TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

10 Jenis Makanan Untuk Ibu Hamil Trimester 1 Yang Terbaik Untuk Bayi Sihat & Kuat

7 min bacaan
10 Jenis Makanan Untuk Ibu Hamil Trimester 1 Yang Terbaik Untuk Bayi Sihat & Kuat

Makanan untuk ibu hamil trimester 1 (minggu 1–12) perlulah berkhasiat dan tinggi nutrisi kerana tempoh ini janin mula membentuk organ penting

Kehamilan trimester pertama adalah tempoh yang sangat penting dalam perkembangan janin. Dalam tempoh tiga bulan pertama ini, organ-organ utama bayi mula terbentuk dan tubuh ibu juga mengalami pelbagai perubahan hormon yang ketara. Justeru ada beberapa jenis makanan untuk ibu hamil trimester 1 yang terbaik untuk menyokong kesihatan ibu dan perkembangan bayi.

Isi Kandungan

  • Jenis Makanan Untuk Ibu Hamil Trimester 1
  • Menu Makanan Ibu Hamil Trimester 1
  • Pantang Larang Makanan Ibu Hamil Trimester Pertama

Jenis Makanan Untuk Ibu Hamil Trimester 1

Berikut adalah 10 jenis makanan untuk ibu hamil trimester 1 yang bukan sahaja menyihatkan, tetapi juga membantu mengurangkan rasa loya dan keletihan:

1. Telur

Telur adalah sumber protein yang sangat baik dan mengandungi kolin, iaitu nutrien penting untuk perkembangan otak janin. Kolin membantu mencegah kecacatan tiub saraf dan menyokong fungsi otak serta saraf bayi. Telur juga mengenyangkan dan mudah disediakan, sama ada direbus, dijadikan telur hancur atau omelet.

2. Bayam dan Sayuran Hijau

Makanan untuk ibu hamil trimester 1 yang seterusnya adalah sayuran hijau.

Sayuran hijau seperti bayam, kangkung dan sawi kaya dengan zat besi, folat, kalsium dan serat. Folat sangat penting dalam mencegah kecacatan kelahiran dan menyokong pertumbuhan sel baru. Kekurangan zat besi boleh menyebabkan anemia, yang sering berlaku dalam kalangan ibu hamil. Sayuran ini boleh dimasak sebagai sup, ditumis atau dicampur dalam smoothie.

3. Kacang dan Kekacang

Kacang seperti badam, kacang tanah, dan kekacang seperti kacang kuda dan lentil adalah sumber protein tumbuhan, zat besi dan serat. Ia juga mengandungi lemak sihat dan vitamin B. Kekacang juga membantu sistem penghadaman ibu kerana kandungan seratnya yang tinggi, sekali gus mencegah sembelit.

4. Buah-buahan Sitrus

Buah seperti oren, limau dan grapefruit mengandungi vitamin C yang tinggi. Vitamin C membantu penyerapan zat besi dan menyokong sistem imun ibu hamil. Selain itu, rasa masam dari buah sitrus juga boleh membantu mengurangkan rasa loya, yang biasa dialami dalam trimester pertama.

5. Yogurt

Makanan untuk ibu hamil trimester 1 yang lain adalah yogurt.

Yogurt merupakan sumber kalsium dan probiotik yang baik. Kalsium penting untuk pembentukan tulang dan gigi bayi, manakala probiotik membantu kesihatan sistem penghadaman ibu. Pilih yogurt rendah gula dan elakkan yogurt yang mengandungi bahan pengawet atau pewarna tiruan.

6. Ubi Keledek

Ubi keledek mengandungi beta-karotena, sejenis antioksidan yang akan ditukar menjadi vitamin A dalam badan. Vitamin A penting untuk perkembangan mata, kulit dan organ dalaman bayi. Ubi keledek juga kaya dengan serat dan vitamin C. Ia boleh direbus, dibakar atau dijadikan puri.

7. Ikan Berlemak (Seperti Salmon)

Makanan untuk ibu hamil trimester 1 yang lain adalah ikan berlemak.

Ikan salmon mengandungi omega-3, terutamanya DHA, yang penting untuk perkembangan otak dan mata janin. Ia juga merupakan sumber protein dan vitamin D yang baik. Namun, ibu hamil perlu mengelakkan ikan yang tinggi kandungan merkuri dan pastikan ikan dimasak sepenuhnya.

8. Halia

Halia terkenal dengan keupayaannya mengurangkan rasa loya dan muntah. Ia boleh digunakan dalam masakan, dibuat teh atau dikunyah dalam bentuk halia kering. Halia juga membantu sistem penghadaman dan mengurangkan rasa tidak selesa di perut.

9. Avokado

Makanan untuk ibu hamil trimester 1 seterusnya adalah avokado.

Avokado kaya dengan lemak sihat, folat, vitamin K, E, dan C, serta kalium. Lemak sihat membantu pembentukan otak bayi manakala folat membantu dalam perkembangan janin yang sihat. Avokado juga boleh membantu mengurangkan kekejangan kaki yang biasa berlaku semasa kehamilan.

10. Oat dan Bijirin Penuh

Oat dan bijirin penuh mengandungi serat, zat besi, vitamin B dan karbohidrat kompleks yang memberikan tenaga berpanjangan.

Makanan untuk ibu hamil trimester 1 ini sesuai dijadikan sarapan pagi kerana membantu ibu hamil kekal bertenaga sepanjang hari. Serat juga membantu mencegah sembelit.

Menu Makanan Ibu Hamil Trimester 1

Trimester pertama memang mencabar kerana selera makan kadang naik, kadang turun. Ada masa bau nasi pun boleh buat rasa nak muntah. Tapi dalam masa yang sama, bayi sedang membesar dengan pantas.

Jadi, ibu perlukan makanan yang bukan saja mengenyangkan, tapi penuh khasiat. Berikut beberapa cadangan menu makanan ibu hamil trimester 1 sebagai panduan anda:

Sarapan Pagi: Ringan Tapi Mengenyangkan

  • Bubur nasi kosong dengan hirisan halia dan sedikit ayam cincang: lembut, mudah ditelan dan boleh bantu kurangkan loya.

  • Sepotong buah pisang: tinggi kalium, bantu elak kekejangan otot.

  • Air suam campur perahan limau nipis: segar dan bantu buang angin dalam badan.

Tip: Kalau tak lalu makan berat, cuba makan dalam kuantiti kecil tapi kerap.

Snek Pagi: Tenaga Tambahan Sebelum Tengah Hari

  • Segenggam kacang badam atau kacang tanah rebus: tinggi protein dan lemak sihat.

  • Buah epal hijau yang rangup: boleh bantu lawan rasa loya.

  • 3 biji kurma: penuh tenaga, sesuai kalau rasa lemah atau lesu.

Tip: Elakkan makanan tinggi gula semasa snek, supaya tak cepat letih.

Makan Tengah Hari: Cukup Zat, Cukup Rasa

  • Nasi perang (atau nasi putih pun boleh)

  • Ikan kembung bakar: tinggi omega-3, bagus untuk otak bayi

    Stories Rakan Kongsi
    Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda
    Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda
    Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
    Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
    Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil
    Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil
    Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
    Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
  • Sayur bayam tumis bawang putih: kaya zat besi dan folat

  • Semangkuk sup lobak merah dan kentang: lembut dan bantu hidrasi

Tip: Kalau tak lalu nasi, gantikan dengan mee sup ayam kampung tanpa minyak banyak

Snek Petang: Peneman Waktu Letih

  • Yogurt asli campur buah segar seperti strawberi atau mangga: bagus untuk usus dan sumber kalsium

  • Biskut bijirin penuh dengan segelas susu suam

  • Atau buat sendiri smoothie avokado dan pisang: tinggi lemak sihat dan sangat mengenyangkan

Makan Malam: Ringan Tapi Penuh Khasiat

  • Nasi sedikit dengan lauk sup ayam dan kentang

  • Sayur rebus campur lobak merah dan brokoli

  • Buah oren sebagai pencuci mulut

Tip: Elakkan makanan bergoreng atau pedas waktu malam, supaya tidur lebih lena dan perut tak meragam

Sebelum Tidur (Jika Lapar)

Kadang-kadang perut rasa lapar waktu malam. Jangan biar perut kosong, nanti angin naik.

  • Segelas susu suam

  • Roti gandum bakar dengan sapuan mentega kacang

  • Sedikit kekacang atau kurma

Pantang Larang Makanan Ibu Hamil Trimester Pertama

Berikut beberapa pantang larang makanan ibu hamil trimester 1:

1. Telur Mentah atau Separuh Masak

Pantang larang makanan ibu hamil trimester pertama adalah telur mentah atau makanan separuh masak. Ia mengandungi bakteria salmonella yang menyebabkan keracunan makanan, cirit-birit dan muntah, berisiko tinggi untuk ibu mengandung.

2. Sushi atau Ikan Mentah

Risiko jangkitan parasit dan bakteria seperti listeria yang boleh mengganggu pertumbuhan janin dan menyebabkan keguguran.

3. Daging Tidak Dimasak Sempurna

Pantang larang makanan ibu hamil trimester pertama adalah daging tidak dimasak sempurna. Ia boleh membawa toksoplasma atau bakteria E. coli yang membahayakan perkembangan janin dan sistem imun ibu.

4. Ikan Tinggi Merkuri

Contoh seperti ikan todak, tenggiri dan jerung boleh merosakkan sistem saraf bayi dan mengganggu perkembangan otak.

5. Minuman Berkafein Berlebihan

Pantang larang ibu hamil trimester pertama yang lain adalah pengambilan kafein secara berlebihan iaitu 200mg sehari (±1 cawan kopi) boleh tingkatkan risiko keguguran atau bayi lahir dengan berat rendah.

6. Makanan Terlalu Masin atau Terproses

Mi segera atau makanan ringan tinggi garam dan bahan pengawet yang boleh ganggu tekanan darah ibu dan perkembangan bayi.

Kesimpulannya, makanan untuk ibu hamil trimester 1 perlu diambil perhatian khusus kerana tempoh ini amat penting dalam perkembangan janin dalam kandungan.

 Walaupun selera makan mungkin terganggu akibat loya dan keletihan, pemilihan makanan yang berkhasiat dapat membantu menyokong kesihatan ibu dan perkembangan bayi.

Semoga artikel ini bermanfaat.

What To Expect, Healthline, Motherhood Hospital

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Baca juga:  11 Perkara PENTING Ketika Hamil Trimester Pertama, Ibu Mengandung Kena Ikut & Elak

Baca juga:  Penjagaan Awal Kehamilan Trimester Pertama, Penting Untuk Elak Risiko Keguguran

Baca juga:  Posisi Tidur Ibu Hamil Trimester 1 Yang Disaran Agar Anda Selesa & Lena Sepanjang Malam

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Kehamilan
  • /
  • 10 Jenis Makanan Untuk Ibu Hamil Trimester 1 Yang Terbaik Untuk Bayi Sihat & Kuat
Kongsikan:
  • Salicylic Acid Untuk Ibu Hamil, Adakah Selamat Penggunaannya Untuk Ibu & Bayi?

    Salicylic Acid Untuk Ibu Hamil, Adakah Selamat Penggunaannya Untuk Ibu & Bayi?

  • Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda
    Stories Rakan Kongsi

    Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda

  • Himpunan Nama Bayi Lelaki Islam Dari Huruf A Hingga Z Yang Menarik, Miliki Maksud Baik

    Himpunan Nama Bayi Lelaki Islam Dari Huruf A Hingga Z Yang Menarik, Miliki Maksud Baik

  • Salicylic Acid Untuk Ibu Hamil, Adakah Selamat Penggunaannya Untuk Ibu & Bayi?

    Salicylic Acid Untuk Ibu Hamil, Adakah Selamat Penggunaannya Untuk Ibu & Bayi?

  • Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda
    Stories Rakan Kongsi

    Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda

  • Himpunan Nama Bayi Lelaki Islam Dari Huruf A Hingga Z Yang Menarik, Miliki Maksud Baik

    Himpunan Nama Bayi Lelaki Islam Dari Huruf A Hingga Z Yang Menarik, Miliki Maksud Baik

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2026. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham