Masalah kesihatan selepas bersalin, seperti pulmonary embolism, adalah satu isu kesihatan yang serius. Sudah ada banyak kes di mana ibu yang sedang berpantang meninggal dunia akibat penyakit pulmonary embolism ini.
Mari ikuti kisah seorang ibu, Kathy Soppet, yang mempunyai pengalaman dengan “pembunuh senyap” ini dan bagaimana ia menyedarkan dirinya untuk mengambil berat tentang kesihatan diri sendiri.
Saya hampir mati akibat pulmonary embolism kerana pil perancang saya
Saya mengalami gangguan dysphorik pramenstruasi (PMDD) yang teruk dan terpaksa melalui satu pembedahan besar. Saya tak sabar mahu sihat dan berehat sepenuhnya. Kemudian benda ini terjadi…
Petang itu, saya menghantar anak perempuan saya ke sekolah sambil ditemani oleh anak lelaki saya yang baru berumur 5 tahun. Kami berjalan kaki saja kerana ia dekat dengan rumah kami.
Tiba-tiba, saya tidak dapat bernafas. Dada kiri saya berasa sakit. Sakitnya itu tidak pernah saya rasai sebelum ini dan jantung pun berdegup dengan sangat laju.
Saya mula berasa pening-pening dan takut, tetapi saya menyorokkannya daripada anak saya. Sampai di sekolah, saya menciumnya dan mengucapkan goodbye.
Pada masa itu, saya tidak sedar yang itu mungkin lambaian selamat tinggal terakhir daripada saya untuknya; anak perempuan kesayangan hati saya.
Statistik pulmonary embolism yang menggerunkan
Hampir 1/3 mereka yang terkena pulmonary embolism akan meninggal dunia. Wow! Statistik itu cukup “menampar” diri saya.
Saya pun berjalan pulang dengan anak lelaki saya dengan perlahan. Selalunya perjalanan kami hanya 5 minit, kini ia mengambil masa 20 minit.
Saya menelefon suami dan memberitahunya yang saya berasa tidak sihat, seperti ada sesuatu yang tidak kena. Saya perlu ke hospital dengan segera selepas dia menghantar anak lelaki kami ke sekolahnya.
Kredit: FB Kathy Soppet
Saya masih tidak boleh bernafas. Saya ingatkan saya terkena pneumonia dan pleurisy sekali lagi.
Disebabkan saya ada asma dan beberapa komplikasi penyakit serius yang lain, saya memang mudah jatuh sakit. Di hospital, saya diberi katil dan mendapat IV dengan segera. Mereka juga memasukkan darah.
Saya terkejut apabila doktor memberitahu yang beliau ada berita baik dan berita buruk untuk saya. Saya menahan diri daripada menangis.
Caranya bercakap memang menakutkan saya. Ia tidak seperti kebiasaan! Saya hampir ingat yang saya terkena kanser.
Doktor kemudiannya menjelaskan yang ujian D-Dimer saya begitu tinggi dan saya perlu dimasukkan ke hospital.
Apa itu ujian D-dimer?
Saya kemudiannya mendapat tahu yang ia adalah ujian yang menyemak risiko darah beku. Saya tidak pernah mendengarnya tetapi ia sememangnya satu alat diagnostik yang sangat berguna.
Ia menjadi titik permulaan untuk doktor menyelamatkan nyawa saya!
Berita baiknya pula adalah: saya akan dapat bilik sendiri di hospital dan boleh melakukan scan CT untuk melihat jika ada darah beku di mana-mana bahagian sistem badan saya.
Saya kemudiannya diberi pencair darah Lovenox melalui IV. Pencair darah membantu untuk menghentikan pembesaran darah beku dan mengelak daripada berlakunya pembekuan darah yang baru.
Saya tidak pernah ada darah beku sebelum ini namun saya tahu saya mempunyai beberapa faktor risiko seperti pembekalan estrogen daripada pil perancang keluarga.
Kredit: FB Kathy Soppet
Penyebab pulmonary embolism
Menurut Mayo Clinic, ada beberapa faktor atau penyebab kepada risiko darah beku. Ia seperti:
- kehamilan
- kanser
- penyakit jantung
- merokok
- obesiti
- merokok
- tekanan darah tinggi
Saya tahu yang pengambilan pil perancang keluarga, contohnya pil Yaz, memang boleh menjadi faktor kepada pulmonary embolism.
Saya juga tahu yang prosedur histerektomi dan oophorektomi juga memberi risiko yang sama.
Saya berada di hospital selama 3 hari. Saya rindukan keluarga saya. Tapi para jururawat dan doktor yang peramah membuatkan saya kurang sunyi dan seperti berada di rumah sendiri.
Perlu mengambil ubat pencair darah
Saya perlu mengambil pencair darah sekurang-kurangnya selama 6 bulan dan melakukan banyak ujian darah dan scan. Setiap pesakit akan mempunyai tindak balas dan proses pemulihan yang berbeza. Disebabkan masalah kesihatan, saya mengambil masa yang lama untuk pulih semula.
Saya melalui 6 bulan dengan penuh rasa resah, risau dan takut. Namun, dengan bantuan keluarga, rakan dan doktor, saya dapat melaluinya. Saya akan berusaha untuk sihat semula, hari demi hari.
Saya melihat wajah suami dan anak-anak dan saya berasa sangat bersyukur yang saya masih hidup pada hari ini.
Kredit: FB Kathy Soppet
Pengalaman ini membuatkan saya semakin suka menatap wajah ahli keluarga saya
Tolonglah belajar tentang penyebab pulmonary embolism. Beritahulah keluarga dan rakan anda tentang betapa bahayanya penyakit ini.
Ia boleh terkena pada sesiapa sahaja tanpa mengira jantina dan risikonya akan menjadi tinggi mengikut pertambahan usia.
Bincangkan tentang risiko pengambilan pil perancang keluarga dengan doktor anda. Beritahu juga tentangnya kepada anak perempuan anda.
Terutamanya jika pil perancang anda mengandungi drospirenone yang akan meningkatkan risiko darah beku yang boleh meragut nyawa.
Dengan segera pergi ke hospital tempoh hari, ia telah menyelamatkan nyawa saya.
Kini, aktiviti harian saya terbatas, tapi saya bersyukur masih dapat menikmati musim yang paling saya gemari dalam hidup saya: musim luruh!
Gubahan dan terjemahan daripada Scarymommy.com
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga:
Ini Rupanya “Pembunuh Senyap” Ketika Wanita Berpantang – Hati-Hati Ibu Semua!
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!