X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Drypers
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beli-Belah

Pemangsa ‘Baby Bump’: Berhati-hatilah dengan apa yang anda kongsikan di dalam talian bakal ibu!

4 min bacaan
Pemangsa ‘Baby Bump’: Berhati-hatilah dengan apa yang anda kongsikan di dalam talian bakal ibu!Pemangsa ‘Baby Bump’: Berhati-hatilah dengan apa yang anda kongsikan di dalam talian bakal ibu!

Ya, hanya dengan berkongsi gambar perut hamil anda secara online, golongan tertentu boleh menjadikan anda sebagai mangsa seksual mereka.

Tahukah anda bahawa pemangsa dalam talian juga mensasarkan bakal ibu yang hanya ingin berkongsi kegembiraan kehamilan mereka dengan dunia? Ya, hanya dengan gambar perut mengandung anda, mereka boleh menjadikan anda mangsa.

Ketika menantikan kelahiran anak kecil kita, setiap detik adalah istimewa. Anda mendokumenkan perjalanan kehamilan anda untuk berkongsi kegembiraan anda dengan dunia, tetapi tanpa anda tahu, anda boleh menjadi sasaran pemangsa di atas talian.

Berkongsi gambar perut mengandung adalah tabiat yang tidak bagus

Adakah anda tahu bahawa memuat naik gambar perut mengandung adalah tabiat yang tidak selamat dan harus dielakkan?

Dua orang ibu sudah mengetahui tentang bahayanya pemangsa di atas talian. Foto mereka telah dicuri dan diedarkan oleh preggophiliacs dalam group fetishisme golongan bakal ibu.

Preggophilia, atau fetishisme kehamilan, adalah satu keadaan di mana seseorang itu tertarik kepada badan wanita hamil secara seksual.

Ada banyak laman web di luar sana yang digunakan oleh golongan ini, seperti Preggophilia.com, yang merupakan platform dalam talian untuk “pemuja wanita hamil.”

Antara kandungan yang dikongsikan di laman ini “gambar remaja mengandung” atau “selebriti hamil.”

Gambar perut mengandung dicuri oleh pemangsa

Mum blogger, Meg Ireland, mendapat tahu daripada rakan-rakannya bahawa gambar-gambarnya telah dicuri dan digunakan di laman lucah tanpa pengetahuannya apabila gambarnya muncul dalam kumpulan para ibu.

gambar perut mengandung, gambar perut, gambar perut hamil, baby bump shot, baby bump, perut hamil, muat naik gambar, jangan muat naik gambar di media sosial,

Seorang ibu yang berumur 29 tahun di Malaysia juga telah menjadi mangsa apabila gambar perut hamilnya dari foto kehamilan anak sulungnya telah digunakan tanpa persetujuannya!

Tidak cukup dengan Facebook, Whatsapp pun ada!

Terdapat hampir 100 kumpulan yang berkongsi fetish di Facebook. Dan pemangsa tidak berhenti di situ saja. Mereka juga telah membuat group Whatsapp dan Telegram untuk berkongsi gambar perut mengandung dari pelbagai sumber.

“Seminggu kemudian, saya diberitahu oleh rakan saya bahawa gambar saya dikongsi dalam kumpulan lain dan ketika saya membaca di ruangan komen  itu, saya merasa sangat jijik!”

Itu kata si ibu kepada New Straits Times.

“Dua hari kemudian, halaman itu telah disekat oleh Facebook, tetapi sehingga hari ini saya mengalami trauma dan tidak mahu memuat naik gambar lagi di Facebook.”

Bagaimana untuk memastikan diri anda selamat dalam talian?

Preggophilia atau maiesiophilia adalah satu penyakit mental; ia mirip dengan pedofilia.

“Kami faham bahawa kita menghadapi pesakit maiesiophilia yang mempunyai ketagihan seksual yang aneh. Mereka didorong oleh hawa nafsu dan tidak peduli dengan privasi orang lain.”

Itu penerangan Presiden Persatuan Psikiatri Malaysia, Dr Ahmad Rostam, kepada NST.

Jadi, mari berhati-hati dengan pengguna media sosial yang meminta anda untuk berkongsi gambar perut mengandung anda. Ibu, mari ingat tip keselamatan ini:

1. Berhati-hati ketika berkawan

Pertamanya, jangan mudah tertipu dengan akaun ‘mummy’ melainkan anda benar-benar mengenali orang itu secara peribadi.

Ingat, pemangsa ini sering menyamar sebagai ‘ibu’ supaya mereka mendapat akses kepada kumpulan di mana ibu-ibu berkongsi gambar perut mengandung mereka.

gambar, gambar perut, gambar perut hamil, baby bump shot, baby bump, perut hamil, muat naik gambar, jangan muat naik gambar di media sosial,

2. Hanya berkongsi gambar kepada yang dipercayai

Pastikan senarai rakan anda telah disemak dan terbukti boleh dipercayai sebelum berkongsi detik-detik intim kehidupan anda, termasuk menyekat gambar-gambar perut hamil.

Ia mungkin kelihatan membosankan untuk menapis akaun media sosial anda, tetapi ia adalah demi keselamatan kita juga.

3. Set akaun media sosial anda ke “private”

Jika anda takut yang gambar anda dicuri, setkan akaun anda ke “private”. Ia sangat perlu dilakukan jka anda gemar berkongsi gambar perut mengandung anda.

4. Mengesan pemangsa anda sendiri

Cuba anda google perkataan yang ada kaitan dengan ibu hamil (contohnya: perut ibu hamil)? Lihat pada bahagian Google Image. Lihat sama ada foto anda keluar pada carian berkenaan. Jika ya, laporkan semua yang anda dapati kepada pentadbir rangkaian sosial.

5. Watermark foto anda

gambar, gambar perut, gambar perut hamil, baby bump shot, baby bump, perut hamil, muat naik gambar, jangan muat naik gambar di media sosial,

Ia mungkin kelihatan seperti rumit untuk letak watermark pada gambar sendiri, tetapi ia pasti berbaloi, terutamanya apabila ia merupakan gambar perut hamil anda. Watermarking akan menghalang pemangsa dari mengambil atau mengubah suai imej.

6. Tukar kata laluan anda dengan kerap

Kadangkala, pemangsa juga mungkin akan teknik hacking ke akaun anda untuk mengakses kandungan peribadi. Pastikan anda menukar password, atau kata laluan, anda setiap bulan agar lebih selamat.

Stories Rakan Kongsi
Champs & NASOM Bekerjasama Untuk Meningkatkan Kesedaran Tentang Autisme
Champs & NASOM Bekerjasama Untuk Meningkatkan Kesedaran Tentang Autisme
Ini Rupanya Cara Untuk Ajar & Latih Anak-Anak Makan Secara Sihat, Mudah Sahaja!
Ini Rupanya Cara Untuk Ajar & Latih Anak-Anak Makan Secara Sihat, Mudah Sahaja!
Kalendar 30 Hari, 30 Kebaikan: Aktiviti Menarik Untuk Anak Anda Ramadan Ini
Kalendar 30 Hari, 30 Kebaikan: Aktiviti Menarik Untuk Anak Anda Ramadan Ini
5 Kriteria Penting Pemilihan Produk Penjagaan Kulit Bayi Supaya Kekal Lembap Sepanjang Hari
5 Kriteria Penting Pemilihan Produk Penjagaan Kulit Bayi Supaya Kekal Lembap Sepanjang Hari

7. Tapis kumpulan yang telah anda sertai

Demi keselamatan online, cuba untuk tapis kumpulan yang anda sertai dalam talian. Kerana sibuk, amat mudah untuk kita abaikan tentang kumpulan-kumpulan yang kita sertai.

Oleh itu, jadikan habit untuk memeriksa dan menapis kumpulan dalam talian anda supaya media sosial anda menjadi persekitaran yang lebih selamat buat anda!

Anda perlu tahu yang gambar profil anda sentiasa boleh diakses oleh orang ramai dan turut boleh diakses menerusi enjin carian.

Kami berharap maklumat ini berguna untuk anda demi memastikan keluarga kita sentiasa selamat daripada musuh dalam selimut!

 

 

Sumber: theAsianparent Singapore

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.comperubahan-payudara-semasa-mengandung/

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Aqma

  • halaman rumah
  • /
  • Trimester 1
  • /
  • Pemangsa ‘Baby Bump’: Berhati-hatilah dengan apa yang anda kongsikan di dalam talian bakal ibu!
Kongsikan:
  • Elak Dari Muat Naik 6 Perkara Ini Di Mana-Mana Media Sosial Anda

    Elak Dari Muat Naik 6 Perkara Ini Di Mana-Mana Media Sosial Anda

  • Kongsi Gambar Anak Di Media Sosial - Selamat Ke? Ada Bahaya Anda Tak Sedar!

    Kongsi Gambar Anak Di Media Sosial - Selamat Ke? Ada Bahaya Anda Tak Sedar!

  • Bayi Lahir Dalam Pesawat, Nasib Baik Ada Doktor Dalam Flight! Dinamakan Sempena Nama Kru Kapal!

    Bayi Lahir Dalam Pesawat, Nasib Baik Ada Doktor Dalam Flight! Dinamakan Sempena Nama Kru Kapal!

  • Remaja Ini Langsung Tak Gentar Sambut Kelahiran Bayi Dari Rahim Ibunya Sendiri!

    Remaja Ini Langsung Tak Gentar Sambut Kelahiran Bayi Dari Rahim Ibunya Sendiri!

app info
get app banner
  • Elak Dari Muat Naik 6 Perkara Ini Di Mana-Mana Media Sosial Anda

    Elak Dari Muat Naik 6 Perkara Ini Di Mana-Mana Media Sosial Anda

  • Kongsi Gambar Anak Di Media Sosial - Selamat Ke? Ada Bahaya Anda Tak Sedar!

    Kongsi Gambar Anak Di Media Sosial - Selamat Ke? Ada Bahaya Anda Tak Sedar!

  • Bayi Lahir Dalam Pesawat, Nasib Baik Ada Doktor Dalam Flight! Dinamakan Sempena Nama Kru Kapal!

    Bayi Lahir Dalam Pesawat, Nasib Baik Ada Doktor Dalam Flight! Dinamakan Sempena Nama Kru Kapal!

  • Remaja Ini Langsung Tak Gentar Sambut Kelahiran Bayi Dari Rahim Ibunya Sendiri!

    Remaja Ini Langsung Tak Gentar Sambut Kelahiran Bayi Dari Rahim Ibunya Sendiri!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2022. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.