X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Cyclopia: Sindrom Bayi Tidak Sempurna Dilahirkan Dengan Satu Mata Dan Tiada Hidung

5 min bacaan
Cyclopia: Sindrom Bayi Tidak Sempurna Dilahirkan Dengan Satu Mata Dan Tiada Hidung

Cyclopia adalah keadaan yang sangat jarang berlaku di mana bayi dilahirkan dengan hanya satu mata, tiada hidung atau probosis.

Cyclopia adalah keadaan yang sangat jarang berlaku di mana bayi dilahirkan dengan hanya satu mata, tiada hidung atau probosis (ketumbuhan seperti hidung) di atas mata. Keadaan ini terjadi akibat kecacatan teruk pada otak bayi yang berlaku pada awal kehamilan.

Isi Kandungan

  • Apa Itu Cyclopia
  • Punca Cyclopia
  • Faktor Risiko 
  • Bagaimana Cyclopia Didiagnosis?
  • Kesan Bayi Cyclopia

Apa Itu Cyclopia

Cyclopia adalah simptom kepada keadaan otak yang dikenali sebagai alobar holoprosencephaly. Ia berlaku dalam fasa awal kehamilan, biasanya pada bulan pertama.

Pada peringkat ini, otak janin sepatutnya membelah menjadi dua hemisfera. Namun, bagi bayi yang mengalaminya otak tidak membelah dengan sempurna seperti yang sepatutnya.

Selain itu, perkembangan kepala dan wajah juga tidak berkembang dengan cara yang normal.

Cyclopia sering mengakibatkan keguguran atau kelahiran mati. Kelangsungan hidup selepas kelahiran biasanya hanya beberapa jam. Keadaan ini berlaku pada kira-kira 1 dalam 100,000 bayi baru lahir. 

Walaupun ia adalah keadaan yang sangat jarang, penting untuk mengetahui lebih lanjut supaya ibu bapa dapat mempersiapkan diri untuk apa yang berlaku.

Punca Cyclopia

Berikut adalah punca-punca cyclopia:

1. Kecacatan Pada Perkembangan Otak

Otak janin tidak membelah dengan sempurna pada awal kehamilan, menyebabkan masalah dalam pembentukan wajah dan organ.

2. Alobar Holoprosencephaly

Ia adalah simptom kepada keadaan ini, di mana otak tidak terbahagi sepenuhnya, mengganggu perkembangan wajah dan otak.

3. Faktor Genetik

Mutasi genetik atau kelainan kromosom yang diwarisi daripada ibu bapa boleh meningkatkan risikonya.

4. Penggunaan Ubat-Ubatan Berisiko

Pengambilan ubat seperti alkohol, litium, anticonvulsants, dan beberapa ubat lain semasa kehamilan boleh meningkatkan risiko kecacatan. 

5. Pendedahan Kepada Bahan Kimia Atau Racun

Pendedahan kepada racun seperti cyclopamine atau bahan kimia lain yang berbahaya boleh mengganggu perkembangan janin.

6. Kahwin Saudara (Consanguinity)

Perkahwinan antara pasangan yang mempunyai hubungan darah yang rapat boleh meningkatkan risiko kecacatan kelahiran, termasuk cyclopia.

7. Diabetes Ketika Hamil

Ibu yang menghidap diabetes semasa mengandung mungkin berisiko lebih tinggi untuk melahirkan bayi dengan masalah ini. 

8. Kekurangan Asid Folik

Kekurangan asid folik semasa awal kehamilan boleh mengganggu perkembangan otak dan sistem saraf janin, meningkatkan risiko kecacatan seperti cyclopia.

Faktor Risiko 

Cyclopia boleh berlaku disebabkan oleh beberapa faktor, sama ada dari bayi itu sendiri ataupun faktor ibu. Berikut adalah beberapa faktor risiko yang boleh meningkatkan kemungkinan bayi dilahirkan dengan cyclopia:

Faktor Cyclopia Bayi:

  • Jantina Perempuan – Bayi perempuan lebih berisiko mengalami cyclopia berbanding bayi lelaki.
  • Abnormaliti Kromosom – Masalah kromosom yang mempengaruhi perkembangan janin.
  • Kehamilan Berkembar – Terutama dalam kes kembar dua, risiko cyclopia mungkin lebih tinggi.

Faktor Cyclopia  Ibu:

  • Sejarah Keguguran – Ibu yang pernah mengalami keguguran sebelumnya mungkin berisiko lebih tinggi.
  • Penggunaan Ubat Semasa Kehamilan – Sesetengah ubat seperti alkohol, aspirin, litium, anticonvulsants, hormon, asid retinoik, ubat kanser, dan ubat kesuburan boleh meningkatkan risiko cyclopia.
  • Pendedahan kepada Cahaya UV – Terlalu banyak terdedah kepada cahaya ultraviolet boleh memberi kesan kepada perkembangan janin.
  • Perkahwinan Saudara (Kahwin Dalam Keluarga) – Risiko cyclopia lebih tinggi dalam perkahwinan dari keluarga yang sama (consanguinity).
  • Pendedahan kepada Insulin Semasa Kehamilan – Penggunaan insulin yang berlebihan juga dikaitkan dengan keadaan ini.
  • Diabetes Gestasi – Ibu yang menghidap diabetes semasa mengandung mungkin berisiko lebih tinggi.
  • Pendedahan kepada Racun Alkaloid Cyclopamine – Racun ini boleh memberi kesan kepada perkembangan janin dan meningkatkan risiko cyclopia.

Bagaimana Cyclopia Didiagnosis?

Ibu anda boleh melakukan diagnosis cyclopia melalui ultrasound, yang biasanya dilakukan semasa kehamilan ibu. Ujian ini dapat mengesan tanda-tanda keabnormalan pada janin, termasuk masalah pada organ dalaman dan otak.

Jika imej yang dihasilkan oleh ultrasound tidak jelas, doktor mungkin akan mencadangkan ujian lanjut.

Salah satu ujian yang biasa dilakukan ialah MRI janin, di mana gambar janin dan organ dalaman lain diambil menggunakan gelombang radio dan medan magnet. Ujian ini membantu doktor mengesahkan diagnosis cyclopia.

Yang baiknya, kedua-dua ultrasound dan MRI adalah prosedur yang selamat dan tidak mendatangkan risiko kepada ibu atau bayi dalam kandungan.

Dengan teknologi canggih ini, anda dan doktor dapat mengetahui dengan lebih awal keadaan bayi dalam rahim dan membuat persediaan yang terbaik.

Kesan Bayi Cyclopia

Antara kesan cyclopia ialah perkembangan mata yang tidak normal. Biasanya, terdapat dua mata yang terletak di sebelah kiri dan kanan wajah, namun bagi bayi yang mengalami cyclopia, mereka mungkin hanya mempunyai satu mata di tengah wajah.

Stories Rakan Kongsi
Jom Lihat Bagaimana Ibu Bapa Asia Mengajar Anak-Anak Tentang Wang
Jom Lihat Bagaimana Ibu Bapa Asia Mengajar Anak-Anak Tentang Wang
Breaking Norms: Should Breastfeeding Stimulation Only Be Done Naturally?
Breaking Norms: Should Breastfeeding Stimulation Only Be Done Naturally?
Connect with Your Children: 4 Fun Activities You Can Do at Home to Encourage Learning
Connect with Your Children: 4 Fun Activities You Can Do at Home to Encourage Learning
Apakah Gaya Pendidikan Kewangan (Money Parenting) Anda?
Apakah Gaya Pendidikan Kewangan (Money Parenting) Anda?

Ada juga kes di mana dua bola mata berkembang dalam satu soket mata.

  • Tiada hidung
  • Hidung berbentuk tabung (probosis) menggantikan hidung normal
  • Hidung atau probosis yang terletak di atas soket mata atau di belakang tengkorak
  • Palet sumbing
  • Bibir sumbing
  • Ukuran tengkorak yang kecil

webmd

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 3 Jenis Kecacatan Kelahiran, Simptom Dan Rawatannya, Bakal Parents Mesti Tahu!

Baca juga: JANGAN MAKAN 12 Ubat Ini Masa Hamil, Ia Menyebabkan Risiko Kecacatan Bayi!

Baca juga: Boleh Tak Makan Ubat Selsema Untuk Ibu Mengandung? Asyik Tak Sihat Saja Sejak Hamil

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Alahan & Sindrom
  • /
  • Cyclopia: Sindrom Bayi Tidak Sempurna Dilahirkan Dengan Satu Mata Dan Tiada Hidung
Kongsikan:
  • Jenis Alergi kulit Dan Gambarnya Yang Perlu Anda Ketahui

    Jenis Alergi kulit Dan Gambarnya Yang Perlu Anda Ketahui

  • Panduan Mohon Kad OKU Online Untuk Anak Autisme, Panduan Lengkap Buat Parents

    Panduan Mohon Kad OKU Online Untuk Anak Autisme, Panduan Lengkap Buat Parents

  • Pelitup Muka Satu Item Penting Zaman Sekarang, Ini 8 Pilihan Terbaik Untuk Lindungi Anak Daripada Penyakit Berjangkit

    Pelitup Muka Satu Item Penting Zaman Sekarang, Ini 8 Pilihan Terbaik Untuk Lindungi Anak Daripada Penyakit Berjangkit

  • Jenis Alergi kulit Dan Gambarnya Yang Perlu Anda Ketahui

    Jenis Alergi kulit Dan Gambarnya Yang Perlu Anda Ketahui

  • Panduan Mohon Kad OKU Online Untuk Anak Autisme, Panduan Lengkap Buat Parents

    Panduan Mohon Kad OKU Online Untuk Anak Autisme, Panduan Lengkap Buat Parents

  • Pelitup Muka Satu Item Penting Zaman Sekarang, Ini 8 Pilihan Terbaik Untuk Lindungi Anak Daripada Penyakit Berjangkit

    Pelitup Muka Satu Item Penting Zaman Sekarang, Ini 8 Pilihan Terbaik Untuk Lindungi Anak Daripada Penyakit Berjangkit

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham