TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

AMARAN, Ibu Bapa Yang Tidak Vaksin Anak Bakal Dikenakan Denda RM20,000

18 Dec, 2019
AMARAN, Ibu Bapa Yang Tidak Vaksin Anak Bakal Dikenakan Denda RM20,000

Isu vaksin semakin hebat diperkatakan di Malaysia, kini kerajaan akan mengetatkan undang-undang terhadap ibu bapa jika ingkar berbuat demikian.

Baru-baru ini kita digemparkan dengan berita seorang bayi berumur tiga bulan di Sabah yang dikhabarkan terkena Penyakit Polio.

Malah apa yang lebih mengejutkan, ada sebilangan kanak-kanak di kawasan tersebut tidak pernah diberi suntik vaksin ini dan ada juga yang tak lengkap. Kes ini memang sesuatu yang amat membimbangkan dan tidak boleh dipandang sebelah mata.

Isu suntik vaksin di Malaysia

suntik vaksin

Bahkan kini kalau kita dapat lihat, terlalu ramai masyarakat atau ibu bapa yang anti vaksin lantas mengelak dari memberikan senarai imunisasi kepada anak. Sedangkan banyak bahaya yang boleh berlaku.

Adalah lebih baik kita mencegah daripada merawat, kan? Kalau sudah mendapat penyakit serius, tidakkah menyesal seumur hidup. Malah ia boleh memberi kesan kepada persekitaran dan masyarakat sejagat.

Ya, sememangnya isu suntik vaksin ini bukanlah satu perkara yang baru berlaku di Malaysia kerana ada juga kes kematian kanak-kanak yang disebabkan penyakit difteria. 

Susulan itu, pihak kerajaan telah menyediakan perancangan dan langkah berjaga-jaga untuk menangani masalah yang semakin hangat diperkatan ini di mana, setiap ibu bapa yang tidak memberikan suntik vaksin boleh dikena denda sebanyak RM20,000.

Ibu bapa yang cuai boleh didakwa di bawah Akta Kanak-Kanak

suntikan vaksin

Menurut daripada laporan yang dikeluarkan oleh Astro Awani, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh berkata ibu bapa yang telah didapati cuai terhadap anak-anak mereka hingga menyebabkan kematian boleh didakwa di bawah Akta Kanak-Kanak.

Malah pihaknya juga merancang untuk mengambil tindakan terhadap ibu bapa yang sering mengabaikan kesihatan kanak-kanak dengan tidak memberi suntikan imunisasi yang lengkap.

Malah, ibu bapa yang ingkar ini bukan hanya memberi kesan pada anak mereka sahaja tetapi turut menjejaskan kanak-kanak yang lain.

Mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 menjelaskan, mana-mana mereka yang tidak mengambil berat terhadap kanak-kanak, mendera, mengabaikan atau mendedahkan kanak-kanak dengan cara yang mungkin boleh mendatangkan kecederaan kepada emosi dan fizikal, boleh dikenakan denda sebanyak RM20,000 atau hukuman penjara 10 tahun maksimum atau kedua-duanya sekali.

Proses pembuatan vaksin

suntikan imunisasi

Perlu tahu, vaksin ini terhasil daripada pembiakan orgasma hidup. Sesetengah organisma tersebut adalah punca kepada penyakit berbahaya. Oleh demikian, penghasilan vaksin ini dijalankan dalam keadaan yang dikawal selia dengan rapi.

Semua pengeluar vaksin juga tertakluk kepada peraturan kebangsaan dan antarabangsa serta mematuhi spesifikasi Amalan Pengilangan Baik (GMP)

– Memastikan produk adalah selamat untuk kegunaan masyarakat
– Memastikan identiti, kekuatan, kualiti dan keaslian produk sentiasa mematuhi spesifikasi yang ditetapkan.

Selain itu, penghasilan vaksin ini dijalankan dalam persekitaran yang bebas kuman (antiseptik) dan dipantau secara rapi melalui langkah kawalan berkualiti.

Bahkan, proses penghasilan juga boleh berbeza mengikut jenis vaksin kerana beberapa komponen yang digunakan dalam proses penghasilan adalah khusus kepada jenis vaksin sama ada berunsurkan virus atau bakteria.

Empat langkah:

i. Pembiakan : Pembiakan organisma hidup yang digunakan dalam vaksin

ii. Pengasingan: Pengasingan organisma hidup daripada sel atau media pertumbuhan yang digunakan semasa langkah pembiakan.

iii. Penulenan: Mengeluarkan semua bahan yang mungkin melekat pada organisma yang dikultur atau memisahkan bahagian khusus daripada organisma untuk digunakan dalam vaksin.

iv. Formulasi : Melibatkan pencampuran bahan yang telah ditulenkan ke dalam larutan sehingga mencapai kepekatan yang sesuai. Proses tersebut juga merangkumi penambahan komponen seperti pengawet, pelarut, adjuvant dan agen penstabil.

Di peringkat akhir proses, vaksin akan diisi ke dalam botol atau picagari kemudian dibungkus dan dihantar ke fasiliti kesihatan.

Vaksin ini boleh berfungsi di mana tubuh kanak-kanak ini menghasilkan sel dan antibodi secara semulajadi bagi melindungi daripada jangkita virus dan bakteria. Namun begitu, mekanisma pertahanan ini turut boleh dirangsang dengan suntikan vaksin.

Antigen vaksin ini bertindak merangsang sistem daya lawan jangkitan bagi menghasilkan antibodi yang khusus terhadap penyakit tertentu.

Stories Rakan Kongsi
Apa Bintik-Bintik Di Badan Itu? Ini Simptom Cacar Air Yang Sering Disalah Baca Oleh Ibu Bapa
Apa Bintik-Bintik Di Badan Itu? Ini Simptom Cacar Air Yang Sering Disalah Baca Oleh Ibu Bapa
Why Is Childhood Immunisation Important?
Why Is Childhood Immunisation Important?
Preparing for a Newborn? Don’t Forget to Shop For These 3 Items
Preparing for a Newborn? Don’t Forget to Shop For These 3 Items
6 Sikap Ibu Yang Mengganggu Perkembangan Nutrisi Si Manja, Jangan Terlalu Tegas!
6 Sikap Ibu Yang Mengganggu Perkembangan Nutrisi Si Manja, Jangan Terlalu Tegas!

Sekaligus, ia menguatkan imuniti melalui rangsangan kepada sel pertahanan supaya mengenali virus atau bakteria tertentu bagi melawannya pada masa hadapan.

Kesan maksimum vaksin ini bermula selepas dos terakhir mengikut jadual imunisasi yang ditetapkan.

Semoga bermanfaat. 

AMARAN, Ibu Bapa Yang Tidak Vaksin Anak Bakal Dikenakan Denda RM20,000

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Sumber: Vitdaily, My health 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga

https://my.theasianparent.compenyakit-polio?fbclid=IwAR311Cx47upkWwdbHJeQVLLq2LeIZBCvt6u27beCAs3Dym617AuGPu2FmeU

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nurul Halifah

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • AMARAN, Ibu Bapa Yang Tidak Vaksin Anak Bakal Dikenakan Denda RM20,000
Kongsikan:
  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham