TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

"Sayang Rehatlah, Jaga Anak Kita Di Syurga," Suami Reda Isteri & Anak Meninggal Ketika Bersalin

14 Jul, 2022
"Sayang Rehatlah, Jaga Anak Kita Di Syurga," Suami Reda Isteri & Anak Meninggal Ketika Bersalin

Meninggal ketika bersalin dikatakan mati syahid, seorang isteri dan anak mengalami masalah kehamilan telah dijemput Ilahi pada hari yang sama

Kehadiran cahaya mata menjadi penyeri hubungan suami isteri. Namun tidak semua kisah berakhir dengan bahagia, ada yang diuji isteri dan anak meninggal ketika bersalin.

Mahu ataupun tidak, inilah hakikat sebuah perpisahan di dunia. Mana-mana suami terpaksa menelan kepahitan  untuk menerima kehilangan orang tersayang pada hari yang sama.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Ibu dan anak alami komplikasi ketika kandungan berusia 32 minggu, terputus bekalan oksigen
  • Suami sebak ucap selamat tinggal buat kedua puterinya
  • Suami meredhai pemergian isteri yang meninggal ketika bersalin

Ibu dan anak alami komplikasi ketika kandungan berusia 32 minggu, terputus bekalan oksigen

Seorang pengguna Facebook iaitu Dzul Hisham menerusi satu hantaran berkongsi khabar duka apabila isteri dan bayi perempuannya telah dijemput Ilahi.

Menjengah di profil milik Dzul, pada 12 Julai lalu, dia telah memuat naik satu hantaran di akaun Facebook meminta orang ramai mendoakan keselamatan isteri dan kandungannya.

Dan pada jam 11:35 am pada hari yang sama pula, dia memuat naik status di mana bayi perempuan yang juga anak keduanya itu tidak dapat diselamatkan kerana terputus bekalan oksigen daripada ibunya.

isteri dan anak meninggal ketika bersalin

“Anak kedua kami tidak dapat diselamatkan kerana terputus bekalan oksigen dari ibunya. Kandungan 32 weeks (7 bulan) sepatutnya dah boleh survive. Tapi Allah lebih menyayanginya melebihi kasih sayang kami.

“Baby tunggu abi dan ibu di syurga okay. Baby doakan abi dan ibu juga ke Syurga. Baby pergi dulu main-main dengan tok aboh, toknyang dan tokwer dulu.

Bapa saudara baby pun ada tu, pok ngoh zulhilmi ada. Abi kena jaga ibu dan abang umar dulu. Isteri saya sekarang selamat dimasukkan di ICU hospital Kuala Krai. Mohon doa yang baik-baik dari semua,” tulisnya.

Suami sebak ucap selamat tinggal buat kedua puterinya

komplikasi bersalin

Walau bagaimanapun, Allah SWT lebih menyayangi si ibu dan anak. Mereka berdua telah dijemput Ilahi. Berita sedih itu dimaklumkan sendiri oleh si suami menerusi hantaran di Facebook.

“Telah kembali ke rahmatullah isteri dan anak perempuan kesayangan saya. Sayangnya saya pada mereka, sayang lagi Allah pada mereka.

Semoga roh isteri dan anak perempuan saya direhatkan di illiyin bersama orang-orang yang beriman, soleh dan solehah. Saya maafkan semua kesalahannya dan redha atas pemergian anak dan isteri. Syurga buat mereka. Saya yakin dengan janji Allah SWT.

ibu dan anak meninggal bersalin

Suami meredhai pemergian isteri yang meninggal ketika bersalin

“Sabda Rasulullah SAW: Dalam hadits yang lain, dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah S.A.W bersabda, “Jika seorang wanita melaksanakan solat lima waktu, melaksanakan puasa di bulan Ramadan (dengan sempurna), menjaga kemaluannya/kehormatannya (yakni menutup aurat menepati Syara’), dan mentaati Suaminya, maka ia akan masuk syurga dari pintu mana saja ia kehendaki.” (HR Ibnu Hibban dalam Sohihnya).”

Mengakhiri hantaran hiba itu, dia turut menyatakan dia bukanlah seorang manusia yang baik, dia hanya dia menumpang dan berpaut kepada anak dan isteri untuk turut sama ke Syurga Allah SWT.

“Semoga anak syurga kami menunggu kami di pintu syurga kelak. Sayang berehatlah dulu, jaga anak perempuan kita. Nanti Abi datang dengan Umar,” tulisnya.

Perancangan Allah adalah lebih baik, sebak tidak terkata. Namun apakan daya, Tuhan lebih menyayangi mereka. Takziah diucapkan kepada keluarga arwah.

Facebook | Dzul Hisham

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  Waspada Jangkitan Kuman GBS Ketika Hamil, Ia Penyebab Keguguran & Risiko Stillbirth

Baca juga: Ibu Diminta Waspada 4 Jenis Penyakit Kanak-Kanak Ini, Amat Membahayakan Si Manja!

Baca juga: Hati-Hati Menjemur Bayi Dalam Keadaan Telanjang Boleh Meningkatkan Risiko Kanser Kulit

Stories Rakan Kongsi
The lazy mom’s guide to raising independent kids
The lazy mom’s guide to raising independent kids
The Day My Child Cried Because Of Hard Bowel Movements And How It Changed Me
The Day My Child Cried Because Of Hard Bowel Movements And How It Changed Me
Children Are Suffering From Diarrhoea: Here’s What You Can Do To Help Protect Your Child
Children Are Suffering From Diarrhoea: Here’s What You Can Do To Help Protect Your Child
Kita Support Kita (15 Oct – 14 Nov)
Kita Support Kita (15 Oct – 14 Nov)

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Murns A.

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • "Sayang Rehatlah, Jaga Anak Kita Di Syurga," Suami Reda Isteri & Anak Meninggal Ketika Bersalin
Kongsikan:
  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham