TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Awas, Jangan Sesekali Goncang Bayi! Ini Boleh Menyebabkan Risiko Kerosakan Otak

4 min bacaan
Awas, Jangan Sesekali Goncang Bayi! Ini Boleh Menyebabkan Risiko Kerosakan Otak

Pasangan suami isteri perlu sedar pentingnya berkerjasama: mungkin ibu atau bapa anak itu cuma perlukan 5 minit untuk berehat, bertenang dan beralih dari situasi yang tension sangat itu. Ini boleh membantu mengelak daripada melakukan sesuatu yang boleh membahayakan anak.

Menggoncang bayi boleh menyebabkan trauma kepala dan memusnahkan sel-sel yang boleh menghalang oksigen ke otak.

Tetapi apabila ibu bapa/pengasuh menghadapi cabaran untuk menjaga bayi yang asyik menangis, kadang-kadang ini boleh menyebabkan mereka menggoncang bayi itu akibat tekanan dan rasa marah.

Menurut Pakar Bedah Otak, Hospital Pantai Klang, Dr. Gunasegaran Thangaveloo, statistik menunjukkan. 25 peratus kanak-kanak yang digoncang dengan kuat telah meninggal dunia akibat kecederaan yang dialami

Isi Kandungan

  • Sindrom Goncang Bayi (Shaken Baby Sindrom) (SBS)
  • Kesan Sindrom Menggoncang Bayi
  • Tanda-tanda Bayi Telah Digoncang 

Sindrom Goncang Bayi (Shaken Baby Sindrom) (SBS)

Sindrom Goncang Bayi sebenarnya dianggap sebagai satu bentuk penderaan kanak-kanak. Kecederaan pada otak boleh berlaku apabila seseorang menghempas bayi ke arah satu objek, melambung, menyentak atau menggoncang bayi itu. 

Bayi mangsa sindrom ini biasanya telah digoncang oleh orang dewasa pada bahagian tangan, kaki, dada atau bahu bayi tersebut.

menggoncang bayi

Sebuah anak patung elektronik yang dinamakan Shaken Baby, telah dilancarkan di Stuttgart, Jerman, sebagai sebahagian daripada kempen untuk meningkatkan kesedaran tentang bahayanya goncang bayi. 

Apabila anak patung itu digoncang, lampu merah akan menyala untuk menunjukkan kawasan otak bayi yang cedera.

Pencipta anak patung tersebut berharap dengan adanya imej visual yang mengejutkan, orang ramai akan sedar dan mengelak dari perbuatan menggoncang bayi ketika marah.

Kesan Sindrom Menggoncang Bayi

Sindrom goncang bayi ini boleh memberi kesan yang serius dan selalunya kekal pada kesihatan dan perkembangan bayi. Kesan-kesannya berbeza-beza bergantung pada keterukan gegaran dan umur kanak-kanak, tetapi boleh termasuk:

menggoncang bayi

Kredit: PHOTOSHOT / AVALON.RED

  • Menyebabkan tisu otak, salur darah dan saraf pada otak terkoyak
  • Mengakibatkan otak terhentak pada tempurung kepala kerana ia disokong oleh otot-otot tengkuk yang tidak kuat
  • Menyebabkan tisu otak berdarah dan membengkak kerana saluran darah di dalam otak bayi masih lembut. Ini boleh menyebabkan kelewatan perkembangan, kesukaran pembelajaran dan ketidakupayaan fizikal.
  • Kekuatan goncangan boleh menyebabkan pendarahan pada mata, membawa kepada masalah penglihatan atau buta.
  • Gegaran boleh menyebabkan kerosakan pada telinga dalam, menyebabkan kehilangan pendengaran atau masalah keseimbangan.
  • Menyebabkan sawan atau epilepsi, yang boleh memberi kesan jangka panjang pada kesihatan dan perkembangan kanak-kanak.
  • Dalam sesetengah kes, SBS boleh menyebabkan cerebral palsy, keadaan yang menjejaskan kawalan dan pergerakan otot.
  • Dalam kes yang teruk, SBS boleh membawa maut, sama ada serta-merta kematian atau akibat komplikasi jangka panjang.

Ibu dan ayah perlu ingat bahawa kesan SBS mungkin tidak kelihatan serta-merta dan boleh berkembang dari semasa ke semasa. Diagnosis dan rawatan awal dapat membantu anak-anak pulih, tetapi pencegahan adalah kunci utama dalam mengelakkan SBS. Pengasuh harus mempelajari cara yang sihat untuk mengatasi tekanan dan kekecewaan dan mendapatkan sokongan jika mereka berasa sedih atau marah.

Tanda-tanda Bayi Telah Digoncang 

Awas, Jangan Sesekali Goncang Bayi! Ini Boleh Menyebabkan Risiko Kerosakan Otak

Bagaimanapun, kecederaan ringan tidak akan menunjukkan tanda-tanda SBS yang ketara. Kebanyakan kes kanak-kanak yang mengalami kecederaan pada otak ini secara fizikalnya tidak mempunyai apa-apa tanda yang berbahaya pada bahagian luar tubuh mereka.

Yang paling sedih, mangsa-mangsa bayi tidak berupaya untuk memberitahu ibu bapa mereka tentang kesakitan yang dialami.

Tanda-tanda sindrom goncang bayi pada bayi atau kanak-kanak mungkin akan nampak seperti berikut: 

  • Muntah-muntah,
  • Terlalu sensitif,
  • Merungut,
  • Lembap dan tidak lalu makan,
  • Sawan,
  • Mempunyai denyutan jantung yang perlahan,
  • Masalah pendengaran atau
  • Pendarahan di dalam mata bayi tersebut.
  • Dalam kes serius bayi tersebut boleh menjadi lumpuh ataupun koma.

Oleh itu, ibu bapa, penjaga ataupun pengasuh dinasihatkan supaya jangan menggoncang bayi atau kanak-kanak kerana ia boleh memudaratkan kesihatan mereka.

Walaupun rasa stress apabila anak tak berhenti-henti menanggis cubalah kaedah-kaedah lain untuk menenangkan mereka. Ataupun suruh suami, kawan ataupun ahli keluarga lain untuk mengambil alih untuk seketika sehingga rasa marah itu reda.

Pasangan suami isteri perlu sedar pentingnya berkerjasama: mungkin ibu atau bapa anak itu cuma perlukan 5 minit untuk berehat, bertenang dan beralih dari situasi yang tension sangat itu. Ini boleh membantu mengelak daripada melakukan sesuatu yang boleh membahayakan anak.

Stories Rakan Kongsi
Here’s Why Your Child’s Gut Health is Important
Here’s Why Your Child’s Gut Health is Important
Nampak Biasa, Tapi Bahaya: Skin Barrier Lemah Boleh Menjejaskan Kesihatan Anak Seumur Hidup
Nampak Biasa, Tapi Bahaya: Skin Barrier Lemah Boleh Menjejaskan Kesihatan Anak Seumur Hidup
Kulit Bayi Sihat Bermula Dari Awal, Ini Sebab Kenapa 12 Bulan Pertama Penting Untuk Perkembangan Skin Barrier
Kulit Bayi Sihat Bermula Dari Awal, Ini Sebab Kenapa 12 Bulan Pertama Penting Untuk Perkembangan Skin Barrier
Pentingnya Lampin Bayi Terbaik Yang Diluluskan Pakar Pediatrik Demi Menjaga Kulit Bayi Yang Sensitif
Pentingnya Lampin Bayi Terbaik Yang Diluluskan Pakar Pediatrik Demi Menjaga Kulit Bayi Yang Sensitif

Sekiranya anak dihantar ke pengasuh, pastikan ia adalah pengasuh bertauliah atau taska berdaftar. Jika tempat tersebut ada kamera litar tertutup, minta akses supaya anda dapat pantau keadaan anak-anak. Percaya pada naluri hati anda, jika ada sesuatu tidak kena, jangan tunggu. Segera dapat bantuan.

Jika anda mengesyaki anak anda mangsa sindrom ini, jangan lengah lengah lagi dan dapatkan bantuan doktor dan pihak berkuasa dengan segera.

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  Bayi 18 bulan mati akibat bapa angkat goncang hingga tengkorak retak!

Baca juga: Pertolongan Cemas: Apa Perlu Anda Buat Jika Bayi Tak Bergerak, Tapi Masih Bernafas?

Baca juga:  Cara-cara mengendali kecederaan kepala bayi

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Rosanna Chio

  • halaman rumah
  • /
  • Perkembangan bayi
  • /
  • Awas, Jangan Sesekali Goncang Bayi! Ini Boleh Menyebabkan Risiko Kerosakan Otak
Kongsikan:
  • Here’s Why Your Child’s Gut Health is Important
    Stories Rakan Kongsi

    Here’s Why Your Child’s Gut Health is Important

  • Tanda Kuning Bayi Turun: 7 Petunjuk Kulit & Mata Semakin Pulih, Ibu Dah Boleh Tarik Nafas Lega!

    Tanda Kuning Bayi Turun: 7 Petunjuk Kulit & Mata Semakin Pulih, Ibu Dah Boleh Tarik Nafas Lega!

  • Cara Membantu Kulit Bayi Capai Kematangan Penuh, Panduan Agar Kulit Si Manja Kuat & Sihat

    Cara Membantu Kulit Bayi Capai Kematangan Penuh, Panduan Agar Kulit Si Manja Kuat & Sihat

  • Here’s Why Your Child’s Gut Health is Important
    Stories Rakan Kongsi

    Here’s Why Your Child’s Gut Health is Important

  • Tanda Kuning Bayi Turun: 7 Petunjuk Kulit & Mata Semakin Pulih, Ibu Dah Boleh Tarik Nafas Lega!

    Tanda Kuning Bayi Turun: 7 Petunjuk Kulit & Mata Semakin Pulih, Ibu Dah Boleh Tarik Nafas Lega!

  • Cara Membantu Kulit Bayi Capai Kematangan Penuh, Panduan Agar Kulit Si Manja Kuat & Sihat

    Cara Membantu Kulit Bayi Capai Kematangan Penuh, Panduan Agar Kulit Si Manja Kuat & Sihat

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham