TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Jarang Minum Air Putih, Ginjal Rosak & Perlu Hemodialisis 2 Kali Seminggu Seumur Hidup

5 min bacaan
Jarang Minum Air Putih, Ginjal Rosak & Perlu Hemodialisis 2 Kali Seminggu Seumur Hidup

Kesan kurang minum air boleh menyebabkan kegagalan fungsi buah pinggang atau ginjal. Berikut perkongsian pengalaman sebagai pengajaran

Air adalah penting untuk kehidupan. Namun ada sesetengah orang mengambil mudah dan kurang pengetahuan tentang kesan kurang minum air sehingga menjejaskan kesihatan diri.

Bagi anda yang jarang atau tidak suka minum air kosong, perkongsian wanita ini perlu dijadikan pengajaran agar perkara sebegini tidak terjadi pada diri anda atau ahli keluarga yang lain.

Isi Kandungan

  • Kesan Kurang Minum Air 
  • Alami Pengalaman Yang Sama
  • Kurang Minum Air Punca Buah Pinggang Rosak
  • Kenapa Air Putih Penting Untuk Kesihatan?
  • Berapa Banyak Air Perlu Diminum Setiap Hari?
  • Kesan Kurang Minum Air

Kesan Kurang Minum Air 

Seorang wanita berkongsi pengalaman pahit suaminya yang mengalami masalah kesihatan serius akibat kurang minum air putih. Kehidupan lelaki itu berubah sekelip mata apabila doktor mengesahkan ginjal atau buah pinggang rosak.

Belajar dari pengalaman suamiku yang jarang minum air putih. Menjadi pesakit muda yang mengalami kegagalan ginjal dan perlu cuci darah dua kali seminggu seumur hidupnya.

Usia sebegini seharusnya produktif, dihabiskan dengan berulang alik ke hospital untuk mengawal dan mencuci darah.

Jangan abaikan tanda-tanda tidak normal pada tubuhmu. Jika berasa ada yang tidak normal, segera dapatkan pemeriksaan.

@el__rachman membersamaimu menghadapi cobaan dari Allah..adalah pelajaran hidup luar biasa untuk ku#ggk#hemodialisa ♬ suara asli – “????????”

 

Alami Pengalaman Yang Sama

Ipar lelaki saya mengalami masalah buah pinggang. Umurnya baru mencecah 37 tahun, dan dia sudah lama menjalani dialisis, bahkan sejak sebelum berkahwin dengan adik saya. Dia masih muda, tetapi sekarang sudah sampai ke tahap perlu mencari pengganti ginjal baru. Dia memang suka minum air gas.

Arwah adik saya juga mengalami nasib yang sama. Dia seorang OKU dan tidak suka minum air putih, sebaliknya lebih gemar minum sirap. Dia jatuh sakit selama seminggu, muntah hitam, dan selepas tiga hari dimasukkan ke hospital, keputusan menunjukkan kedua-dua buah pinggangnya telah rosak.

Kurang Minum Air Punca Buah Pinggang Rosak

Bagi perempuan yang banyak mengambil suplemen atau ubat kurus, jangan malas minum air kosong. Ubat-ubatan ini sendiri boleh merosakkan buah pinggang, dan jika kurang minum air, keadaan akan menjadi lebih teruk.

Saya pula jenis yang kurang minum air. Kalau betul-betul dahaga, baru saya minum—tak kira air kosong atau air manis. Itu pun sekadar untuk hilangkan dahaga. Selepas menonton video ini, saya berharap dapat berubah dan lebih menjaga kesihatan saya.

Kenapa Air Putih Penting Untuk Kesihatan?

Air putih memainkan peranan penting dalam tubuh manusia. Berikut adalah beberapa sebab utama mengapa anda perlu memastikan pengambilan air putih mencukupi setiap hari:

1. Mengelakkan Dehidrasi

Air putih penting untuk mengelakkan dehidrasi.Tubuh kita memerlukan air untuk berfungsi dengan baik. Kekurangan air boleh menyebabkan keletihan, sakit kepala, dan masalah kesihatan lain.

2. Membantu Fungsi Ginjal

Ginjal memerlukan air yang mencukupi untuk menapis toksin dari darah dan mengeluarkannya melalui air kencing. Kekurangan air boleh meningkatkan risiko batu karang dan kegagalan ginjal.

3. Meningkatkan Tenaga dan Fokus

Air putih penting untuk meningkatkan tenaga dan fokus.

Dehidrasi boleh menyebabkan keletihan dan mengurangkan keupayaan kognitif. Air membantu mengekalkan keseimbangan elektrolit dalam badan untuk memastikan tenaga dan fokus berada pada tahap optimum.

4. Menyokong Sistem Penghadaman

Air membantu dalam proses pencernaan dan penyerapan nutrien. Ia juga membantu mencegah sembelit dan masalah penghadaman lain.

5. Menjaga Kesihatan Kulit

Kulit yang cukup hidrasi akan kelihatan lebih sihat dan berseri. Kekurangan air boleh menyebabkan kulit kering dan cepat berkedut.

Berapa Banyak Air Perlu Diminum Setiap Hari?

Keperluan air setiap individu berbeza bergantung kepada faktor seperti umur, aktiviti fizikal, dan keadaan cuaca.

Secara amnya, disarankan untuk minum sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari (lebih kurang 2 liter). Namun, bagi mereka yang aktif atau tinggal di kawasan panas, pengambilan air yang lebih banyak mungkin diperlukan.

Kesan Kurang Minum Air

Berikut beberapa kesan kurang minum air:

1. Risiko Batu Karang

Kesan kurang minum air boleh menyebabkan kepekatan garam dan mineral dalam air kencing meningkat, yang boleh membentuk batu karang dalam buah pinggang dan saluran kencing.

2. Gangguan Fungsi Buah Pinggang

Air penting untuk menapis toksin dari badan. Jika tidak cukup air, buah pinggang perlu bekerja lebih keras, meningkatkan risiko kegagalan buah pinggang dalam jangka panjang.

3. Tekanan Darah Tidak Stabil

Dehidrasi boleh menyebabkan darah menjadi lebih pekat, menyukarkan aliran darah dan meningkatkan risiko tekanan darah rendah atau tinggi yang boleh membahayakan jantung.

4. Risiko Strok Haba

Kesan kurang minum air boleh menyebabkan risiko strok haba. Apabila badan kekurangan air, ia tidak dapat menyejukkan diri dengan berpeluh, menyebabkan suhu badan meningkat dan berisiko mengalami strok haba, terutamanya dalam cuaca panas.

5. Fungsi Otak Terganggu

Kesan kurang minum air boleh menyebabkan kesukaran untuk berfikir, hilang fokus, mudah lupa, dan dalam kes teruk, boleh menyebabkan kekeliruan serta halusinasi.

Kesimpulannya, kisah benar tentang kesan kurang minum air ini perlu dijadikan pengajaran kepada kita semua. Tabiat minum air putih yang mencukupi bukan sesuatu yang boleh diabaikan. Kesihatan adalah anugerah yang tidak ternilai, dan langkah pencegahan lebih baik daripada merawat.

Semoga artikel ini bermanfaat.

El Rachman, Prodia Digital

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Baca juga:  Tips Ajar Anak Minum Air Kosong Ikut Umur, Barulah Mereka Suka – Pakar

Baca juga:  Minum Air Suam Setiap Pagi, Banyak Manfaatnya Untuk Kesihatan Termasuklah Awet Muda!

Baca juga:  Air Masak Bantu Untuk Turun Berat Badan Dalam Masa 10 Hari? Benarkah Ini Menjadi?

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Tips Kesihatan & Kisah Benar
  • /
  • Jarang Minum Air Putih, Ginjal Rosak & Perlu Hemodialisis 2 Kali Seminggu Seumur Hidup
Kongsikan:
  • Anuerisma Otak! Anak 3 Tahun Meninggal Secara Tiba-Tiba, Doktor Dedah Bukan Kerana Cuaca Panas

    Anuerisma Otak! Anak 3 Tahun Meninggal Secara Tiba-Tiba, Doktor Dedah Bukan Kerana Cuaca Panas

  • Resepi ikan singgang kelantan.

    Resepi ikan singgang kelantan.

  • 3 tips berkesan supaya anak anda ingin belajar

    3 tips berkesan supaya anak anda ingin belajar

  • Anuerisma Otak! Anak 3 Tahun Meninggal Secara Tiba-Tiba, Doktor Dedah Bukan Kerana Cuaca Panas

    Anuerisma Otak! Anak 3 Tahun Meninggal Secara Tiba-Tiba, Doktor Dedah Bukan Kerana Cuaca Panas

  • Resepi ikan singgang kelantan.

    Resepi ikan singgang kelantan.

  • 3 tips berkesan supaya anak anda ingin belajar

    3 tips berkesan supaya anak anda ingin belajar

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham