X
TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Doktor Ini Bantu Wanita Lain Bersalin Ketika Dia Sendiri Sedang Sarat Hamil!

3 Aug, 2017
Doktor Ini Bantu Wanita Lain Bersalin Ketika Dia Sendiri Sedang Sarat Hamil!

Ini kisah ajaib tentang seorang doktor bernama Amanda Hess yang bergegas menyelamatkan wanita lain untuk bersalin ketika beliau sendiri sedang sarat!

Doktor Yang Tak Mementingkan Diri Sendiri

Salah satu ciri-ciri doktor yang baik adalah mereka yang mementingkan pesakit lebih dari diri sendiri. Beginilah kisah bagi doktor bernama Amanda Hess ini. 

Beliau telah bergegas menyelamatkan bayi lain yang berada dalam kesusahan walaupun ketika beliau sendiri sedang sarat mengandung.

Hess, seorang pakar obstetrik dan pakar wanita dari Frankfort, sedang memakai gaun hospital dan menunggu gilirannya untuk persalinan teraruh di Pusat Perubatan Frankfort apabila dia mendengar seorang wanita di bilik bersalin lain sedang meraung kesakitan.

Kelahiran Kecemasan

Rupa-rupanya wanita tersebut adalah Leah Halliday Johnson, salah seorang pesakit Hess. 

Jururawat memberitahu Hess bahawa mereka mendapati tali pusat bayi Leah telah terbelit dengan longgar di lehernya. Bayi Leah memerlukan bantuan segera, tetapi doktor bertugas telah pun pulang untuk berehat.

Baca juga:

10 Tanda-Tanda Masalah Kehamilan Setiap Bakal Ibu Perlu Ambik Serius

Lalu, tanpa memikirkan keadaannya yang sedang sarat mengandung dan menunggu giliran untuk melahirkan anak sendiri, Hess pastas pergi menolong Leah melahirkan anaknya.

Doktor Ini Bantu Wanita Lain Bersalin Ketika Dia Sendiri Sedang Sarat Hamil!

Doktor Amanda Hess  (Sumber gambar: nbcnews.com)

“Saya cuma mempunyai masa untuk menutup bahagian belakang dengan gaun satu lagi dan memakai kasut. Saya terus ke biliknya,” kata Hess kepada WKYT. “Saya ingat saya telahpun bertugas sehingga minit-minit terakhir, tetapi ini betul-betul sehingga saat terakhir,” katanya bergurau.

Jururawat bertugas telah meminta Leah untuk berhenti menolak kerana takut bayinya akan lemas, tetapi Leah sudah tidak dapat menahan kesakitan.

Apabila Hess masuk ke bilik untuk membantu, Leah tidak perasan bahawa doktor itu juga memakai gaun bersalin.

Akhirnya Semua Selamat

Akhirnya, Leah selamat melahirkan seorang bayi perempuan. 

Tidak lama selepas itu, doktor bertugas telah tiba dan mengambil alih tugas Hess. Hess pun kembali ke bilik persalinannya dan pada malam yang sama, dia juga melahirkan seorang bayi perempuan bernama Ellen Joyce.

Sungguh murni usaha doktor tersebut untuk menyelamatkan salah satu pesakitnya itu! Semoga Tuhan sentiasa melindungi beliau dan anaknya yang baru lahir.

Doktor Ini Bantu Wanita Lain Bersalin Ketika Dia Sendiri Sedang Sarat Hamil!

Leah Halliday Johnson dengan anak perempuannya (Sumber gambar: FACEBOOK)

Kedua-dua ibu dan bayi dilaporkan sihat. Doktor Hess dijangka akan mengambil cuti bersalin selama 8 bulan.

Masih ada insan berhati mulia di dunia ini yang tidak mudah berputus asa untuk menyelamatkan nyawa. 

Tepukan gemuruh untuk mereka yang bertugas siang malam di hospital bagi menjaga pesakit, dan mereka yang selalu mementingkan pesakit lebih dari diri sendiri. Sumbanganmu amat dihargai.

Sumber: Mirror, The Washington Post, NBC News

Baca juga:

Doktor Keguguran Semasa Menyambut Bayi, Rupanya Dia Sendiri Mengandung Luar Rahim!

Stories Rakan Kongsi
Here’s How To Facilitate Good Money Habits In Your Teen
Here’s How To Facilitate Good Money Habits In Your Teen
Can Financial Management Be Easy? 5 Things You Should Be Doing As A Parent
Can Financial Management Be Easy? 5 Things You Should Be Doing As A Parent
Kesan-kesan Positif Nutrisi Menyeluruh Kepada Perkembangan Anak Anda
Kesan-kesan Positif Nutrisi Menyeluruh Kepada Perkembangan Anak Anda
Through The Lens of Star Students
Through The Lens of Star Students

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Rosanna Chio

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Doktor Ini Bantu Wanita Lain Bersalin Ketika Dia Sendiri Sedang Sarat Hamil!
Kongsikan:
  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

  • Senarai Negeri Paling Ramai Miskin Tegar Di Malaysia, Kelantan & Kuala Lumpur Turut Tersenarai

    Senarai Negeri Paling Ramai Miskin Tegar Di Malaysia, Kelantan & Kuala Lumpur Turut Tersenarai

  • Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

    Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami

  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham