Ibu, berhenti pakai tisu basah, ia punca UTAMA alergi anak makin teruk! - Kajian

Ibu, berhenti pakai tisu basah, ia punca UTAMA alergi anak makin teruk! - Kajian

Bukan hanya makanan saja penyumbang pada alergi tapi kain lap bayi seperti tisu basah juga antara faktor utama penyebab bayi terkena alahan ini

Anda tahu tak, alergi bayi pada makanan ada kena mengena dengan tisu basah? Seperti yang kita nampak, penggunaan tisu basah ini bukan hanya untuk lap punggung bayi dari kotoran tapi ia juga ada kegunaan lain yang kita tak perasan.

Tapi ada satu kajian menyatakan tisu basah dan alergi bayi pada makanan berkait rapat. Betul ke? 

Malah, bertahun lamanya, kenaikan jumlah alergi bayi pada makanan semakin membimbangkan.

Bagaimana alergi bayi pada makanan ini bermula dan apakah cara berkesan untuk merawat penyakit alahan ini?

Apakah kaitan alergi bayi pada makanan dan tisu basah? 
alergi bayi pada makanan, alahan bayi pada makanan, alergi, alahan anak, alahan kulit bayi, alahan makanan, alergi makanan, kesan alergi, anak alergi, makanan penyebab alergi teruk, alergi bayi, alergi pada kanak-kanak

Kredit: Livestrong.com

Seorang penyelidik dari Universiti Northwestern mendapati dalam kajiannya, dia sudah menemui penyebab alergi bayi pada makanan!

Dalam kajiannya itu, dia menggunakan bahan seperti habuk, genetik, makanan dan tisu basah atau kain lap bayi. 

Kita sedia maklum, ibu perlukan tisu basah atau kain lap bayi bagi pastikan anak bersih daripada sebarang kotoran. Tapi biasanya ibu tak nampak kesan negatif tisu basah ini pada bayi.

Dalam kajiannya itu, tisu basah dibuktikan adalah salah satu penyumbang terhadap alergi bayi pada makanan ini.

Terkejut tak anda bila kajian ini didedahkan? 

Kajian terhadap alergi bayi pada makanan, bagaimana ia dilakukan? 
  • Penyelidik terbabit melakukannya pada seekor tikus.
  • Seperti yang kita tahu, kacang adalah salah satu makanan alergi. Jadi dia beri tikus itu makan kacang, tapi tak ada apa-apa tindak balas. 
  • Kemudian, dia mengubah lapisan atas kulit tikus dengan bahan yang terdapat dalam tisu basah. Selain itu, dia juga mengubah gen mereka supaya mengalami disfungsi penghalang kulit. 
  • Selepas itu, penyelidik mendedah kulit tikus dengan makanan dan habuk selama 40 minit dalam tempoh masa 2 minggu.
  • Akhirnya, penyelidik mendapati, tikus tersebut mengalami alergi kulit, alergi usus dan anaphylaxis.
Ini membuktikan tisu basah berkait rapat dengan alergi bayi pada makanan.  Pendek kata, alergi bayi berlaku berpunca dari tisu basah. 
  1. Alergi boleh berlaku dalam persekitaran di rumah kerana habuk – Bayi kan masih kecil, mustahil punca alergi bayi pada makanan disebabkan kacang atau pemakanan lain. 
  2. Penyelidik menyatakan alergi bayi pada makanan juga turut menghidap atopic dermatitis berpunca dari genetik kulit yang lemah. Berkemungkinan datang dari ibu atau ayahnya.
alergi bayi pada makanan, alahan bayi pada makanan, alergi, alahan anak, alahan kulit bayi, alahan makanan, alergi makanan, kesan alergi, anak alergi, makanan penyebab alergi teruk, alergi bayi, alergi pada kanak-kanak
Langkah pencegahan alergi bayi pada makanan 
  • Basuh tangan hingga bersih sebelum dukung atau pegang bayi 
  • Jangan guna kain lap atau tisu basah terlalu kerap. 
  • Bila sudah sabun kulit bayi bersihkan terus dengan air bersih 
  • Sentiasa pastikan rumah bersih dari habuk atau punca alergi lain.
  • Elakkan makanan yang jadi penyebab alergi dan dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum ambil makanan itu.
Simptom alergi bayi pada makanan 
  • Muka merah-merah dan gatal dalam mulut
  • Ekzema 
  • Bengkak bibir, muka, lidah, tekak atau bahagian badan yang lain 
  • Hidung tersumbat 
  • Sukar bernafas 
  • Pening keterlaluan dan pengsan 
  • Sakit perut
  • Cirit birit, muntah dan mual

Adakah ibu ada pengalaman yang sama? Jika ya, cepat-cepat bawa anak jumpa pakar pediatrik atau doktor untuk dirawat. 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: theAsianparent Singapore 

Baca juga

Tahukah anda tentang alergi sebab sejuk atau alahan pada sejuk ini?

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

app info
get app banner