Menjadi seorang ibu merupakan satu perjalanan yang sangat indah. Ianya satu anugerah yang hebat kerana dapat membawa sekurangnya satu nyawa ke dunia ini. Walaupun sepanjang kehamilan ibu mungkin mengalami pelbagai masalah dan komplikasi tetapi apabila dapat memeluk si comel sendiri, ianya menjadi sesuatu yang sangat bermakna.
Ini sepertimana yang dikongsikan oleh ibu kepada dua orang anak, Farahin Mustafa yang turut bersetuju bahawa proses kehamilan adalah sesuatu yang membahagiakan dan perjalanan terbaik yang pernah beliau lalui.
“Ianya adalah fasa untuk ibu-ibu bersiap sedia yang terbaik untuk menyambut kedatangan si comel,” ujar beliau.
Turut bersetuju, mama baru Shanayaa Sri menyatakan bahawa “kehamilan adalah satu perjalanan di mana beliau belajar sebanyak mana kapasiti kekuatan seorang wanita,” dan berasa sangat istimewa dengan kasih sayang serta penjagaan yang ditunjukkan oleh suaminya.
Bagi ibu kepada tiga orang anak, Sharon Goh pula, beliau merasakan proses kehamilan ini membuatnya tersedar bahawa beliau “sudah bersedia untuk memasuki alam keibuan.”
Mengharungi Cabaran Baru Setiap Hari
Sebagai ibu kita pasti bersedia untuk menghadapi segala cabaran perjalanan kehamilan yang akan melibatkan emosi, mental dan fizikal dan ini bukannya akan berakhir setelah genap 9 bulan bayi di dalam kandungan sahaja.
Bahkan selepas kelahiran, badan ibu masih perlu diberi perhatian dan rawatan. Ini terutama untuk kembali kelihatan lebih ceria dan bertenaga seperti sebelum kehamilan. Sokongan daripada orang sekeliling memang sangat diperlukan.
Seperti kebanyakan ibu baru, masalah selepas kelahiran yang sering dialami seperti berat badan meningkat atau menurun, rasa stress, kebimbangan dan juga masalah keguguran rambut.
Sebenarnya, masalah keguguran rambut selepas kelahiran anak adalah normal dan sebab itulah adanya produk khas untuk keguguran rambut selepas bersalin.
Rambut Gugur Berlebihan Selepas Melahirkan Anak, Apa Punca Rambut Gugur?
Menurut Farahin, semasa beliau hamil rambutnya berkilat dan tebal tetapi sebaik sahaja melahirkan anak, beliau mengalami keguguran rambut yang agak teruk. Ini terutama apabila bayinya berumur 3 bulan.
Setiap kali mandi dan mencuci rambut didapati begitu banyak rambut di tangan. Bahkan biliknya juga dipenuhi dengan rambut miliknya.
“Saya juga turut mengalami migraine,” kerana syampu dan perapi yang digunakan adalah daripada saloon jadi ianya mempunyai kandungan bahan kimia yang sangat tinggi yang menyebabkan beliau mengalami alahan pada bauan tersebut.
“Kadang-kadang, rambut saya gugur dengan banyak hingga terkena di mainan anak saya,” tambah Farahin.
Keguguran rambut Sharon pula berlaku selepas kelahiran anak kedua dan ketiga. Tambahan pula, beliau mengalami keguguran rambut 3 hingga 4 bulan lamanya.
“Rambut saya gugur setiap kali selepas mandi dan sikat rambut. Apabila saya bangun dari tidur, rambut saya juga kelihatan banyak di bantal.”
Bagi Shanayaa pula, beliau mula sedar selepas 10 minggu kelahiran anaknya, rambutnya gugur setiap hari. “Rambut saya mula gugur beberapa minggu lepas dan ianya buat saya sangat risau.”
Keguguran rambut selepas kelahiran anak adalah perkara biasa dan ianya dikenali sebagai telogen effluvium. Untuk pengetahuan anda, tahap estrogen berada dalam keadaan tinggi semasa kehamilan.
Namun, selepas proses kelahiran ianya akan menjadi berkurangan. Perubahan tahap hormon secara mendadak ini menyebabkan terjadinya telogen effluvium.
Masalah Keguguran Rambut Mempengaruhi Tahap Keyakinan Diri
Farahin menyatakan bahawa beliau sangat takut jika mewarisi genetik ayahnya yang mempunyai rambut nipis dan menjadi botak pada usia 40 tahun.
“Itu hanya 11 tahun akan datang bagi saya dan saya sangat takut. Saya tahu selepas bersalin, rambut akan gugur tetapi ini macam dah keterlaluan sangat.”
Sama seperti yang dirasai oleh Sharon, keguguran rambut menyebabkan beliau menjadi bimbang dan tidak berpuas hati. Ia mempengaruhi tahap keyakinan dirinya dan merasakan dirinya kelihatan tidak sihat.
Budaya kita juga mengangkat rambut itu sebagai mahkota wanita. Ini kerana rambut sering dikaitkan dengan keremajaan dan kecantikan.
Jadi, apabila wanita mengalami masalah keguguran rambut pastinya akan memberi kesan kepada emosi mereka. Mereka akan rasa kurang yakin dan mudah berasa bimbang tentang penampilan mereka.
Bersedia untuk Atasi Rambut Gugur Selepas Bersalin dengan Mama’s Choice Hair Loss Series
Farahin telah mencuba pelbagai jenama produk penjagaan rambut di pasaran namun ianya tidak dapat membantu beliau mengatasi masalah keguguran rambut. Namun, setelah mencuba Mama’s Choice Hair Loss Series, beliau dapat merasakan rambut gugur yang dihadapi semakin berkurang.
“Pada mulanya, saya tidak pasti jika ianya berkesan tetapi setelah mencubanya beberapa kali, saya berasa sangat kagum kerana rambut gugur saya dah berkurang dan bau syampunya pun harum!”
Tidak dinafikan Sharon sememangnya berasa agak tertekan dengan keadaan rambutnya yang begitu banyak gugur. Setelah menggunakan Mama’s Choice Hair Loss Series secara konsisten, beliau dapat melihat perubahan yang positif.
“Saya perasan baby hair saya mula tumbuh dengan banyak daripada biasa dan rambut gugur juga sudah berkurang,” tambah Sharon.
Kredit: Sharon Goh (@sharongsr)
Sharon juga amat menyukai Mama’s Choice Strengthening Hair Serum kerana teksturnya yang ringan, memudahkan beliau untuk meratakan produk dan mengurut kulit kepalanya tanpa rasa berminyak dan berkecah.
Bagi Shanayaa pula, beliau telah menggunakan produk penjagaan rambut Mama’s Choice sejak hamil dan masih meneruskan penggunaan sehingga sekarang.
Berbekalkan prinsip mencegah lebih baik daripada mengubati menyebabkan beliau mengambil langkah awal penjagaan rambut bagi mengatasi masalah keguguran.
“Ketika saya masih hamil, saya agak mudah untuk berasa mual dengan beberapa wangian. Tetapi dengan Mama’s Choice Hair Loss Series, saya langsung tidak berasa mual dengan aromanya dan saya sebenarnya sangat sukakan baunya.”
Kredit: Shanayaa Sri (@shanayaasri)
Shanayaa juga bersetuju bahawa masalah rambut gugurnya berkurang selepas menggunakan Mama’s Choice Hair Loss Series. “Rambut saya juga kelihatan lebih lembut selepas setiap cucian.”
Berita baiknya ialah keguguran rambut yang berlebihan selalunya sementara dan kebanyakan wanita melihat rambut mereka kembali ke keadaan normal dalam masa tahun pertama kelahiran anak mereka.
Tetapi apa yang boleh anda lakukan dalam bulan-bulan tersebut adalah dengan menyediakan diri anda dengan lebih baik untuk menangani masalah keguguran rambut.
Kepentingan Memilih Produk Penjagaan Rambut yang Bebas daripada Bahan Kimia Berbahaya
Kredit: Farahin Mustafa (@dear_farahin)
Menginjak pada usia 30 tahun, Farahin hanya mendambakan kecantikan secara semula jadi. Baginya, tidak ada gunanya menggunakan barangan mahal jika ianya boleh menjejaskan kesihatan diri. Bahan kimia berbahaya juga tidak baik untuk bayi.
“Zaman sekarang ini, saya perasan bilangan bayi yang mengalami masalah kesihatan yang tertentu semakin meningkat. Saya percaya antara sebabnya adalah kita selalu terdedah dengan banyak produk yang tidak sihat daripada makanan hinggalah apa yang kita gunakan setiap hari.”
Farahin mencadangkan kepada ibu semua untuk sentiasa membuat sedikit kajian tentang setiap produk dan ramuan digunakan sebelum membeli dan pastikan ianya halal, selamat dan bebas kimia berbahaya.
Sharon juga turut menekankan tentang bahayanya produk jika mengandungi paraben dan alkohol. Ini kerana paraben boleh meningkatkan penuaan kulit. Manakala alkohol boleh menyebabkan kerosakan dan keguguran rambut.
Turut disokong oleh Shanayaa yang menegaskan bahan kimia berbahaya akan menyebabkan kerosakan pada rambut dan folikel rambut di mana akhirnya boleh menyebabkan rambut gugur terutamanya semasa selepas bersalin.
Tambah beliau lagi bahan kimia berbahaya boleh menambahkan lagi kerosakan kepada folikel rambut yang lemah akibat penurunan paras estrogen.
Sebagai pengguna kita perlu peka dengan produk penjagaan rambut yang digunakan. Lagi-lagi semasa hamil dan menyusu. Pastikan produk yang digunakan bebas pewarna sintetik, SLS, alkohol dan paraben.
Ekstrak Semulajadi untuk Merangsang Pertumbuhan Rambut
Kredit: Sharon Goh (@sharongsr)
Mama’s Choice Hair Loss Series ini adalah ‘bundle’ yang direka khas untuk membantu rambut anda menjadi lebih kuat, sihat dan tebal supaya anda boleh atasi masalah rambut gugur selepas bersalin. Ia diperbuat daripada ekstrak semulajadi kiwi, candlenut dan kacang hijau yang membantu menyuburkan rambut secara semulajadi.
Kiwi kaya dengan vitamin dan mampu menguatkan akar rambut, manakala kacang hijau membantu dalam mengurangkan keguguran rambut. Candlenut sangat bagus untuk menyuburkan kulit kepala hingga ke hujung rambut.
Rangkaian penjagaan rambut ini bebas daripada sebarang bahan kimia termasuk paraben, SLS, silikon dan alkohol yang menjadikannya selamat untuk ibu hamil dan menyusu.
Ibu juga akan gembira mengetahui bahawa semua produk penjagaan rambut Mama’s Choice ini telah direka dan diuji di Singapura sendiri dan bersifat hipoalergenik, bermaksud sesuai digunakan untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif.
Inilah yang menjadikan setiap produk daripada Mama’s Choice Hair Loss Series begitu istimewa:
- Treatment Shampoo: Membersih, menyuburkan dan menguatkan rambut
- Treatment Conditioner: Membantu mengurangkan keguguran rambut dan mengelakkan rambut kusut
- Strengthening Hair Serum: Membantu merangsang pertumbuhan rambut dan menjadikan kulit kepala lebih sihat
Anda boleh dapatkan Mama’s Choice Hair Loss Series di Shopee dengan hanya RM79.90.
Khas untuk Pengguna Aplikasi theAsianparent!
Istimewa untuk pengguna aplikasi theAsianparent, anda boleh nikmati Mama’s Choice Hair Loss Series dengan hanya RM49.90 sahaja di laman Shopee rasmi Mama’s Choice.
Anda hanya perlu menebus sebanyak 30 poin untuk nikmati harga istimewa ini! Apa tunggu lagi? Jom tebus poin anda sekarang kerana tawaran ini hanya sah sehingga 31 Januari 2022 sahaja.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Ibu Ayah Amalkan Doa Untuk Bayi Baru Lahir Ini, Anak Mudah Tidur & Elak Gangguan
Baca juga: Sedang Mencari Breast Pump Terbaik Dan Selesa? Jom Semak Jenama Yang Bagus Ini!
Baca juga: Jangan Suka-Suka Tegur Kalau Nampak Perut Wanita Lepas Bersalin Buncit, Dia Mungkin Alami Diastasis Recti
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!