Salah satu persoalan yang kerap kali ditanya oleh ibu bapa baru, apakah cara gendong bayi baru lahir yang selamat? Bolehkah penggendong bayi dipakai seawal usia si manja baru beberapa hari?
Untuk pengetahuan ibu ayah, penggunaan penggendong bayi atau baby carrier sebenarnya merupakan salah satu kaedah mendukung bayi yang mudah. Ibu atau ayah bukan saja lebih bebas bergerak, malah bayi juga berada dalam keadaan selesa macam kena peluk selalu!
Tambahan lagi, bayi sentiasa memerlukan perhatian ibu terutamanya apabila berada di rumah. Ini menyebabkan para ibu mula berfikir, macam mana ya beri si manja rasa selamat sambil melakukan urusan di rumah dengan mudah?
Baby Carrier Yang Sesuai Untuk Menggendong Bayi Baru Lahir
Salah satu jenis baby carrier yang sesuai digunakan untuk bayi baru lahir adalah wrap. Walau bagaimanapun, ada yang berpendapat pemakaian wrap agak mengambil masa dan sedikit melecehkan.
Berbanding soft structured carrier atau SSC, wrap lebih lembut dan mudah dibentuk, jadi ia lebih sesuai untuk tubuh bayi baru lahir yang masih lembut.
Embrace – Baby Carrier Gabungan Meh Tai dan Soft-Structured Carrier
Ergobaby merupakan pengeluar penggendong bayi atau baby carrier terkemuka di dunia yang dijamin keselamatannya, malah saya juga telah menggunakan baby carrier jenama Ergobaby sejak 5 tahun yang lalu untuk 2 orang cahaya mata saya.
Ergobaby dikenali dengan beberapa rangkaian baby carrier SSC dengan kualiti yang terjamin keselamatannya.
Baru-baru ini, theAsianparent diberi berpeluang mencuba rangkaian baby carrier terbaru dari Ergobaby, Embrace, yang sesuai untuk dipakai untuk bayi dengan berat 3.2kg sehingga 11.3kg.
Kalau ibu ayah nak tahu, Embrace merupakan gabungan Mei Tai dan SSC dimana ia diperbuat dari kain bersatu berkualiti tinggi dengan strap yang boleh dikemaskan mengikut keselesaan ibu dan bayi sama seperti soft structured carrier keluaran Ergobaby.
Namun dengan penggunaan Embrace, ibu tak perlu renyah lagi mengendalikan wrap sampai kain meleret ke lantai, malah ia masih ergonomik tanpa perlu meletakkan baby insert pun!
Memandangkan si manja saya masih dalam lingkungan berat yang disarankan, saya telah mencuba Embrace sambil melakukan urusan di rumah. Biasalah, kalau kerja di rumah mesti ada saja benda tak sempat siap sebab kena uruskan anak-anak.
Tetapi dengan Embrace, anak pun diam saja sebab sentiasa dekat dengan ibu. Kalau nak tahu, produk ini lebih kurang sahaja dengan SSC biasa, cuma ia lebih lembut dan sesuai untuk bayi yang tidak terlalu berat, dan tali di belakang tubuh disilangkan untuk mengukuhkan lagi cara pemakaian.
Kelebihan Embrace Carrier dari Ergobaby
Jika anda pernah membuat survey berkaitan alat penggendong bayi, mesti anda tahu yang tidak banyak penggendong bayi atau baby carrier yang boleh digunakan seawal usia bayi baru lahir.
Akan tetapi, Embrace memang sesuai dipakai untuk kegunaan untuk sesi bonding ibu dan si manja di rumah dan selesa untuk keluar sekejap untuk melakukan urusan.
Nak tahu apa lagi keistimewaan Ergobaby Embrace? Jom tengok beberapa lagi kelebihannya seperti di bawah:
- Ergonomik untuk bayi setiap umur.
- Mudah dipakai.
- Tekstur yang lembut.
- Mendekatkan bayi dengan ibu sepanjang masa.
- Menyokong leher bayi.
- Tali strap yang boleh dikembangkan mengikut keselesaan pemakai.
- Tali pinggang yang boleh diselaraskan.
- Tulang belakang bayi sentiasa dalam bentuk V-shape seperti yang disarankan untuk bayi baru lahir.
- Kedudukan bayi kekal M-shape, jadi pinggul bayi dalam keadaan terjamin.
- Juga sesuai untuk ibu yang berketinggian rendah yang menghadapi masalah mencari baby carrier yang sesuai.
Jadi jika ibu mencari penggendong bayi untuk memudahkan anda melakukan urusan khususnya di dalam rumah, Embrace memang bagus untuk digunakan. Tambahan lagi kalau si manja anda memang suka didukung kebanyakkan masa jadi tak adalah ibu susah hati lagi.
Ada 2 cara untuk meletakkan bayi menggunakan Embrace, salah satu cara yang biasa digunakan adalah ‘inward facing’. Bagi bayi yang mempunyai kawalan leher yang lebih kuat boleh diletakkan secara ‘forward facing’ atau menghadap ke hadapan mengikut keselesaan pemakai.
Untuk tutorial cara pemakaian Embrace yang betul, rujuk video di sini.
Oh ya, sebilangan pengguna mendapati bayi yang lebih kecil boleh duduk dalam penggendong ini dengan lebih selesa berbanding bayi yang lebih berat. Jadi pastikan si manja dalam anggaran berat yang sesuai dahulu!
Jadi bagi menjawab persoalan cara gendong bayi baru lahir yang terbaik, parents bolehlah dapatkan Embrace Carrier ya! Selain merupakan pilihan bagus untuk baby carrier, pembelian Embrace juga menawarkan waranti selama 10 tahun yang amat berbaloi!
Tetapi kalau ibu ayah lebih gemarkan menggendong bayi dengan cara ‘back carry’ atau dari sisi (side carry), Ergobaby menawarkan pilihan Ergobaby Omni 360 yang lebih sesuai untuk anda.
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!