X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Kesan Penderaan Kanak-Kanak Boleh Membawa Maut, Ibu Ayah Kena Alert Perubahan Anak

4 min bacaan
Kesan Penderaan Kanak-Kanak Boleh Membawa Maut, Ibu Ayah Kena Alert Perubahan Anak

Kesan penderaan kanak-kanak meliputi aspek berkaitan perkembangan minda, fizikal dan tingkah laku. Mereka juga mungkin mengalami trauma yang berpanjangan

Kes jenayah melibatkan bayi dan anak yang masih kecil dalam sesuatu kejadian bukanlah perkara asing lagi dalam kalangan masyarakat. Lebih menyedihkan hampir setiap hari ia berlaku tanpa memikirkan kesan penderaan kanak-kanak terhadap masa hadapan mereka.

Menurut Dasar Perlindungan Kanak-Kanak Negara, penderaan kanak-kanak adalah sebuah pencabulan atau pelanggaran hak mereka untuk membesar dalam keadaan sihat, selamat dan bermaruah.

Kesan penderaan kanak-kanak

kes penderaan kanak-kanak

credit to sources

Menurut rekod daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), kebanyakan kes penderaan melibatkan kanak-kanak dan bayi berlaku disebabkan oleh pelbagai faktor seperti krisis rumah tangga, pengabaian tanggungjawab, tekanan dan masalah mental.

Selain orang luar yang melakukan perbuatan jahat ini, rekod penderaan pada tahun lalu menunjukkan lebih 39 peratus atau 192 kes daripada 685 kes dera dilakukan sendiri oleh ibu kandung.

Bukan itu sahaja, statistik Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat turut mencatatkan 158 kes atau 32 peratus dilakukan oleh golongan bapa, pusat penjagaan kanak-kanak atau pengasuh sebanyak 6 peratus (29 kes) manakala ibu tiri hanya 3 peratus atau 15 kes sahaja.

Sepanjang tahun 2019 lalu, panggilan yang diterima melalui Talian Kasih meningkat melebihi 70 peratus berbanding 15, 046 panggilan pada tahun sebelumnya. 

Antara kesan penderaan kanak-kanak yang perlu anda perhatikan ialah:

#1. Keadaan fizikal

Meneliti setiap bahagian anggota tubuh badan adalah penting bagi mengenal pasti berlaku perubahan atau penganiayaan. Ia sekaligus dapat melindungi diri mangsa dari terus dicederakan.

Kesan penderaan fizikal adalah lebih mudah dilihat berbanding penderaan lain kerana menunjukkan beberapa kesan seperti:

  • Sukar untuk duduk atau berjalan
  • Menahan sakit
  • Lebam atau bengkak
  • Cedera dan berdarah
  • Sakit pada kemaluan
  • Luka terbakar

Dalam hal ini, anak kecil mungkin takut dan tidak akan memberitahu kepada sesiapa tentang masalah yang dihadapi. Mereka mungkin merasakan bahawa tiada sesiapa yang boleh membantu atau orang sekeliling juga tidak boleh dipercayai.

#2. Menganggu proses perkembangan

kes penderaan bayi dan kanak-kanak

foto: shutterstock

Secara umumnya, otak manusia akan melalui tahap perkembangan luar biasa ketika masih bayi dan kanak-kanak. Kejadian yang sama dan berulang terjadi sebenarnya boleh mendatangkan kesan terhadap diri si manja dan menyebabkan otak tidak aktif.

Bukan itu sahaja, anak yang terlibat dalam penderaan ini turut mengalami gangguan terhadap masalah kesihatan bagi jangka masa panjang seperti:

  • Sukar untuk mendengar atau menumpukan perhatian
  • Berlaku ketidakseimbangan kemahiran emosi, kognitif dan sosial
  • Mudah diserang penyakit jantung, tekanan darah tinggi dan obesiti
  • Terlibat dengan dadah atau alkohol
  • Pendedahan kepada gejala tidak sihat

#3. Kesan terhadap tingkah laku

Anak kecil menderita akibat sering dikasari atau didera cenderung untuk memiliki tahap keyakinan diri yang kurang dan tidak percaya kepada sesiapa sahaja di sekeliling mereka. 

Hal ini mungkin kerana sukar untuk meluahkan perasaan sebenar sehingga ia menganggu fikiran dan memberikan tekanan emosi. Semakin lama tempoh penderaan ini berlaku, semakin teruk kesannya terhadap perkembangan kanak-kanak.

Dalam sesetengah kes, penderitaan ini berterusan sehinggalah anak memasuki alam remaja dan menyebabkan kemurungan yang agak teruk. Antara kesannya adalah seperti:

  • Berani mencederakan diri
  • Sukar tidur malam
  • Suka menjauhkan diri daripada orang lain
  • Tabiat pemakanan tidak teratur
  • Sukar memberikan perhatian
  • Sering rasa gelisah dan murung

Langkah mengelakkan anak menjadi mangsa dera di rumah pengasuh

masalah penderaan kanak-kanak

credit to sources

Sebelum anda meninggalkan bayi atau anak yang masih kecil di rumah jagaan, perhatikan beberapa perkara penting agar tidak berlaku sebarang kejadian tidak diingini.

Tidak dinafikan sebahagiannya melakukan tugas ini adalah untuk mendapatkan duit semata-mata tanpa mengutamakan nilai kasih sayang. Ibu ayah jangan meletakkan kepercayaan sepenuhnya pada pengasuh kerana luaran mereka kelihatan baik dan bertanggungjawab.

Antara langkah bagi mengelakkan anak menjadi mangsa dera ialah:

Stories Rakan Kongsi
"Demam" Avengers: Endgame Masih Belum Habis & Kini Cuti Sekolah, Apa Lagi Aktiviti Menarik Yang Anda Boleh Buat Bersama Anak?
"Demam" Avengers: Endgame Masih Belum Habis & Kini Cuti Sekolah, Apa Lagi Aktiviti Menarik Yang Anda Boleh Buat Bersama Anak?
Why we should be concerned about parabens in baby products
Why we should be concerned about parabens in baby products
  1. Bertanyakan ibu bapa anak yang lain atau jiran-jiran tentang cara penjagaan kanak-kanak yang dipraktikkan oleh pusat jagaan berkenaan.
  2. Sekiranya anda mengesyaki perubahan sesuatu, jangan teragak-agak untuk melakukan pemeriksaan secara mengejut.
  3. Pastikan anda menyimpan bukti bagi memudahkan proses laporan polis dengan mengambil gambar atau merakam video keadaan bayi serta tindakan pengasuh di rumah jagaan.
  4. Jika mendapati anak pulang sering menangis, terdapat kesan lebam atau kecederaan, dapatkan penjelasan daripada pihak pengasuh.
  5. Periksa kebenaran setiap aduan yang diperkatakan oleh pengasuh tentang anak sering berkelakuan negatif dan tidak sama dengan kanak-kanak lain.

Sumber: Harian Metro, Ijcwed

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.comkes-dera

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Kids
  • /
  • Kesan Penderaan Kanak-Kanak Boleh Membawa Maut, Ibu Ayah Kena Alert Perubahan Anak
Kongsikan:
  • Talian Kes Dera Anak Meningkat 57% Sepanjang Kawalan Pergerakan Di Musim Covid-19

    Talian Kes Dera Anak Meningkat 57% Sepanjang Kawalan Pergerakan Di Musim Covid-19

  • Kesiannya! Budak 5 Tahun Terbaring Di Kawasan Loji, Muka & Badan Penuh Kesan Luka

    Kesiannya! Budak 5 Tahun Terbaring Di Kawasan Loji, Muka & Badan Penuh Kesan Luka

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

  • Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

    Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

  • Talian Kes Dera Anak Meningkat 57% Sepanjang Kawalan Pergerakan Di Musim Covid-19

    Talian Kes Dera Anak Meningkat 57% Sepanjang Kawalan Pergerakan Di Musim Covid-19

  • Kesiannya! Budak 5 Tahun Terbaring Di Kawasan Loji, Muka & Badan Penuh Kesan Luka

    Kesiannya! Budak 5 Tahun Terbaring Di Kawasan Loji, Muka & Badan Penuh Kesan Luka

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

  • Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

    Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.