X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Ibu Hamil Jangan Stres Bila Kena Braxton Hicks, Ia Persediaan Awal Badan Untuk Bersalin

6 min bacaan
Ibu Hamil Jangan Stres Bila Kena Braxton Hicks, Ia Persediaan Awal Badan Untuk Bersalin

Braxton hicks berlaku masa hamil di mana anda merasakan otot rahim mengecut tiba-tiba, seperti berlakunya kontraksi.

Di trimester terakhir kehamilan, rahim anda mungkin sudah mula berlatih kontraksi untuk melahirkan bayi dan kontraksi-kontraksi kecil akan mulai muncul kerana ‘melatih’ rahim supaya boleh memudahkan  bayi keluar. Ini yang dinamakan sebagai Braxton Hicks atau kontraksi palsu.

Anda akan merasakan otot rahim mengecut dengan tiba-tiba. Ibu hamil boleh meletakkan tangan di atas perut dan merasa betapa keras perut untuk beberapa saat. Setiap pengecutan hanya akan mengambil masa selama beberapa saat sahaja, dan ia boleh berlaku berulang kali pada bila-bila masa.

Ibu hamil akan rasa tidak selesa dan mungkin sedikit terkejut ketika ia berlaku, tapi bukan semua ibu hamil akan mengalaminya.

Isi Kandungan

  • Apa Itu Braxton Hicks
  • Bagaimanakah Rasa Kontraksi Braxton Hicks?
  • Bilakah Kontraksi Braxton Hicks Bermula?
  • Punca Kontraksi Braxton Hicks
  • Berapa Lama Kontraksi Braxton Hicks Berlangsung?
  • Beza Braxton Hicks Dengan Kontraksi Sebenar

Apa Itu Braxton Hicks

braxton hicks, braxton hicks start

Kontraksi Braxton Hicks ialah sakit bersalin “palsu” yang mungkin dialami oleh wanita hamil sebelum bersalin yang “sebenar”.

Ia adalah cara badan anda bersiap sedia untuk hari bersalin yang sebenar dan bukannya bermakna anda akan bersalin terus. Sebelum anda benar-benar bersalin, anda mungkin mengalami kontraksi palsu ini. 

Otot rahim anda melentur sebagai persediaan untuk ‘kerja penting’ yang perlu mereka lakukan dalam masa terdekat. Perlu diingat bahawa walaupun ia sukar untuk dibezakan daripada perkara sebenar, ia tidak cukup cekap untuk menolak bayi anda seperti kontraksi bersalin yang sebenar.

Bagaimanakah Rasa Kontraksi Braxton Hicks?

Kontraksi Braxton Hicks start atau bermula dengan pengetatan yang tidak selesa tetapi tidak menyakitkan yang bermula di bahagian atas otot rahim anda dan merebak ke bawah.

Keadaan ini menyebabkan perut anda menjadi sangat keras dan hampir runcing. Sebaik sahaja anda semakin hampir dengan anggaran tarikh bersalin, anda mungkin akan alaminya dengan lebih kerap.

Jika anda seorang bakal ibu yang baru dalam kehamilan pertama anda, anda mungkin tidak perasan mengenai kontraksi ini. Tetapi orang pertama kali pun kadang-kadang menyedarinya.

Bilakah Kontraksi Braxton Hicks Bermula?

braxton hicks, braxton hicks start

Kontraksi ini boleh bermula bila-bila masa selepas minggu ke-20 kehamilan pada trimester kedua, walaupun ia lebih ketara pada bulan-bulan berikut, pada trimester ketiga.

Ia akan semakin kerap berlaku sekitar minggu ke-32 sehingga proses bersalin sebenar bermula.

Punca Kontraksi Braxton Hicks

Hormon kehamilan anda bekerja keras, menghantar mesej ke badan anda untuk memulakan proses bersalin secara perlahan.

Berapa Lama Kontraksi Braxton Hicks Berlangsung?

Kontraksi palsu ini biasanya hanya berlaku antara 15 dan 30 saat, walaupun ia boleh berlangsung selama dua minit. Ia tidak sakit, namun boleh membuatkan anda tidak selesa sepanjang ia berlaku.

Beza Braxton Hicks Dengan Kontraksi Sebenar

braxton hicks, braxton hicks start

Kontraksi Braxton Hicks adalah tidak teratur dan tetap, tidak dapat diramalkan dan tidak pernah menjadi sangat menyakitkan. Mereka datang dan pergi pada selang masa yang rawak dan akan berhenti apabila anda menukar posisi atau berjalan-jalan.

Sebaliknya, kontraksi bersalin sebenar akan datang pada selang masa yang lebih tetap dan berlangsung hampir 60 saat setiap satu. Kontraksi ini secara beransur-ansur akan berasa lebih sakit dan semakin kerap.

Tiada apa-apa yang boleh anda lakukan bagi membantu meredakan kontraksi sebenar, bahkan anda juga akan sukar untuk berjalan mahupun bercakap. 

Fahami perbezaan lanjut antara kontraksi palsu dengan kontraksi sebenar seperti di bawah:

#1. Kekerapan kontraksi berlaku

  • Braxton Hicks – Kontraksi tidak teratur. Ia tidak semakin rapat.
  • Kontraksi Sebenar – Kontraksi berlaku secara konsisten dengan lebih kuat dan lebih rapat.

#2. Berapa lama ia akan berlaku?

  • Braxton Hicks – Berakhir antara 30 hingga 90 saat
  • Kontraksi Sebenar – Tidak dapat dijangka

#3. Adakah ia berubah jika anda bergerak?

  • Braxton Hicks – Berjalan atau mengubah posisi boleh menyebabkan kontraksi ini berhenti
  • Kontraksi Sebenar – Kontraksi tidak berubah bahkan akan menjadi lebih teruk jika anda berjalan atau mengubah posisi

#4. Berapa kuat kontraksi berlaku?

  • Braxton Hicks – Berbeza dari lemah ke kuat. Atau juga dari kuat, kemudian menjadi lemah
  • Kontraksi Sebenar – Semakin kuat dan terlalu sakit. Berjalan dan bercakap menjadi sukar

#5. Di manakah kesakitan berlaku?

  • Braxton Hicks – Di depan perut anda
  • Kontraksi Sebenar – Di dalam serviks, perut atau bawah punggung anda. Kesakitan boleh dirasai di seluruh badan anda.

#6. Apakah gejala bersalin lain yang ada?

  • Braxton Hicks – Biasanya tiada
  • Kontraksi Sebenar – Air ketuban anda mungkin pecah, atau anda mungkin mengalami pendarahan atau kehilangan palam lendir anda.

10 Sebab Mengapa Kontraksi Palsu Lagi Teruk Dari Kontraksi Sebenar

Kontraksi palsu ini sebenarnya banyak bermain dengan emosi ibu yang sudah sarat bersalin. Disebabkan itu ia dikatakan lebih teruk rasanya daripada kontraksi sebenar. 

#1. Braxton hicks buat anda tertumpu padanya

Kontraksi Braxton Hicks kadang-kadang sangat kuat dan menyakitkan.  Mustahil anda mampu untuk tidak mengendahnya.

Rasa kekejangan paling ketara apabila ibu sudah sarat hamil dan sudah bersedia untuk melahirkan anak. 

#2. Tapi sebenarnya tiada apa yang berlaku pun! 

OK… mungkin kontraksi palsu ini ada sebabnya. Fungsi kontraksi palsu adalah untuk menyediakan rahim bagi mengalami kontraksi sebenar semasa ingin bersalin.

Namun ramai wanita tidak suka kontraksi palsu ini kerana ia selalu memberi harapan palsu dan kekecewaan kepada ibu yang sudah sarat hamil. 

#3. Ia sungguh menakutkan dan buat ibu hamil risau

Ia boleh menyebabkan rasa risau apabila ibu yang hamil kali pertama merasakan kekejangan rahim yang lebih awal. Apatah lagi kalau ia berlaku semasa anda berseorangan dan tidak pasti kalau anda benar-benar sudah mahu melahirkan anak ataupun tidak.

#4. Ala… kena tipu

Apabila kekejangan itu berakhir dan tidak lagi berulang, rasa macam kena tipu je!

#5. Teruja kerana akan melahirkan anak…

Sediakan beg, telefon suami, beritahu ahli keluarga lain… Tapi tiba-tiba, anda yang sedang beri harapan palsu pada mereka!

#6. …tetapi sebenarnya tidak

Kemudian eh? Tak jadi pulak! Duduk balik.

#7. Mencabar kekuatan mental ibu yang sudah penat hamil

Braxton hicks menyebabkan rasa tidak selesa dan boleh menghalang kegiatan harian ibu hamil tanpa janji yang bayi akan keluar. Ia cuma bermain dengan emosi dan mencabar kekuatan mental ibu tersebut. Penatnya!

#8. Perut besar dan anda sudah penat berjalan macam penguin

Gejala-gejala hamil seperti kaki kembang dan kekejangan kaki semaking teruk. Anda rasa kekok dengan perut yang besar bunting sampai tak nampak kaki.

#9. Kerja rumah masih bertimbun

Kan belum melahirkan anak? Jadi kena juga pergi kerja, buat kerja rumah, menjaga anak… Ingat senang ke?

#10. Tunggu apa lagi?? Cepatlah keluar!

Aduh. Sudahlah ditipu dengan kontraksi palsu, bayi dalam perut ini pun bila nak keluar-keluar?!! Ibu dah tak larat ini…

Stories Rakan Kongsi
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Why all pregnant mums need to know about gestational diabetes
Why all pregnant mums need to know about gestational diabetes
Mengapakah ibu-ibu mengandung dan menyusu memerlukan suplementasi DHA?
Mengapakah ibu-ibu mengandung dan menyusu memerlukan suplementasi DHA?
  1. What to Expect (Sept 27, 2021) www.whattoexpect.com/pregnancy/symptoms-and-solutions/braxton-hicks-contractions.aspx. www.whattoexpect.com/pregnancy/symptoms-and-solutions/braxton-hicks-contractions.aspx
  2. Cleveland Clinic (0ct 5, 2022). Braxton Hicks Contractions. my.clevelandclinic.org/health/symptoms/22965-braxton-hicks
  3. WebMD (March 2, 2020). Braxton Hicks. www.webmd.com/baby/guide/true-false-labor

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Perut Rasa Cramp Ingatkan Nak Period, Ibu Ini Kongsi Cerita Pengalaman Mengandung Kali Pertama

Baca juga: 5 Posisi Tidur Elak Bayi Songsang, Ibu Patut Cuba Sebagai Ikhtiar Untuk Bersalin Normal

Baca juga: Kejang Perut Melampau Awal Kehamilan, Salah Satu Tanda Hamil Ectopic Atau Luar Rahim!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Rosanna Chio

  • halaman rumah
  • /
  • Kehamilan
  • /
  • Ibu Hamil Jangan Stres Bila Kena Braxton Hicks, Ia Persediaan Awal Badan Untuk Bersalin
Kongsikan:
  • Cara Melegakan Rasa Sakit Bersalin, Paling Penting Ibu Hamil Harus Tenang

    Cara Melegakan Rasa Sakit Bersalin, Paling Penting Ibu Hamil Harus Tenang

  • Suami Ini Boleh Rasa Sakit Bersalin Menggunakan Alat, Bolehkah Mereka Tahan Sakitnya Kontraksi?

    Suami Ini Boleh Rasa Sakit Bersalin Menggunakan Alat, Bolehkah Mereka Tahan Sakitnya Kontraksi?

  • Serum Terbaik dan Selamat Digunakan Semasa Hamil Untuk Semua Masalah Kulit

    Serum Terbaik dan Selamat Digunakan Semasa Hamil Untuk Semua Masalah Kulit

  • 5 Perkara Ibu Bapa Baru Perlu Tahu Tentang Rotavirus Pada Bayi dan Anak-Anak Kecil
    Stories Rakan Kongsi

    5 Perkara Ibu Bapa Baru Perlu Tahu Tentang Rotavirus Pada Bayi dan Anak-Anak Kecil

  • Cara Melegakan Rasa Sakit Bersalin, Paling Penting Ibu Hamil Harus Tenang

    Cara Melegakan Rasa Sakit Bersalin, Paling Penting Ibu Hamil Harus Tenang

  • Suami Ini Boleh Rasa Sakit Bersalin Menggunakan Alat, Bolehkah Mereka Tahan Sakitnya Kontraksi?

    Suami Ini Boleh Rasa Sakit Bersalin Menggunakan Alat, Bolehkah Mereka Tahan Sakitnya Kontraksi?

  • Serum Terbaik dan Selamat Digunakan Semasa Hamil Untuk Semua Masalah Kulit

    Serum Terbaik dan Selamat Digunakan Semasa Hamil Untuk Semua Masalah Kulit

  • 5 Perkara Ibu Bapa Baru Perlu Tahu Tentang Rotavirus Pada Bayi dan Anak-Anak Kecil
    Stories Rakan Kongsi

    5 Perkara Ibu Bapa Baru Perlu Tahu Tentang Rotavirus Pada Bayi dan Anak-Anak Kecil

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai kehamilan.