X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Drypers
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beli-Belah

Wanita Mengandung 8 Bulan Dicabul Di Rumah, Ibu Hamil Awas Dengan Lelaki ‘preggophiles’

30 Sep, 2020
Wanita Mengandung 8 Bulan Dicabul Di Rumah, Ibu Hamil Awas Dengan Lelaki ‘preggophiles’Wanita Mengandung 8 Bulan Dicabul Di Rumah, Ibu Hamil Awas Dengan Lelaki ‘preggophiles’

Lelaki itu dikatakan menghampiri wanita hamil itu dengan senyap sebelum menutup mulut serta mencengkam pergelangan tangan wanita itu. 

Tidak hairanlah mengapa dunia ini dikatakan sangat menakutkan. Setiap hari ada saja kes yang mengejutkan, dan kes ibu hamil dicabul juga tidak terkecuali. Sudahlah emosi ibu mengandung memang bercelaru, didatangkan pula lelaki tidak berakhlak sebegini. 

Tergamaknya dicabul wanita yang tidak berdaya ini. Menurut laporan Berita Harian, wanita berusia 27 tahun didakwa dicabul di bahagian pinggul kirinya pada jam 8 pagi ketika sedang membuka pintu grill hadapan rumahnya yang terletak di Taman Pusing Utama, Batu Gajah. 

Menggosok tangan di pinggul wanita hamil

emosi ibu mengandung

Lelaki itu dikatakan menghampiri wanita hamil itu dengan senyap sebelum menutup mulut serta mencengkam pergelangan tangan wanita itu. 

Wanita itu ditolak masuk ke rumah sehingga terbaring mengiring, dan tanpa melengahkan masa lelaki berkenaan sempat meraba pinggul kiri mangsa dengan tangannya. 

Wanita hamil itu dikatakan merayu supaya dilepaskan dan lelaki itu melepaskan wanita tersebut selepas dia mengaskan yang dia sedang sarat mengandung. 

Sebelum lelaki itu beredar, dia sempat bertanya beberapa soalan berkaitan suami wanita itu dan dengan siapa dia tinggal di rumahnya itu, namun wanita itu kekal membisu. Sedih, memikirkan emosi ibu mengandung ini. 

Jiran sendiri dalangya

Lelaki itu kemudiannya beredar selepas jiran sebelah keluar. Hasil siasatan mendapati hanya sebuah rumah saja yang berpenghuni di kawasan rumah wanita itu. 

Menurut siasatan polis, lelaki itu dipercayai sudah lama mengekori wanita hamil berkenaan dan turut menyewa rumah di kawasan yang sama dengan wanita itu. 

emosi ibu mengandung

Wanita hamil itu telah dibawa ke Hospital Batu Gajah, dan hasil pemeriksaan mengesahkan kandungannya selamat walau bagaimanapun terdapat kesan lebam di bahagian pergelangan tangan.

Susulan itu, suspek berusia 34 tahun yang sudah berkahwin ditahan pada 4.40 petang di Batu Gajah, semalam.

Semakan mendapati lelaki itu tidak mempunyai rekod kesalahan lampau dan dia direman tiga hari sehingga Khamis ini.

Apakah itu ‘preggophiles’?

‘Preggophiles’ merupakan terma untuk lelaki yang  terangsang dengan wanita hamil. Mereka akan terangsang dengan perut wanita hamil yang dipanggil ‘baby bump’. Bagi mereka ‘baby bump’ dan susuk tubuh yang dirasakan seksi.

Lebih menakutkan, kajian analitik menunjukkan carian mengenai kandungan video lucah berkaitan ibu hamil telah meningkat sebanyak 20% sejak tahun 2014. Ini menjadi mimpi ngeri buat semua ibu hamil di luar sana. 

Di Amerika, carian pornografi yang melibatkan wanita hamil juga dikatakan cukup popular. Malah di lama sosial Reddit juga terdapat banyak kiriman gambar lucah wanita hamil yang dikongsi. Mereka juga membincangkan perihal nafsu pelik mereka ini tanpa segan silu. 

Inilah sebab ibu hamil perlu lebih berjaga-jaga apabila berkongsi gambar hamil. Lebih-lebih lagi yang membuat penggambaran sebelum bersalin tanpa seurat benang. Tolonglah elakkan jika tak mahu gambar anda menjadi mangsa rakusan kelompok ‘Preggophiles’ ini. 

emosi ibu mengandung

Punca lelaki terangsang dengan wanita hamil

Menurut pakar terapi seks di Amerika, Michael Aaron, nafsu pelik yang dialami lelaki ini mungkin berpunca daripad proses turun temurun. 

Ada kemungkinan ia berkaitan dengan pengalaman yang dialami lelaki itu sejak dari kecil lagi. Ada sesuatu yang membuat dia berasa teruja dan ghairah dengan wanita hamil.

Ia juga mungkin disebabkan hormon testosteron yang berlebihan dalam badan. Hormon ini dapat mempengaruhi fikiran kelompok lelaki ini untuk berfikir wanita hamil lebih cantik dan seksi berbanding wanita biasa. Menakutkan bukan?

Stories Rakan Kongsi
Cara Memupuk Pengetahuan Anak Tentang Wang
Cara Memupuk Pengetahuan Anak Tentang Wang
Tips Untuk Membesarkan Anak Dengan Sihat & Ceria, Ibu Ayah Wajib Ambil Tahu 5 Perkara Ini
Tips Untuk Membesarkan Anak Dengan Sihat & Ceria, Ibu Ayah Wajib Ambil Tahu 5 Perkara Ini
Mums, are you encouraging your little ones to be creative?
Mums, are you encouraging your little ones to be creative?
4 Kesilapan Ibu-ibu Mesti Elak Supaya Kanak-kanak Tidak Terbantut
4 Kesilapan Ibu-ibu Mesti Elak Supaya Kanak-kanak Tidak Terbantut

Apa-apa pun, wanita hamil atau tidak anda sememangnya perlu berhati-hati dalam apa pun yang anda lakukan. Sesungguhnya dunia ini bukanlah terdiri daripada orang-orang yang normal sahaja. Orang mental yang mempunyai keinginan aneh dan pelik ini ada di mana-mana sahaja. Jadi hati-hati bila berkongsi sesuatu di lama sosial, dan kalau boleh sentiasalah berteman tidak kira ke mana saja. Dalam masa yang sama jangan terlalu memikirkan, emosi ibu mengandung tidak menentu jadi relaks dan sentiasa doa pada Allah untuk dilindungi sepanjang kehamilan. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Sumber: Go Ubat, Berita Harian

Baca juga: 

https://my.theasianparent.comgambar-perut-hamil

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Izzati Saadin

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Wanita Mengandung 8 Bulan Dicabul Di Rumah, Ibu Hamil Awas Dengan Lelaki ‘preggophiles’
Kongsikan:
  • Pengalaman Bersalin Ketika Pandemik, Ini Yang Bakal-Bakal Ibu Perlu Tahu!

    Pengalaman Bersalin Ketika Pandemik, Ini Yang Bakal-Bakal Ibu Perlu Tahu!

  • Mengapa kehamilan buat wanita lebih bernafsu atau kadang-kadang tak bernafsu langsung?

    Mengapa kehamilan buat wanita lebih bernafsu atau kadang-kadang tak bernafsu langsung?

  • Bagaikan Tidak Percaya, Wanita 25 Tahun Ini BERJAYA Melahirkan Bayi Kembar Sembilan

    Bagaikan Tidak Percaya, Wanita 25 Tahun Ini BERJAYA Melahirkan Bayi Kembar Sembilan

  • Remaja Ini Langsung Tak Gentar Sambut Kelahiran Bayi Dari Rahim Ibunya Sendiri!

    Remaja Ini Langsung Tak Gentar Sambut Kelahiran Bayi Dari Rahim Ibunya Sendiri!

app info
get app banner
  • Pengalaman Bersalin Ketika Pandemik, Ini Yang Bakal-Bakal Ibu Perlu Tahu!

    Pengalaman Bersalin Ketika Pandemik, Ini Yang Bakal-Bakal Ibu Perlu Tahu!

  • Mengapa kehamilan buat wanita lebih bernafsu atau kadang-kadang tak bernafsu langsung?

    Mengapa kehamilan buat wanita lebih bernafsu atau kadang-kadang tak bernafsu langsung?

  • Bagaikan Tidak Percaya, Wanita 25 Tahun Ini BERJAYA Melahirkan Bayi Kembar Sembilan

    Bagaikan Tidak Percaya, Wanita 25 Tahun Ini BERJAYA Melahirkan Bayi Kembar Sembilan

  • Remaja Ini Langsung Tak Gentar Sambut Kelahiran Bayi Dari Rahim Ibunya Sendiri!

    Remaja Ini Langsung Tak Gentar Sambut Kelahiran Bayi Dari Rahim Ibunya Sendiri!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2022. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.