X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Sesi Tanya Pakar: Kepentingan Berpantang Selepas Bersalin Bagi Ibu Bersalin Normal & Czer

6 min bacaan
Sesi Tanya Pakar: Kepentingan Berpantang Selepas Bersalin Bagi Ibu Bersalin Normal & Czer

Tempoh berpantang selepas bersalin biasanya antara 30 hari hingga 100 hari, bertujuan untuk memulihkan kembali peranakan dan kesihatan ibu

Tempoh berpantang selepas bersalin adalah tempoh rehat atau pemulihan kesihatan tubuh kembali kepada keadaan asal. Tempoh berpantang berbeza mengikut budaya, tradisi, dan pendapat perubatan.

Secara umum, tempoh berpantang selepas bersalin biasanya berlangsung selama beberapa minggu selepas kelahiran. Ada ibu hanya boleh berpantang selama sebulan dan ada juga patuh berpantang sehingga 100 hari.

Kepentingan tempoh berpantang selepas bersalin

Ada tak antara anda yang masih tidak pasti tentang tempoh berpantang selepas bersalin? Adakah ia perkara yang diwajibkan atau hanya mitos semata? Perlukah ibu menjaga pantang dengan betul? Betulkah jika tidak pantang dengan betul, kita akan sakit bila sudah berumur?

Sesi Tanya Pakar kali ini bersama Puan Mas (Market Researcher), Confinement Consultant di Tungbayee Natural Self Care membincangkan  di laman komuniti theAsianparent Malaysia.

Sesi Tanya Pakar: Kepentingan Berpantang Selepas Bersalin Bagi Ibu Bersalin Normal & Czer

Apa Maksud Berpantang?

Jawapan: Amalan berpantang selepas bersalin diamalkan oleh sebahagian besar Asia. Kebiasanya melibatkan amalan/ rutin pemulihan untuk ibu dalam sesuatu tempoh seperti 30/40/60/100 hari.

Pantang bersalin merangkumi aspek penjagaan dari segi mental dan fizikal. Contohnya memberi sokongan emosi kepada ibu dan pengambilan diet seimbang.

Bagaimana Wujudnya Istilah Perpantang Bersalin?

Jawapan: Amalan pantang bersalin ini wujud sejak zaman dahulu kerana proses bersalin telah memberi trauma kepada tubuh badan ibu. Oleh itu, penjagaan lebih perlu diberikan bagi suatu tempoh bagi memberi peluang tubuh untuk sihat dan Kembali seperti sediakala.

Masih Relevankah Pantang Selepas Bersalin?

tempoh berpantang selepas bersalin, pantang selepas bersalin, makanan pantang bersalin, berapa hari pantang bersalin, pantang selepas bersalin, pantang normal, pantang czer, ibu berpantang

Jawapan: Berpantang masih relevan dan jika diamalkan dengan ilmu yang betul akan memberi kebaikan secara mental dan fizikal kepada ibu.

Perlukah Amalan Berpantang?

Jawapan: Berpantang adalah perlu bagi memberi lebih penjagaan kepada ibu selepas proses kelahiran yang memberi kesan kepada mental dan fizikal ibu.

Perkara Wajib Ada Ketika berpantang

Jawapan: Perkara wajib semasa berpantang adalah penjagaan dari aspek mental dan fizikal. Ibu perlu mendapat sokongan emosi dari pasangan dan ahli keluarga. Selain itu, pengambilan diet seimbang juga penting

Apakah Kepentingan Berpantang?

Jawapan: Amalan berpantang adalah berbeza mengikut kepercayaan dan budaya. Walaubagaimana pun, semuanya bertujuan untuk memberi penjagaan khas kepada ibu.

Cara pantang macam mana yang terbaik?

Jawapan: Cara berpantang yang terbaik adalah dengan memberi penekanan kepada diet seimbang, penjagaan fizikal dan mental ibu yang tidak membebankan.

Pantang Bersalin Tradisional vs Moden, Mana Satu Perlu Ikut?

Jawapan: Sesetengah amalan pantang bersalin secara tradisi adalah relevan untuk digabungkan dengan penjagaan kesihatan moden. Keduanya boleh diamalkan.

Perbezaan Pantang Bersalin Tradisional Dan Moden

Jawapan: Pendapat saya adalah sebagai pantang consultant. Pantang bersalin adalah amalan turun temurun yang telah menjadi amalan berabad lamanya.

Berpantang zaman dahulu lebih tegas jika dibandingkan dengan berpantang cara moden. Dengan perkembangan kajian dan pendedahan ilmu-ilmu moden, sesetengah cara berpantang secara tradisi telah digabungkan dengan moden bagi memberi pemulihan maksimum kepada para ibu.

Benarkah Pantang Tradisional Tidak Perlu? Cukup Jaga Pemakanan Berkhasiat dan Rehat Sahaja?

Jawapan: Berpantang yang betul memang memberi penekanan kepada aspek diet seimbang bagi memastikan badan menerima nutrisi yang cukup seperti pengambilan makanan mengandungi fiber yang tinggi bagi mengelakkan sembelit.

Amalan pantang tradisi yang tidak bertentangan dengan kajian saintifik dan nasihat doctor masih boleh diteruskan selagi tidak memberi kesan sampingan dan tekanan kepada ibu, seperti berurut, mandi herba dan bertungku.

Apakah Kesan Amalan Pantang Selepas Bersalin Seperti Bertungku, Tangas Dan Sauna

Jawapan: Amalan asas seperti bertungku, bertangas dan berbengkung merupakan amalan dalam berpantang. Jika dilakukan dengan betul dan konsisten boleh memberi kesan yang positif kepada kesihatan fizikal dan emosi.

Sebagai contoh, ibu yang mengalami bengkak susu digalakkan bertungku ringan dibahagian payudara bagi mengurangkan rasa sakit dan melancarkan aliran air susu.

Bolehkah Ibu Berpantang Guna Aircond?

Jawapan: Penggunaan penghawa dingin dengan suhu yang sesuai adalah digalakkan bagi keselesaan ibu.

Benarkah Minuman Berais/Sejuk Boleh Effect Ibu Pantang Selepas Bersalin?

Jawapan: Minuman atau makanan sejuk tidak memberi kesan kepada ibu kerana makanan yang masuk ke dalam tubuh akan melalui proses pencernaan dan suhu sejuk akan berubah mengikut suhu badan seseorang sebelum diproses di bahagian pencernaan.

Benarkah Makanan Sejuk/Berangin Memberi Kesan Pada Anak Menyusu Badan?

tempoh berpantang selepas bersalin, pantang selepas bersalin, makanan pantang bersalin, berapa hari pantang bersalin, pantang selepas bersalin, pantang normal, pantang czer, ibu berpantang

Jawapan: Makanan sejuk atau berangin tidak memberi kesan kepada anak yang menyusu kerana anak hanya akan menerima nutrisi melalui air susu ibu. Bukannya suhu atau angin.

Mengapa Tempoh Berpantang 44 Hari/60 Hari? 

Jawapan: Amalan berapa hari pantang selepas bersalin yang disarankan adalah berbeza mengikut tradisi. Bagi Melayu, secara tradisi disarankan selama 40 hari.

Stories Rakan Kongsi
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Childbirth aftermath – Get back in shape
Childbirth aftermath – Get back in shape

40 hari ini adalah untuk kita membina habit penjagaan diri yang boleh terus diamalkan sepanjang hidup. Kerana semasa tempoh berpantang, ibu akan fokus mengamalkan penjagaan makan dan diri.

Benarkah Barut Ketika Pantang Boleh Kempiskan Perut?

Jawapan: Penjagaan makan dan amalan gaya hidup sihat adalah penting untuk mendapatkan berat dan bentuk badan yang ideal. Selain itu, terdapat produk pantang seperti bengkung dan sapuan yang boleh membantu memberi sokongan kepada perut yang mengelebeh selepas bersalin.

Urut Sengkak Rahim Dilarang Oleh Sesetengah Doktor, Tapi Ada Yang Katakan Ia Wajib?

Jawapan: Urut sengkak rahim merupakan cara pemulihan alternatif untuk wanita yang mengalami masalah lemah otot-otot rahim, senggugut, dan sebagainya. Walaubagaimana pun rahim akan menguncup kepada asal dalam tempoh 10-60 hari.

Jika Tidak Berpantang Dengan Betul, Apakah Kesannya?

Jawapan: Bagi ibu yang tidak berpantang dengan betul seperti tidak mengambil sayuran kerana takut sejuk dan menyekat pengambilan air boleh menyebabkan mudarat kesihatan. Pantang yang baik adalah mengambil kira faktor kesihatan mental dan fizikal.

Berapa Berat Maksimum Yang Normal Untuk Turun Ketika Berpantang? 

Jawapan: Penurunan badan yang sihat adalah 0.5kg – 1kg seminggu. Ibu boleh amalkan diet seimbang dan senaman ringan. Penyusuan badan juga membantu pembakaran kalori sehingga 500cal.

Bagaimana Amalan Pantang Bersalin Bagi Ibu Yang Caesar

Jawapan: Amalan pantang selepas bersalin bagi ibu bersalin secara bedah adalah sama dengan ibu bersalin normal. Ibu hanya perlu elakkan makanan yang sememangnya memberi kesan elergi. Pemakaian bengkung adalah hanya selepas luka kawasan czer sembuh dan kering.

Bagaimana Cara Penjagaan Luka Czer Dan Kempiskan Perut?

Jawapan: Sekiranya luka bersalin czer masih basah/sakit, cuma sapu krim yang dibekalkan oleh doktor untuk mengelakkan jangkitan. Diet yang seimbang juga perlu untuk mengembalikan bentuk badan yang ideal.

Perlukah Makan Jamu Ketika Berpantang?

Jawapan: Kandungan jamu adalah berbeza mengikut jenama/pengeluar. Pengambilan supplement/ubatan perlu mendapat nasihat doktor/ahli farmasi. Sekiranya ibu mendapat nutrisi yang cukup dari diet harian, tidak perlu mengambil supplement.

Benarkah Ada Makanan Pantang Boleh Menyebabkan Bentan?

Jawapan: Makanan yang perlu dielakkan adalah makanan yang sememangnya terbukti memberi kesan sampingan/elergi kepada ibu. Setiap ibu adalah berbeza. Sekiranya terdapat makanan yang boleh menyebabkan ibu sakit, boleh elakkan.

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Penjagaan pantang dan selepas bersalin
  • /
  • Sesi Tanya Pakar: Kepentingan Berpantang Selepas Bersalin Bagi Ibu Bersalin Normal & Czer
Kongsikan:
  • Menu Berpantang Selepas Bersalin, Resepi Lauk Pantang (44 Hari)

    Menu Berpantang Selepas Bersalin, Resepi Lauk Pantang (44 Hari)

  • Makanan Yang Menyebabkan Luka Czer Bernanah, Ibu Elakkan 7 Jenis Ini Ketika Berpantang!

    Makanan Yang Menyebabkan Luka Czer Bernanah, Ibu Elakkan 7 Jenis Ini Ketika Berpantang!

  • Bertangas Selepas Bersalin, Manfaat Dan Cara Melakukannya Dengan Betul

    Bertangas Selepas Bersalin, Manfaat Dan Cara Melakukannya Dengan Betul

  • Menu Berpantang Selepas Bersalin, Resepi Lauk Pantang (44 Hari)

    Menu Berpantang Selepas Bersalin, Resepi Lauk Pantang (44 Hari)

  • Makanan Yang Menyebabkan Luka Czer Bernanah, Ibu Elakkan 7 Jenis Ini Ketika Berpantang!

    Makanan Yang Menyebabkan Luka Czer Bernanah, Ibu Elakkan 7 Jenis Ini Ketika Berpantang!

  • Bertangas Selepas Bersalin, Manfaat Dan Cara Melakukannya Dengan Betul

    Bertangas Selepas Bersalin, Manfaat Dan Cara Melakukannya Dengan Betul

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham