TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Awas Risiko Lemas Di Kolam Renang! Kanak-Kanak Ini Lemas Hanya Kerana Terjatuh

29 Dec, 2018
Awas Risiko Lemas Di Kolam Renang! Kanak-Kanak Ini Lemas Hanya Kerana Terjatuh

Jangan leka ketika anak sedang mandi di kolam mandi!

Bermain dan mandi di kolam mandi sememangnya menyeronoknya bagi anak-anak. Tapi harus diingat, ketika bermain di kolam mandi, anak-anak harus berada dalam pengawasan orang dewasa.

Ambil pengajaran dari kes kanak-kanak yang baru berusia 12 tahun ini mati lemas ketika berada di kolam mandi!

Kanak-Kanak Lemas Di Kolam Mandi Ketika Bermain Bersama Rakan-Rakan 

lemas di kolam mandi, lemas, mati lemas, kolam mandi, jatuh lemas

Sepasang kembar berusia 12 tahun tengah seronok bermain dengan rakan-rakannya berdekatan kolam mandi di apartment Waterfront Gold, Bedok Reservoir, Singapura. 

Namun, tragedi buruk menimpa apabila si abang hilang keseimbangan dan terjatuh di dalam bahagian kolam yang paling dalam. Kanak-kanak tersebut serta-merta tidak sedarkan diri!

Pada Isnin lalu, jam 2.30 petang, pihak polis menerima laporan mengenai kejadian lalu mangsa dihantar segera ke Hospital Changi.

Menurut Straits Times, pasangan kembar itu sebenarnya ingin mengunjungi rumah datuk mereka. Namun datuk mereka tiada di kawasan kejadian untuk mengawasinya.

Laporan Lianhe Zaobao mengatakan mangsa mengalami pendarahan di kawasan tubuhnya. Sehingga kini siasatan masih dijalankan, dan kes ini dilaporkan sebagai kes kematian mengejut.

Kejadian Kanak-Kanak Lemas Di Kolam Mandi Apartment Sering Berlaku

kolam renang, kolam, lemas, anak lemas, kanak-kanak lemas, bahaya kolam renang

Sumber: Freepik

Kejadian kanak-kanak lemas di kolam mandi apartment merupakan satu isu yang merisaukan. Laporan KK Women’s and Children’s Hospital pada tahun 2016 mengesahkan setiap tahun, semakin ramai kanak-kanak yang lemas di kolam renang.

Dalam tempoh 5 tahun (2011-2016), 104 kejadian kanak-kanak hampir lemas, dan 10 kes mati lemas. Data ini meningkat dalam tempoh 5 tahun yang sebelumnya di mana hanya 5 kejadian hampir lemas dan 12 kes mati lemas.

Laporan terbaru pula mengesahkan sebahagian besar kes sedemikian melibat kanak-kanak berusia 1 hingga 6 tahun, dan hampir keseluruhan berlaku di kolam renang peribadi!

Tips Mengelak Kejadian Lemas Di Kolam Mandi

Memandangkan kejadian lemas semakin kerap terjadi, adalah lebih baik untuk kita sentiasa bersedia untuk mencegah ia dari berlaku. Ini antara tips yang patut diamalkan: 

  • Berenang dengan pengawasan orang dewasa

Orang dewasa haruslah sentiasa peka dengan kanak-kanak terutamanya di kawasan yang tinggi risiko seperti kolam mandi. Jangan ambil ringan walaupun kanak-kanak tersebut pandai berenang!

  • Jangan berenang atau bermain di tepi kolam tanpa pelampung

Khususnya untuk kanak-kanak yang tidak tahu berenang, pemakaian pelampung haruslah dititikberatkan. 

  • Ajar kanak-kanak cara untuk menghadapi keadaan sekiranya mereka jatuh kolam

Sebaiknya ajar anak-anak untuk tidak panik di dalam air, belajar tahan nafas sekiranya berlaku kejadian tidak diingini.

Ketahui Cara-Cara Mengendalikan CPR Terhadap Mangsa Lemas

lemas di kolam mandi, lemas, mati lemas, kolam mandi, jatuh lemas

Jika anda mempunyai pengetahuan mengenai CPR (cardiopulmonary resuscitation) dan cara melakukannya, gunakan kelebihan anda untuk membantu orang yang memerlukan!

Jangan sekali-kali tidak yakin untuk bertindak kerana ia melibatkan nyawa! Jika anda masih tidak tahu bagaimana ingin melakukan CPR, ini cara-caranya:

  1. Letakkan tapak tangan di dada individu yang memerlukan bantuan pernafasan. Tekan ke arah bawah sekitar 5-6cm dengan kelajuan beritma 120 tekanan per minit.
  2. Lakukan bantuan pernafasan mulut ke mulut setiap kali tekanan ke dada mencapai 30 kali.
  3. Sengetkan ke tepi posisi kepala individu tersebut dengan perlahan, angkat dagunya, tutup hidungnya dan berikan bantuan pernafasan mulut ke mulut dengan menghembus secara kuat.
  4. Lakukan setiap 30 kali tekanan di dada sehingga mangsa sedar atau sehingga bantuan profesional sampai.

Diharap ibu bapa dapat mengambil lebih langkah berjaga-jaga dan lebih peka terhadap keselamatan anak-anak di kolam renang. Semoga tips yang diberi memberi manfaat.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Artikel ini asalnya ditulis oleh Tiara Iraqhia dan mendapat keizinan theAsianparent Indonesia untuk diterjemah. 

Baca juga: 

Ibu Leka Main Telefon Ketika Di Spa Bayi, Anaknya Hampir Hilang Nyawa Akibat Lemas

Stories Rakan Kongsi
Everything You Need To Know About Immunisation For Your Child In Malaysia
Everything You Need To Know About Immunisation For Your Child In Malaysia
Is Your Child Your Copycat?
Is Your Child Your Copycat?
Have You Heard Of This Contagious Disease That Affects Many Children?
Have You Heard Of This Contagious Disease That Affects Many Children?
Here’s How To Facilitate Good Money Habits In Your Teen
Here’s How To Facilitate Good Money Habits In Your Teen

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Beto Rahman

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Awas Risiko Lemas Di Kolam Renang! Kanak-Kanak Ini Lemas Hanya Kerana Terjatuh
Kongsikan:
  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham