X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Pergerakan Janin Berkurang: Adakah Bayi Anda Dalam Keadaan Baik?- Ini Jawapan Pakar

4 min bacaan
Pergerakan Janin Berkurang: Adakah Bayi Anda Dalam Keadaan Baik?- Ini Jawapan Pakar

Merasai pergerakan bayi dalam perut merupakan momen terindah dan tidak akan dilupakan. Namun,bagaimana ingin tahu ia berada dalam keadaan sihat dan normal?

Setiap ibu hamil pastinya melalui pelbagai cabaran dan perbezaan pengalaman. Apabila terpapar garisan berganda pada ujian kehamilan, saat itulah anda berhadapan kenangan manis yang tidak akan dilupakan sampai bila-bila termasuklah merasai pergerakan bayi dalam perut.

Anugerah terindah yang diberikan ini menjadi detik sangat mengujakan, lebih-lebih lagi buat anda yang pertama kali mengalaminya. Adalah normal jika anda mengambil masa untuk mengenalpasti seolah-olah terdapat ketukan lembut dari dalam perut yang sebenarnya pergerakan bayi anda.

Namun anda perlu tahu bahawa bayi dalam perut tidak akan bergerak sepanjang masa kerana seperti anda juga, dia mahu tidur dan berehat. Menjelang penghujung kehamilan pula, dia akan berehat kira-kira 45 minit sekali. Tempoh ini mungkin menjadi lebih panjang sehingga tidak dapat merasai pergerakan yang dilakukannya.

Bagi membincangkan pergerakan bayi dalam kandungan secara lebih mendalam, kami telah mendapatkan nasihat dari Konsultan Obstetrik dan Gynaecologist, Dr. Wong Yen Shi mengenai kepentingan mengira tendangan bayi dan beberapa pengetahuan mengenainya yang anda boleh praktiskan bersama.

Soalan: Bilakah saya dapat merasai pergerakan bayi dalam perut?

pergerakan bayi dalam perut

credit to sources

Jawapan: Setiap ibu akan mula merasakan pergerakan bayi sekitar 18 hingga 20 minggu pada kehamilan pertama. Namun, segelintir wanita mungkin mengalaminya seawal usia 16 minggu pada kehamilan anak kedua.

Pergerakan bayi pada peringkat awal dianggap sebagai tusukan lembut, bergoyang atau berguling. Menjelang akhir trimester kedua hingga ketiga pula, kebanyakan bayi akan menunjukkan corak sendiri dan hanya ibu mengenalinya.

Walaupun ibu merasai pergerakan bayi ini semakin aktif apabila memasuki usia 32 minggu, jangan risau kerana frekuensi tidak seharusnya mengalami penurunan.

Bayi sihat yang belum lahir tetap aktif dan tidur dalam jangka masa 20 hingga 40 minit sepanjang hari, amat jarang melebihi 90 minit. Semasa waktu rehat ini, ia adalah biasa untuk berasa tenang dan pergerakan perlahan.

Soalan: Apakah yang mempengaruhi pergerakan bayi saya?

Jawapan: Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi persepsi ibu terhadap pergerakan bayi walaupun buktinya tidak kuat.

  • Kedudukan ibu: Pergerakan bayi lebih dirasakan ketika ibu sedang berbaring atau duduk, berbanding daripada dalam keadaan berdiri
  • Berat badan ibu, keseimbangan: BMI tinggi dikatakan dapat mengurangkan sensasi pergerakan bayi.  Ibu yang mempunyai keseimbangan tinggi dikatakan lebih selaras dengan pergerakan bayi mereka. Namun, masih tiada bukti untuk mengesahkannya.
  • Kedudukan bayi, air ketuban & penempatan plasenta: Jumlah cairan amniotik dan plasenta lebih tinggi yang ditempat secara anterior dikatakan dapat mengurangkan persepsi pergerakan janin.
  • Ubat penenang: Dadah dengan kesan penenang sementara akan mengurangkan pergerakan bayi di dalam rahim sehingga ubat tersebut hilang.
  • Faktor waktu: Ramai ibu melaporkan bahawa pergerakan bayi paling baik adalah pada waktu petang dan malam.

Soalan: Apakah pengiraan tendangan janin dan bagaimana untuk melakukannya?

bayi dalam kandungan

credit to sources

Jawapan: Pengiraan tendangan janin adalah cara mengira pergerakan bayi anda dalam jangka masa tertentu. Terdapat pelbagai cara untuk menghitungnya. Berkali-kali, buku harian antenatal anda yang diberikan oleh pakar kandungan atau bidan kebiasannya mempunyai halaman untuk mencatatkan setiap tendangan.

 Jika tiada, anda boleh membuat buku nota sendiri, mencatat setiap kali merasakan pergerakan pertama, setiap kali ia bergerak dan merekodkan masa sehingga mencapai yang kesepuluh. Dalam hal ini, ibu boleh mula mengira pergerakan bayi ketika kandungan 28 minggu. Sebaik-baiknya anda dapat merasakan 10 pergerakan dalam purata 2 jam.

Soalan: Bayi saya tidak aktif hari ini. Apa yang boleh mengurangkan pergerakan janin?

Jawapan:

  1. Bayi sedang berehat
  2. Tekanan ibu, status pemakanan
  3. Membran pecah
  4. Janin tidak sihat atau tidak normal
  5. Kematian janin

Soalan: Apa yang harus saya lakukan sekiranya terdapat penurunan pergerakan janin?

pergerakan bayi dalam perut berkurang

credit to sources

Jawapan: Sekiranya bayi kurang aktif atau berubah dari corak yang biasa, lebih baik anda melaporkannya kepada bidan atau pakar kandungan. Jangan berlengah sehingga menunggu keesokan hari untuk meminta pertolongan.

Sekiranya anda tidak pasti, berbaring di sebelah kiri selama 2 jam dan fokus pada pergerakan bayi. Anda seharusnya dapat menghargai 10 atau lebih pergerakan dalam masa itu. Sekiranya tidak, hubungi lagi pakar obstetrik atau bidan.

Adakah perhitungan tendangan janin dapat mencegah kelahiran mati?

Jawapan: Pengiraan tendangan bayi adalah subjektif dan amat bergantung pada persepsi ibu.

Lebih daripada separuh ibu mengalami kelahiran mati didapati mengalami pengurangan dalam pergerakan janin pada sebelumnya. Namun kajian menunjukkan bahawa pengiraan tendangan janin hanya membantu sedikit atau tidak ada perbezaan pada kadar kelahiran mati.

Oleh itu jumlah tendangan janin bergantung pada sumber yang ada, faktor risiko kelahiran mati dan proses perkembangan bayi.

Stories Rakan Kongsi
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Why all pregnant mums need to know about gestational diabetes
Why all pregnant mums need to know about gestational diabetes
Mengapakah ibu-ibu mengandung dan menyusu memerlukan suplementasi DHA?
Mengapakah ibu-ibu mengandung dan menyusu memerlukan suplementasi DHA?

Soalan: Bolehkah bayi saya bergerak terlalu banyak?

Jawapan: Tidak. Ia adalah petanda baik yang menunjukkan bahawa bayi anda aktif.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Pergerakan Janin Berkurang: Adakah Bayi Anda Dalam Keadaan Baik?- Ini Jawapan Pakar

Baca juga:

https://my.theasianparent.comcara-menambahkan-berat-janin-dalam-kandungan

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Kehamilan
  • /
  • Pergerakan Janin Berkurang: Adakah Bayi Anda Dalam Keadaan Baik?- Ini Jawapan Pakar
Kongsikan:
  • 5 Cara Rangsang Pergerakan Bayi Dalam Perut, Salah Satu Adalah Minum Air Sangat Sejuk!

    5 Cara Rangsang Pergerakan Bayi Dalam Perut, Salah Satu Adalah Minum Air Sangat Sejuk!

  • Janin Bergerak Lembut Tandanya Bayi Perempuan Manakala Bayi Kuat Menendang Bayi Lelaki, Betul Atau Salah?

    Janin Bergerak Lembut Tandanya Bayi Perempuan Manakala Bayi Kuat Menendang Bayi Lelaki, Betul Atau Salah?

  • Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

    Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • 5 Cara Rangsang Pergerakan Bayi Dalam Perut, Salah Satu Adalah Minum Air Sangat Sejuk!

    5 Cara Rangsang Pergerakan Bayi Dalam Perut, Salah Satu Adalah Minum Air Sangat Sejuk!

  • Janin Bergerak Lembut Tandanya Bayi Perempuan Manakala Bayi Kuat Menendang Bayi Lelaki, Betul Atau Salah?

    Janin Bergerak Lembut Tandanya Bayi Perempuan Manakala Bayi Kuat Menendang Bayi Lelaki, Betul Atau Salah?

  • Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

    Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai kehamilan.