X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

13 Jenis Sayur & Buah Yang BAHAYA Untuk Ekzema, Ibu Sila Take Noted Elak Jadi Teruk!

3 min bacaan
13 Jenis Sayur & Buah Yang BAHAYA Untuk Ekzema, Ibu Sila Take Noted Elak Jadi Teruk!

Jenis sayur dan buah wajib dielakkan oleh penghidap ekzema kerana ia boleh mencetuskan kegatalan dan menyebabkan ekzema menjadi teruk

Terdapat beberapa jenis sayur yang tidak sesuai dimakan oleh penderita ekzema walaupun ianya tergolong dalam kategori makanan menyihatkan. Sekiranya ianya dimakan oleh mereka yang menghidapi penyakit ini, ia akan menyebabkan keradangan yang teruk.
 
Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?
  • Jenis sayur dan buah yang perlu dijauhi penghidap ekzema

Sekiranya ada di antara anda mahupun anak anda yang mengalami ekzema, sebaiknya jauhi dahulu sayur-sayuran atau buah-buahan jenis ini selagi ekzema yang dihidapi masih belum pulih. 

Jenis sayur dan buah yang perlu dijauhi penghidap ekzema

#1. Tomato

Walaupun tomato sangat baik untuk pesakit kanser, tetapi tidak bagi penghidap ekzema kerana ia boleh mengakibatkan kegatalan disebabkan kandungannya yang tinggi histamine. Elakkan selagi boleh dalam masakan anda. 

#2. Jagung

jenis sayur tidak sesuai untuk ekzema

Jagung sebenarnya boleh menyebabkan kegatalan dan mencetuskan keradangan bagi penghidap ekzema terutamanya bagi mereka yang masih belum pulih sepenuhnya.

#3. Jenis sayur untuk anak ekzema: Brokoli

jenis sayur punca gatal

Ramai ibu-ibu  yang beranggapan bahawa brokoli sesuai untuk penghidap ekzema.

Tetapi hakikatnya, inilah sayur yang tidak boleh langsung dimakan kerana ia mempunyai kandungan MSG dan sulfites yang sangat sensitif untuk usus penderita ekzema. Kesannya? Ekzema anda mungkin lambat sembuh atau akan menjadi semakin teruk.

#4. Cendawan

Cendawan juga boleh menyebabkan kegatalan kerana kandungannya yang tinggi histamine. Elakkan daripada mengambil apa jenis cendawan sekali pun kerana ia merupakan makanan asas yang perlu dihindari bagi mana-mana penghidap penyakit kulit.

#5. Lada benggala

Lada benggala boleh menyebabkan keradangan kulit bertambah parah kerana ianya tinggi GMO dan alkaloid serta solanine. Tetapi sekiranya radang kulit anda atau anak anda semakin baik, tidak ada masalah untuk memakan sayur ini.

#6. Nenas

Walaupun sedap, buah-buahan jenis citrus seperti nenas ini perlu dielakkan kerana citrus boleh mencetuskan ekzema dan melambatkan penyembuhan.

#7. Anggur

jenis sayur dan buah bahaya untuk pesakit ekzema

 

Anggur adalah antara buah-buahan yang sangat bahaya untuk ekzema. Tolong jangan dekati selagi ada ekzema. Bukan sahaja anggur, malah buah kiwi juga sangat perlu dielakkan kerana kandungan histamine yang tinggi boleh menyebabkan kegatalan pada kulit.

#8. Kubis

Sekiranya anda kerap memasak hidangan kubis, boleh elakkan dari sekarang. Kubis adalah antara sayur yang boleh menyebabkan kegatalan kerana kandungan histaminenya yang tinggi.

#9 . Buah mata kucing

Ini adalah antara buah yang sedap dimakan tetapi perlu dielakkan bagi penghidap ekzema kerana boleh menyebabkan anda lambat sembuh. 

#10. Berries

Apa sahaja dalam keluarga berries, tidak kiralah strawberry, blueberry atau raspberry semuanya wajib dielakkan. Kandungan histaminenya yang juga tinggi boleh menyebabkan kegatalan.

#11. Buah kering

Kalau anda nak tahu buah kering adalah seperti aprikot kering, kismis, figs atau teen, prunes atau kurma.

Penghidap ekzema dilarang sama sekali untuk memakan buahan seperti ini kerana ia tinggi gula tersembunyi dan tinggi sulfites sekitar 500 ke 2, 500, lebih tinggi dari arak! Malah sulfites dalam buah buahan kering ni juga boleh menyebabkan ekzema gatal dan radang.

Stories Rakan Kongsi
Penyakit Biasa Dalam Kalangan Kanak-Kanak & Vaksinasi-Vaksinasi Penting Untuk Melindungi Daripadanya
Penyakit Biasa Dalam Kalangan Kanak-Kanak & Vaksinasi-Vaksinasi Penting Untuk Melindungi Daripadanya
ROTAVIRUS: Punca Utama Cirit-birit pada Kanak-kanak
ROTAVIRUS: Punca Utama Cirit-birit pada Kanak-kanak
Senarai Jenis Najis Bayi, Awas Jika Najis Anak Anda Berwarna & Tekstur Ini
Senarai Jenis Najis Bayi, Awas Jika Najis Anak Anda Berwarna & Tekstur Ini
Masalah Anemia Atau Kekurangan Darah Merah Boleh Terjadi Disebabkan Pelbagai Punca
Masalah Anemia Atau Kekurangan Darah Merah Boleh Terjadi Disebabkan Pelbagai Punca

Adalah amat penting untuk penghidap ekzema sentiasa menjaga permakanan bagi mengelakkan keradangan atau ekzema menjadi bertambah teruk. Semoga bermanfaat!

Facebook Mizhana Padzi

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Bawa Anak Ekzema Mandi Kolam Air Panas, Ibu Kesal Seluruh Badan Melepuh & Naik Bintik-Bintik

Baca juga: 3 Musuh Utama Dalam Sayur Yang Boleh Buat Ekzema Anak Jadi Teruk, Ibu Sila Elakkan!

Baca juga: Pantang Larang Ekzema, Ibu Kena Elak Mandikan Si Manja Dengan Air Suam & Sabun

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nina Osman

  • halaman rumah
  • /
  • Kesihatan
  • /
  • 13 Jenis Sayur & Buah Yang BAHAYA Untuk Ekzema, Ibu Sila Take Noted Elak Jadi Teruk!
Kongsikan:
  • Penyakit RSV Pada Bayi & Kanak-Kanak: Simptom, Rawatan Dan Langkah Pencegahan

    Penyakit RSV Pada Bayi & Kanak-Kanak: Simptom, Rawatan Dan Langkah Pencegahan

  • Apa Itu Cerebral Palsy: Ini Penyebab, Gejala & Faktor Risiko

    Apa Itu Cerebral Palsy: Ini Penyebab, Gejala & Faktor Risiko

  • Daun Salam (Bay Leaf): Kegunaan Dan Khasiat Baik Untuk Pencernaan

    Daun Salam (Bay Leaf): Kegunaan Dan Khasiat Baik Untuk Pencernaan

  • Penyakit RSV Pada Bayi & Kanak-Kanak: Simptom, Rawatan Dan Langkah Pencegahan

    Penyakit RSV Pada Bayi & Kanak-Kanak: Simptom, Rawatan Dan Langkah Pencegahan

  • Apa Itu Cerebral Palsy: Ini Penyebab, Gejala & Faktor Risiko

    Apa Itu Cerebral Palsy: Ini Penyebab, Gejala & Faktor Risiko

  • Daun Salam (Bay Leaf): Kegunaan Dan Khasiat Baik Untuk Pencernaan

    Daun Salam (Bay Leaf): Kegunaan Dan Khasiat Baik Untuk Pencernaan

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham