Apabila kehamilan anda mencecah usia 9 bulan dan berada dalam trimester terakhir, doktor anda akan melakukan pemeriksaan melibatkan selukan jari untuk mencari bukaan bersalin. Pada masa ini juga, doktor akan melihat sama ada kepala bayi anda sudah berpusing dan turun ke pintu rahim.
Selepas menentukan sama ada pintu rahim anda sudah terbuka (atau dipanggil sebagai ‘dilate’), doktor akan memberikan tarikh yang anda dijangkakan akan bersalin.
Apa Itu Bukaan Bersalin?
Jika anda ingin tahu, rasa pada serviks sebelum bersalin adalah sama seperti rasa hidung anda apabila disentuh dengan jari. Biasanya, serviks akan sedikit tegang dan tertutup untuk melindungi bayi anda.
Namun, apabila tubuh anda bersedia untuk bersalin, serviks akan menjadi lebih lembut, mula terbuka (dilatasi) dan sedikit menipis, yang dikenali sebagai cervical effacement.
Jadi, sebelum kelahiran bayi, bukaan bersalin akan mula terbuka dan menipis.
Kredit: Babylist
Penipisan serviks dikira dalam bentuk peratus, jadi apabila serviks anda menipis 100%, itu tandanya ia sudah cukup nipis (senipis kertas!).
Jadi, mudahlah untuk bayi anda keluar mengikut pintu rahim. Tapi, anda perlu bersabar.
Ini kerana serviks anda biasanya akan mengambil masa berminggu-minggu untuk dilate sebelum anda mula masuk labour room.
Fasa Bukaan Bersalin
Anda mungkin berasa yang apabila anda dilate 1cm, ia bermakna yang anda akan bersalin tidak lama lagi. Bukan begitu sebenarnya.
Serviks yang telah dilate tidak bermaksud yang anda sudah bersedia untuk masuk labour room.
Sebenarnya, anda berkemungkinan untuk mula dilate beberapa minggu sebelum tarikh sebenar untuk bersalin!
Tetapi, kadangkala, ada juga para ibu hamil di luar sana yang sudah bersedia untuk melahirkan anak ketika serviks mereka masih tertutup!
Ini kerana, setiap badan wanita itu berbeza dan setiap kehamilan itu juga adalah unik.
Apabila anda bersedia untuk bersalin, pintu rahim anda akan terbuka antara 0 ke 10cm.
Pemeriksaan vagina akan menentukan saiz dilate anda dan diukur berdasarkan kelebaran jari yang boleh dimasukkan ke dalam bukaan serviks anda.
Info menarik: Kalau anda susah hendak membayangkan saiz pintu rahim terbuka, bayangkan begini. Apabila serviks anda terbuka 10cm, itu adalah sebesar saiz roti bagel atau donat besar!
Fasa Awal
Fasa awal bermula apabila bukaan rahim mencapai sekitar 1cm hingga 4cm.
Serviks anda adalah sebesar saiz bijirin Cheerio
Pada waktu ini, anda bolehlah mula menyiapkan beg bersalin kerana badan anda sedang bersiap sedia untuk melahirkan bayi anda.
Jika hujung satu jari boleh dimasukkan, itu adalah 1cm dilate. Jika dua jari boleh dimasukkan, itu adalah 2cm.
Jarak apabila dua jari ini direnggangkan menunjukkan tahap dilate serviks anda yang seterusnya.
Fasa Aktif
Pada waktu ini, serviks anda sebesar biskut Ritz. Tetapi, jika ini adalah kehamilan anda yang pertama, badan anda mungkin mengambil masa yang sedikit lama untuk sampai ke tahap ini.
Kontraksi menjadi lebih kuat, kerap dan teratur. Rasa sakit mungkin semakin ketara, jadi ibu perlu fokus pada teknik pernafasan atau kaedah lain untuk menguruskan kesakitan.
Inilah masa yang sesuai untuk mendapatkan sokongan daripada pasangan atau jururawat.
Fasa Peralihan
Adakah anda percaya jika kami kata yang pada ukuran dilate 7cm ini, serviks anda sudah terbuka sebesar saiz tin minuman soda?
Sesi bersalin sudah pun bermula pada waktu ini, menyebabkan serviks anda dilate atau terbuka dengan lebih cepat lagi.
Malah, sakit kontraksi juga akan bertambah kuat, lama dan semakin pedih!
Rasa tekanan pada bahagian bawah badan mungkin semakin meningkat menandakan bayi hampir dilahirkan.
Apabila anda dilate 10cm, serviks anda sudah pun terbuka sepenuhnya. Anda juga mungkin akan diminta untuk mula meneran sebaik sahaja serviks anda terbuka dan menipis.
Tahukah anda? Sesetengah ibu hamil menyamakan bukaan dilate pintu rahim seperti seolah-olah kuntuman bunga yang sedang mengembang dan terbuka.
7 Cara Cepat Bukaan Bersalin
Walaupun sebenarnya adalah lebih baik untuk anda membiarkan badan anda melakukannya secara sendiri dan semulajadi, masih ada beberapa langkah yang boleh anda ambil untuk mempercepatkan proses bukaan pintu rahim.
1. Membayangkan Secara Positif
Ia adalah saranan yang baik untuk anda kekal bertenang, berfikiran positif dan membayangkan secara visual bukaan serviks anda.
Ulangi juga mantra:
“Serviks saya mudah terbuka, umpama bunga. Pelvis saya mengembang dan terbuka. Otot saya tenang dan rileks.”
Bagi mereka yang beragama Islam, banyakkan berzikir ketika ini, berdoa supaya dipermudahkan urusan bersalin.
Amalkan juga cara pernafasan yang betul untuk kekal tenang dan bersedia.
2. Mandi Air Panas
Dengan mandi air panas (yang suam!), ia akan membantu anda menenangkan otot dan menghilangkan stress. Badan anda akan lebih bersedia untuk melalui proses bersalin.
3. Urutan Lembut
Minta suami anda untuk memberikan urutan lembut kerana ia membantu untuk menenangkan anda. Ia juga bermanfaat untuk proses pembukaan serviks.
Anda boleh memilih sama ada untuk duduk atau berbaring dalam posisi yang selesa. Mainkan juga muzik atau zikir yang menenangkan.
4. Berhubungan Intim Dengan Suami
Alang-alang suami anda memberikan urutan, teruskan sahaja bersenggama dengan suami.
Hormon dalam sperma suami anda (prostaglandins) dapat membantu serviks anda untuk terbuka dan menipis!
Selepas anda mengalami orgasm atau payudara anda terangsang, badan anda akan merembeskan oksitoksin, iaitu hormon yang turut menggalakkan serviks anda untuk terbuka.
5. Berjalan Perlahan
Berjalan menaiki dan turun tangga juga dapat membantu untuk membuka pintu rahim.
Pastikan bukaan langkah anda panjang dan perlahan supaya serviks anda boleh meregang dengan baik, dan seterusnya dilate!
6. Buang Air Kecil
Pundi kencing yang penuh akan menghalang rasa sakit kontraksi yang memberikan sedikit tekanan pada serviks, dan akibatnya melambatkan proses bukaan.
Jadi, kosongkan pundi kencing anda dengan banyakkan membuang air.
Ya, anda perlu kekal hidrasi tetapi ingat juga yang membuang air dengan kerap dapat mempercepatkan proses bukaan!
7. Senaman Ringan
Anda tidak perlulah sampai menyertai kelas Zumba atau membuat senaman yang berat untuk membuatkan bayi anda cepat keluar.
Cukuplah sekadar banyakkan berjalan. Bayi anda akan lebih mudah untuk turun ke pintu rahim. Semua ini adalah kerana pergerakan aktif anda.
Tekanan dari kepala bayi anda dalam rahim juga dapat membuatkan serviks cepat terbuka dan menipis.
Ia juga merangsang sakit kontraksi yang turut menggalakkan anda untuk dilate.
Jangan risau soal ukuran bukaan serviks. Sama ada anda rasa kontraksi atau tidak, biarkan badan anda bekerja secara semula jadi. Kekal tenang dan bersedia untuk melalui detik kelahiran yang indah!
Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
Baca juga: Kontraksi berjam-jam, tapi bukaan perlahan? Ini 14 cara lancarkan proses bersalin
Baca juga: Stenosis Serviks, Kenali Tanda Mulut Rahim Kecil Yang Menyebabkan Wanita Sukar Hamil
Baca juga: 10 cara jaga rahim agar sihat dan TAK ROSAK, mulakan ia sekarang!
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!