TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Elfira Loy Mengidam Lari & Lompat Kolam Renang Pakai Heels, Netizen Luah Rasa Gerun

11 Mar, 2022
Elfira Loy Mengidam Lari & Lompat Kolam Renang Pakai Heels, Netizen Luah Rasa Gerun

Mengidam lompat di kolam renang dengan berlari sambil memakai kasut bertumit ketika mengandung oleh Elfira Loy membuatkan ramai berasa gerun

Sudah tidak asing lagi cerita-cerita tentang para ibu yang mengidamkan perkara yang pelik-pelik. Suatu ketika dahulu, pernah tular cerita bahawa ibu hamil mengidam hendak naik UFO. Kini, tular pula cerita selebriti tempatan, Elifra Loy yang mengidam lompat di kolam renang.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Elfira tampil beri penjelasan mengidam lompat, tidak layan kecaman
  • Rahim wanita sebenarnya lebih kuat dari yang dijangka
  • Elak lakukan perkara-perkara ini ketika mengandung supaya tidak membahayakan ibu dan bayi

Dalam video yang menular itu, Elfira kelihatan melompat dari landasan kolam ke landasan bersebelahan. Pada ketika itu juga, pelakon wanita ini telah memakai kasut tumit tinggi yang kiranya berukuran 5 inci!

Mengidam lompat

Elfira tampil beri penjelasan mengidam lompat, tidak layan kecaman

Sudah tentulah video tersebut akan mengundang kebimbangan netizen, dan juga kecaman. Ramai yang menganggap bahawa tindakan Elfira tersebut terlalu bahaya bagi seorang ibu yang sarat hamil, lagi-lagi dengan memakai kasut tumit tinggi. Ya lah, malang tidak berbau!

Melalui landasan Instastories, Elfira telah memuat naik penjelasannya atas sebab dia berasa teringin untuk lompat di kolam renang tersebut.

“Masa I nak lompat ni, I memang fikir semalaman nak buat ke tak. Pastu I tengok macam dekat je. So, untuk bekas athlete lompat jauh ni, I rasa ini macam kacang.”

Walaupun begitu, wanita itu mengaku dia masih juga berasa gerun. Namun, dia masih mahu teruskan lompatan tersebut.

Jelasnya lagi bahawa rasa kehendaknya itu seumpama seorang ibu hamil yang mengidam hendak memakan sabun. Elfira teruskan juga lompatan itu oleh sebab dia memang sudah lama teringin hendak mencubanya.

Elfira tidak sarankan mereka yang tidak berani untuk mencubanya.

Ada juga netizen yang mengecam Elfira kerana memakai kasut tumit tinggi ketika sarat hamil, namun Elfira lantas menepis kecaman tersebut dengan menjelaskan tentang pilihannya hendak berkasut tumit tinggi.

“I banyak tersadung apabila memakai flats dan kasut sukan berbanding memakai kasut tumit tinggi. Sebab itulah I boleh berlari dengan memakai kasut tumit tinggi dan bukannya dengan memakai sandal. Kawan-kawan I semua tahu. Jadi, kasut tumit tinggi ini umpama flats sahaja bagi I. Kita dilahirkan lain-lain.”

Menerusi gambar lain yang dimuatnaik di Instastories beliau, Elfira mengaku sudah tidak terkesan lagi dengan kecaman netizen. Namun begitu, tindakan Elfira untuk memakai kasut tumit tinggi dan mengidam lompat jarak jauh dari landasan kolam ke landasan sebelahnya masih mengundang kerisauan.

Rahim wanita sebenarnya lebih kuat dari yang dijangka

Tahukah anda bahawa rahim wanita sebenarnya lebih kuat dari yang dijangka. Dalam anatomi seorang wanita, rahim adalah otot yang paling kuat di dalam badan seorang wanita. 

Ini kerana rahim anda diperbuat dari fiber-fiber otot yang menegak dan mendatar yang kemudian terjalin antara satu sama lain yang membolehkan seorang ibu melahirkan seorang manusia dari situ!

Elfira Loy Mengidam Lari & Lompat Kolam Renang Pakai Heels, Netizen Luah Rasa Gerun

Tekanan dan kuasa yang digunakan oleh rahim semasa bersalin adalah daya yang paling kuat yang dikenakan oleh mana-mana otot dalam badan anda.

Sungguhpun otot-otot di rahim anda menjadikan ia organ paling kuat dalam badan anda, masih ada beberapa perkara yang perlu anda elak lakukan ketika hamil untuk memastikan keselamatan kandungan anda.

Elak lakukan perkara-perkara ini ketika mengandung supaya tidak membahayakan ibu dan bayi

  • Bersukan ekstrem. Ibu hamil tidak disarankan melakukan aktiviti-aktiviti bersukan, terutamanya sukan ekstrem dan sukan yang melibatkan perhubungan seperti bola sepak, ragbi dan sebagainya.

Mengidam lompat

  • Aktiviti yang berisiko untuk ibu jatuh. Setiap aktiviti yang boleh membawa risiko untuk si ibu jatuh sepatutnya dijauhi. Contohnya ski, rock climbing dan banyak lagi.
  • Membersihkan bekas pasir. Jika anda mempunyai kucing, elakkanlah membersihkan bekas pasir kucing anda demi mengelak dari risiko toksoplasmosis. Kesannya bukanlah pada ibu tersebut, tetapi kepada janin yang berada dalam kandungan ibu.

Oleh itu, ibu-ibu hamil perlu mengambil berat tentang keselamatan diri serta kandungan supaya tidak akan menyesal di kemudian hari.

 The Daisy Foundation, Murai, Medical News Today

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Awas Ibu Hamil, Ini 3 Jenis Keputihan Semasa Hamil Yang Tidak Normal Dan BERBAHAYA Untuk Janin!

Baca juga: Jangan Ambil Mudah, 11 Masalah Ketika Mengandung Ini Membahayakan Ibu & Bayi

Baca juga: Air Ketuban Kering Ketika Mengandung 21 Minggu, Ibu Pasrah Bayi Tak Boleh ‘Survive’

Stories Rakan Kongsi
Kalendar 30 Hari, 30 Kebaikan: Aktiviti Menarik Untuk Anak Anda Ramadan Ini
Kalendar 30 Hari, 30 Kebaikan: Aktiviti Menarik Untuk Anak Anda Ramadan Ini
Senarai Jenis Najis Bayi, Awas Jika Najis Anak Anda Berwarna & Tekstur Ini
Senarai Jenis Najis Bayi, Awas Jika Najis Anak Anda Berwarna & Tekstur Ini
Starting Your Child on Solids: Is Organic Baby Food Better?
Starting Your Child on Solids: Is Organic Baby Food Better?
Anda Perlu Berjaga-jaga Terhadap Penyakit Ini! Doktor Ini Berkongsi Pengalamannya Dengan Rotavirus
Anda Perlu Berjaga-jaga Terhadap Penyakit Ini! Doktor Ini Berkongsi Pengalamannya Dengan Rotavirus

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nurul Shafirra

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Elfira Loy Mengidam Lari & Lompat Kolam Renang Pakai Heels, Netizen Luah Rasa Gerun
Kongsikan:
  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham