Sakit jantung adalah penyakit pembunuh nombor satu negara, namun kebanyakannya tidak sedar bahawa diri mereka mempunyai tanda serangan jantung.
Ada sesetengah individu yang menganggap penyakit ini hanyalah penyakit orang tua, sedangkan ia boleh menyerang sesiapa sahaja. Tidak kira tua atau muda.
Serangan jantung boleh berlaku disebabkan kekurangan bekalan darah otot jantung akibat salur darah yang tersumbat. Sel jantung yang tidak mendapat cukup oksigen akan menyebabkan ia beransur-ansur mati.
Sakit dada tidak semestinya penyakit jantung, boleh jadi ia sebenarnya pedih ulu hati disebabkan asid dalam perut melambung naik ke bahagian esofagus.
Berbanding sakit jantung, anda akan rasa sesak nafas atau tercungap-cungap dan sakit dada yang mencucuk-cucuk selama beberapa minit.
Tanda serangan jantung menyerang dalam diam

Seperti yang terjadi pada seorang lelaki, Alain Bruno memuat naik rakamannya ke Youtube pada 2015 meringkuk kesakitan sambil memegang dada apabila diserang sakit jantung kurang dari 60 saat.
Dalam kapsyennya berbunyi, “”Ini adalah perkara paling menakutkan yang pernah berlaku kepada saya. Semasa sedang merekodkan video baru, ternyata inilah serangan jantung.”
Selain menggunakan mesin tekanan di rumah, ada baiknya peka sekiranya anda mempunyai tanda-tanda serangan jantung seperti di bawah.
- Lengan di sebelah kiri, leher, dagu atau bahagian belakang terasa lemah atau kebas
- Sesak nafas
- Loya
- Sakit bahagian abdomen atas
- Berpeluh walaupun dalam sejuk
- Letih dan lesu
- Pening kepala
Namun begitu, tanda serangan jantung ini tidak semestinya sama untuk semua orang kerana bergantung kepada penyakit kronik yang dihadapi oleh seseorang dalam tempoh yang lama.
Jika anda mempunyai penyakit kencing manis, boleh jadi anda mengalami serangan jantung tanpa rasa sakit dada seperti kebiasaannya.
Jika anda mengalami tanda yang disebutkan seperti di atas dengan lebih kerap, pertimbangkan untuk segera berjumpa dengan doktor.
Tips mencegah daripada terkena sakit jantung
‘Mencegah lebih baik dari mengubati, ada beberapa perubahan gaya hidup yang perlu dilakukan terutama dari segi pengambilan makanan, kesihatan mental dan fizikal.
1. Mengamalkan diet pemakanan yang sihat
Pemakanan adalah faktor utama punca sakit jantung dan penyakit lain. Lebih-lebih lagi jika anda seorang penggemar kepada makanan bergoreng, bersantan dan makanan manis yang tinggi gula.
Jika sebelum ini kita suka makan ‘fast food’, apa kata kurangkan atau berhenti makan. Sebaliknya, cuba masak makanan sendiri yang lebih sihat untuk jantung seperti:
- Sayur-sayuran dan buah-buahan
- Bijirin penuh
- Kacang dan kekacang
- Daging tanpa lemak dan ikan
- Makanan tenusu yang rendah lemak atau tanpa lemak
- Pengambilan lemak baik seperti minyak zaitun
2. Pemeriksaan berkala
Sebelum mengambil ubat-ubatan tanpa preskipsi doktor, bukankah lebih baik jika mendapatkan pemeriksaan kesihatan berkala untuk diri sendiri. Kalau bukan kita yang paling sayang diri sendiri, siapa lagi?
Saringan kesihatan setiap tahun sangat disyorkan terutama mereka yang mempunyai sejarah keluarga berkaitan dengan penyakit jantung, kolestrol tinggi dan kencing manis.
3. Bersenam

Jika sebelum ini anda tidak pernah bersenam, cuba amalkan senaman ringan seperti berjalan atau bersukan yang boleh mengeluarkan peluh. Aktiviti fizikal ini bukan sahaja dapat menurunkan berat badan, malah boleh merendahkan kolestrol dan menstabilkan tekanan darah.
Anda disarankan bersenam selama 15-30 minit setiap hari pun sudah memadai.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: 9 Tanda Awal Kanser Payudara Yang Perlu Kaum Wanita Take Note, Elak Keadaan Jadi Lebih Parah!
Baca juga: Masalah Kerap Kencing Tanda Awal Penyakit Buah Pinggang/ Diabetes? Ini Jawapan Doktor
Baca juga: Kerap Sakit Kepala Sebelah Kanan, Ini Penyebab Ia Terjadi & Petua Bagi Mengatasinya!
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!