X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Drypers
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beli-Belah

Kes Yang Tidak Pernah Berlaku, Wanita Hamil Luar Rahim & Bayi Membesar Dalam Hati

4 Mar, 2022
Kes Yang Tidak Pernah Berlaku, Wanita Hamil Luar Rahim & Bayi Membesar Dalam HatiKes Yang Tidak Pernah Berlaku, Wanita Hamil Luar Rahim & Bayi Membesar Dalam Hati

Tanda-tanda hamil luar rahim pada mulanya mungkin sukar dikesan. Namun ada kes kehamilan yang begitu rare, wanita mengandung di dalam hati!

Selalu kita dengar mengenai kisah mengandung luar rahim atau kehamilan ektopik, namun paling pelik yang pernah terjadi pun mungkin di dalam abdomen. Tanda-tanda hamil luar rahim pada awalnya adalah seperti sakit perut, keluar darah dari faraj dan cirit-birit serta muntah.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Tanda-tanda hamil luar rahim, kandungkan bayi dalam hati
  • Ibu boleh diselamatkan, namun kandungannya tidak
  • Gejala kehamilan luar rahim
  • Penyebab seseorang wanita mengandung luar rahim

Setiap wanita yang mengandung pastinya mengharapkan proses kehamilan berjaya hingga melahirkan seorang bayi sempurna fizikalnya. Walau bagaimanapun ada yang berdepan ujian berbeza yang tidak pernah orang lain laluinya.

Tanda-tanda hamil luar rahim, kandungkan bayi dalam hati

Seorang bayi yang belum dilahirkan itu telah mengejutkan dunia. Janin terbentuk dikesan di dalam hati seorang wanita, menjadikan ia kejadian paling pelik dalam sejarah perbidanan.

Seperti kes yang berlaku kali ini iaitu seorang wanita mengandung dan bayinya terbentuk di dalam hati. Kejadian ini berlaku di Ottawa.

mengandung luar rahim

Seorang doktor mendedahkan mengenai sebuah kes kehamilan luar rahim yang luar biasa, di mana janin membesar di dalam hati seorang wanita, lapor akhbar Daily Star semalam.

Menurut pakar pediatrik dari Institut Penyelidikan Hospital Kanak-Kanak Manitoba, Michael Narvey, kes luar biasa itu dialami seorang pesakit berumur 33 tahun yang mempunyai sejarah kitaran darah haid selama 14 hari.

“Hasil pemeriksaan mendapati bahawa terdapat janin sedang membesar dalam hati wanita tersebut.

“Dia mengalami kehamilan ektopik. Kehamilan seperti ini kadang kala berlaku pada abdomen dan tidak pernah berlaku pada hati. Ini merupakan kes pertama seumpamanya buat saya,” kata Narvey menerusi satu hantaran di TikTok.

Kehamilan ektopik berlaku apabila telur yang disenyawakan berada di luar rahim, kebiasannya pada satu daripada tiub fallopio.

Sekiranya telur tersekat di dalam tiub fallopio, ia tidak akan membesar menjadi bayi dan amat sukar untuk menyelamatkan kehamilan tersebut.

Sementara itu, kehamilan abdomen adalah sejenis kehamilan ektopik yang berlaku apabila telur keluar dari tiub fallopio dan memasuki abdomen.

Menurut beberapa laporan, dalam kes seperti itu, doktor kebiasaannya memilih untuk menyelamatkan nyawa ibu berbanding janin yang sukar diselamatkan.

Ibu boleh diselamatkan, namun kandungannya tidak

kehamilan ektopik

Setakat ini, video itu telah pun mendapat lebih sejuta penonton, ternyata orang ramai cukup terkejut dan tidak menyangka keadaan sebegini boleh terjadi. 

Antara salah seorang pengguna TikTok memberi komen mengharapkan agar ibu dan bayi akan selamat dan menjadi satu kehamilan yang ajaib. 

"Saya seakan tidak percaya kejadian seumpama ini boleh berlaku dan bagaimana rapuhnya 'telur' sehingga boleh berada di dalam hati," menurut salah seorang yang turut komen pada video terbabit

Kejadian sebegini akan berlaku apabila telur yang disenyawakan membentuk janin di luar rahim yang mana kebiasaan proses itu patutnya berlaku di dalam tiub fallopio.

Di United Kingdom, dianggarkan satu daripada 90 kehamilan pelik akan berlaku dalam setahun. 

Menurut pakar, kejadian kehamilan luar rahim ini akan berlaku apabila telur bergerak ke laluan yang salah iaitu di bawah saluran tiub fallopio dan di luar abdomen. 

Malah kejadian kehamilan di dalam hati ini cukup pelik dan jarang berlaku. 

Menurut laporan pakar bedah, ibu yang mengandung boleh diselamatkan, namun tidak pada kandungannya. Ini kerana komplikasi untuk menyelamatkan bayi adalah berisiko tinggi.

Gejala kehamilan luar rahim

  • Sakit perut - Ini adalah gejala yang sering diadu oleh wanita mengandung dan hal ini tidak menghairankan berikutan patologi kehamilan ektopik ini yang melibatkan organ sekeliling pelvis (pinggang). Akibat tumbesaran janin di luar rahim, tekanan ke atas organ akan menyebabkan kesakitan yang sangat teruk kepada kebanyakan pesakit. 

penyebab mengandung luar rahim

  • Pendarahan dari faraj - Banyak wanita akan mengadu mereka “hamil tapi haid banyak” dan perkara ini tidak seharusnya berlaku dalam proses kehamilan normal. Pendarahan ketika mengandung adalah perkara yang tidak normal dan perlu dirujuk dengan segera. 
  • Cirit-birit dan muntah - Kedua-dua simptom ini tidak patut sesekali diendahkan terutamanya jika gejala-gejala ini sangat kerap dan teruk. Hal ini kerana wanita mengandung boleh mengalami dehidrasi yang juga boleh mengakibatkan “kejutan” dan pening kepala.
  • Sakit hujung bahu - Jika janin yang membesar ini berada dalam perut, ia boleh menyebabkan gangguan urat saraf bahu dan menyebabkan kesakitan.
  • Pitam - Jika gumpalan tisu janin ini membesar dan menyebabkan organ seperti ovari ataupun tiub fallopian pecah, ia boleh mengakibatkan pendarahan dalaman yang teruk dan seterusnya menyebabkan wanita itu pengsan. 

Penyebab seseorang wanita hamil di luar rahim

  • Masalah pada tiub fallopian - Apa yang dimaksudkan dengan masalah pada tiub fallopian ini adalah kondisi perubatan seperti “endometriosis”, ketumbuhan mahupun kecacatan/kerosakan pada tiub ini akibat daripada pembedahan sebelum ini ataupun intervensi perubatan. 
  • Sejarah kehamilan ektopik - Sekiranya seseorang wanita itu mempunyai sejarah kehamilan ektopik, kemungkinan untuk mereka mendapat kehamilan luar rahim sekali lagi adalah tinggi berdasarkan rekod pesakit-pesakit terdahulu.
  • Sejarah jangkitan dalam pelvis - Jika anda pernah mendapat Penyakit Radang Pelvis ataupun jangkitan penyakit seksual seperti Klamidia atau Gonorrhoea, peluang untuk mendapat kondisi mengandung luar rahim adalah tinggi.

Kosmo, Doctor On Call

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Video Pembedahan Buang Janin Kerana Kehamilan Ektopik

Baca juga: Naluri Ibu Ini Kuat Mengatakan Dia Hamil, Walaupun Kiraan Haidnya Tidak Teratur!

Baca juga: Tidak Datang Haid, Keputusan UPT Negatif? Pakar Kongsi 15 Tanda-Tanda Awal Mengandung

Stories Rakan Kongsi
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Why all pregnant mums need to know about gestational diabetes
Why all pregnant mums need to know about gestational diabetes
Mengapakah ibu-ibu mengandung dan menyusu memerlukan suplementasi DHA?
Mengapakah ibu-ibu mengandung dan menyusu memerlukan suplementasi DHA?

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Izzati Saadin

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Kes Yang Tidak Pernah Berlaku, Wanita Hamil Luar Rahim & Bayi Membesar Dalam Hati
Kongsikan:
  • 10 Makanan Tinggi Kalsium Untuk Ibu Hamil Amalkan, Penting Pastikan Tumbesaran Sihat Janin

    10 Makanan Tinggi Kalsium Untuk Ibu Hamil Amalkan, Penting Pastikan Tumbesaran Sihat Janin

  • Gara-Gara Terima Banyak Komen Negatif Di TikTok, Ibu 3 Anak Alami Tekanan & Nekad Bunuh Diri

    Gara-Gara Terima Banyak Komen Negatif Di TikTok, Ibu 3 Anak Alami Tekanan & Nekad Bunuh Diri

  • 5 Perkara Wanita Hamil Perlu Peka Jika Mahu Pakai Braces Gigi, Elak Komplikasi Pada Ibu & Bayi

    5 Perkara Wanita Hamil Perlu Peka Jika Mahu Pakai Braces Gigi, Elak Komplikasi Pada Ibu & Bayi

app info
get app banner
  • 10 Makanan Tinggi Kalsium Untuk Ibu Hamil Amalkan, Penting Pastikan Tumbesaran Sihat Janin

    10 Makanan Tinggi Kalsium Untuk Ibu Hamil Amalkan, Penting Pastikan Tumbesaran Sihat Janin

  • Gara-Gara Terima Banyak Komen Negatif Di TikTok, Ibu 3 Anak Alami Tekanan & Nekad Bunuh Diri

    Gara-Gara Terima Banyak Komen Negatif Di TikTok, Ibu 3 Anak Alami Tekanan & Nekad Bunuh Diri

  • 5 Perkara Wanita Hamil Perlu Peka Jika Mahu Pakai Braces Gigi, Elak Komplikasi Pada Ibu & Bayi

    5 Perkara Wanita Hamil Perlu Peka Jika Mahu Pakai Braces Gigi, Elak Komplikasi Pada Ibu & Bayi

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2022. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai kehamilan.