X
TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Dibuka Hujung Januari, 10 Info Pemberian Vaksin Covid-19 Kanak-Kanak Yang Ibu Ayah Perlu Tahu!

4 min bacaan
Dibuka Hujung Januari, 10 Info Pemberian Vaksin Covid-19 Kanak-Kanak Yang Ibu Ayah Perlu Tahu!

Program vaksinasi kanak-kanak akan dimulakan pada Februari ini. Pasti banyak persoalan timbul di minda ibu ayah mengenainya.

Program Vaksinasi Kanak-Kanak bagi 5 hingga 11 tahun akan dimulakan pada Februari 2022 justeru pembukaan bagi pendaftaran akan dibuka pada hujung bulan ini. Apa maklumat lanjut yang boleh anda baca dalam artikel ini?

  • Ini yang ibu ayah perlu tahu mengenai program vaksinasi kanak-kanak
  • Formulasi khas kanak-kanak
  • Cara kurangkan kesan vaksin 

Apa pun, kerisauan ibu bapa terhadap perkara ini memang tidak dapat dielakkan memandangkan kesan kepada orang dewasa selepas vaksinasi.

Menurut laporan mstar, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, program vaksinasi tersebut dilaksanakan melihat kepada keperluan untuk melindungi populasi kanak-kanak, susulan peningkatan kes Covid-19 dalam kalangan kanak-kanak pada usia itu.

Ini yang ibu ayah perlu tahu mengenai program vaksinasi kanak-kanak

program vaksinasi kanak-kanak

Selepas beberapa peringkat umur, kini tiba pula giliran kanak-kanak untuk menerima vaksin Covid-19. 

  1. Kementerian Kesihatan akan melaksanakan pemberian vaksin Covid-19 untuk kanak-kanak berusia 5 hingga bawah 12 tahun bermula Februari 2022 sebaik vaksin Pfizer (kanak-kanak) tiba di Malaysia mulai 31 Januari 2022.
  2. Pelancaran program pemberian vaksinasi kanak-kanak ini akan diadakan pada 3 Februari 2022 di Hospital Tunku Azizah, Kuala Lumpur.
  3. Sistem tempahan janji temu melalui MySejahtera akan bermula pada penghujung Januari 2022. Tempahan janji temu vaksinasi akan dibuka secara berperingkat bermula 31 Januari 2022 dan dibuka kepada ibu bapa yang tinggal di Lembah Klang dahulu. Sebagai permulaan, ibu bapa boleh mula mendaftarkan anak sebagai tanggunggan dalam aplikasi MySejahtera mereka.
  4. Program vaksinasi kanak-kanak ini memerlukan dua suntikan dos vaksin dengan sela masa lapan minggu selepas dos pertama.
  5. Formulasi vaksin Covid-19 Comirnaty yang akan digunakan dalam program vaksinasi ini adalah formulasi khas untuk kanak-kanak dan dibekalkan di dalam bebuli 10-dos (penutup jingga) dan perlu dicampur dengan 1.3 mL larutan garam biasa.
  6. Setiap dos yang diberikan adalah 0.2 mL dan mengandungi 10mcg vaksin mRNA. Dos ini merupakan satu pertiga daripada dos yang digunakan di dalam dos dewasa.
  7. Keutamaan untuk pemberian vaksin pada permulaan program ini adalah kepada kanak-kanak yang mempunyai masalah kesihatan merangkumi penyakit respiratori kronik; kardiovaskular; Immunosuppression; kencing manis; penyakit ginjal kronik; dan penyakit saraf.
  8. Vaksin Comirnaty formulasi khas untuk kanak-kanak ini juga telah dilaksanakan di beberapa negara termasuklah Amerika Syarikat, Kanada, Israel, Australia dan Singapura.
  9. Kesan sampingan seperti sakit pada tempat suntikan, kemerahan dan bengkak. Tindak balas sistemik pula termasuklah keletihan, pening kepala, sakit otot, menggigil dan demam. Kebanyakan kesan sampingan vaksin ini adalah ringan dan sederhana, serta tidak berpanjangan.
  10. Suntikan vaksinasi kanak-kanak tidak diwajibkan sebaliknya untuk mendidik ibu bapa.

Formulasi khas kanak-kanak

program vaksinasi kanak-kanak

Jadi apakah pandangan anda mengenainya? Mungkin ada ibu ayah yang masih ragu-ragu kerana memikirkan umur anak yang masih kecil dan mungkin tidak tahu mahu describe apa yang dirasai jika ada kesan ketika vaksin diberikan nanti.

Apa pun, pasti kerajaan sudah meneliti dengan sebaiknya baik buruk pemberian vaksin ini kepada golongan yang memerlukan ini, justeru buatlah pilihan yang terbaik untuk anak anda.

Cara kurangkan kesan vaksin 

program vaksinasi kanak-kanak

Kesan vaksin kepada setiap orang berbeza. Bagi anda yang memang vaksin anak, anda tahu ada ketikanya anak akan demam jika menerima vaksin tertentu yang termasuk dalam jadual imunisasi anak.

Jadi, apa yang boleh dilakukan untuk mengurangkan kesan vaksin kepada anak nanti?

  1. Jika anda dapati lengan anak bengkak, tuam dengan kain yang disuamkan untuk mengurangkan kesan bengkak. Jika anda sudah vaksin pasti anda tahu anak mungkin alami lenguh tangan. Jadi bantu mereka untuk kurangkan kesannya.
  2. Bersedia dengan ubat demam. Demam anak boleh jadi pada bila-bila masa saja selepas vaksin. Jadi pastikan anda sudah bersedia dengan ubat demamnya. Beri anak ikut dos yang sepatutnya. Jangan terkurang dos pula ya!
  3. Jika anak mengadu pening kepala, muntah-muntah dan sebagainya cuba pantau terlebih dulu. Tetapi adalah lebih baik untuk anda terus berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan lanjut bagi mengelak sebarang perkara tidak diingini berlaku.
  4. Jangan takut-takutkan anak. Beri dia semangat bahawa kesan itu hanya satu atau dua hari saja selepas vaksin.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Kredit foto: google image

Stories Rakan Kongsi
Penyakit Biasa Dalam Kalangan Kanak-Kanak & Vaksinasi-Vaksinasi Penting Untuk Melindungi Daripadanya
Penyakit Biasa Dalam Kalangan Kanak-Kanak & Vaksinasi-Vaksinasi Penting Untuk Melindungi Daripadanya
ROTAVIRUS: Punca Utama Cirit-birit pada Kanak-kanak
ROTAVIRUS: Punca Utama Cirit-birit pada Kanak-kanak
Senarai Jenis Najis Bayi, Awas Jika Najis Anak Anda Berwarna & Tekstur Ini
Senarai Jenis Najis Bayi, Awas Jika Najis Anak Anda Berwarna & Tekstur Ini
Masalah Anemia Atau Kekurangan Darah Merah Boleh Terjadi Disebabkan Pelbagai Punca
Masalah Anemia Atau Kekurangan Darah Merah Boleh Terjadi Disebabkan Pelbagai Punca

Baca juga: 11 Suntikan Vaksin Ini WAJIB Diambil Oleh Anak-Anak Supaya Tidak Mudah Jatuh Sakit

Baca juga: Ibu Bapa Sering Terlupa Untuk Berikan 2 Vaksin Penting Ini Kepada Anak-Anak

Baca juga: AMARAN, Ibu Bapa Yang Tidak Vaksin Anak Bakal Dikenakan Denda RM20,000

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Kesihatan
  • /
  • Dibuka Hujung Januari, 10 Info Pemberian Vaksin Covid-19 Kanak-Kanak Yang Ibu Ayah Perlu Tahu!
Kongsikan:
  • Imun Bayi Czer: Benarkah Lebih Lemah Berbanding Bayi Lahir Normal?

    Imun Bayi Czer: Benarkah Lebih Lemah Berbanding Bayi Lahir Normal?

  • Penyakit RSV Pada Bayi & Kanak-Kanak: Simptom, Rawatan Dan Langkah Pencegahan

    Penyakit RSV Pada Bayi & Kanak-Kanak: Simptom, Rawatan Dan Langkah Pencegahan

  • Apa Itu Cerebral Palsy: Ini Penyebab, Gejala & Faktor Risiko

    Apa Itu Cerebral Palsy: Ini Penyebab, Gejala & Faktor Risiko

  • Imun Bayi Czer: Benarkah Lebih Lemah Berbanding Bayi Lahir Normal?

    Imun Bayi Czer: Benarkah Lebih Lemah Berbanding Bayi Lahir Normal?

  • Penyakit RSV Pada Bayi & Kanak-Kanak: Simptom, Rawatan Dan Langkah Pencegahan

    Penyakit RSV Pada Bayi & Kanak-Kanak: Simptom, Rawatan Dan Langkah Pencegahan

  • Apa Itu Cerebral Palsy: Ini Penyebab, Gejala & Faktor Risiko

    Apa Itu Cerebral Palsy: Ini Penyebab, Gejala & Faktor Risiko

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham