X
TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Kenapa Anak Demam Malam, Waktu Siang Suhu Normal? Ini Sebabnya Ibu Ayah Perlu Tahu

4 min bacaan
Kenapa Anak Demam Malam, Waktu Siang Suhu Normal? Ini Sebabnya Ibu Ayah Perlu Tahu

Anak demam malam atau dedar tetapi aktif pada waktu pagi adalah gejala yang kerap berlaku ketika anak sedang membesar, ini sebabnya

Ibu mana yang tidak susah hati melihat si anak demam malam atau badan sudah terasa dedar. Yang peliknya, sihat pula pada siang hari. Tentu tak tidur malam dibuatnya bila gejala ini kerap terjadi berulang kali.

▲▼Isi Kandungan

  • Punca Anak Demam Malam
  • Simptom Demam Malam Pada Kanak-Kanak
  • Cara Merawat Kanak Kanak Demam Malam

Punca Anak Demam Malam

Kenapa agaknya kanak-kanak sering demam, terutama pada waktu malam? Ini boleh terjadi akibat beberapa sebab yang biasa, antaranya:

1. Jangkitan Kuman

 Jangkitan bakteria atau virus adalah punca utama demam malam. Ia boleh menyebabkan masalah kesihatan seperti infeksi saluran pernafasan, penyakit asma, dan jangkitan saluran kencing.

2. Perubahan Suhu Badan

Demam ringan pada siang hari boleh menjadi lebih teruk pada malam hari kerana hormon kortisol dan adrenalin berkurangan ketika tidur yang menyebabkan suhu badan tiba-tiba meningkat.

3. Alahan

 Keradangan atau reaksi alergi seperti asma dan rhinitis boleh menyebabkan demam pada waktu malam.

4. Pakaian Tebal dan Suhu Bilik

Kerap kali kita diajar orang-orang tua, kalau demam perlu pakai pakaian tebal dan balut dengan selimut supaya cepat berpeluh.

Sedangkan cara tersebut hanya meningkatkan suhu tubuh anak, terutamanya pada bayi yang belum mampu mengawal suhu tubuh mereka sendiri.

5. Suntikan Imunisasi

Dedar yang dialami pada malam hari juga boleh berlaku disebabkan selepas pengambilan suntikan vaksinasi.

Simptom Demam Malam Pada Kanak-Kanak

Kanak-kanak yang mengalami demam biasanya menunjukkan beberapa simptom berikut:

  • Suhu badan melebihi 38 darjah Celsius
  • Lemah dan lesu
  • Sukar tidur
  • Kurang selera makan
  • Badan menggigil
  • Sakit kepala
  • Sakit otot
  • Badan berpeluh
  • Dehidrasi
  • Dahi dan leher terasa panas
  • Pucat

Cara Merawat Kanak Kanak Demam Malam

anak demam malam

Terdapat beberapa cara merawat anak demam malam yang boleh dilakukan ibu ayah di rumah untuk mengurangkan demam panas pada badan anak yang berkesan.

1. Pantau Suhu Badan

  Gunakan termometer untuk memantau suhu badan anak secara berkala. Jika suhu melebihi 38 darjah Celsius, ambil tindakan sewajarnya.

2. Berikan Ubat Demam

 Berikan ubat demam seperti paracetamol atau ibuprofen mengikut dos yang disarankan oleh doktor. Pastikan ubat diberikan pada masa yang tepat.

3. Banyakkan Minum Air

 Pastikan anak minum banyak air untuk mengelakkan dehidrasi. Berikan air kosong, jus buah-buahan atau hidangan berasaskan sup untuk mengekalkan hidrasi.

4. Pakaian yang Selesa

 Pakaikan pakaian yang ringan dan selesa. Elakkan pakaian yang terlalu tebal atau ketat yang boleh meningkatkan suhu badan.

5. Suhu Bilik yang Sesuai

Pastikan suhu bilik adalah sejuk dan selesa. Gunakan kipas atau pendingin hawa jika perlu, tetapi jangan terlalu sejuk.

6. Mandi dengan Air Suam

 Mandikan anak dengan air suam untuk membantu menurunkan suhu badan. Elakkan menggunakan air sejuk kerana ia boleh menyebabkan badan menggigil.

7. Rehat yang Cukup

 Pastikan anak mendapat rehat yang mencukupi. Tidur yang cukup membantu tubuh anak melawan jangkitan dan pulih dengan cepat.

8. Pemakanan Berkhasiat

 Berikan makanan yang berkhasiat dan mudah dihadam. Jika anak kurang selera makan, berikan makanan dalam kuantiti kecil tetapi kerap.

9. Perhatikan Gejala Lain

Pantau gejala lain yang mungkin muncul seperti ruam, muntah, atau kesukaran bernafas. Segera bawa anak berjumpa doktor jika gejala-gejala ini timbul.

10. Konsultasi Doktor

 Jika demam berlanjutan lebih daripada dua hari atau keadaan anak tidak bertambah baik, segera berjumpa doktor untuk mendapatkan nasihat dan rawatan lanjut.

Semoga bermanfaat.

Hello Doktor

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Baby Demam Tanda Tubuh Sedang Membina Ketahanan, Begini Cara Turunkan Suhu Demam Yang Berkesan

Baca juga: Ubat Demam Budak Ini Patut Ada Bekalan Stok Di Rumah, Ibu Ayah Boleh Dapatkan Untuk Membantu Melegakan Demam Anak Kala Musim Influenza Menjadi-jadi Ini

Baca juga: 5 Simptom Bahaya Ketika Suhu Demam Bayi Tinggi Yang Tidak Harus Dihiraukan!

Stories Rakan Kongsi
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Benarkah Ada Risiko Masalah Usus dan Sistem Imun Terhadap Anak Czer Anda?
Benarkah Ada Risiko Masalah Usus dan Sistem Imun Terhadap Anak Czer Anda?
Apabila Ia Bukan ‘Hanya Sekadar Ruam’: Membantu Anda Menguruskan Penyakit Dermatitis Atopik Anak Anda
Apabila Ia Bukan ‘Hanya Sekadar Ruam’: Membantu Anda Menguruskan Penyakit Dermatitis Atopik Anak Anda
Bilakah Waktu Yang Sesuai Untuk Ibu Perkenalkan Lampin Jenis Seluar Kepada Si Manja?
Bilakah Waktu Yang Sesuai Untuk Ibu Perkenalkan Lampin Jenis Seluar Kepada Si Manja?

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Noorhidayah

  • halaman rumah
  • /
  • Bayi
  • /
  • Kenapa Anak Demam Malam, Waktu Siang Suhu Normal? Ini Sebabnya Ibu Ayah Perlu Tahu
Kongsikan:
  • Bayi Sembelit Sukar Membuang Air Besar, Ini Cara Mengatasi Bayi Tidak Berak Dengan Berkesan

    Bayi Sembelit Sukar Membuang Air Besar, Ini Cara Mengatasi Bayi Tidak Berak Dengan Berkesan

  • Petua Hilangkan Kuning Bayi Baru Lahir Yang Efektif, Cepat & Terbukti Berkesan

    Petua Hilangkan Kuning Bayi Baru Lahir Yang Efektif, Cepat & Terbukti Berkesan

  • Simptom HFMD Bayi: Waspada Tanda Awal Penyakit Tangan, Kaki & Mulut Sebelum Terlambat!

    Simptom HFMD Bayi: Waspada Tanda Awal Penyakit Tangan, Kaki & Mulut Sebelum Terlambat!

  • Bayi Sembelit Sukar Membuang Air Besar, Ini Cara Mengatasi Bayi Tidak Berak Dengan Berkesan

    Bayi Sembelit Sukar Membuang Air Besar, Ini Cara Mengatasi Bayi Tidak Berak Dengan Berkesan

  • Petua Hilangkan Kuning Bayi Baru Lahir Yang Efektif, Cepat & Terbukti Berkesan

    Petua Hilangkan Kuning Bayi Baru Lahir Yang Efektif, Cepat & Terbukti Berkesan

  • Simptom HFMD Bayi: Waspada Tanda Awal Penyakit Tangan, Kaki & Mulut Sebelum Terlambat!

    Simptom HFMD Bayi: Waspada Tanda Awal Penyakit Tangan, Kaki & Mulut Sebelum Terlambat!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham