TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Cuaca Panas Melampau: Bahaya Kepada Kesihatan, Cara Lindungi Diri & Tips Kekal Sejuk Sepanjang Hari

5 min bacaan
Cuaca Panas Melampau: Bahaya Kepada Kesihatan, Cara Lindungi Diri & Tips Kekal Sejuk Sepanjang Hari

Cara mudah untuk melindungi diri semasa cuaca panas adalah dengan minum banyak air kosong, kerap berehat dan menghadkan aktiviti luar.

Malaysia dijangka mengalami cuaca panas dan kering mulai bulan ini hingga Mei, terutama di utara Semenanjung seperti Perak, Pahang dan Kelantan. Menurut MetMalaysia, fasa penghujung Monsun Timur Laut yang berakhir pertengahan Mac akan menyebabkan litupan awan dan hujan berkurangan, sekali gus meningkatkan suhu. 

Walaupun cuaca panas biasa di Malaysia, suhu yang melonjak boleh memberi risiko kepada kesihatan. Jadi, bagaimana kita boleh melindungi diri daripada bahaya cuaca panas?

▲▼Isi Kandungan

  • Apa Itu Gelombang Haba?
  • Gejala Cuaca Panas Melampau
  • Cara Mudah Lindungi Diri Dari Cuaca Panas
  • Perkara Yang Perlu Dielakkan Ketika Cuaca Panas
  • Tanda Amaran Bahaya

Apa Itu Gelombang Haba?

Gelombang haba berlaku apabila suhu persekitaran meningkat secara berlebihan dalam tempoh tertentu. Fenomena ini boleh menyebabkan kesan buruk kepada kesihatan, terutama kepada bayi, kanak-kanak, warga emas dan individu yang mempunyai penyakit kronik.

Cuaca panas memberi tekanan fizikal kepada tubuh manusia. Kesan terhadap kesihatan boleh jadi dari tahap sederhana (mild) kepada yang boleh menyebabkan maut, contohnya akibat strok haba.

Semua orang berisiko menjadi mangsa cuaca panas. Walau bagaimanapun, terdapat kumpulan yang lebih berisiko:

  • Mereka yang terbabit dengan kegiatan aktiviti fizikal di luar seperti buruh, peladang, ahli sukan, tentera, polis dan lain-lain.
  • Orang dewasa (berumur 40 tahun ke atas mempunyai risiko 10 kali ganda berbanding dengan mereka yang lebih muda).
  • Kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah.
  • Penghidap penyakit sistem pernafasan.
  • Penghidap penyakit darah tinggi, jantung, kencing manis dan penyakit kelenjar tiroid.
  • Risiko bertambah jika mereka memakai pakaian yang tebal dan ketat yang menghalang haba keluar daripada penyejatan/pengeringan peluh.

Gejala Cuaca Panas Melampau

Tanda-tanda yang menunjukkan anda mungkin terjejas akibat cuaca panas termasuk:

  • Sakit kepala
  • Keletihan
  • Lemah tumpuan
  • Pening
  • Lemah otot atau kekejangan
  • Mual dan muntah
  • Dehidrasi (kekeringan)
  • Kekeliruan dan tidak sedarkan diri (koma)

Jika mengalami gejala ini, segera cari tempat teduh, minum air dan cari rawatan perubatan jika keadaan semakin teruk.

Cara Mudah Lindungi Diri Dari Cuaca Panas

Agar tidak menjadi mangsa kepanasan melampau, berikut beberapa langkah mudah yang boleh diamalkan:

1. Minum Air Kosong Dengan Banyak

Jangan tunggu sehingga dahaga. Minum air kosong dengan banyak untuk memastikan badan sentiasa terhidrat dengan sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari.

2. Berada Di Dalam Rumah Atau Bangunan

Jika boleh, elakkan terlalu lama berada di luar rumah, terutama pada waktu tengah hari.

3. Hadkan Aktiviti Luar

Jika perlu keluar, gunakan payung atau topi untuk mengurangkan pendedahan kepada cahaya matahari secara langsung.

4. Kerap Berehat

Jika melakukan aktiviti fizikal, pastikan anda berehat dengan kerap untuk mengelakkan keletihan melampau.

5. Gunakan Kipas atau Pendingin Hawa

Pastikan pengudaraan dalam rumah baik untuk menyejukkan badan.

6. Mandi atau Gunakan Kain Basah

Mandi lebih kerap atau lap badan dengan kain lembap untuk menurunkan suhu badan.

7. Pakai Pakaian Ringan, Berwarna Terang dan Longgar

Elakkan memakai pakaian berwarna hitam dan tebal. Sebaliknya, pakaian jenis kapas lebih sesuai kerana ia menyerap peluh dan memberi keselesaan.

8. Pakai Topi atau Payung Yang Besar

Ini membantu melindungi diri daripada pancaran matahari secara langsung.

Perkara Yang Perlu Dielakkan Ketika Cuaca Panas

  • Minum minuman yang mengandungi kafein, alkohol atau kandungan gula yang tinggi. Minuman ini boleh menyebabkan dehidrasi lebih cepat.
  • Membiarkan seseorang di dalam kereta yang tertutup. Suhu dalam kenderaan yang terdedah kepada cahaya matahari boleh meningkat dengan pantas dan berbahaya.
  • Bersenam dalam cuaca panas. Aktiviti fizikal yang berat dalam cuaca panas boleh meningkatkan risiko strok haba.

Tanda Amaran Bahaya

Jika anda atau ahli keluarga mengalami mana-mana gejala berikut, segera ambil langkah berjaga-jaga dan dapatkan bantuan perubatan secepat mungkin:

1. Pening dan Sakit Kepala Berterusan

Jika anda merasa pening atau sakit kepala yang tidak reda walaupun sudah berehat dan minum air, ini mungkin tanda awal dehidrasi atau keletihan haba yang memerlukan perhatian segera.

2. Kulit Kemerahan, Panas dan Kering

Kulit yang kelihatan merah, terasa panas tetapi tidak berpeluh boleh menjadi tanda strok haba yang menunjukkan badan tidak lagi mampu menyejukkan diri secara semula jadi.

3. Nadi Cepat tetapi Lemah

Apabila badan mengalami dehidrasi atau suhu badan meningkat dengan ketara, jantung akan bekerja lebih keras untuk menyejukkan diri.

Ini boleh menyebabkan nadi menjadi lebih laju daripada biasa tetapi dalam keadaan lemah.

4. Peningkatan Suhu Badan Melebihi 39°C

Suhu badan yang terlalu tinggi, melebihi 39°C, boleh menjadi tanda strok haba yang serius dan perlu dirawat segera bagi mengelakkan komplikasi yang lebih buruk.

5. Rasa Keliru, Pengsan atau Mengalami Sawan

Jika seseorang tiba-tiba menjadi keliru, kelihatan bingung, pengsan atau mengalami sawan, ini adalah tanda kecemasan yang memerlukan rawatan segera. Segera pindahkan individu tersebut ke tempat yang lebih sejuk, longgarkan pakaian yang ketat dan beri air jika mereka masih sedar sementara menunggu bantuan perubatan.

Jika anda mempunyai tanda-tanda masalah berkaitan dengan suhu panas, ingat tip-tip di bawah:

  • Keluar dari kawasan yang panas
  • Tanggalkan pakaian yang ketat
  • Letakkan kain yang basah dan sejuk pada badan
  • Gunakan kipas untuk sejukkan badan
  • Minum air setiap 15 minit
  • Dapatkan bantuan jika keadaan tidak dapat dikawal

Cuaca panas bukan sekadar menyusahkan, tetapi juga boleh membawa kesan buruk kepada kesihatan jika kita tidak berhati-hati. Sentiasa pastikan diri dan keluarga anda cukup air, berpakaian sesuai dan mengelakkan aktiviti luar yang berlebihan.

Jangan ambil mudah tentang kepanasan melampau kerana pencegahan adalah lebih baik daripada merawat.

Dengan langkah yang betul, kita semua boleh kekal sihat walaupun dalam cuaca panas terik. Jaga diri dan selamat menghadapi musim panas!

MET Malaysia, Majlis Keselamatan Negara

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Panas Bahangnya Tak Terkata Sekarang Ini. Jangan Lupa Untuk Kekal Hidrasi Sepanjang Bulan Puasa Ya!

Baca juga: Cuaca Panas Melampau Punca Strok Haba, Bukan Sebab Dehidrasi

Baca juga: Doa Ketika Cuaca Panas Terik Yang Dibaca Rasulullah SAW, Jom Amalkan Hari Ini

Stories Rakan Kongsi
Mencari Aktiviti Hujung Minggu dengan Harga Berbaloi? Jom Terokai 4 Taman Tema Terkemuka di Malaysia Ini
Mencari Aktiviti Hujung Minggu dengan Harga Berbaloi? Jom Terokai 4 Taman Tema Terkemuka di Malaysia Ini
Menerokai Persekitaran: Memperkenalkan Kanak-Kanak Autistik Kepada Pelbagai Persekitaran Luar
Menerokai Persekitaran: Memperkenalkan Kanak-Kanak Autistik Kepada Pelbagai Persekitaran Luar
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Noorhidayah

  • halaman rumah
  • /
  • Gaya Hidup
  • /
  • Cuaca Panas Melampau: Bahaya Kepada Kesihatan, Cara Lindungi Diri & Tips Kekal Sejuk Sepanjang Hari
Kongsikan:
  • 15 Taman Permainan Kanak-Kanak Di Kuala Lumpur & Selangor Yang Percuma, Best Bawa Keluarga

    15 Taman Permainan Kanak-Kanak Di Kuala Lumpur & Selangor Yang Percuma, Best Bawa Keluarga

  • Mencari Aktiviti Hujung Minggu dengan Harga Berbaloi? Jom Terokai 4 Taman Tema Terkemuka di Malaysia Ini
    Stories Rakan Kongsi

    Mencari Aktiviti Hujung Minggu dengan Harga Berbaloi? Jom Terokai 4 Taman Tema Terkemuka di Malaysia Ini

  • Robot Vakum: Adakah Saya Patut Beli? Ini ''Pro and Cons'' Yang Perlu Anda Pertimbangkan

    Robot Vakum: Adakah Saya Patut Beli? Ini ''Pro and Cons'' Yang Perlu Anda Pertimbangkan

powered by
  • 15 Taman Permainan Kanak-Kanak Di Kuala Lumpur & Selangor Yang Percuma, Best Bawa Keluarga

    15 Taman Permainan Kanak-Kanak Di Kuala Lumpur & Selangor Yang Percuma, Best Bawa Keluarga

  • Mencari Aktiviti Hujung Minggu dengan Harga Berbaloi? Jom Terokai 4 Taman Tema Terkemuka di Malaysia Ini
    Stories Rakan Kongsi

    Mencari Aktiviti Hujung Minggu dengan Harga Berbaloi? Jom Terokai 4 Taman Tema Terkemuka di Malaysia Ini

  • Robot Vakum: Adakah Saya Patut Beli? Ini ''Pro and Cons'' Yang Perlu Anda Pertimbangkan

    Robot Vakum: Adakah Saya Patut Beli? Ini ''Pro and Cons'' Yang Perlu Anda Pertimbangkan

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham