X
TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Tahukah Anda Aircond di Rumah Sebenarnya Tak Selamat & Bahaya Untuk Anak?

3 min bacaan
Tahukah Anda Aircond di Rumah Sebenarnya Tak Selamat & Bahaya Untuk Anak?

Cuba perhatikan air-cond kat rumah anda, adakah ia berhabuk atau tak? Kalau berhabuk, cepat bersihkan dan hantar service. Jadikan kisah ini sebagai pengajaran!

Wah, seronoknya bila tengok anak tidur dalam bilik dengan penghawa dingin rumah terpasang kuat! Ibu pun dengan senang hati membuat kerja-kerja lain.

Betul, setiap rumah sekarang mesti ada sekurang-kurangnya satu penghawa dingin rumah terutamanya di bilik tidur. Ini semuanya kerana nak elak dari panas. 

Tapi pernah tak kalian terfikir apakah elok anak kecil tidur dengan kesejukan penghawa dingin atau air-cond ini? 

Gara-gara penghawa dingin rumah; anak ini terkena pneumonia 

penghawa dingin rumah

Cerita ini dikongsi oleh Zia Saad melalui akaun Facebooknya, di mana bayi dia yang masih kecil telah terkena penyakit pneumonia akibat tidur dalam penghawa dingin yang kotor dan berhabuk.

Malah, ia berlaku hampir setiap malam kerana itu habuk yang kotor terbabit disedut dalam paru-paru anaknya itu. Berikut ringkasan ceritanya.

“Anak saya, Am (nama samaran) sudah didedahkan dengan penghawa dingin rumah sejak kecil. Tapi ketika umurnya 10 bulan, dia sering demam, sesak nafas dan batuk.

Pada mulanya, saya ingat demam dan batuk biasa tapi kami terpaksa berulang kali ke klinik namun tetap tak sembuh. Akhirnya dia dimasukkan ke wad pediatrik KPJ.

Advertisement

Selepas membuat pemeriksaan, anak saya disyaki terkena penyakit pneumonia dan broncholities. Lebih teruk lagi, doktor mengesahkan dia mengalami lymph nodes membengkak sehingga terpaksa membuat pembedahan pada 3 tempat di lehernya!

Saya dan suami hanya mampu terdiam. Kemudian, doktor siasat punca lantas soalan demi soalan diajukan berkaitan latar belakang keluarga, persekitaran dan gaya hidup kami sekeluarga.

Selepas dianalisis doktor mengatakan anak saya terdedah pada cuaca yang tak bersih dan mengandungi bakteria.

Kami menyatakan yang anak setiap hari tidur dalam penghawa dingin rumah. Kata doktor, air cond di rumah memang lebih baik dari kipas kerana ia sudah ditapis melalui penapis tapi yang tak eloknya apabila ia tak diselenggara (service) lantas terjadi pertumbuhan bakteria.

Maka angin yang keluar itu dipenuhi bakteria dan disedut. Tambahan pula, bayi berusia 2 tahun belum ada daya ketahanan antibodi dan mudah terdedah pada pelbagai penyakit,”. 

penghawa dingin rumah

Penghawa dingin rumah punca pneumonia: Apa itu pneumonia?

Pneumonia atau radang paru-paru ialah sejenis jangkitan disebabkan pundi udara kecil (alveoli) dan tisu sekitarnya.

Laluan ini dipenuhi bakteria atau mukus yang akan menyekat oksigen untuk terus ke dalam darah. Jangkitan ini berpunca dari kuman seperti bakteria, virus, fungi dan mikrob. 

Tahukah Anda Aircond di Rumah Sebenarnya Tak Selamat & Bahaya Untuk Anak?

Tanda dan gejala pneumonia: 

  • Demam dan menggigil dalam suhu 39-40c 
  • Batuk berkahak warna kuning, hijau, perang atau ada darah. 
  • Sakit dada ketika batuk dan semasa tarik nafas yang dalam
  • Bernafas cepat dan pendek 
  • Lesu dan tak bermaya 
  • Berpeluh dan kemerahan 
  • Hilang selera makan

 Jangan lupa service/bersih penghawa dingin rumah anda! 

Oleh itu, kepada ibu bapa yang ada air cond kat rumah itu, cepat-cepat hantar service. ya!

Panggil saja technician ke rumah kan lebih mudah. Tetapi oleh sebab sekarang kita masih lagi dalam keadaan berjaga-jaga, apa kata anda belajar sendiri bagaimana untuk service penghawa dingin. Anda boleh tengok cara-caranya di sini:

Malah, anak juga rasa selesa nak tidur malam bila penghawa dingin rumah bersih dari sebarang kotoran dan bakteria. 

Semoga bermanfaat.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Kajian: Kanak-Kanak Asma Selalu Diberi Antibiotik Yang Tidak Diperlukan

Stories Rakan Kongsi
Penyakit Biasa Dalam Kalangan Kanak-Kanak & Vaksinasi-Vaksinasi Penting Untuk Melindungi Daripadanya
Penyakit Biasa Dalam Kalangan Kanak-Kanak & Vaksinasi-Vaksinasi Penting Untuk Melindungi Daripadanya
ROTAVIRUS: Punca Utama Cirit-birit pada Kanak-kanak
ROTAVIRUS: Punca Utama Cirit-birit pada Kanak-kanak
Senarai Jenis Najis Bayi, Awas Jika Najis Anak Anda Berwarna & Tekstur Ini
Senarai Jenis Najis Bayi, Awas Jika Najis Anak Anda Berwarna & Tekstur Ini
Masalah Anemia Atau Kekurangan Darah Merah Boleh Terjadi Disebabkan Pelbagai Punca
Masalah Anemia Atau Kekurangan Darah Merah Boleh Terjadi Disebabkan Pelbagai Punca

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nurul Halifah

  • halaman rumah
  • /
  • Kesihatan
  • /
  • Tahukah Anda Aircond di Rumah Sebenarnya Tak Selamat & Bahaya Untuk Anak?
Kongsikan:
  • Imun Bayi Czer: Benarkah Lebih Lemah Berbanding Bayi Normal?

    Imun Bayi Czer: Benarkah Lebih Lemah Berbanding Bayi Normal?

  • Penyakit RSV Pada Bayi & Kanak-Kanak: Simptom, Rawatan Dan Langkah Pencegahan

    Penyakit RSV Pada Bayi & Kanak-Kanak: Simptom, Rawatan Dan Langkah Pencegahan

  • Apa Itu Cerebral Palsy: Ini Penyebab, Gejala & Faktor Risiko

    Apa Itu Cerebral Palsy: Ini Penyebab, Gejala & Faktor Risiko

  • Imun Bayi Czer: Benarkah Lebih Lemah Berbanding Bayi Normal?

    Imun Bayi Czer: Benarkah Lebih Lemah Berbanding Bayi Normal?

  • Penyakit RSV Pada Bayi & Kanak-Kanak: Simptom, Rawatan Dan Langkah Pencegahan

    Penyakit RSV Pada Bayi & Kanak-Kanak: Simptom, Rawatan Dan Langkah Pencegahan

  • Apa Itu Cerebral Palsy: Ini Penyebab, Gejala & Faktor Risiko

    Apa Itu Cerebral Palsy: Ini Penyebab, Gejala & Faktor Risiko

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham