X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Drypers
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beli-Belah

Waspada Jenayah Seks Kanak-Kanak Media Sosial, Jangan Post Gambar Anak Sesuka Hati!

4 min bacaan
Waspada Jenayah Seks Kanak-Kanak Media Sosial, Jangan Post Gambar Anak Sesuka Hati!Waspada Jenayah Seks Kanak-Kanak Media Sosial, Jangan Post Gambar Anak Sesuka Hati!

Jenayah pedofilia atau pelaku seks kanak-kanak boleh dikurangkan jika ibu bapa mengambil langkah berjaga-jaga sebelum memuatnaik foto anak di media sosial.

Sejak kebelakangan ini, muncul semula kegusaran mengenai jenayah pedofilia yang pernah berlaku di negara kita. Pedofilia merupakan individu yang terangsang secara seksual pada kanak-kanak dan adalah sejenis penyakit mental yang boleh membawa kepada pelakuan jenayah seks kanak-kanak!

Tambahan lagi, Malaysia mempunyai beberapa sejarah kes jenayah pedofilia yang penjenayahnya masih belum ditangkap!

Pedofilia: Jenayah Seks Kanak-Kanak

Terbaru, wujud kebimbangan dalam kalangan masyarakat apabila Nur Fitri yang didapati bersalah membabitkan jenayah pedofilia di London kini mengikuti program pasca siswazah doktor falsafah di UKM.

Nur Fitri yang melanjutkan pelajaran di Imperial College, United Kingdom pernah dijatuhi hukuman penjara oleh Mahkamah Southwark Crown, London setelah mengaku bersalah atas 17 pertuduhan memiliki bahan pornografi kanak-kanak dengan niat untuk mengedarkannya pada Mei 2015.

Dia didapati bersalah memiliki ribuan video dan gambar lucah pornografi kanak-kanak, termasuk 601 imej ‘Kategori A’ yang menggambarkan hubungan seks dengan kanak-kanak bawah umur.

Pemangsa kanak-kanak biasanya menggunakan internet untuk mengedarkan pornografi,terutamanya imej kanak-kanak dalam posisi tertentu.

Lebih menakutkan, mereka kelihatan seperti individu yang sukakan budak-budak tetapi sebenarnya berpotensi untuk menarik perhatian mangsa yang masih kecil.

Bahaya Memuatnaik Foto Anak Di Media Sosial

bahaya pedofilia

sumber: whatmomslove

Pada zaman kini di mana media sosial diumpamakan sebagai satu kemestian, kebanyakkan ibu bapa menjadikan perkongsian perihal anak-anak sebagai salah satu cara mengasuh anak.

Setiap aktiviti anak dipaparkan secara jelas dari anak bangun tidur, mandi di kolam renang atau sekadar makan aiskrim sebenarnya boleh dimanipulasi dengan tarikan seksual oleh golongan pedofil ini.

Dianggarkan, ibu bapa berkongsi lebih daripada 1,500 gambar anak  dalam talian sebelum anak berusia 5 tahun. Hakikatnya, penggunaan hashtag yang kelihatan biasa merupakan salah satu jalan mudah untuk kanak-kanak menjadi sasaran si penggila seks kanak-kanak ini!

Foto-foto tersebut mungkin kelihatan  biasa dan comel bagi anda, namun terdapat sekumpulan pemangsa dalam talian yang bersembunyi di dalam dark web, menunggu anda untuk menyiarkan foto comel dari si manja anda menggunakan hashtag yang mudah seperti #anakmandi

Apa Yang Ibu Bapa Boleh Lakukan?

Mungkin ada di kalangan anda yang merasakan tidak salah untuk berkongi, apatah lagi apabila akaun media sosial anda adalah private, atau hanya terdiri dari sahabat terdekat. Pakar mengesyorkan ibu bapa bertanya kepada diri sendiri 4 soalan ini sebelum memuatnaik sebarang imej anak mereka dalam talian:

  1. Mengapa saya berkongsi foto ini?
  2. Adakah saya mahu orang lain berkongsi imej saya sebegini di media sosial?
  3. Adakah saya mahu imej kanak-kanak ini dilihat dan dimuat turun oleh pemangsa di dark web?
  4. Adakah ini yang saya mahu menjadi sebahagian daripada kehidupan digital kanak-kanak saya?

Buat ibu bapa, beringatlah yang walaupun si manja adalah anak-anak anda, namun mereka juga mempunyai kehidupan sendiri yang anda tidak boleh sebarkan secara sesuka hati.

Berpada-padalah dalam berkongsi apa jua perkara berkaitan anak kerana ia mungkin boleh jadi sumber info yang mudah bagi pemangsa.

trauma kanak-kanak

Hanya kerana anda mengenali seseorang itu secara peribadi, itu tidak bermakna mereka bukan pemangsa kanak-kanak atau seorang pedofil.

Ini kerana ada beberapa kes di mana pegawai polis, ahli pediatrik, dan ahli-ahli komuniti lain yang dihormati telah ditangkap kerana memiliki pornografi kanak-kanak.

Sebaiknya anda berhati-hati dengan semua orang, dan elakkan terlalu menonjolkan anak di platform media sosial. Semoga anak-anak kita dilindungi dari perkara sebegini.

Tidak kira anak kecil baik bayi atau kanak-kanak, setiap perbuatan mereka yang anda anggap comel dan lucu mungkin memberi pandangan berbeza di mata si pedofilia. Hati-hati ibu ayah semua.

Semoga bermanfaat.

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Waspada Jenayah Seks Kanak-Kanak Media Sosial, Jangan Post Gambar Anak Sesuka Hati!

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus ke Facebook page kami.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Ibu Hamil, Hati-Hati Dengan Preggophilia, Jangan Tunjuk Gambar Baby Bump

Stories Rakan Kongsi
Champs & NASOM Bekerjasama Untuk Meningkatkan Kesedaran Tentang Autisme
Champs & NASOM Bekerjasama Untuk Meningkatkan Kesedaran Tentang Autisme
Ini Rupanya Cara Untuk Ajar & Latih Anak-Anak Makan Secara Sihat, Mudah Sahaja!
Ini Rupanya Cara Untuk Ajar & Latih Anak-Anak Makan Secara Sihat, Mudah Sahaja!
Vaksin Rotavirus, Langkah Berkesan Untuk Halang Kanak-kanak Maut Akibat Cirit-birit
Vaksin Rotavirus, Langkah Berkesan Untuk Halang Kanak-kanak Maut Akibat Cirit-birit
Kalendar 30 Hari, 30 Kebaikan: Aktiviti Menarik Untuk Anak Anda Ramadan Ini
Kalendar 30 Hari, 30 Kebaikan: Aktiviti Menarik Untuk Anak Anda Ramadan Ini

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Beto Rahman

  • halaman rumah
  • /
  • Keibubapaan
  • /
  • Waspada Jenayah Seks Kanak-Kanak Media Sosial, Jangan Post Gambar Anak Sesuka Hati!
Kongsikan:
  • Pengalaman si ibu berhadapan dengan pedofilia di Tesco. Ibu bapa, hati-hati!

    Pengalaman si ibu berhadapan dengan pedofilia di Tesco. Ibu bapa, hati-hati!

  • Malaysia Menubuhkan Mahkamah Khas Untuk Menangani Jenayah Seks Terhadap Kanak-Kanak

    Malaysia Menubuhkan Mahkamah Khas Untuk Menangani Jenayah Seks Terhadap Kanak-Kanak

  • "Pangku Bayi Di Riba Adalah Kesalahan Terbesar Aku..." Bayi Alami Pendarahan Otak Akibat Tak Diletakkan Di Car Seat

    "Pangku Bayi Di Riba Adalah Kesalahan Terbesar Aku..." Bayi Alami Pendarahan Otak Akibat Tak Diletakkan Di Car Seat

  • Sampainya Hati! Gara-Gara Lahir Berkulit Hitam, Ibu Bapa Bayi Ini Sanggup Membuangnya!

    Sampainya Hati! Gara-Gara Lahir Berkulit Hitam, Ibu Bapa Bayi Ini Sanggup Membuangnya!

app info
get app banner
  • Pengalaman si ibu berhadapan dengan pedofilia di Tesco. Ibu bapa, hati-hati!

    Pengalaman si ibu berhadapan dengan pedofilia di Tesco. Ibu bapa, hati-hati!

  • Malaysia Menubuhkan Mahkamah Khas Untuk Menangani Jenayah Seks Terhadap Kanak-Kanak

    Malaysia Menubuhkan Mahkamah Khas Untuk Menangani Jenayah Seks Terhadap Kanak-Kanak

  • "Pangku Bayi Di Riba Adalah Kesalahan Terbesar Aku..." Bayi Alami Pendarahan Otak Akibat Tak Diletakkan Di Car Seat

    "Pangku Bayi Di Riba Adalah Kesalahan Terbesar Aku..." Bayi Alami Pendarahan Otak Akibat Tak Diletakkan Di Car Seat

  • Sampainya Hati! Gara-Gara Lahir Berkulit Hitam, Ibu Bapa Bayi Ini Sanggup Membuangnya!

    Sampainya Hati! Gara-Gara Lahir Berkulit Hitam, Ibu Bapa Bayi Ini Sanggup Membuangnya!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2022. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.