Persoalan yang sering timbul daripada ibu ayah baharu adalah; “Bedung bayi sampai umur berapa?” Bagi anda yang baru pertama kali bergelar ibu ayah, setiap hari merupakan proses dan pembelajaran baharu dalam membesarkan Si Manja.
Keadaan ini mungkin akan menimbulkan pelbagai kekeliruan termasuklah bedung bayi sampai umur berapa, bagaimana cara menenangkan anak dan teknik penyusuan sempurna serta lain-lain perkara lagi.
Sebenarnya, penggunaan bedung atau balutan tubuh bayi yang baru lahir berperanan untuk memastikan tidur lebih lena dan mengurangkan kebarangkalian si manja terjaga.
Mengapa Bayi Perlu Dibedung?

Ibu ayah perlu mengetahui bahawa bedung ini berfungsi sebagai salah satu keselesaan buat bayi supaya tidak sejuk terutama sebaik sahaja mereka lahir.
Bayi akan terdedah kepada persekitaran yang luas dan wad hospital yang sejuk. Tambahan pula, dengan membedung mereka akan tidur dengan lebih lama daripada orang dewasa.
Malah, bedung baby juga akan mengelakkan bayi daripada terkejut dan terjaga dari tidur akibat sentuhan.
Kelebihan Bedung Bayi
Di bawah merupakan antara kebaikan dan kelebihan membedung bayi:
- Membantu bayi anda untuk menyesuaikan diri dengan suhu persekitaran.
- Menahan refleksi gerakan tangan dan kakinya yang akan menganggu tidur si manja.
- Bayi akan mudah mengantuk apabila dibedung.
- Ibu ayah juga akan mudah untuk mendukung dan mendodoi bayi yang dibedung.
Walaupun banyak kebaikan bedung bayi pastikan anda tidak membedung bayi terlalu lama kerana kaki dan pahanya juga perlu bergerak untuk proses perkembangannya.
Cara Bedung Bayi Dengan Betul
Pakar mengatakan, bayi mudah diserang risiko ‘hip dysplasia’ iaitu gangguan sendi pinggul yang mana bahagian di atas tulang peha tidak berada disoketnya.
Kebanyakan para ibu akan menarik dan menekan kaki bayinya sebelum lilit kain bedung yang mana dikatakan untuk mengelakkan kaki bayi ‘pengkar’.
Walau bagaimanapun, ia akan menyebabkan kaki bayi tidak bebas bergerak.
Bayi menangis atas beberapa sebab, antaranya dia rasa tidak selamat dan tidak dilindungi. Jadi dengan membedungnya, dia akan rasa lebih tenang, dilindungi dan selamat.
Berikut merupakan cara bedung bayi yang betul:

Bila Anda Perlu Berhenti Bedung Bayi
Sejak zaman dahulu, amalan membedung bayi menggunakan sehelai kain bedung baby dianggap penting bagi membolehkannya rasa selamat serta mengelakkan gangguan oleh refleks penyentakan badan.
Ibu ayah mungkin pernah berdepan bayi tersentak-sentak ketika waktu tidur. Jangan risau kerana ia adalah sesuatu yang normal dan dipanggil refleks sentakan (kejutan hipnagogik).
Seorang doktor selebriti, Dr. Says menjawab persoalan mengenai bedung bayi sampai umur berapa.
Pada kebiasaannya bayi perlu dibedung bermula minggu pertama kelahiran sehinggalah si manja memasuki usia 3 atau 4 bulan. Kebiasaannya mereka akan mula menunjukkan tanda-tanda keupayaan meniarap dan berguling.
Manakala, menurut The American Academy of Pediatrics pula, bayi tidak perlu dibedung sekitar 2 hingga 3 bulan kerana dia mungkin sudah memiliki kekuatan fizikal untuk bergerak lebih aktif. Bukan itu sahaja, refleks terkejut atau startle reflex akan berkurang pada usia ini dan bayi biasanya akan tidur dengan lebih lena.
Perkara Penting Perlu Diingat Ketika Bedung Bayi
#1. Posisi tidur si manja
Bagi mengurangkan risiko kematian bayi (Sindrom Kematian Bayi Mendadak), ibu ayah perlu meletakkan si manja tidur di belakangnya setiap kali di tempat tidur. Sesetengah kajian mendapati peningkatan risiko SIDS dan sesak nafas berlaku ketika bayi dibedung dan diletakkan di bahagian perut atau bergolek ke atas perut.
Sering didengar kematian mengejut membabitkan bayi, jadi dengan membedungnya, menurut doktor ia dapat mengurangkan risiko kematian mengejut dalam kalangan bayi.
#2. Memastikan ada sedikit ruang
Menurut pakar, apabila kaki dan pinggul bayi tidak dapat bergerak dengan bebas, ia berupaya meningkatkan risiko bayi terkena hip dysplasia.
Ia adalah satu bentuk gangguan di sendi pinggul iaitu bahagian atas tulang peha tidak berada tepat pada soketnya. Dalam jangka masa panjang, keadaan ini akan menjejaskan perkembangan sendi kaki dan pinggul bayi.
#3. Kemaskan bahagian atas bedung
Segelintir ibu akan memberikan sepenuhnya perhatian terhadap bedung bawah iaitu kaki dan memberi kelonggaran pada bahagian atas. Sebenarnya, ia adalah secara yang salah.
Sepatutnya, ibu perlu memastikan bahagian lengan si manja dibedung dengan kemas serta dililit rapi. Ini adalah sangat penting sekiranya kain bedung bahagian atas terbuka, tanpa disedari ia boleh menjadi faktor bayi lemas atau risiko SIDS (sudden infant death syndrome).
#4. Pilih jenis kain bedung yang selesa
Pada zaman moden ini, terdapat variasi pilihan produk bayi termasuklah kain bedung. Dengan pelbagai rekaan dan corak menarik, para ibu pastinya akan rambang mata!
Hal yang perlu diingati ialah fakor penting dalam memilih kain bedung ini antaranya adalah kesesuaian fabrik dengan suhu negara di Malaysia. Anda perlu memastikan kain tersebut tidak terlalu tebal sehingga menyebabkan bayi jadi tidak selesa setelah dibedung.
Selain itu, ibu ayah juga dinasihatkan untuk memberikan susu dan menukar lampin bayi terlebih dahulu. Apabila keperluan ini tidak dipenuhi, si manja mungkin akan meragam dan tidak selesa setelah dibedung.
Pastikan juga anda tidak membedung dengan terlalu ketat kerana otot bayi masih lembut dan gunakan jenis kain yang sesuai supaya bayi tidak kepanasan.
Kesan Bedung Bayi Terlalu Lama

Sekiranya bayi menunjukkan rasa tidak selesa dan sukar tidur tanpa dibedung, ibu ayah bolehlah terus membedungnya untuk beberapa bulan lagi bagi memudahkan proses tidur si manja.
Walau bagaimanapun, elakkan membedung bayi dalam tempoh yang terlalu lama kerana ada yang mengatakan selepas usia tersebut, bedung boleh menjejaskan proses perkembangan fizikal dan otot.
Tanpa penggunaan bedung, sentuhan kulit ke kulit antara ibu dan bayi dapat berlaku lebih kerap. Inilah yang dapat mengeratkan hubungan dan membuatkan si manja rasa lebih selesa apabila melihat anda.
Justeru, amalan membedung bayi merupakan kaedah tradisional yang membungkus bayi dengan kemas supaya dirinya berasa lebih aman dan selamat. Dengan teknik betul, si manja akan mendapat manfaatnya. Namun jika tersalah cara, boleh menyebabkan hip dysplasia.
Oleh itu, ibu ayah perlu lebih peka dan buat kajian lebih awal terhadap mengenai bedung bayi. Ketahui berapa lama dan kesan bedung terhadap bayi. Jika anda tidak pasti, tanya kepada doktor, bukan rujuk pada teman-teman sahaja.
Semoga bermanfaat.
Jika bayi sudah menunjukkan pergerakan untuk meniarap, hentikan membedung mereka. Semakin besar bayi semakin banyak pergerakkan yang mereka lakukan.
Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Bedung Bayi Terlalu Ketat Boleh Ganggu Fungsi Sendi Pinggulnya! Doktor Ini Kongsi Sebabnya
Baca juga: Ibu Ayah Perlu Bedung Bayi Sampai Umur Berapa? Jika Terlajak Boleh Beri Kesan Bahaya!
Baca juga: Jururawat Kongsi 4 Langkah Bedung Bayi Untuk Mudahkan Mereka Tidur, Memang Berkesan!
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!