X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Ibu Leka Main Telefon Ketika Di Spa Bayi, Anaknya Hampir Hilang Nyawa Akibat Lemas

4 min bacaan
Ibu Leka Main Telefon Ketika Di Spa Bayi, Anaknya Hampir Hilang Nyawa Akibat Lemas

Spa untuk bayi sering menjadi pilihan para ibu pada masa kini untuk perawatan tubuh si manja dan menjadikannya gembira ketika bermain air

Spa untuk bayi menyediakan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan buat si manja anda. Ia adalah perawatan menggabungkan kegiatan spa dan urutan badan. Pada sesi pertama, bayi akan dipakaikan pelampung leher dan berendam di dalam air.

Sesi seterusnya pula pakar terapi akan melakukan urutan tubuh badan si manja untuk beberapa minit. Menurut kajian yang dijalankan oleh Jurnal Midwife, spa untuk bayi dapat membantu tidur lebih lena dalam tempoh yang lama.

Spa untuk bayi boleh mendatangkan risiko bahaya

spa bayi bahaya

credit to sources

Spa untuk bayi menjadi trend dan pilihan para ibu masa kini untuk membantu bayi lebih santai serta melatih keseimbangan badan si manja.

Walau bagaimanapun, apa yang dilalui oleh wanita ini adalah di sebaliknya. Difahamkan dia membawa bayi berusia satu tahun, Xiao Ai bagi meraikan sambutan hari lahir anaknya.

Ibu Xiao Ai membawanya ke spa bayi di salah sebuat pusat rekreasi di Fuzhou, China. Selepas anak kecilnya dipakaikan pelampung leher, dia diletakkan ke dalam kolam sebesar 10 meter persegi. 

Namun ibunya berasa was-was ketika memakaikan pelampung leher pada anaknya kerana saiz yang kelihatan terlalu longgar. Kemudian dia membuka dan meletakkan anaknya ke atas pelampung bulat.

Bayi lemas hanya dalam masa beberapa saat

Kejadian ini berlaku ketika pekerja spa bayi telah pergi dari kolam bagi menguruskan barang jualan di bahagian hadapan kedai. 

Lebih menyedihkan, rakaman CCTV menunjukkan ibu Xiao Ai leka membalas mesej di telefonnya ketika Xiao Ai tergelincir jatuh dari pelampung tersebut.

Tiada ada siapa yang perasan apa yang terjadi, Xiao Ai lemas lebih kurang satu minit di dalam air sebelum dia diselamatkan!

Pekerja spa untuk bayi dan ibu ini cuba untuk membuat bantuan kecemasan sebelum menghantar anak ini ke hospital.

Ketika di hospital, Dr. Lin Shuyin mendapati anak kecil ini sudah tidak bermaya dan tiada degupan jantung. Bagi menyelamatkan nyawa, Xiao Ai diberikan suntikan adrenalin dan mula bernafas semula selepas diberikan CPR selama 20 minit.

Hanya beberapa saat saja Xiao Ai hampir masuk ke dalam senarai bayi lemas dalam kolam setiap tahun disebabkan oleh kecuaian. Walaupun keadaannya sekarang stabil, dia masih meneruskan rawatan di ICU. 

Pengurusan spa bayi telah berjanji untuk membayar sebahagian daripada kos rawatan kanak-kanak ini.

Penggunaan pelampung leher pada bayi

pelampung bayi

credit to sources

Kita boleh lihat yang ibu bapa sekarang suka menghantar bayi mereka ke spa bayi. Tapi, ibu ayah perlu sedar yang pelampung bukan alat keselamatan.

Salah satu sebab mengapa ramai bayi lemas dalam kolam adalah disebabkan oleh perkara ini. Jika si manja anda tidak boleh berenang, mereka berisiko lemas jika pelampung rosak atau digunakan dengan cara yang salah.

Ibu bapa dan penjaga perlu sentiasa memerhatikan anak mereka apabila menggunakan sebarang jenis pelampung. Kanak-kanak yang sedang membesar mempunyai kemahiran motor yang terhad.

Walaupun spa bayi nampak menyeronokkan, ia masih satu aktiviti yang berisiko. Tumpuan ibu bapa mudah terganggu semasa menunggu anak-anak berenang di dalam kolam.

Bahaya spa untuk bayi, boleh jadi punca kepada alahan

Setiap aktiviti melibatkan bayi bawah usia 2 tahun boleh mendatangkan risiko bahaya sekiranya ibu ayah bertindak sambil lewa atau lalai dalam memantau pergerakan si manja.

Bukan itu sahaja, bayi juga berisiko mengalami alahan seperti:

#1. Ekzema

bahaya spa untuk bayi

Salah satu alahan kulit yang boleh berlaku selepas mengunjungi spa untuk bayi ialah ekzema. Gangguan ini menyebabkan benjolah merah kecil yang kelihatan kulit kering serta bersisik. Pencetus masalah ini adalah panas,, mungkin berlaku ketika anak berenang dalam suhu air yang tinggi.

#2. Dermatitis

Mengunjungi spa bayi turut menyebabkan dermatitis kontak. Ini berlaku kerana sentuhan dengan pencetus alahan semasa mandi atau sesi urutan. Si manja anda akan mengalami beberapa simptom seperti ruam, kegatalan teruk hingga menyebabkan kulit kering atau bersisik.

Justeru, ibu perlu memastikan spa bayi yang anda ingin kunjungi mematuhi standard kebersihan dan jenis minyak yang digunakan semasa mengurut adalah selamat untuk si manja anda.

Stories Rakan Kongsi
Tanya Pakar: Bagaimana Untuk Memilih Sabun Pencuci Tangan untuk Anak-Anak dan Amalan Mencuci Tangan Yang Betul
Tanya Pakar: Bagaimana Untuk Memilih Sabun Pencuci Tangan untuk Anak-Anak dan Amalan Mencuci Tangan Yang Betul
Keselamatan & Kesihatan Anak Memang Sama Penting, Ini Caranya Untuk Tingkatkan Keselamatan & Kesihatan Anak Sepanjang Duduk Di Rumah
Keselamatan & Kesihatan Anak Memang Sama Penting, Ini Caranya Untuk Tingkatkan Keselamatan & Kesihatan Anak Sepanjang Duduk Di Rumah
Membawa Pulang Bayi Dari Hospital Menggunakan Car Seat Untuk Newborn, Ini Caranya
Membawa Pulang Bayi Dari Hospital Menggunakan Car Seat Untuk Newborn, Ini Caranya
Beware of chemicals that can harm your children
Beware of chemicals that can harm your children

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Sumber asal ditulis oleh Rosanna Chio dan diterjemah dengan izin dari theAsianparent Singapore

Baca juga: Seorang Kanak-Kanak Hampir Mati Lemas Di Baby Spa

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Keselamatan anak
  • /
  • Ibu Leka Main Telefon Ketika Di Spa Bayi, Anaknya Hampir Hilang Nyawa Akibat Lemas
Kongsikan:
  • Spa Bayi Tengah Trending Dan Nampak Comel, Tapi Adakah Ia Selamat?

    Spa Bayi Tengah Trending Dan Nampak Comel, Tapi Adakah Ia Selamat?

  • Ibu menyesal bayinya mati lemas atas meja tukar lampin, apa yang berlaku?

    Ibu menyesal bayinya mati lemas atas meja tukar lampin, apa yang berlaku?

  • Give Health A Shot Campaign: Bridging the Awareness With Vaccine Preventable Disease Education for Families

    Give Health A Shot Campaign: Bridging the Awareness With Vaccine Preventable Disease Education for Families

  • Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

    Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

  • Spa Bayi Tengah Trending Dan Nampak Comel, Tapi Adakah Ia Selamat?

    Spa Bayi Tengah Trending Dan Nampak Comel, Tapi Adakah Ia Selamat?

  • Ibu menyesal bayinya mati lemas atas meja tukar lampin, apa yang berlaku?

    Ibu menyesal bayinya mati lemas atas meja tukar lampin, apa yang berlaku?

  • Give Health A Shot Campaign: Bridging the Awareness With Vaccine Preventable Disease Education for Families

    Give Health A Shot Campaign: Bridging the Awareness With Vaccine Preventable Disease Education for Families

  • Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

    Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.