artikel tentang ibu yang hidap penyakit PCOS dan suka duka pengalaman kehamilannya memberi inspirasi dan manfaat buat anda!

Suka Duka Dalam Cubaan Untuk Hamil Anak Sulung, Ibu Penghidap PCOS Kongsi Pengalamannya!

Artikel ini ditulis oleh VIP Parents Rashidah Binti Abd Rahman untuk theAsianparent Malaysia. Dia lebih mesra dipanggil Ayda. Seorang pemilik butik Mamadil Kepala Batas Penang, berusia 33 tahun. Dia telah berkahwin selama 9 tahun dan mempunyai 3 orang cahaya mata. Satu lelaki dan dua perempuan. Seorang yang tidak mudah mudah putus asa.

Jika anda berminat untuk menghantar artikel anda kepada pihak kami, anda boleh menghantar penyertaan anda di sini. Anda hanya perlu memilih topik yang diingini dan sebaik sahaja artikel anda diterbitkan, anda akan menerima RM45 untuk setiap artikel yang diterbitkan.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Gejala PCOS Penyebab Ramai Wanita Sukar Hamil, Ini Penjelasan Dari Pakar Perubatan

Baca juga: Kajian menemui punca Sindrom Polisistik Ovari, harapan baru untuk wanita tak subur

Baca juga: KISAH BENAR: Sudah 41 Minggu, Bayi Masih Belum Keluar. Ini Perkara Yang Saya Lalui!

Stories Rakan Kongsi
Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda
Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda
Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi
Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi
Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

theAsianparent

  • halaman rumah
  • /
  • Kehamilan
  • /
  • Suka Duka Dalam Cubaan Untuk Hamil Anak Sulung, Ibu Penghidap PCOS Kongsi Pengalamannya!
Kongsikan:
  • Salicylic Acid Untuk Ibu Hamil, Adakah Selamat Penggunaannya Untuk Ibu & Bayi?

    Salicylic Acid Untuk Ibu Hamil, Adakah Selamat Penggunaannya Untuk Ibu & Bayi?

  • Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda
    Stories Rakan Kongsi

    Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda

  • Himpunan Nama Bayi Lelaki Islam Dari Huruf A Hingga Z Yang Menarik, Miliki Maksud Baik

    Himpunan Nama Bayi Lelaki Islam Dari Huruf A Hingga Z Yang Menarik, Miliki Maksud Baik

  • Salicylic Acid Untuk Ibu Hamil, Adakah Selamat Penggunaannya Untuk Ibu & Bayi?

    Salicylic Acid Untuk Ibu Hamil, Adakah Selamat Penggunaannya Untuk Ibu & Bayi?

  • Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda
    Stories Rakan Kongsi

    Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda

  • Himpunan Nama Bayi Lelaki Islam Dari Huruf A Hingga Z Yang Menarik, Miliki Maksud Baik

    Himpunan Nama Bayi Lelaki Islam Dari Huruf A Hingga Z Yang Menarik, Miliki Maksud Baik

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham