Hamil Luar Rahim: Seorang Doktor Keguguran Ketika Sambut Bayi Pesakit!

Seorang doktor telah mengalami situasi mengandung luar rahim, namun beliau masih sempat menyambut bayi pesakit lain! Apa tanda hamil luar rahim?
Doktor pakar mengandung luar rahim
Doktor pakar di Luxor General Hospital, Luxor, Mesir baru-baru ini telah menunjukkan betapa dia seorang doktor yang hebat! Apa tidaknya, Dr Mervat Mohamed Talaat yang mengandung luar rahim itu masih meneruskan pembedahan pada pesakitnya walaupun beliau keguguran!
Semuanya bermula begini - beliau sedang menjalankan pembedahan c-seksyen untuk menyambut bayi salah seorang ibu bersalin.
Tiba-tiba, beliau diserang kesakitan dan darah banyak mengalir daripada farajnya!
Tapi, doktor itu tidak mahu berganjak dan masih meneruskan pembedahan tersebut hingga beliau selesai menyambut bayi yang dilahirkan pesakitnya itu!
Selepas semuanya selesai, beliau menyerahkan tanggungjawab menjaga pesakit itu pada doktor lain. Beliau kemudiannya dibawa ke dewan bedah.
Mengandung luar rahim itu apa?
Menurut laporan Al Arabiya, doktor hebat terbabit telah mengalami kehamilan ektopik, atau kehamilan luar rahim atau juga dikenali sebagai mengandung luar rahim.
Perkataan ektopik bermaksud "di tempat yang salah".
95% daripada kes mengandung luar rahim terjadi dalam tiub falopio atau dalam abdomen seseorang ibu.
Jika ia dibiarkan, pendarahan dalaman boleh berlaku. Kebanyakan kehamilan ektopik akan menyebabkan keguguran.
Kredit gambar: PregMed
Jika anda disahkan mengalami kehamilan ektopik atau mengandung luar rahim, doktor akan melakukan pembedahan laparoskopi (pembedahan lubang kunci) untuk memotong tiub falopio dan mengeluarkan bayi.
Pakar daripada hospital berkenaan mengesyaki tekanan di tempat kerja punca Dr Mervat terlalu penat maka beliau tidak sempat menjaga kesihatannya.
Pada hari kejadian, beliau mempunyai 3 pembedahan yang telah dijadualkan. Ibu hamil semua, jaga kesihatan anda, ya! Jangan terlalu sibuk dengan kerja.
Pengerusi Luxor Doctors Syndicate, Ahmed Hamza berkata - mereka akan memberikan perhormatan kepada Dr Mervat kerana usahanya yang bernilai itu.
Salute, doctor!
Siapa yang berisiko mengandung luar rahim?
Menurut Baby Center, kes mengandung luar rahim atau kehamilan ektopik ini boleh berlaku pada mana-mana wanita. Namun, risiko lebih meningkat jika wanita tersebut:
- Menghidap penyakit radang pelvik
- Mengalami luka pada tiub falopio, atau endometriosis
- Pernah membuat pembedahan di bahagian perut
- Hamil dengan kaedah IVF.
- Merokok
Simptom-simptom mengandung luar rahim yang harus diperhati
Bagaimana ingin tahu jika anda mungkin mengalami kes mengandung luar rahim? Lihat tanda-tanda penting ini.
Biasanya, hamil luar rahim rasa sama seperti kehamilan biasa.
Anda akan lambat datang haid atau tidak datang haid langsung, sakit payudara, sering keletihan, muntah dan kerap kencing.
Tapi, anda mungkin cenderung untuk mengalami masalah mengandung luar rahim jika:
- Anda mengalami pendarahan yang banyak keluar dari faraj
- Sakit di bahagian perut atau pelvik, biasanya selepas 6 atau 8 minggu lambat datang haid
- Sakit ketika melakukan seks
- Sakit ketika menjalani pemeriksaan pelvik
- Pening
- Sering pengsan
- Mengalami pendarahan dalaman
- Sering terkejut/mengalami kejutan
- Sakit bahu
Segera dapatkan rawatan di hospital jika anda mengalami simptom-simptom ini, ya! Jangan ambil mudah tentang kesakitan yang anda alami ketika hamil.
Semoga semuanya selamat untuk anda! Jaga kesihatan dan jangan lupa untuk dapatkan rehat yang mencukupi.
Sumber rujukan: Baby Center, Metro dan WebMD
Baca juga:
5 pelakon Bollywood yang pernah keguguran, ikuti kisah kecekalan mereka ini...
5 Makanan Mengejutkan Yang Patut Dielakkan Apabila Hamil
Malu Nak Ambil Epidural, Akhirnya Sakit Tak Tertanggung, Ibu Makin Lemah, Tak Larat Teran Bayi!
4 benda yang merosakkan otak bayi dalam kandungan - ibu hamil JANGAN BUAT!