Saat mengandung merupakan pengalaman yang membahagiakan dan ada sesetengah ibu yang sedari awal kehamilan lagi mula merancang tentang kelahiran dan berpantang. Ini termasuklah mengambil kira barang keperluan bersalin, memilih hospital bersalin yang sesuai dan menempah pakej berpantang.
Apabila tiba waktu melahirkan, ada pasangan yang tidak kisah dan mengambil keputusan untuk bersalin di mana-mana hospital asalkan ibu dan bayi selamat. Khususnya buat yang pertama kali bakal menerima zuriat, hal ini biasanya diambil ringan kerana belum ada pengalaman.
Bagi yang berpengalaman pula, ada yang mengambil keputusan untuk mendapatkan khidmat hospital bersalin yang sama, manakala ada yang menukar pilihan kerana beberapa faktor seperti keselesaan, kos bersalin hospital swasta, pilihan cara bersalin, doktor kegemaran dan sebagainya.
Sementara masih berkesempatan, apa kata anda pertimbangkan beberapa perkara sebelum tiba waktu kelahiran?
Memilih Hospital Bersalin Swasta Yang Tepat
Ada beberapa faktor yang membuatkan sesebuah hospital menjadi pilihan. Cuba selidik beberapa perkara berikut sebelum membuat keputusan mengenai tempat kelahiran si manja.
- Lokasi Pilih lokasi yang tidak terlalu jauh dengan kediaman anda
- Perkhidmatan yang ditawarkan Bilangan katil dalam 1 bilik, persediaan makananan pantang, suntikan untuk bayi dan lain-lain
- Kos Pertimbangkan kos bersalin swasta yang dikenakan terutamanya jika ibu berisiko tinggal lebih lama atau sekiranya bersalin secara pembedahan.
Selain itu, anda juga boleh bertanyakan pengalaman rakan-rakan atau keluarga yang pernah mendapatkan rawatan di hospital tersebut. Pastikan layanan yang diterima menerima maklumbalas yang baik atau mempunyai kemudahan bersalin yang dikehendaki contohnya:
9 Hospital Bersalin Swasta Terbaik Sekitar Lembah Klang
Hospital Bersalin Swasta Terbaik Sekitar Lembah Klang
| Andorra Hospital Bersalin Swasta Terbaik Pilihan Ramai Wanita | | View Details | Tempah di sini |
| Sunway Medical Centre Hospital Terbaik Dengan Pakej Bersalin Eksklusif | | View Details | Tempah di sini |
| Pusrawi Hospital Terbaik Dengan Pakar Perbidanan Dan Sakit Puan Oleh Doktor Wanita Beragama Islam | | View Details | Tempah di sini |
| ColumbiaAsia Hospital Terbaik Berkos Mampu Milik Untuk Pengalaman Bersalin Secara Eksklusif | | View Details | Tempah di sini |
| KPJ Tawakkal KL Hospital Terbaik Dengan Barisan Pakar Pediatrik | | View Details | Tempah di sini |
| Prince Court Medical Centre Hospital Terbaik Bertaraf Antarabangsa Cukup Mewah | | View Details | Tempah di sini |
| Hospital Pakar Annur Hospital Terbaik Multidisipilin Tertiari | | View Details | Tempah Di Sini |
| Hospital Bersalin Razif Hospital Terbaik Layanan Mesra dan Fasiliti Lengkap | | View Details | Tempah Di Sini |
| Azalea Hospital Hospital Terbaik Berkonsepkan Hotel Butik Wanita & Kanak-kanak Di Tepi Tasik | | View Details | Tempah Di Sini |
Hospital Bersalin Swasta Terbaik Pilihan Ramai Wanita
Sejak ditubuhkan, hospital Andorra menjadi pilihan ramai sebagai hospital swasta bersalin kerana ia merupakan satu-satunya hospital dengan keseluruhan doktor wanita.
Selain itu, Andorra hospital ini menjalankan servis penjagaan kesihatan mesra syariah yang dikhaskan untuk melayani keperluan dan kesejahteraan wanita dan kanak-kanak.
Bagi ibu yang bersalin, pakej bayi juga disediakan dengan kos yang berasingan.
Lokasi
Perkhidmatan yang ditawarkan
- Bilik 4-tempat tidur yang lengkap dengan perabot berkualiti
- Perkhidmatan butler wanita
- Perkhidmatan Kaunselor Laktasi
- Tukang urut peribadi
- Makanan sedap
- Ujian darah rutin & suntikan ibu
- Lawatan Perunding 2x
- Barang keperluan bersalin
Kos
- Kelahiran normal (2 hari 1 malam) Bilik VIP: RM 5,299/ 1 katil: RM4, 599/ 2 katil: RM3,899/ 4 katil: RM3,399
- Kelahiran cesarean (3 hari 2 malam) Bilik VIP: RM 10,999/ 1 katil: RM9,999/ 2 katil: RM9,399/ 4 katil: RM8,599
Hospital Bersalin Swasta Terbaik Dengan Pakej Bersalin Eksklusif
Pilihan hospital bersalin swasta seterusnya adalah Sunway Medical Centre yang menawarkan sekarang menawarkan pakej bersalin eksklusif yang diperibadikan untuk memenuhi keperluan dimanjakan semasa dan selepas bersalin!
Pakej dari Sunway Medical Centre juga menawarkan perkhidmatan percuma seperti gambar polaroid keluarga, kad jejak bayi dan rakaman pendek video kelahiran.
Lokasi
Perkhidmatan yang ditawarkan
- Penginapan ibu
- Nurseri bayi
- Vaksinasi, pemeriksaan dan ujian Bayi
- Pendaftaran dan pentadbiran
- Perkhidmatan penjagaan
- Penyediaan makanan
- Pemantauan ibu dan anak
- Bekalan dan peralatan perubatan standard
*tidak termasuk bayaran doktor dan prosedur tambahan
Kos
- Kelahiran normal dari RM3000
- Kelahiran caeserean dari RM6000
Hospital Bersalin Swasta Terbaik Dengan Pakar Perbidanan Dan Sakit Puan Oleh Doktor Wanita Beragama Islam
Keistimewaan Pusrawi Hospital adalah kesemua Pakar Perbidanan dan Sakit Puan di sini adalah Wanita (Muslim) serta menerapkan elemen Islamik dalam segala prosedur dan penjagaan aurat pesakit semasa menerima rawatan juga banyak lagi keistimewaan lain.
Tidak hairanlah jika hospital bersalin Kuala Lumpur ini menjadi pilihan tempat bersalin untuk semua muslim di luar sana.
Lokasi:
- 149, Jln Tun Razak, Titiwangsa, 53200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Perkhidmatan yang ditawarkan:
- Penginapan ibu
- Kit bayi
- Blood screening
- Vaksinasi bayi (Hepatitis B, Vitamin K, BCG)
Kos:
- Kelahiran normal (2 hari 1 malam) Bilik 1 katil: RM2,150/2 katil: RM1,950/ 4 katil: RM1,550
Hospital Bersalin Swasta Terbaik Berkos Mampu Milik Untuk Pengalaman Bersalin Secara Eksklusif
Harus diingatkan, ibu mesti mempunyai sekurang-kurangnya dua kali lawatan dengan Columbia Asia PJ Hospital untuk temujanji dengan perunding O&G Setapak untuk layak mendapat pakej ini. Deposit 50% diperlukan untuk menempah harga pakej sebulan sebelum EDD ya!
Lokasi:
- No. 1, Jalan Danau Saujana, Off Jalan Genting Klang, 53300 Kuala Lumpur
Perkhidmatan yang ditawarkan:
- Bayaran perundingan & prosedur (Pakar O&G dan Pediatrik)
- Penginapan
- Pemeriksaan pendengaran yang baru lahir
- Penjagaan nurseri
- Vaksinasi BCG & Hepatitis B
*tidak termasuk epidural, vakum / forceps, fototerapi, penginapan tambahan & peningkatan bilik, ujian Swab Covid-19
Kos:
- Kelahiran normal (2 hari 1 malam) Bilik 1 katil: RM3,990/2 katil: RM3,880
Hospital Bersalin Swasta Terbaik Dengan Barisan Pakar Pediatrik
KPJ Tawakkal Specialist Hospital (KPJ TSH) terletak di tengah-tengah Kuala Lumpur dan ditubuhkan pada tahun 1984 oleh sekumpulan doktor.
Kini, hospital ini adalah salah satu daripada rangkaian hospital swasta terbesar di bawah jenama KPJ Healthcare Bhd dan merupakan hospital berkreditasi Inisiatif Hospital (BFHI) oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Lokasi:
- 1, Jalan Pahang Barat, Pekeliling, 53000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Kos:
- Kelahiran normal (2 hari 1 malam) Bilik 1 katil: RM3, 499/ 2 katil: RM3,299/ 4 katil: RM2,999
- Kelahiran caeserean (3 hari 2 malam) Bilik 1 katil: RM8,800/ 2 katil: RM8,700/ 4 katil: RM8,600
*hubungi hospital untuk keterangan lanjut
Hospital Bersalin Swasta Terbaik Bertaraf Antarabangsa Cukup Mewah
Hospital swasta ini adalah sebuah hospital bersalin terbaik dengan penjagaan kesihatan swasta yang mempunyai 270 buah katil terletak di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur. Cita-cita mereka adalah ingin mendahului di dalam senarai pusat rawatan terbaik di Asia, menawarkan penjagaan medikal yang komprehensif kepada tahap antarabangsa menerusi fasiliti berkelas dunia, teknologi inovatif dan juga servis layanan pesakit yang cukup terbaik.
Prince Court medical centre adalah pilihan terbaik menawarkan keselesaan dan fasiliti yang cukup mewah untuk menyediakan setiap keperluan anda.
Lokasi: Prince Court Medical Centre, 39, Jalan Kia Peng, 50450 Kuala Lumpur.
Perkhidmatan yang ditawarkan:
- Panduan penuh dalam penjagaan bayi termasuk Baby CPR, Urutan Bayi, menyusukan bayi, memandikan bayi, dan pengurusan tempat duduk bayi di dalam kereta
- Bilik perseorangan, katil sofa, pemerhatian bayi, sentuhan kulit-ke-kulit dan penjagaan kanggaru
- 24/7 neonatologis dan pediatrik, pemerhatian CTG secara remote menerusi telefon bimbit doktor, RFID tag untuk ibu dan anak
- Menu istimewa oleh Chef istimewa mereka
Kos:
- Kelahiran normal – bermula RM10,000
- Kelahiran cesarean – Bermula RM15,500
Hospital Bersalin Swasta Terbaik Multidisipilin Tertiari
Hospital Annur ialah hospital bersalin terbaik bercirikan multidisiplin tertiari yang dimiliki sepenuhnya oleh Medic IG Holdings Sdn Bhd. Kini, telah membangun menjadi sebuah hospital swasta patuh syariah di Malaysia.
Ia dilengkapi dengan ruang bilik yang luas dan serba lengkap, memberikan keselesaan kepada pesakit pada tahap yang maksimum. Menariknya, hospital Annur mempunyai staf dari kalangan wanita sahaja, jadi ibu-ibu muslim yang ingin bersalin disini tanpa sebarang isu tentang aurat.
Di hospital annur juga, terdapat Majlis Penasihat Syariah yang terdiri daripada 5 orang pakar yang cukup hebat dalam bidang masing-masing. Turut disediakan, kelas Antenatal untuk bakal ibu dan bapa dalam pengurusan bayi.
Lokasi
Perkhidmatan yang ditawarkan
- Menginap 2 hari 1 malam di wad
- Lawatan Perunding 2x
- Labour Suite sehingga 12 jam
- Bilik, makan & rawatan
- Barang keperluan bersalin
- Ubat asas untuk dibawa pulang termasuklah vitamin, penahan sakit & pelembut najis
- 1 Sesi fisioterapi (senaman selepas bersalin)
- Pemantauan ibu dan janin semasa bersalin
- Pemeriksaan neonatal oleh Perunding Pediatrik
- Pemeriksaan neonatal untuk kumpulan darah & Rhesus, G6PD & Hormon Tiroid.
- Pemvaksinan rutin bayi baru lahir (Vitamin K, BCG & Hepatitis B – Dos pertama)
Kos
- Kelahiran normal (2 hari 1 malam) Hari Biasa/ Hari Cuti: 1 katil: RM3,399/RM 3, 889. Hari Biasa/ Hari Cuti: 2 katil: RM3,199/RM 3,689
Kos Tambahan
- Anestesia Epidural: bermula dari RM1100
- Induksi semasa bersalin: bermula dari RM160
Hospital Bersalin Swasta Terbaik Layanan Mesra dan Fasiliti Lengkap
Dimiliki oleh pasangan suami isteri, juga merupakan doktor iaitu Dato’ Dr. Razif dan Datin Dr. Norana yang terletak di Taman Andalas, Klang. Hospital Bersalin Razif ini sememangnya tidak asing lagi bagi penduduk yang berada di sekitar Lembah Klang terutamanya Klang dan Shah Alam.
Rata-rata pesakit berpuas hati dengan layanan mesra dan fasiliti yang disediakan oleh Hospital Bersalin Razif semasa dan selepas bersalin. Serta, tiada kos tersembunyi dikenakan.
Lokasi:
- Jalan Sri Sarawak 20a/Ks2, Taman Sri Andalas, 41200 Klang, Selangor
Perkhidmatan yang ditawarkan:
- Makan dan minum disediakan
- Perundingan bersalin
- Ubat-ubatan biasa semasa bersalin
- Screening bayi
- Penjagaan rutin bayi
- Imunisasi bayi baru lahir
- Kegunaan alat bersalin secara normal atau caeserean
Kos:
- Kelahiran normal (2 hari 1 malam) Wad 6 katil: RM2,450
- Kelahiran caeserean (4 hari 3 malam) Wad 6 katil: RM5,900
*hubungi hospital untuk keterangan lanjut
Hospital Bersalin Swasta Terbaik Berkonsepkan Hotel Butik Wanita & Kanak-kanak Di Tepi Tasik
Azalea Maternity Putrajaya ialah hospital butik wanita dan kanak-kanak swasta dan pusat bersalin tepi tasik pertama di Putrajaya yang menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan wanita dengan harga mampu milik.
Ia menyediakan perkhidmatan obstetrik dan ginekologi lengkap termasuk pemeriksaan pra-konsepsi, penjagaan antenatal, penjagaan kelahiran, neonatal dan pediatrik, sokongan laktasi, kelas keibubapaan dan antenatal, penjagaan selepas bersalin, pemeriksaan.
Serta, pembedahan ginekologi, isu psikoseksual dan penjagaan rogol dan susulan, kontraseptif, rawatan kesuburan dan IUI, klinik obesiti dan tidak lupa pengurusan menopaus pada wanita berusia. Semuanya di bawah satu bumbung Azalea hospital!
Azalea hospital merupaka pilihan hospital swasta terbaik bagi mereka yang berkemampuan dan inginkan suasana yang menenangkan seperti sedang bercuti!
Lokasi:
- Ayer@8, B1-G-2 & B1-G-3, Jalan P8G, 62250, Wilayah Persekutuan Putrajaya
Perkhidmatan yang ditawarkan:
- Peralatan mandian percuma
- Azalea Take Home goodie bag
- Pemeriksaan oleh Perunding Pediatrik dan Obstetrik jika terdapat komplikasi bersalin
- 2x Pemantauan
- Screening bayi
- Imunisasi bayi baru lahir
- Pemvaksinan rutin bayi baru lahir (Vitamin K, BCG & Hepatitis B – Dos pertama)
*tidak termasuk epidural, vakum / forceps, fototerapi, penginapan tambahan & peningkatan bilik, ujian Swab Covid-19
Kos:
- Kelahiran normal: (2 hari 1 malam) Bilik 1 katil dengan pemandangan tasik: RM2,500/ Bilik 1 katil VVIP dengan pemandangan tasik: RM3,200
- Kelahiran caeserean: (3 hari 2 malam) Bilik 1 katil dengan pemandangan tasik: RM6, 800/ Bilik 1 katil VVIP dengan pemandangan tasik: RM7,500
Perbandingan Harga
|
Hospital |
Harga (Normal) |
Harga (Cesarean) |
Andorra Women and Children Hospital |
RM3,399 – RM5,299 |
RM8,599 – RM10,999 |
Sunway Medical Centre |
Dari RM3,000 |
Dari RM6,000 |
Pusrawi |
RM1,550 – RM2,150 |
– |
Columbia Asia |
RM3,880 – RM3,990 |
– |
KPJ Tawakkal KL |
RM2,499 – RM3,499 |
RM8,600 – RM8,800 |
Prince Court Medical Centre |
Dari RM10,000 |
Dari RM15,500 |
Hospital Pakar Annur |
RM 3, 199- 3, 899 |
– |
Hospital Bersalin Razif |
RM2,450 |
RM 5,900 |
Azalea Hospital |
RM2,500-3, 200 |
RM6,800-RM7,500 |
Kenali Jenis Kaedah Bersalin Di Hospital Bersalin
1. Bersalin Normal
Proses melahirkan secara normal atau melalui vagina adalah kaedah paling biasa dan jenis kaedah bersalin yang paling selamat.
Anda pasti pernah dengar terma “bersalin normal" digunakan untuk menggambarkan proses melahirkan melalui vagina tanpa ubat untuk menahan kesakitan atau untuk memulakan atau mempercepatkan kelahiran.
Sesetengah ibu akan masih memilih untuk mendapatkan bantuan medikal lain sewaktu melahirkan seperti satu monitor untuk memerhati degupan jantung bayi.
2. Bersalin Melalui Vagina Dengan Bantuan
- Kelahiran Forceps. Kadang kala doktor perlu menggunakan forceps (satu alat seakan satu sudu besar) untuk menarik kepala bayi dan membantu memandu bayi untuk menerusi lorong kelahiran.
- Pengekstrakan Vakum. Kelahiran dengan vakum adalah sama dengan kaedah kelahiran forceps. Di dalam proses ini, doktor menggunakan kaedah sedutan untuk melekatkan satu cawan plastik ke atas kepala bayi dan dengan lembut menarik bayi dari lorong kelahiran.
- Episiotomy. Ini merupakan pemotongan pembedahan di dalam tisu di antara pembukaan vagina dan anus. Tisu ini dipanggil perineum. Para doktor pernah menyangka yang ia dapat mencegah pengoyakan vagina dengan besar sewaktu melahirkan, tetapi kajian terkini menunjukkan yang ia tidak lagi benar. Hari ini, ramai doktor akan hanya melalukan prosedur tersebut jika mereka perlu dalam mempercepatkan proses melahirkan bayi.
- Amniotomy. Ini juga dikenali sebagai “memecah air ketuban." Doktor menggunakan satu penyangkut plastik kecil untuk membuat pembukaan di dalam kantung ketuban. Anda mungkin akan merasa cecair hangat.
- Induce bersalin. Ini adalah kaedah apabila doktor memulakan pengecutan sebelum proses melahirkan bermula dengan sendirinya. Mereka mungkin akan mencadangkan cara ini jika mereka bimbang tentang kesihatan ibu dan bayi.
3. Cesarean (C-section)
Proses melahirkan secara normal tidak selalunya boleh berlaku. Cesarean boleh jadi penting dan perlu untuk keselamatan ibu dan bayi, terutama sekali untuk satu atau lebih akan sebab-sebab ini:
- Bayi anda tidak berada di dalam posisi betul kepala di bawah. Sebaliknya, mereka berada di dalam posisi terbalik atau melintang.
- Bayi terlalu besar untuk melalui pelvis
- Bayi di dalam keadaan stress
- Anda mengandung akan lebih dari seorang bayi
- Plasenta anda menutupi pembukaan servik. Ini dipanggil plasenta previa
- Proses melahirkan anda tidak menunjukkan sebarang perkembangan
- Tali pusat tergelincir menerusi servis sebelum bayi
- Plasenta anda telah terpisah dari bahagian dalam dinding uterus sebelum melahirkan. Ini adalah gangguan plasenta.
- Anda sebelum ini pernah melalui C-section
Kelebihan Melahirkan Di Hospital Bersalin
Adakah anda tahu bahawa terdapat khidmat bidan yang boleh menyambut kelahiran bayi anda di rumah? Ia wujud di negara-negara luar seperti di Amerika Syarikat. Tetapi dalam melalui proses melahirkan di rumah, ia memerlukan proses yang cukup semula jadi namun agak berisiko.
Dek kerana itu, hospital adalah selalunya menjadi pilihan terbaik dalam melahirkan bayi. Ini kerana:
- Ia boleh jadi pilihan yang paling selamat. Jika anda dianggap sebagai berisiko tinggi, hospital adalah persekitaran melahirkan bayi yang paling selamat untuk anda dan bayi.
- Ia dekat dengan bilik pembedahan. Jika anda memerlukan proses melahirkan secara cesarean (tidak kira anda telah merancangnya atau di dalam saat kecemasan), hospital adalah satu-satunya tempat yang anda boleh lakukannya. Dan anda tidak perlu dipindahkan saat pertengahan proses melahirkan jika anda perlu melalui pembedahan – anda akan hanya perlu digerakkan dari bilik bersalin ke ruang pembedahan.
- Ia menawarkan teknologi paling canggih. Kakitangan pediatrik dan di dalam banyak hospital, teknologi medikal bayi baru dilahirkan yang sofistikasi sentiasa tersedia jika bayi anda memerlukan bantuan medikal dengan segera.
- Anda mempunyai akses mudah untuk ubat tahan sakit. Pakar anestesiologi akan sentiasa tersedia untuk menyediakan ubatan tahan sakit jika anda membuat permintaan, dari epidural ke narkotik.
Beberapa Soalan Yang Anda Mungkin Mahu Bertanya Sebelum Mengambil Keputusan Dalam Pemilihan Hospital Bersalin
Sebelum anda mengambil langkah dalam pemilihan hospital swasta untuk proses melahirkan bayi anda, adalah penting untuk anda pertimbangkan persoalan ini untuk mencapai keputusan yang terbaik.
- Bolehkah kita melakukan tour di dałam fasiliti hospital tersebut sebelum melahirkan?
- Bilakah saya boleh membincangkan tentang rancangan kelahiran?
- Jenis ubat tahan sakit yang mana tersedia untuk saya guna?
- Apakah peralatan yang tersedia: sebagai contoh, tikar, kerusi melahirkan atau bean bag?
- Adakah terdapat kolam atau tub untuk proses melahirkan?
- Berapa lama untuk anda dan bayi berada di hospital?
Tanda-Tanda Bersalin Yang Perlu Ke Hospital
Sewaktu bulan terakhir kehamilan, anda patut memberikan perhatian lebih kepada tanda tanda bersalin yang perlu ke hospital seperti berikut:
- Jika anda mengalami titisan pendarahan pada bila-bila masa sewaktu bulan ini, maklumkan doktor anda dengan segera. Ini mungkin disebabkan pengeluaran plug mukus, mukus tebal yang menutup laluan serviks menuju ke uterus. Ini juga turut dikenali sebagai bloody show. Ini merupakan tanda tanda nak bersalin yang akan bermula dalam masa beberapa hari atau minggu
- Jika anda mengalami rasa sakit yang teruk dan berulang, hubungi doktor anda dengan segera. Walaupun jarang berlaku, ini mungkin merupakan tanda plasenta lekang (placental abruption). Tanda lain ialah demam, lendiran dari faraj dan jangkitan.
- Kontraksi menjadi lebih seragam dan kuat. Ia juga mungkin akan berlaku pada jarak yang lebih pendek. Jika anda mendapati kontraksi masih berterusan sewaktu anda berhenti atau melakukan sebarang aktiviti atau mengubah posisi, ini mungkin kontraksi sebenar.
- Air ketuban pecah. Ini berlaku apabila kantung amnion yang melindungi bayi anda mula pecah. Air mungkin keluar dengan cepat atau menitis sedikit demi sedikit pada kaki anda. Kontraksi mungkin berlaku sebelum atau selepas air ketuban pecah. Apabila ini berlaku, hubungi doktor anda secepat mungkin.
Semoga bermanfaat!
Nota Editor: Setiap item dan harganya adalah terkini pada masa artikel ini dikeluarkan. Walau bagaimanapun, mana-mana item boleh jadi ketiadaan stok atau harganya berbeza pada masa akan datang.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Senarai Hospital Terbaik Di Malaysia Untuk Ibu Hamil – Ayuh Daftar Melahirkan Anak Di Sini
Baca juga: Ini 9 Tanda-Tanda Anda Bakal Bersalin Dalam Masa Terdekat – Apa Perlu Buat?
Baca juga: Kalau Nak Bersalin Normal & Mudah, Ibu Kena Amal 5 Tips Ini Sejak Mengandung Lagi!