X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Bayi Bawah Setahun Longlai & Tidak Sedarkan Diri, Rupanya Berpunca Dari Madu Lebah!

26 Aug, 2021
Bayi Bawah Setahun Longlai & Tidak Sedarkan Diri, Rupanya Berpunca Dari Madu Lebah!

Bahaya madu untuk bayi bawah 1 tahun. Ibu ayah jangan bertindak sendiri, pastikan anda mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sekiranya anak jatuh sakit

Kebanyakan masyarakat mempercayai bahawa pemakanan sunnah dapat menjadi salah satu rawatan kesihatan yang selamat di rumah. Namun sebenarnya tidak ramai ibu ayah mengetahui akan bahaya madu sekiranya diberikan kepada bayi bawah umur 1 tahun.

Apabila si manja memasuki fasa 6 bulan ke atas, pemilihan jenis makanan pejal hendaklah dititikberatkan kerana sistem penghadaman mereka masih belum matang dan mengelakkan gangguan kesihatan.

Bahaya madu untuk bayi bawah 1 tahun

bahaya madu untuk bayi

credit to sources

Siapa sangka niat untuk merawat anak sendiri di rumah berakhir dengan tragedi. Dr. Ahmad Samhan berkongsi detik cemas apabila menerima kes melibatkan seorang bayi dalam keadaan yang kritikal.

Loceng ditekan 3 kali menandakan bahawa kes zon merah sudah sampai. Jika ia melibatkan bayi kurang 1 tahun cukup menggerunkan. Banyak kemungkinan yang boleh berlaku dan sememangnya tidak semudah merawat orang dewasa.

Sekiranya petugas perubatan tidak mampu selamatkan, akan jadi panjang cerita. Banyak pihak terlibat dan ramai perlu menjawab dimana silapnya.

Kelihatan seorang bayi dikejarkan masuk ke zon merah. Keadaan seluruh badannya lemah, setiap sendi longlai dan lebih parah dia langsung tidak bernafas! Lalu tiub pernafasan telah dimasukkan melalui kerongkong dan disambung dengan mesin bantuan pernafasan. Sungguh perit.

Apabila ditanya rupanya ibu telah tersilap memberikan si manjanya air campuran madu setelah mengalami masalah batuk beberapa hari. Ini silap!

Madu boleh menyebabkan keracunan terhadap bayi

Tidak dinafikan madu memiliki pelbagai khasiat dan digunakan dalam rawatan alternatif pelbagai penyakit. Ia turut disebutkan dalam Al-quran sebagai makanan ahli syurga dan penyembuh penyakit.

Namun sebenarnya bahaya madu untuk bayi. Ia berkemungkinan mengandungi spora Clostridium botulinum yang boleh menyebabkan keracunan yang dikenali sebagai Botulism.

bahaya madu lebah

credit to sources

Pencemaran spora Clostridium botulinum terjadi apabila lebah terdedah kepada flora yang tumbuh pada tanah yang mengandungi bakteria botulisme atau sarah lebah terdedah terus kepada spora ini.

Sekiranya bayi menelannya, ia akan berkembang dalam usus mereka dan berupaya menghasilkan toksin yang boleh melemahkan otot dan menganggu sistem pernafasan. Gejala ini biasanya muncul dalam masa 12 hingga 36 jam.

Menurut American Academy of Pediatrics (AAP) dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), madu sebenarnya tidak boleh ditambah dalam makanan, air atau formula yang diberikan kepada bayi berusia kurang dari 12 bulan.

Orang dewasa tidak terjejas kerasa usus sudahpun matang dan asid dalam usus berupaya melawan toksin yang terhasil.

Cara mengelakkan berlaku kejadian tidak diingini

  • Hati-hati ketika makan di luar bersama bayi. Pastikan sajian yang diambil tidak mengandungi madu.
  • Sekiranya ibu mengambil rawatan alternatif, pastikan ia tiada berunsurkan madu.
  • Hati-hati dengan makanan yang diproses bersumberkan madu kerana bakteria ini tidak akan musnah walaupun sudah diproses. Ia hanya boleh dimatikan dengan suhu yang sangat tinggi.
  • Perhatikan perubahan yang terjadi pada anak seperti keletihan, tangisan lemah, otot menjadi lembik, kurang menyusu, sembelit atau sukar untuk menelan.
beri anak makan madu

credit to sources

  • Jika terdapat gejala seperti berikut, ibu ayah perlu segera merujuk bahagian kecemasan dengan kadar segera kerana ia boleh mengancam nyawa.
  • Bagi ibu-ibu, jika bayi belum cukup usia 2 tahun, cukuplah sekadar memberikan mereka minum susu untuk menggalakkan proses tumbesaran.
  • Dalam majlis tahnik biasanya akan meletakkan sedikit madu lebah pada bibir bayi yang baru berusia 7 tahun. Sebenarnya upacara belah mulut ini bukanlah dianjurkan, malah ia tidak diwajibkan dalam agama Islam.

Kes keracunan botulism ini sememangnya sangat jarang berlaku, tetapi ibu ayah dinasihatkan untuk sentiasa berhati-hati dalam merawat anak ketika mereka jatuh sakit di rumah.

Di negara Rusia, doktor kanak-kanak tidak menyarankan ibu ayah memberikan madu untuk bayi berusia kurang 1 tahun kerana khuatir akan terjadinya 2 jenis kesan sampingan iaitu keracunan dan alahan sepeti bengkak pada mata, ruam di bahagian badan dan jenis sakit yang lain.

Justeru, setiap ibu ayah perlu menyemak terlebih dahulu sesuatu makanan yang selamat sebelum diberikan kepada bayi bagi mengelakkan sebarang jenis masalah kesihatan.

Gambar sekadar hiasan. Kredit foto: google

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Ibu, JANGAN SESEKALI BERI 10 Jenis Makanan Bahaya Ini Pada Bayi Anda Ya!

Baca juga: Boleh Ke Letak Kicap Dalam Makanan Bayi? Ibu Ayah Wajib Tahu

Baca juga: 6 Makanan Menyekat Perkembangan Otak Anak, Punca Belajar Susah Nak Faham!

Stories Rakan Kongsi
3 Easy Indoor Activities to Keep The Kids Entertained
3 Easy Indoor Activities to Keep The Kids Entertained
The Importance Of Nutrient Absorption For Growing Kids
The Importance Of Nutrient Absorption For Growing Kids
6 Ways Mums Affect Their Child’s Nutrition Without Knowing It
6 Ways Mums Affect Their Child’s Nutrition Without Knowing It
Victory is your child's to claim at the Spartan Kids Challenge!
Victory is your child's to claim at the Spartan Kids Challenge!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Bayi Bawah Setahun Longlai & Tidak Sedarkan Diri, Rupanya Berpunca Dari Madu Lebah!
Kongsikan:
  • "JANGAN SESEKALI Beri Madu Pada Bayi Bawah 1 tahun, Saya Menyesal Sampai Sekarang!"

    "JANGAN SESEKALI Beri Madu Pada Bayi Bawah 1 tahun, Saya Menyesal Sampai Sekarang!"

  • Bahaya Madu Untuk Bayi Bawah Satu Tahun, Jika Tersalah Bagi Boleh Membawa Maut!

    Bahaya Madu Untuk Bayi Bawah Satu Tahun, Jika Tersalah Bagi Boleh Membawa Maut!

  • Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

    Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

  • Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?
    Stories Rakan Kongsi

    Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?

  • "JANGAN SESEKALI Beri Madu Pada Bayi Bawah 1 tahun, Saya Menyesal Sampai Sekarang!"

    "JANGAN SESEKALI Beri Madu Pada Bayi Bawah 1 tahun, Saya Menyesal Sampai Sekarang!"

  • Bahaya Madu Untuk Bayi Bawah Satu Tahun, Jika Tersalah Bagi Boleh Membawa Maut!

    Bahaya Madu Untuk Bayi Bawah Satu Tahun, Jika Tersalah Bagi Boleh Membawa Maut!

  • Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

    Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

  • Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?
    Stories Rakan Kongsi

    Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.