TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Bahaya Susu Kambing Di Awal Kehamilan: Perlu Ke Ibu Mengandung Elak Minum?

5 min bacaan
Bahaya Susu Kambing Di Awal Kehamilan: Perlu Ke Ibu Mengandung Elak Minum?

Bahaya susu kambing di awal kehamilan adalah kerana risiko 1) Jangkitan Listeria, 2) Intoleransi Laktosa, 3) Menganggu Perkembangan Janin

Susu kambing sering disebut-sebut sebagai minuman yang penuh khasiat. Ada yang kata susu kambing ni lebih berkhasiat daripada susu lembu dan baik untuk ibu hamil. Namun ada juga mengatakan bahaya susu kambing di awal kehamilan.

Isi Kandungan

  • Kenapa Ibu Hamil Suka Minum Susu Kambing?
  • Bahaya Susu Kambing Di Awal Kehamilan
  • Perlu Elak Atau Teruskan Minum?
  • Waktu Sesuai Minum Susu Kambing Ketika Hamil
  • Alternatif Susu Yang Lebih Selamat

Kenapa Ibu Hamil Suka Minum Susu Kambing?

Ramai ibu hamil memilih susu kambing sebab ia terkenal dengan pelbagai khasiat seperti:

1. Kaya Dengan Kalsium: Bagus untuk pembentukan tulang dan gigi bayi. Kalsium juga membantu mencegah kekejangan kaki yang sering dialami ibu hamil.

2. Mengandungi Protein Tinggi: Membantu perkembangan otot dan tisu badan bayi, serta menyokong pertumbuhan organ yang sihat.

3. Mudah Dihadam: Susu kambing mempunyai struktur molekul lemak yang lebih kecil berbanding susu lembu, menjadikannya lebih ringan untuk sistem pencernaan, terutamanya bagi ibu yang sering alami loya atau kembung.

4. Meningkatkan Imuniti: Ada kandungan selenium yang bagus untuk ketahanan badan, membantu ibu kekal sihat dan mengurangkan risiko jangkitan.

Bahaya Susu Kambing Di Awal Kehamilan

Walaupun susu kambing untuk ibu hamil ada banyak kebaikan, ia mungkin tak sesuai diminum di awal kehamilan. Berikut beberapa risiko bahaya susu kambing di awal kehamilan:

1. Risiko Jangkitan Listeria

Kalau susu kambing yang diminum tak dipasteur, ia berisiko mengandungi bakteria Listeria monocytogenes. Bakteria ni boleh sebabkan komplikasi serius pada ibu dan bayi, termasuk keguguran, kelahiran pramatang, atau bayi lahir dengan masalah kesihatan. Gejala jangkitan Listeria termasuk demam, sakit otot, loya, dan cirit-birit.

2. Alergi dan Intoleransi Laktosa

Susu kambing masih mengandungi laktosa, walaupun kadarnya lebih rendah daripada susu lembu. Kalau ibu ada intoleransi laktosa, minum susu kambing boleh sebabkan kembung, cirit-birit, dan ketidakselesaan perut. Alergi protein susu juga boleh berlaku, dengan gejala seperti ruam, gatal-gatal, atau sesak nafas.

3. Menganggu Perkembangan Janin

Susu kambing ada kandungan vitamin A yang tinggi dalam bentuk retinol. Walaupun vitamin A penting untuk perkembangan mata dan sistem imun bayi, pengambilan berlebihan semasa awal kehamilan boleh mengganggu perkembangan janin dan menyebabkan kecacatan lahir.

Ibu hamil disarankan mendapatkan vitamin A daripada sumber beta-karoten seperti sayur-sayuran berdaun hijau.

4. Kesan Hormonal Tak Diingini

Ada pendapat mengatakan susu kambing boleh mempengaruhi hormon tertentu dalam badan. Ini boleh menyebabkan ketidakseimbangan hormon yang mungkin menjejaskan kehamilan, terutamanya di trimester pertama di mana perkembangan janin sangat sensitif terhadap perubahan hormon.

5. Masalah Pencernaan

Walaupun susu kambing lebih mudah dihadam, ada juga ibu yang mengalami sembelit atau cirit-birit selepas meminumnya, terutamanya jika sistem pencernaan agak sensitif semasa awal kehamilan.

Perubahan hormon semasa hamil juga boleh menyebabkan usus jadi lebih perlahan, jadi pengambilan susu yang tak sesuai boleh menambah ketidakselesaan.

Perlu Elak Atau Teruskan Minum?

Sebenarnya, kalau ibu hamil nak minum susu kambing, pastikan ia:

  1. Dah Dipasteur: Untuk elakkan risiko jangkitan bakteria berbahaya.
  2. Diambil Dalam Jumlah Sederhana: Jangan berlebihan, cukup satu gelas sehari jika benar-benar perlu.
  3. Dapatkan Nasihat Doktor: Kalau ada sejarah alahan, masalah pencernaan, atau kekeliruan tentang pemakanan semasa hamil.

Waktu Sesuai Minum Susu Kambing Ketika Hamil

Kalau ibu hamil nak minum susu kambing, waktu yang sesuai adalah:

  1. Selepas Trimester Pertama: Sebaiknya elakkan susu kambing di awal kehamilan (trimester pertama) sebab perkembangan janin masih sangat sensitif. Trimester kedua dan ketiga lebih sesuai kerana risiko komplikasi berkurang.
  2. Waktu Pagi atau Petang: Minum susu kambing waktu pagi boleh beri tenaga untuk permulaan hari, manakala waktu petang membantu ibu kekal kenyang hingga ke malam.
  3. Sebelum Tidur: Susu kambing yang hangat boleh membantu ibu tidur lebih lena, terutamanya jika mengalami masalah insomnia semasa hamil.

Alternatif Susu Yang Lebih Selamat

Kalau ragu-ragu nak minum susu kambing, cuba alternatif ni:

  1. Susu Lembu Dipasteur: Kaya dengan kalsium, protein, dan vitamin D.

  2. Susu Soya: Sumber protein tumbuhan yang selamat, bebas laktosa.

  3. Susu Badam: Kurang kalori, kaya dengan vitamin E dan lemak sihat.

  4. Susu Oat: Pilihan bebas tenusu yang tinggi serat dan membantu pencernaan.

Kesimpulannya, susu kambing untuk ibu hamil memang ada banyak khasiat, tapi di awal kehamilan, ibu-ibu kena lebih berhati-hati.

Pastikan susu yang diminum selamat, bersih, dan sesuai dengan keperluan badan. Kalau ada keraguan, rujuk pada doktor untuk kepastian.

Semoga artikel ini bermanfaat.

NHS UK, Mali Me

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Baca juga:  Susu Ibu Hamil: Bila Kena Minum, Khasiat Dan Jenis Susu Ibu Mengandung Yang Terbaik

Baca juga:  Susu Untuk Ibu Hamil Trimester 1 Yang Tinggi Nutrisi & Penting Untuk Perkembangan Janin

Baca juga:  9 Jenis Minuman Sesuai & Menyegarkan Untuk Ibu Mengandung, Lemonade Pun Termasuk Tau!

Stories Rakan Kongsi
Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda
Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda
Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil
Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Kehamilan
  • /
  • Bahaya Susu Kambing Di Awal Kehamilan: Perlu Ke Ibu Mengandung Elak Minum?
Kongsikan:
  • Salicylic Acid Untuk Ibu Hamil, Adakah Selamat Penggunaannya Untuk Ibu & Bayi?

    Salicylic Acid Untuk Ibu Hamil, Adakah Selamat Penggunaannya Untuk Ibu & Bayi?

  • Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda
    Stories Rakan Kongsi

    Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda

  • Himpunan Nama Bayi Lelaki Islam Dari Huruf A Hingga Z Yang Menarik, Miliki Maksud Baik

    Himpunan Nama Bayi Lelaki Islam Dari Huruf A Hingga Z Yang Menarik, Miliki Maksud Baik

  • Salicylic Acid Untuk Ibu Hamil, Adakah Selamat Penggunaannya Untuk Ibu & Bayi?

    Salicylic Acid Untuk Ibu Hamil, Adakah Selamat Penggunaannya Untuk Ibu & Bayi?

  • Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda
    Stories Rakan Kongsi

    Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda

  • Himpunan Nama Bayi Lelaki Islam Dari Huruf A Hingga Z Yang Menarik, Miliki Maksud Baik

    Himpunan Nama Bayi Lelaki Islam Dari Huruf A Hingga Z Yang Menarik, Miliki Maksud Baik

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham